Ribut Matahari: Suatu fenomena alam

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

<script type="text/javascript" src="http://cdn-akm.vmixcore.com/vmixcore/js?auto_play=0&cc_default_off=1&player_name=uvp&width=512&height=332&player_id=1aa0b90d7d31305a75d7fa03bc403f5a&t=V0cZbN9F_-iP6S74XKsNf0qB6jBdsipiDH"></script>

Solar Dynamics Observatory captured the flare, shown here in teal as that is the color typically used to show light in the 131 Angstrom wavelength, a wavelength in which it is easy to view solar flares. The flare began at 10:38 PM ET on Jan. 22, peaked at 10:59 PM and ended at 11:34 PM - NASA

Takjub dan gentar. Itu reaksi pertama saya apabila mendengar dan apatah lagi melihat rakaman satelit dari Nasa. Kuasa Allah. SubahanAllah. Kalau kita dekat dengan matahari belum tentu kita mampu hidup. Ia terlalu panas. Saya terbaca tapi tidak berapa pasti panasnya matahari dalam 35 juta darjah calcius. MasyaAllah. Kita yang 35 darjah calcius pun sudah mengeluh panas. panas. panas. Ini kan pula berpuluh ribu. Macam mana pula panasnya api neraka? Pernah terbayang. Astagfirullahalazim. Terkedu dan mati fikiran saya sebentar.

Berbalik kepada ribut matahari atau suria. Setelah membaca beberapa artikel, bahasa melayu dan english, saya merumuskan ia sebagai fenomena alam. Ia di sebabkan oleh kitaran aktif matahari. Ingat cerita 2012? Ramalan "orang putih" bahawa kiamat akan berlaku pada tahun ini? Masih ingat? Hancurnya dunia pada tahun ini? ITU SEMUA MITOS semata-mata. Lihat boleh, percaya jangan.

Apa kesan dari ribut matahari ini?

- Gangguan kepada sistem satelit
- Gangguan kepada sistem penerbangan
- Langit bercahaya





Gambar: GOOGLE

Itu antara yang saya baca dan di fahamkan, sistem penerbangan syarikat tempatan tidak akan terjejas. Kerana ribut matahari ini, lebih memberi kesan kepada negara yang berada di kutub dan selatan bumi. Oleh itu, negara yang akan lebih terjejas kemungkinan besar adalah Amerika Syarikat dan Eropah. Dan di beberapa negara fenomena langit bercahaya turut kelihatan.

Lihat langit cerah dengan pelbagai cahaya, buat kita takjub. Kuasa Allah, akan tetapi sedikit sebanyak pasti hati kita terdetik. Apakah ini tanda kiamat kian hampir? Pelbagai lagi persoalan di hati kita, bertanya-tanya dan terus bertanya. Apa reaksi kalian? Dan ada satu lagi yang buat saya terkedu dan terdiam, semuanya hasil perbuatan kita sendiri. Sama ada kita penyumbang besar ataupun penyumbang kecil. Kita tetap penyumbang kepada fenomema pemanasan global.



While average global temperature will still fluctuate from year to year, scientists focus on the decadal trend. Nine of the 10 warmest years since 1880 have occurred since the year 2000, as the Earth has experienced sustained higher temperatures than in any decade during the 20th century. As greenhouse gas emissions and atmospheric carbon dioxide levels continue to rise, scientists expect the long-term temperature increase to continue as well. (Data source: NASA Goddard Institute for Space Studies. Image credit: NASA Earth Observatory, Robert Simmon)

Kenaikan ketara dari tahun 1980an sehingga 2000. Aktiviti seharian kita penyumbang kepada pemanasan global dan ia mengingatkan saya pada buku yang baru saya baca "Our Iceberg is Melting", sebuah buku tentang team management and decision making. Ringkas dan padat isinya. Seperti biasa saya tertanya dan berfikir bagaimana penguin bertutur sesama sendiri dan menyelesaikan isu kritikal mereka. Ah, jauhnya saya berimaginasi. Tapi kita bukan penguin. Kita manusia yang Allah beri akal lebih cerdik dari binatang. Jangan berakalkan binatang dan jangan terlalu tamak dan musnahkan kurniaan yang generasi baru mungkin tidak dapat melihatnya. 

D_Y_H
Masih belum menghabiskan OIiM walaupun ia nipis dan mudah di baca.

0 comments: