Rasa lemau macam kerepek masuk angin!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Morning!
Dah bangun ke masih mami lagi ni? Mesti dah kan.. tu dah duduk dekat kerusi office. hehehehe.
Saya rasa lemau sangatlah waktu ini. Mata nak terpejam. Rasa macam nak duduk rumah sahaja. Tak mau pergi mana-mana. Worse, okay! Having that such feeling. 

Lemau kot! 
Macam kerepek masuk angin. Dah tak sedap, jawapnya jadi makanan tong sampah sahajalah. 
Tapi manusia kalau dah lemau? Takkan nak masuk tong sampah juga? 
Buat lawak apa. Dah sah-sah, tak mahu kan? Siapa mahu? Ish, tak masuk akal. 

Tak mau lah, lemau.. syuuuhh syuhhhh..pergi jauh-jauh perasaan lemau! 
Macam halau, ayam je kan. Hahaha. 
Eh, tadi saya dengar ada orang nama Hilman. Oh rupanya dalam dunia realiti memang ada orang nama Hilman. Oh, rupanya dunia Novel itu memang wujud. Sebab itu kadang-kadang jangan kita kata... ishh tak logiknya. Tapi sebenarnya, wujud cuma mungkin ia kes terpencil. Saya dah mula nak berjinak-jinak semula jaga pendengaran. Hehehe. Rindu sangat waktu matrik dulu terasa jiwa saya sentiasa terisi. Walau ia tempoh setahun, tetapi itulah hidup yang saya kagumi. Sembilan tahun lepas, lama dah kan.

Mula-mula di sana saya tidak kisah sangat tentang belajar. Rasa nak enjoying myself! Hekk. Lepas itu rasakan. Mujur result tak teruk sangat. Tapi tetap tak capai tiga sipi2. Bengang punya tak ingat. Rasa waktu itu bodoh teramat pun iya. Akhirnya insaf, tapi tinggal final semester. Pastinya lebih berganda susahnya. Yes, memang susah. Menyesalkan tak usaha dari awal. Itu pengajaran berharga. Sejak itu, Dayah sedar diri. Masuk Uni, 1st year bukan honeymoon. Attending class pun MUST 30 minute early. Baik tak? Hehehe. Dulu la. Entah ke mana diri saya yang sebelum ini, entah. Jiwa saya macam kosong, mungkin teman-teman yang meniup semangat makin jauh. 

Iyerlah, masing-masing sudah berkomitmen. Jauh-jauh pulak itu. Dahulu dan sekarang terlalu banyak perubahan. Adakala, saya terasa mahu duduk jauh supaya saya tahu membuat pengisian jiwa. Bila dekat saya rasa terlalu lalai. Telefon? Memang bukan teman setia. Even telefon sangat penting, sebabnya client hari cuti pun depa cari! Tapi saya ini bilalah nak insaf. Asal sampai rumah HP @ telefon itu saya memang campak je merata. Esok nak pergi kerja baru mencari. heee.. buruk perangaikan. Tapi memang itu pun tabiat buruk. Tak bolehlah nak duduk dengan telefon, nak nak lagi. Telefon itu beri kita gelombang negatif pada otak. BURUK PADAHNYA! Haaa. melekatlah lama-lama dengan telefon. Bahaya taw! Awas ya. 

Ehh... apa saya merepek ni? Dah macam kerepek campur! Dari lemau... ke jiwa kosong.. dah ke matrik sampai ke uni dan sampai ke telefon? Hahahaha hatdoiii la Dayah..

D_Y_H
Karang makin merepek saya dekat sini.. chaw.. chaw.

0 comments: