Aku terima NIKAHnya

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

"Aku terima nikah si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM...." 

Sah
Sah
Sah

Haaaa..... lepas itu baru boleh teruskan adegan di bawah.

Gambar: GOOGLE
Bunyi mudah untuk ucapkan kata akad depan tok kadi tak pun ayah si dia. Tapi apa maksud di sebaliknya? Pernah awak-awak semua terfikirkan? (terkecuali yang sudah berkahwin, tentunya kalian sudah maklum benar ;P)

Berkahwin atau tidak berkahwin, fitrah manusia mahu hidup "berdua" percayalah.........

Walau ramai yang mula tersasar jalan.. "berdua" tapi cara yang haram atau salah. Kenapa?

1) Hidup "berdua" tanpa lafaz "aku terima nikahnya...."

2) "Berdua" mahu sehidup semati tapi ..................................................................................... kita serupa. Awak dan awak sejantina. HARAM tu awak. Nabi tak mengaku umat dan Allah laknat. Jangan tanya saya macam mana Allah laknat, kerana fitrah manusia di jadikan ada lelaki dan wanita. Kalau semuanya Allah jadikan lelaki atau wanita sahaja itu lainlah ceritanya. Bertaubatlah selagi belum terlewat.

Dan apa sebenarnya, "AKU TERIMA NIKAHNYA...." ini? 
1) Aku tanggung dosa si dia dari bahu si ayah dia. 

2) Aku akan membimbing si dia menjadi wanita solehah dunia akhirat. Kerana dia dari tulang rusuk ku yang perlukan bimbingan sentiasa

3) Aku akan sentiasa dampingi dia dan dia akan sentiasa temani aku dalam hidup sukar dan senang. 

4) Aku halal buatmu dan kamu halal buatku. 

5) Aku dan dia akan bina keluarga islam bersama. Pegang amanah Allah bersama-sama. 

Ini yang saya tahu saya kongsikan, mungkin ada kalian yang lain mahu menambah. Sila-sila^^ tapi harus di tegaskan. Tanggungjawab bukan terletak di bahu "suami" sahaja. "Isteri" turut sama punya tanggungjawab. Dalam kata-kata lain bantu membantu, moga kalian bersama lagi di akhirat sana. Redha Allah kita cari benci Allah jangan sesekali. Walau hakikatnya sentiasa membuka pintu taubatNya.

Oh ya, buat bakal pengantin, SELAMAT PENGANTIN BARU from me Dayah! Semoga kekal bahagia ke syurga sana, Amin. 

D_Y_H
Baby! Don't think i'm getting married or such! Nando... bukan Nando's! Baby, aku tunggu adik-adik dulu. hahahaha.. baru best! Tak sabar nak buatkan pelamin dan hantaran lagi.. hailah adik cepatlah kawin. Jeng Jeng Jeng siapa nak kawin? Cepat-cepat2. Den kasi sponsor bunga hidup kutip sendiri di tengah hutan belukar.. ekekekeke.

2 comments:

mamaijat said...

.....suka photo tu...
my sweet bam bam...
cute!!!!!

after years nanti mesti lagi bam bam bam bam bam bam...
ha ha ha ha..

Dayah said...

Salam mamaijat,

hahahahaa.. tapi mama tak bam bam bam bam pun ;P hehehe..

tapi betullah,
kalau tak bam bam bam tak sah.