Perlunya pendidikan HALAL

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Bekerja dengan environment campuran antaran Islam dan bukan Islam, adalah pengalaman yang menakjubkan. Banyak perkara yang kita boleh pelajari. Dilema saya setiap kali makan di luar yang ditetapkan syarikat adalah "HALAL ke tidak?" 

Terlalu prejudiskan. Katalah apa sahaja kerana saya berpegang kepada pesan ajaran agama saya, "SEORANG ISLAM ITU WAJIB BAGINYA MENCARI YANG HALAL" Itu pegangan saya. Sampai kapan pun itu tetap nadi dalam hidup. Kenapa? Makanan yang masuk ke dalam tubuh kita akan menjadi darah daging. Sebahagian dari kita. 

Pernah dengan pepatah moden, "KITA APA YANG KITA MAKAN" saya akui kata-kata tersebut. Sepanjang "observation" saya, kebanyakkan orang kenali HALAL itu:-

1) NO PORK

Itu kriteria "UTAMA", tapi kalian silap iya kawan-kawan. Pernah dahulu, saya di tanya apa yang susah sangat HALAL ini? Allah, maafkan saya bukan niat saya untuk menyulitkan pemahaman. Cuma saya perlu fahamkan bahawa, HALAL itu bukan sahaja tidak makan makanan yang HARAM di sisi agama. Saya percaya semua agama ada landasannya tersendiri. BOLEH dan TIDAK. Benarkan. Ia ada kena mengena dengan cara penyedian, peralatan yang di gunakan dan sumbernya juga. Paling basic, YAKIN ia HALAL.
Lebih parah lagi kalau dia yang seorang Islam hanya pada nama. Haram dan Halal di buat main. Asal kenyang boleh sahaja. Jangan sahabat! Jangan sesekali. Redha illahi itu yang kita perlu cari. Kalau buruk bagaimana perangai kita, kewajipan kita sebagai muslim jangan di lupa. Sebagai seorang yang hidup di negara ISLAM saya tidak rasa kesukaran untuk mencari makanan HALAL. Banyak! Terlalu banyak. Cumanya, mahu atau tidak sahaja. Lainlah kita hidup di negara yang ada limit. Orang Islamnya berapa kerat sahaja, nak di bilang jari pun masih mampu. Kalau itu situasi kita lainlah, carilah sumber yang selain haiwan sembelihan seperti seafood tetapi harus di ingat yang HALAL tidak hidup dua alam antaranya. Sukar? Beban? Sama sekali tidak, kerana Allah punya sebab tersendiri kenapa ia HARAM. 

Rationalnya pendidikan Halal ini pada pandangan saya, agar golongan bukan Islam itu faham apa sebenarnya HALAL. Dan kenapa perlu seorang Islam itu mencari yang halal. Hidup di negara  yang bercampur agama, budaya dan adat ini. Kita kena saling hormat dan membantu sesama sendiri. Barulah harmoni hidup. Saya faham awak, awak faham saya. Aman hidup. 

Saya tidak pernah tahu sama ada di sekolah, pendidikan Halal ada di selitkan dalam silibus atau tidak? Ada cikgu yang boleh menjawab? Kerana makin moden dunia kita, makin ramai yang "tidak tahu" dan gunanya orang sekeliling sebagai mata, mulut dan telinga. Itu namanya hidup. Kalau tidak sendirilah kita di dunia. Kita perlu orang sekeliling yang mengingatkan hatta perkara yang kecil.

D_Y_H
Lapar pula sebut tentang makan. Let's makan^^ ..

0 comments: