Simple song but it touch

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

How, your sunday?
Mine? Was so-so. Nothing much to do. A lazy day. 

Terdengar lagu ini dan sangat menyentuh hati kecil saya. Tanpa sedar ada mutiara kecil yang mencuci mata. Setiap bait lagu tersebut sungguh menyentuh hati saya. 

Liriknya, 

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lebih baik lagu-lagu sebegini yang di bawa ke AJL kan. Tapi kini berapa kerat lagu nasyid yang menerjah corong-corong radio? Tak sudi agaknya. Halwa telinga kita sering di gasak lagu-lagu yang melalaikan, tapi jangan salahlah orang lain. Ada medium untuk kita halang telinga kita terus mendengar yang mungkar. Selamat berhibur. 

D_Y_H
Moga kita semua setiap hari kita berubah dan musahabah. Wahai Adam, ingatlah tugasmu mendidik hawa supaya lurus.

0 comments: