Sepetang bersama Abah

Assalammualaikum wbt & Salam Sejatera, 

Hari ini sibuk juga macam hari kerja. Ada meeting dengan dua orang penting. Hehehe. Ingat bila bekerja sahaja kena meeting? Hehehe, dekat rumah pun ada. Siap buat appointment satu di sebelah pagi dan satu lagi di sebelah petang. Amacam? Bestkan. Meeting = dating la. 

Pagi-pagi, mama masuk bilik. Mama hobinya main terjah sahaja, nasib baik mama. Kalau orang lain? Sama jugak. Dah tebiat orang dalam rumah Dayah ni, masuk bilik saya main terjah. No salam..salam no ketuk-ketuk. Depa main masuk dan sengih. Cess. 

"Jom p pasar tani" Ajak mama, euwww x best langsung. 

1. Pasar tu kecil tak benda sangat. Pi mai pi mai itu sahaja balik-balik. boring! 
2. kedai makan x best la mama. 
3. x de choice. 
4. Sedap ke? sbb mama pernah introduce sup yang superb x sedap dan semua orang kata sedap. as for me, NO big NO. Entah apa ke benda dia masukkan, limau perut! hadoiii kalau buat tomyam okay, saya boleh terima. Ini sup ayam! agagaga.. x leh x leh. tobat lepas tu x makan dah. baik lagi mama yang masak sure jilat sampai kering ekekeke. betul! tak tipu punya! even my soto yg kononnya abah kat, nanti along masak mee soto mcm hari tu. yahoooo. sedaplah tu. [itu cerita 3 tahun dulu. igt senang nak dgr pujian abah. cara dia lain okay!. no direct pujian] tapi, tapi, bila taste mama punya soto! danggggggggg.... HEBATTTTTTTT!
kenapa?
mama masak lepas Dayah jenuh bertes tes tes di dapur. Cesss mama saya memang hebat. Sekali taste dia taw dah. Cannot beatlah. Surrender! Dua2 tangan saya angkat. 

So pagi teman mama pergi breakfast, I choose Pasar Sg. Besi. yeah still pasar. 


Ada rasa lapaq? Hehehehe... esok p tapaw nasi lemak na... CNY kedai nasi lemak melayu mungkin ada yang buka. Iyalah yang rasa cina, hangpa bukalah, cuti2 ramai orang oooo... mashhyukkkk. hehehe. 

Dan pulang, masuk office abah. Buat bising. Eh tak! Saya baik okay. Saya bebel-bebel sambil tangan sibuk key-in sales. Hehehe. Ape je la, saya nak bisingkan kan. Haru biru betul kalau Dayah muncul. Serba serbi tak kena, ekekeke. Sampai elok petang, mata sayu je... rasa nak cium dah meja kerja. Eshh tak boleh jadi ni. Baru 3 bulan. Ada 6 bulan lagi. Terus packed tanpa tutup system dengan niat akan muncul semula. Balik rumah, niat hati konon2 nanti cari bahan hilangkan mengantuk. Sekali, 

"Along jom teman abah p kebun ambil bunga" hah! Biar betik. Tengah-tengah kubur tu pokok pisang adalah, Bunga apa pulak dia nak ambil ni. Konpius. Angguk sahajalah. Yendeng kat angah ajak dia sekali. Pendek cerita kami pun pergilah x-kebun abah. Dah jadi janda dah kebun tu, lepas PKR ambil alih depa tak bagi dah sewa-sewa tanah ni. Nak buat apa? Tak taw. Adik-adik tak tahu tujuan sebenar ke kebun. Depa dok pikiar makan sahaja. Abah memang dah warning awai, aku tak bawa duit hangpa jangan nak paw. Hahahaha. Abah ni kan. Taw-taw je kita orang memang nak paw dia. ekekeke. Pembulikan kita orang ni. Mestilah. Bukan mudah ohhh, nak kena belanja dengan abah yang superb kedekut. Hahaha. Kedekut ada makna ni. 

Tekejut adik-adik semua, mula depa kata "dia buat dah" hahahaha. Memang dia buat dah. Dayah tak terkejut pun. Cuma nak tahu bunga apa yang nak di ambilnya. Setahu saya mana ada bunga berhampiran tanah kubur tu selain kelapa sawit tua. Dan rupanya, 


Lihat tu. Gigih tak gigih. Nak ambil tumbuhan cantik ini rupanya. Terjawab sudah "bunga" yang abah khabarkan. Haruslah dia ajak saya sama sebab saya yang kena gubah.



See Datin terjua. Kalau beli 3 pokok mcm tu dalam RM7-RM9 di kedai bunga. Kalau saya drive g kebun abah dengan usaha sedikit dan sedikit petrol. Hasil yang seronok dan free. Main petik sahajalah labu. Dan kami teruskan perjalanan mencari bunga dan daun-daun hutan. Teruja! Sampai jauh sedalam 7-8km++ macam tu lah kami redah. Apa nak kisah, taiko sebelah. Walau saya pandu macam dekat litar F1. Berkali-kali kena tegur nasib tak kena sekeh je lagi. Hehehe. Dengan jalan tanah lembut berwarna putih mcm kapur tu. Cuak juga tapi ikut selamba yaya saya je lah. Sampai ketemu keladi with seed yang besar. Cantik! Dan akhirnya kami kandang lembu. Abah pasti nak singgah. Saya dok diam-diam dalam kereta. Abah selamba kot. Dah la pakai baju merah menyerlah. 

Ada lembu yang besar gila dengan tandu menanti penuh debar agaknya. Hahaha. Serius muka lembu tu dah lain macam, tunggu nak terkam la kot. Tapi nasib baik tanduk kena ikat, so limited access lembu, hahaha padan muka. Dok diam-diam tak bolehkan. Habis satu ladang kecil tu abah terokai. Tahu dah dalam kepala dia, "esok boleh mai sini. Beli terus"


Ini lembu yang di lepaskand di padang kecil. lembu dekat sini nampak sihat-sihat. Berisi. Masa kami sampai, Ada pekerja yang sedang perah susu lembu. Ada yang sedang asingkan lembu ke kandang lain. Dan Dayah nampak taik lembu di pungut dan di letak pada satu tempat. Mesti nak di buat baja. Lepas 15 minit macam tu kami say, sayonaralah. Bubai lembu-lembu. Misi mencari seterusnya di teruskan.


See.. see... see... Dayah tak tawlah apa namanya tumbuhan tersebut. Saya panggil bulu lalang. Cantik! Tapi nak dapat tak senang. Kena Tarik guna kayu yang panjang dan tak banyak. Kena pilih sebab ada bulu-bulu yang dah banyak gugur, so dah tidak berapa berkualiti. Dan kerana tidak banyak, misi mencari bulu lalang yang berkualiti di teruskan.


Gigih okay. Depa jalan kaki, Dayah bawa kereta. Ate takkan nak tolak kereta pulakkan. Ekekeke. Dapatlah dalam beberapa jambak bulu lalang. Ada bunga hutan lain juga.Misi mengubah belum Dayah laksanakan. Itulah cerita sepetang bersama Abah. 

Pagi meeting with mama and petang with Abah. See, busy tak kita? hahaha ;P dan balik hantar Abah kami redah pasar malam dan kuyup dalam hujan. Best! Macam-macam beli, sepanjang pusing-pusing pasar itu pun kami dan ngap, ngap, ngap. Balik rumah ngap lagi. 

D_Y_H
Abah dah merajuk, bunga hutan dia saya tak ubah lagi. Nak gubah span habis. Alihnya saya masuk tidur dengan niat esok sahajalah ku fikirkan. Dan lain Abah fikirkan, anak dia tak nak tolong dia. Terus sentap. Hahaha. K, bai. Nak fikir macam mana nak gubah dan deliver pada tempat yang tak tahu mana alamatnya.

2 comments:

Cik Cip Puding said...

Waahhh macam best jer adventure dayah kali nih.. hehehe.. Tapi seriously.. mmg mcm best..

Dayah said...

Salam Azrul,

hehehe.. memang best!
mendekat diri dengan alam adalah sesuatu yang berharga.

Walau tak kenal dengan pokok tu tapi boleh jatuh cinta..