Slider

Monday, October 31, 2011

Sharing: Dress to please Allah not to please his creation

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Reminder buat kita semua kaum-kaum hawa.
Pandang kiri dan kanan tapi sebelum itu why not tilik-tilik diri kita sikit.
Mana tahu ada kurang ada celanya.
Cela di mata manusia tidak apa.
Jangan cela di mata Allah.

Source: Realiti Kehidupan Nailahazman

D_Y_H
Saya rasa sangat lemau macam biskut yang terdedah pada udara seharian. Urat-urat saraf sangat sakit. Uffff.. rasa begitu TUA.. hahahaha.. hadoiii.. petanda tubuh lebih tua dari usia. Hayoo. Should do something!

Thursday, October 27, 2011

Mengecilkan Cyst

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Rupanya, entri paling popular dalam semua tulisan saya adalah Share Ovarian Cyst - Jawapan untuk mengecilkan cyst.

Ramai rupanya yang mencari jawapan mengecilkan cyst.  Review sebanyak 155 review untuk entry di atas sahaja dan paling banyak refer adalah Ovarian Cyst sebanyak 245 review. Walaupun bagi blogger popular apalah sangat jumlah kecil ini. Namun bagi saya ia sangat bernilai. Kerana dalam pada yang sama saya dapat berkongsi rasa dengan yang lain.

Makin ramai yang mengalami masalah yang sama agaknya? Kerana Ovarian Cyst juga banyak kemudahan yang saya tak boleh dapat perolehi kini. Contohnya, bayaran Insurance yang lebih mahal. Not entitle for Insurance. Sedih? Geram ada. Kerana saya pernah ada record tersebut, pihak Insuran memang tidak akan menawarkan Insuran terutama kesihatan. Pernah seorang pegawai Insuran telefon saya berkali-kali sehingga kali ke 4 mungkin, bercakap punya bercakap. At last, tanya 

"akak pernah di bedah?" Agen
"Pernah." saya
"Kenapa ya kak" Agen
"Ovarian cyst" saya

"Oh, kalau macam itu akak tidak layak" kesian dia punyalah berusaha nak dapat bercakap juga dengan saya, akhirnya mengucap kata maaf. Dan pernah juga di telefon seorang lagi agen, kali ini seorang lelaki. Punyalah panjang lebar dia bercakap, lepas saya dah beritahu. Dia kata, 

"kenapa akak tak cakap awal" nadanya sedikit keras. Fahamlah saya dia ada rasa marah, kerana dia tidak dapat menjual insurancenya. Point Noted. Walau dia tidak lafazkan. Pihak insurance tidak mahu mengambil risk bagi penyakit tersebut berulang sebab itu rasanya bagi individu yang sudah "berpenyakit" tidak layak untuk mengambil insurance. 

Makanya, nasihat saya kepada semua. Sebelum terlambat, baiklah buat Insurance siang-siang. Jangan tunggu malam baru nak menanti cahaya matahari. Memang lama lagilah jawabnya. 

Bagi mereka yang sudah mengenal pasti, anda punya Cyst. Cara mudah untuk mengecilkan, senang. Dengan penjagaan makanan. Saya sendiri yang di amalkan kini, tidak lagi mengambil daging merah. Alhamdulillah berjaya. Cuma untuk hidup dengan peria memang saya langsung tak mampu laksanakan. Akan berusaha untuk mencubanya. 

Setakat, 5 bulan yang lepas. Kemungkinan ia ada semula mungkin 50%. Tunggu next check up. Kerana, kemungkinan besar waktu itu saya bersih. Kalau ada maknanya telahan doktor 100% benar. Kalau salah dia juga benar. Menunggu hari di periksa semula. Kalau ia berlaku semula dalam hidup saya, saya berharap saya boleh tabah terima ketentuanNya. Andai ia berlaku.

D_Y_H
Serabut dengan sepahan kerja. Tadi rasa sangat-sangat serabut. Bila menyusunnya semula. Baru rasa kelegaan. Now, masa untuk berehat seketika sebelum menyambungnya semula. Harap segalanya kembali tenang. Doa.

Eh, si blogger popular

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

I went out with mama, angah and sri today. For the first time ever, went to OU. Iya, selama duduk di Selangor ini. Ini lah kali pertama saya jejak kaki ke tempat shopping yang di kata terkenal dan sememang padat dengan kereta. But! Even padat not that difficult as going to MidValley. That why I hate going shop in KL area. Dia punya susah nak pergi dan dapatkan parking, memang amazing!

I would rather choose Alamanda, small but full! Yes, full! I can get whatever I want there. Kinda peaceful place to go. Kalau ada places, memang semak dan serabut. But Alamanda during raya memang penuh juga. hehehe. but tak apa I still like it.

Jalan punya jalan, pusing belakang tengok 3 orang lagi hilang jejak. Eh, depa ini sangkut tang mana?? Ahh sudah. Dayah jalan straight je pun tak bengkang bengkok, awat hilang dari radar? 

"Along .. along" ehh.. lol, belakang sahaja pun. Ternampaklah mama, angah dan sri. Tersengih-sengih. 
"Hang taw along?" Taw apa? Taw taw mai mai, tanya taw dak?
"Tadi ada blogger popular si...... " sorry saya lupa namanya sapa. Sebab Dayah memang tak kenali beliau =.=" huhuhu, buat malu jadi blogger sahaja. Kata Sri dia adalah blogger no. 1 negara? Erk. really? and Why I didn't know? Sudah. Nampak sangat jarang blog walking. Admit memang jarang. Cuma jengah blog yang saya jadi follower sahaja. Itu pun yang hari-hari update BA. Hari-hari mengadap blogger ini pun tidaklah. Kesuntukan masa. But dalam selang sehari saya pasti masuk. Sebab dah jadi habitat singgah rumah ke tiga ini. Kenapa 3? No. 1 tentulah home sweet home, No. 2 tentulah the office of load of work, dan tentulah No. 3 my Never ending story. Heee. 

"Ye ke, yang mana satu? Cheq tak kenai dia la" 
"Yang dekat esclator tadi, mama pandang dia"
"dah dia cantik" mama menyibuk tiba-tiba. Eh, mama ni pantang nampak hat cantik. Nak buat menantu ek? hahaha. Kena kirim salam sahajalah, si blogger popular itu berjalan dengan buah hatinya. Dayah cuma perasan ada seorang sahaja makhluk tuhan yang berpasangan berjalan di hadapan saya tadi. Memang cantik dan saya teringat dia sebab tiba-tiba buat mulut herot. Nak gelak pun ada. Mungkin tanda protes dengan si buah hati agaknya. 

Siapa agaknya si cantik manis itu ya??
Siapa blogger popular tu ya? Yang melekat dalam minda saya yang popular Kak Jem si Virus Padu, Kak Tijah si Tijah dengan lawak-lawak bernas, BA hari-hari pun sure ada update, Che mat gebu banyak idea memasaknya, Ceera kakak yang suka hijau, Auntie Nani and Auntie Betty yang selalu mengingatkan dan si kecil Orked yang comel dengan pelbagai gelagat. Selain dari nama yang saya sebut itu memang saya jarang atau tak pernah singgah mungkin.

Walaupun saya rasa macam dah lama berblogging tapi saya rasa macam baru. Sebab yang baru-baru ini sangat advance. Tengok sahaja pada rating blog depa, design blog, macam-macam input iya juga. Hebatkan. Itulah dia teknologi. Budak-budak la ni, memang advance. Pandai-pandai depa ni semua. Mungkin satu hari nanti, Malaysia juga boleh lahirkan seorang "Steve Jobs", mungkin. Siapa tahukan. 

D_Y_H
I really enjoy watching G&B, both of them is really make me feel.. ahhh can't say it .. lots of feelings.

Wednesday, October 26, 2011

May happiness will always with us

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Someone who closed to me, ask me to hear this. He dedicated this song for her lovely wife. Wow, so romantic la you. I hope that now you're enjoying your holiday. Seriously, I really wanna hear something good from both of you. I'm also falls for this song... pastu dreaming, boleh? hahahahaha. 

Kalau nak dengar click sini ya. Layan memang. Nak Nak lagi Acoustic Live tu. Woohooo, puji dia. Terus blush. Hahaha. Macam perempuan. Hahaha. Buat para-para isteri mahupun suami boleh dedicated this song for your love. Told you, mesti si dia suka. Hopefully.      


D_Y_H
Praying for something good, Amin.

Tuesday, October 25, 2011

Nuffnang Nuffnang

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

I wonder. Why my earnings, not increase although no. of stats has increased? Is that because, I don't understand how nuffnang is working? MOST LIKELY la kot. 

I've subcribde Nuffnang quite few years dah. Maybe 2-3 years? Maybe, seriously I don't remember. Masa mula-mula yes, almost every day I will go on nuffnang web and check the stat. But now no longer. Since from blogger itself, the information is available and I wonder also, why isn't the stat is diff. Maybe the way it is being calculate diff? Maybe, time differences. But I'm still wondering. If I can subcribe for google sense. Lama dah buat. But I can't. Google refuse to register my email. I do not know why. Malaslah nak layan. Admit masa mula-mula buat blog, just to find an extra income. But now no longer. 

Don't bother dah, hang nak naik ka. Nak turun ka. Biaq pi lah. The policy for nuffnang for how long I can retain the income also I don't know. Any? Nak kena study ni. Kalaulah dia kata within 1-2 years ke burn inactive account? DIE! Rasanya tak kot. Kalau bank iyalah, 7 tahun dormant account memang sah fall under UMA. Nuffnang policy, serious I forgotten. Haishhh, nama sahaja auditor benda penting pun tak observe betul2! ayooo. 

Observation for income, increment for a month look like 2%+/- woohooooo mmg lembap betul. Nampak sangat, blog tak ramai viewer. Heee =.=" Sentap je lebih dayah ni... hahahahahaa.. no la. Just wonder, why the earnings getting slow and slowerrrrrr. Never mind. Yang penting, blogging tetap berlangsung seperti kebiasaan. Just because, I love to membebel.. heeeee.

Note: UMA - Unclaimed Money Act

D_Y_H
Feeling to shop! Yes I need it. Sabtu ni nak kena pakai same baju. Where to find hermmmm... macam susah je and not sure whether can find out or not?? Lets pray that I can complete all those work within a day. Gambate!!

Happy Deepavali

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Source: Google Picture


Deepavali is tomorrow. 
Let's join me, wishing all our Hindus friend Happy Deepavali.

May it will bring more light in your life and bring more happiness, wealth and healthy. 

and happy holiday to everyone. 


D_Y_H
Bakal berdeepavali bersama file and TV.. hahahaha.. All the best Dayah! Boss chasing me and warning me oledi.. huh. Sabar je la. Huyooo ateee.. bilanya nak study baiiiii.. vavavava.. mmg kena jadi hulk ni.

Parah

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Parah sungguh dah minda dan hati saya ni!
Dah rasa overload.
Rasa macam bleeding.
Rasa macam overcooked.
Hilang sabar kalau berterusan macam ini.

Ya Allah.
Rasa nak walk out.

Source: meyouseek.tumblr.com
D_Y_H
Sabar. Sabar. Sabar. [Silent mood] I should start it soon. Being 2 month waited without any move. Come on Dayah! Please do! For your own self!! 

Sharing: The turth about breast cancer

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

It's October! It is a month for breast cancer. Remember this?


 I had wrote, about this also last year: Aiman tak kisah! Tapi kenapa? October is Breast Cancer Awareness Month. Mudah-mudahan, tak ramai kaum adam yang serupa dengan "Aiman". Yesterday, coincidentally I read one article: The truth about breast cancer. The fact is Every 17 of woman in Singapore, 1 will be effected. Whether it is true or not, it is the fact posted in Yahoo Singapore. There must be a survey or study been conducted to conclude this.  Here is the full article :-


by Dr Tan Ern Yu

October is designated as Breast Cancer Awareness Month, or BCAM, as it is more commonly known. BCAM first started in the United States in 1985 and is now an international campaign organised by major breast cancer charities around the world. BCAM aims to increase public awareness of breast cancer, and to draw attention to the research and efforts being made to improve breast cancer treatment and prevention. So what is there to know about breast cancer?

1. Every woman is at risk of having breast cancer

Breast cancer is the most common cancer among women in Singapore.
One in every 17 women in Singapore will develop breast cancer in her lifetime.
Perhaps the most common misconception is that breast cancer only affects certain women, like those with a family history of breast cancer, or those who take hormone pills, or those who did not breastfeed. The truth is that any woman is at risk of developing breast cancer.
In fact, most  women who develop breast cancer do not fall into any high-risk groups.

2. Misconception: A lump in the breast that is not painful cannot be breast cancer

It is another common misconception that pain is a sign of cancer. But more than 85 per cent of women who are diagnosed with breast cancer first notice a lump in the breast that is painless.
On the contrary, breast pain (mastalgia) is often caused by the natural rhythm of hormonal changes occurring in the body. It is often felt prior to or during menstruation and is very rarely a sign of breast cancer.
Other signs that warrant medical attention include bloody nipple discharge, changes in the nipple position or shape and unusual changes of the skin over the breasts.

3. Misconception: Many women who go for mammogram screening end up being treated unnecessarily

There has been talk that mammogram screening over-diagnoses breast cancer, and that many women end up being treated for a cancer that will never threaten her life. It is true that mammogram screening detects many more cancers than would have been detected by doctors in the clinic — but this is the whole purpose of screening. Screening aims to pick up cancer when it is still too small or early to show signs. Hypothetically, some of these cancers may never progress to a life-threatening stage.
However, since we have no means of differentiating such cancers from the more aggressive ones at present, treatment is offered to all. While opponents of mammogram screening constantly highlight this potentially unnecessary over-treatment, it is important to remember that all the major trials showed that mammogram screening reduced breast cancer deaths by almost 25 per cent. Hence all women above 40 years of age are still encouraged to attend regular mammogram screening.
BreastScreen Singapore is the national breast cancer screening program. Women between the ages of 40 and 49 years are encouraged to go for mammogram screening once a year; those older than 50 years, once in every 2 years.

The writer is an Associate Consultant at the Department of General Surgery and The Breast Clinic at Tan Tock Seng Hospital.

D_Y_H 
Creating awareness among our community is very important, don't be selfish kept it for yourself. Sharing is caring.

Monday, October 24, 2011

Law Kaana Bainana (If the beloved (s.a.w) were among us)

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Law Kaana Bainana, mungkin ramai yang tidak pernah mendengarnya. Dayah sendiri tak pernah, tetapi setelah di dengar rupanya lagu inilah yang saya cari-cari. Pernah dengar beberapa kali di Ikim dan di TV Al-Hijrah, tapi tak pernah tahu tajuknya apa, maksudnya apa. Dan dalam saya mencari lagu tersebut saya terjumpa lagi dengan satu temuramah yang mencuit tangkai hati. "I want him to take me away from this world...." 


Dunia yang menyesakkan, dunia yang melalaikan, dunia yang selalu buat kita berbuat dosa, dunia yang selalu menghimpit. Kadang-kadang itu yang saya rasa. Kadang-kadang terfikir bara api neraka seram sejuk seluruh tubuh. Kadang-kadang terfikir Siratul Mustaqeem, lepas ke aku menitinya nanti? Jauh berfikir bukan menakutkan diri, tapi mengingatkan diri agar sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan.  

Ini lagu Law Kaana Bainana, 


D_Y_H
Walau di ulang-ulang tak pernah jemu, moga kita mencontohi rasulullah dalam setiap perlakuan kita, Amin. 

Saturday, October 22, 2011

Jangan di tipu dek fesyen

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Macam-macam jenis fesyen la ni, sampai tak tahu mana satu nak pilih? Erkk, Dayah pilih ke? Hehehe tentunya tidak, sebab saya amat jarang bershopping. I can count it berapa kali gatai tangan nak membeli belah. Pemalas pianggg.. hahahaha. Most of the time, I'm not in the mood to shop. I would prefer walk and end up with food in hand.. hahahahahahahaaha.. memang tak boleh blahh. 

But nowadays, perasan tak terlalu ramai yang menjadi mangsa fesyen? Nampak cantik di mata tapi hakikatnya melanggar tatacara pemakaian seorang Islam. Iya, Dayah bercakap tentang seorang Islam. Kita khilaf, memang tidak di nafikan. Kita cuma sedar bila kita lakukannya. Lepas itu kita ulang semula. Lumrah! Saya juga tidak terlepas dari perkara sedemikian. Haissshh. Susah benar nak buat benda baikkan? Kenapa kita suka ulang benda yang terang-terang salah?

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

Yang kita rajin, update diri jadi cantik dan terus cantik sampai terlupa anugerah yang Allah beri pada kita sudah cukup cantik. Kita sebenarnya memberi peluang kepada "jin", "syaitan" gelak guling-guling tengok wayang. Kalaulah kita boleh nampak "mereka" bergelak ketawa? Macam mana perasaan kita kan? Mesti geram dan sure nak balas semula supaya "mereka" panas dan menangis melihat kita, tak begitu? Mari kita perbaiki diri kita supaya tidak menjadi mangsa fesyen. Mari, ayuh kawan-kawan. Perhatikan pakaian kita. Kalau perlu di beri kepada yang perlu (yang "jelik2" itulah) berilah. Tapi yang kurang sopan itu mungkin boleh di consider untuk dalam rumah sahaja, kalau tak buruk tak sesuai di pakai jadikan kain lap sahajalah. 

Masih ingat tidak dengan ilustrasi di bawah? Banyak di war-warkan di blog:-

Clik for bigger size.
Dan Dayah search around and jumpa satu lagi ilustrasi yang perlu kita buka mata, mengikut artikel tersebut ilustrasi ini telah di terima dari seorang teman di Israel? Baca lebih lanjut di sini 


Terasa melihat diri sendiri di dalam salah satu ilustrasi di atas? Yang saya pasti, orang yang melukisnya bukan seorang Islam (mungkin) atau seorang observer (mungkin) Setiap watak dalam ilustrasi di atas ada banyak di Malaysia. Betul kan?

Mudah-mudahan kita boleh ambil iktibar. Yang baik jadikan teladan dan yang tak baik jadikan sempadan. Bukan mudah nak buat baik tapi sangat senang nak buat jahat. Dan harus semat dalam diri, diri kita adalah anugerah dan permata yang sangat bernilai. Jangan turunkan nilainya sendiri. Ingat buat diri saya sendiri yang selalu alpa.

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

Moga ini apa yang kita rasai setiap hari. 

D_Y_H
I'm so impress withmyself today, saya boleh siapkan satu tugas saya dengan TV di sebelah saya dalam masa satu jam sahaja, kalau waktu tahap biasa adalah 3 jam minimum. So, maknanya apa? Hahahaha.. perlu kah lepas ni ada TV di sebelah?? Baru terasa produktif? 

Friday, October 21, 2011

Berdiam tak bermakna lupa selamanya

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera

Dayah baru melewati sesawang sosial berkomunikasi sahabat lama dan tertarik dengan posting amaran seorang rakan sebarisan ketika di kampus dahulu. Dan catatan balas seorang teman yang membuatkan saya sedikit emosi. Masih kemas dalam ingatan saya, satu kelompok memandang saya, bagai saya musuh yang punya agenda tersendiri. Tapi mereka silap, kerana mereka belum mengenali siapa saya. Dan akhirnya terjawab. Saya bukan musuh mereka. Tidak pernah terlintas langsung untuk mengikuti mana-mana dakyah luar. Perjuangan saya untuk rakan2 yang lain. Suara saya waktu itu cukup minoriti. Di saat keputusan di laung nama saya yang terakhir. Saya berdebar bercampur pasrah. Alhamdulillah, kemenangan di tangan. Walau pilihan terakhir dari ramai yang bertanding. Saya masih ingat saya merupakan calon no.8. 

Dan sudah di acap ulang, nombor calon itu. Kerana itu juga mungkin, saya bernasib baik. Pilihan pengundi di kampus trendnya berbeza yang saya tahu, 

1. Haruslah rupa ada, baru boleh pancing undi
2. Pengikutnya ramai. Konfirm.
3. Petah kata-katanya dan dapat menarik pengundi

Itu antara 3 ciri yang menjadi pilihan. Dan saya mungkin yang ke-3, mungkin juga. Sepanjang manifesto tidak pernah ada pengikut yang ikut berarak yang ada cuma SAA yang setia mengikut ke mana sahaja dan sesekali di teman rakan serumah (mereka terlalu supportive, ILUVALLOFTHEM). SAA memang sungguh berbakti. Bersamanya juga saya pernah terseret dan di biar sahaja, oleh seorang teman rapat. Sehingga kini mana mungkin saya lupa. Akibatnya kemalangan itu berulang alik ke hospital tiap minggu. Kaki berbalut sepanjang kuliah. Dek kerana kecewa dengan teman itu, saya pulang tanpa sedar kaki berdarah dan terdedah isinya. Sardis memang sardis, tapi itu semua cerita itu yang mendewasakan. Terima kasih teman kerana mengajar saya erti menilai. Dan saya memang makin jauh dari beliau dan makin dingin tanpa penjelasan. Tertanya sampai saat ini, apa salah besar yang saya buat? Dulu memang acap kali saya bertanya-tanya kenapa? kenapa? kenapa? Kini tidak, kerana dia mengejar saya menilai. Saya gembira bertemu teman sepertinya. Rasa marah dulu sudah tidak ada, cuma yang ada kenangan berharga yang mengajar saya erti NILAI sahabat. 

Dan catatan teman yang buat saya beremosi adalah kerana katanya, jangan lupa kan perjuangan bila bergelar alumni. Saya rumuskan catatannya. Saya akui, niat saya cuma berjuang sepanjang tempoh di beri. Selepas itu? Saya sudah tidak lagi bergelar pelajar dan perjuangan saya selepas itu adalah tahun akhir. Selepas tamat? Perjuangan saya adalah kerjaya saya. Yang tinggal tentulah perjuang-juang baru dengan semangat dan ideologi mereka dan saya di sini boleh memberi buah fikiran andai perlu. Setakat hari ini memang tidak pernah ada seorang pun yang pernah menghubungi saya. Jadi? Saya perlu teruskan perjuangan saya kini. Lagipun untuk menjengguk ke sana? Jauh! Walau hati rindu mahu ke sana.

Saya kecewa apabila di label sebagai "tidak bertanggungjawab" sedang isu sebenar saya sendiri tidak ketahui, kerana saya cuma Alumni dan berada agak jauh dari segi geographinya. Tak perlulah saya layan rasa kecewa ini, kerana memang tidak layak untuk saya rasa kecewa. Perjuangan dahulu saya telah selesaikan. Kerana niat saya ketika itu menjadi pemimpin pelajar. Kini? Perjuangan saya adalah kerjaya. Bunyinya seperti pentingkan diri. Tapi IA! Kerana field saya kini tidak sama lagi dengan dahulu. Saya kagum dengan sahabat yang masih mengambil berat dan mengambil langkah terus berjuang dalam bidang pendidikan. Saya memang tak layak, tak dapat nak bayang macam mana saya mengajar?? 

Yang penting kini, perjuangan dan angan-angan saya yang saya sendiri hutang pada diri dan tak berbayar-bayar. Tidak ada siapa mampu tunaikan, hanya diri saya sendiri yang kena berusaha dan jadikan angan2 saya itu satu kenyataan. 

D_Y_H
Tak sudah dengan emosi tadi yang sudah surut kini datang lagi, awatlah semua satu-satu! Hang mai bila hang rasa dah tak ada pilihan lain kan??? Uhhhh marah! Rasa nak makan!! Makan dulu, bubai dan Selamat menempuh Sabtu dan Ahad dengan gembira.

Moga esok saya tak sendiri membina impian.

Sharing: Ovarian Cyst - Jangan takut hadapinya

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Dah lama rasanya, Dayah tak update tentang Ovarian Cyst (OC). Dari saya tak tahu apa-apa tentang OC dulu, sekarang bit by bit dah tahu. Walau pengalaman saya tak sama dengan sahabat-sahabat yang singgah ke sini. Tapi sakit itu tetap sama dan tentunya meninggalkan trauma dalam diri sesetengah individu.

Saya tak pernah di beri makan ubat hormon, macam banyak kes-kes sahabat kerana tidak sempat tahu lebih awal. Bila dah tahap kritikal baru Dayah sedar. Itulah akibatnya kalau suka ignore sakit. That is me. Saya memang tak suka layan sakit. Saya redha, itu telah tersurat. Saya masih berkehidupan seperti sebelumnya. It is almost 2 year. Saya tak pernah terasa lain, kecuali di awal pembedahan. Merasalah bagaimana rasanya di belah perut. Merasalah berpantang walau saya culas menjaga makan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehingga tamat 45 hari tempoh hospitalization leave. Tempoh yang lama tapi cukup buat saya rasa terlalu bosannya hidup tanpa perlu bekerja. Tobat tak mahu sakit lagi. Tapi rahsia Allah tak siapa yang tahu.

Jadi pesan saya pada diri sendiri, kalau sakit kata sakit jangan ignore. Although sometimes, I'm still tend to that also.. huhuhu. tak serik-serik. Panjang pulak bebelan saya kali ini, yang sebenarnya, Dayah nak share tentang seorang sahabat yang baru sahaja drop by ke entry Ovarian Cyst dan meninggalkan komen di bawah:-
Assalamualaikum
sya terjumpa N3 dayah ni sbb td tgh search pasal cyst..sya skrg tgh di diagnosis dermoid cyst kat ovari sblh kanan sya..latest size 3.6x2.4cm mmbesar sbyk 1cm dlm ms 2 mgu jer..mula2 Dr bg sya provera ubat hormon tuk hentikan bleeding yg non stop almost 3 month..tp sya stop sbb tak thn dgn side effect yg trk..headache..jumpa kali ke2 dia suruh ambil duphaston pula tp i tak ambil sbb nak try ubat herba pulak..now i tgh try minum air rebusan dr HPA..harap2 cyst ni akan mengecut sblm jumpa Dr balik..sbb i sgt takut bila Dr ckp kalo smpi 5cm akan buat surgery..i kena jarum pun nk pengsan dah ni kan pulak kena bedah huhuhu...rasa lega sgt bila dapat bercerita kat org yg mengalami bnda yg sma dgn kita..lega sedikit bila bc msg2 punya pnglaman.. :D 
Saya juga turut merasa kelegaan yang Hana rasakan. Sekurang-kurangnya membaca pengalaman-pengalaman yang lain membantu mengurangkan tekanan emosi yang Hana rasa dan mungkin sahabat yang lain juga, mudah-mudahan.

Dermoid Cyst, sama seperti yang seperti yang Dayah alami dahulu. Nasihat saya, Hana jaga pemakanan ada sesetengah makan yang membantu tumbesaran Cyst. Banyakkan makan sayur hijau terumatamanya Sawi dan Peria Katak. Macam Dayah sendiri sekarang, alhamdulillah sudah setahun setengah saya tinggalkan Daging Merah. Saya memang tak makan daging langsung. Saya pernah terbaca yang Daging merah akan membantu pembesaran cyst, sejauh mana benarnya? Dayah kurang pasti. Tapi yang pasti saya rasa lebih selesa.Ada juga orang kata makan daging buat daging kita tambah pejal, betul ke? Dayah memang tak tahu. Nantilah iya, Dayah cari fakta yang tentang daging dan share dengan semua. 

Buat Hana juga, positif dalam terima dugaan ini. Mudah-mudahan, Cyst Hana akan cepat mengecil, Amin. 

D_Y_H
Makin membesar dengan besar tanggungjawab. Adakala rebah dalam sabar.

Wednesday, October 19, 2011

Reblog: Inspiration for (3)#Wednesday

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Rebloghttp://likephoebecaulfield.tumblr.com

D_Y_H
Semua orang cantik dan tidak seorang pun Allah jadikan tidak cantik, tinggal penilaian seseorang tentang cantik itu berbeza. Cantik rupa parasa belum tentu cantik sifatnya. Cantik sifat belum tentu cantik rupa parasanya. Setiap individu, cantiknya berbeza-beza. -Dee-

Tuesday, October 18, 2011

Why you so worried? It is just a HIJAB

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

I just crossed over 1 tumblr and found the following picture:-


True, right? Why should you bother about her. Let's her be, she doing the right thing as a MUSLIMAH. 

D_Y_H
Sometimes people are too scared of small things. Which will not effect he/she. Definitely will NOT!

Sharing: The boy and The Apple Tree

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Please read, there's something we should learn and always remember. No matter how far you go, please don't forget your past. Source: Islamic Thinking.tumblr

A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the treetop, ate the apples, took a nap under the shadow…he loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by…the little boy had grown up and he no longer played around the tree every day.

One day, the boy came back to the tree and he looked sad. “Come and play with me” the tree asked the boy. “I am no longer a kid, I do not play around trees any more” the boy replied.

“I want toys. I need money to buy them.” “Sorry, but I do not have money… but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money.” The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was sad.

One day, the boy who now turned into a man returned and the tree was excited “Come and play with me” the tree said. “I do not have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?” “ Sorry, but I do not have any house. But you can chop off my branches to build your house.” So the man cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy but the man never came back since then. The tree was again lonely and sad.

One hot summer day, the man returned and the tree was delighted. “Come and play with me!” the tree said. “I am getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?” said the man. “Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy.” So the man cut the tree trunk to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.

Finally, the man returned after many years. “Sorry, my boy. But I do not have anything for you anymore. No more apples for you …” the tree said. “No problem, I do not have any teeth to bite” the man replied. “No more trunk for you to climb on” “I am too old for that now” the man said. “I really cannot give you anything… the only thing left is my dying roots” the tree said with tears. “I do not need much now, just a place to rest. I am tired after all these years” the man replied. “Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest, Come, come sit down with me and rest.” The man sat down and the tree was glad and smiled with tears…

This is a story for everyone.The tree is like our parents. When we were young, we loved to play with our Mum and Dad…

When we grow up, we leave them…only come to them when we need something or when we are in trouble.

No matter what, parents will always be there and give everything they could just to make you happy.

You may think the boy is cruel to the tree, but that is how all of us treat our parents. We take them for granted we don’t appreciate all they do for us, UNTIL it’s too late. May Allah SWT forgive us of our shortcomings and may He Guide us inshaallah.

“And your Lord has decreed that you worship none but Him. And that you be dutiful to your parents. If one of them or both of them attain old age in your life, say not to them a word of disrespect, nor shout at them but address them in terms of honour. And lower unto them the wing of submission and humility through mercy, and say: ‘My Lord! Bestow on them Your Mercy as they did bring me up when I was small.’ ” [Al-Qur’an 17:23-24]

D_Y_H
I hope for better future, and I know you hope for the same too. Let's pray, work and putting hope. May Allah help all of us. InsyaAllah.

