Rupanya kita serupa ... kalau tak ada ia maka kosonglah nilai

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Saya berjalan-jalan meneroka alam maya. Kemana? Kiri atau kanan? Kalaulah itu semua wujud? Tapi tidaklah mungkin hehehe. Jalannya macam lurus kan? Tapi tidaklah, ada simpang siurnya, kalaulah kita nampak? Hah, pengsan semua orang alur-alur tenaga maya ini dah menusuk-nusuk tubuh kita. Sama ada kuasa baik mahupun kuasa jahat. Hehehe. Jauh benar saya berimaginasi. [untuk di fikirkan]

Jauh saya berjalan sampai ketemu seorang yang hampir sama ceritanya dengan saya. Eh, kita serupalah. Tapi cerita dia agak lama. Sesuatu yang pastinya membuatkan saya terkedu dan berfikir. Kita sama. Dia juga pernah membuang sebelah ovarinya. Dan kini mungkin sebelah lagi akan di buang. Ya Allah. Sabar iya awk.

Salam...

Iya cukup cuma sekali itu!
Tidak mahu ia berulang sekali lagi.
Aduhai kepada siapa harus aku tangisi.

Sekali lagi aq selesai membuat pemeriksaan susulan
Kali ini pemeriksaan susulan telah membuatkan
Aq berjaya menangis. Iya Aq menangis...

Aq tidak tahu bagaimana harus di terangkan tapi
Ada perasaan risau & takut
Macam perasaan bermain di minda.
Aq takut kehilangan satu lagi.
Jika itu berlaku makanya nilai wanita dlm diriku adalah kosong.

Maka peluang untuk aq menerima cinta juga adalah kosong!

Sungguh aq sedih! 


Huhuhu.. sedih baii..... terus rasa nak teriak.. awak tabah ya. Awak cekal ya. Saya faham sangat perasaan awak saat ini. Terlalu faham. Kadang-kadang saya sendiri terfikir yang sama. Tapikan awak, Allah itu pasti ada rahsianya yang kita tidak ketahui. Sekiranya awak membaca, saya harap awak tabah. Jaga diri, jaga kesihatan. 



D_Y_H
Hohoho.. kenapa Dayah menangis ni! Oh sensitif betul!

1 comments:

mamaijat said...

.....ye..kita serupa...semuga Allah beri kita kekuatan lagi untuk menghadapi ujian... redha,tabah & be strong...lebih ramai lagi di luar sana yang juga sedang diuji....