Monday, October 17, 2011

All I want is EASY

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


‘O my Lord, expand my chest and make things easy for me’
(Source: yours-faithfully)

D_Y_H
May Allah bless with us, always. Amin.

Inspiration word for Monday#1

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,



It is so TRUE!

D_Y_H
Saya mahu belajar, belajar dan terus belajar. Moga di permudahkan.

Sunday, October 16, 2011

One word which has describe all

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Coincidentally I walk and found. Thank you Allah. I got 1 answer. All about heart and I remember,

Firman Allah yang bermaksud: "Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." (Surah At-Taghabun, ayat 11)

Sedih? Untuk apa? Ini cuma dunia, pandangan buruk manusia, would it be so serious for you to think so much? Sampai hati mati menilai kebaikan dengan cuma melihat satu kesilapan dan kesalahan dek kerana fitnah yang bertaburan. Yang belum tentu ia benar. Sudahlah tidak mengenali, di momok-momoknya pula dengan fitnah. 

Apa lagi perlu di kata. Bila hati sudah mati, rawatannya cuma Al-Quran. Tak guna terus melayan kerenah kecil yang tidak langsung merosakkan kelangsungan hidup seharian. Di biarkan? Harusnya tidak. Cuma perlukan masa menyelesaikan. Moga Allah beri kekuatan dan jalan keluar.

D_Y_H
Berat fitnah yang di lemparkan. Sudah tersebar luas tanpa tuan empunya diri tidak ketahuinya. Penat berfikir kini saya dapat jawapannya. Terima kasih Allah. Moga di beri pertunjuk. Tak guna membenci, kerana manusia tak layak membenci, sedangkan Allah sentiasa membuka pintu taubatNya, walau berkali dosa kita ulang dengan sedar atau tak sedar.

Saturday, October 15, 2011

Dapur rumah berasap lagi dengan Bihun Udanglah pulak^^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hai semua^^
Happy Weekend!
Bila masak je, mesti Dayah nak update kan!!
hahahaha. Jangan rasa serik nak singgah ya. Heeee.
Makanan dan Dayah memang sukar mahu di pisahkan. Ha ha ha ha ha ha
Kedengaran lucu. Tapi itulah hakikat yang membuatkan badan saya makin hari makin sihat! 

Mahu di jadikan cerita, adalah seorang kawan ini kononnya mahu "beraya" habis raya dah weii. Hobi benar kawan sorang ni. Bila di jemput open house memang tak pernahnya muncul. Katanya, "malu". Ayoo. Tak apalah. Ziarah menziarahi itu pun amalan mulia. Jemput. Jemput. 

Sekali call tak angkat da. Cett! Hampagas punya kawan. Lantaklah labu, perut dah lapaq! Ajak baby pekena Maulana dulu. Kejut dia, tunggu dia setengah jam, minah ni bersiap. Ishh adik sapa lah ni? Hahaha. Hang ni slowlah baby, penat tunggu dari atas rumah turun bawah, start kereta sampai tunggu dalam kereta. Ambik. Siap je minah tu, pederas ke Maulana. Pekena roti canai satu! 

Deiii.. mamak pulak bikin panas. Order minum dulu. Ehh, mamak! ambiklah order makan sekali! Ayoo. Kalau perut dah lapar, memang kawalan diri mulut susah nak shut up! Memang order pandang meja je lah. Nasib hang mamak. Siapa suruh ambik order satu2. Padahal, punyalah nala punya besaq. Sekali? Eh, Dayah takkan la ni lapaq lagi? ?? Hahaha tak aaaiihh. Heeee. Cuma saya tak mahu dah order dekat mamak yang tak pakai baju hijau. Sebab dia baru, makanya memory dia pun baru.

Dengan baby je. Orang lain sombong tak mau join. Tak pa. hahahaha selamat duit aq! kahkahkahkah
Lepas itu, memang dah rancangan nak pi pasar. Maka pergilah kami, membeli apa yang patut sehingga berasaplah dapur rumah lagi sekali dengan ini, 

Ohhhh.. Mee Udang pertama kali Dayah... waaaalahhhh.. walaupun di komplen.. ana tak kesah! hehehehe

Macam biasalah rumah saya ni ramai judges. Elok pulak si Chef Kangcong pulang ke pangkal jalan. Memang dia mengomen sahajalah. Baikklah saya noted segala komen kalian. Akan di perbaiki di masa hadapan. 

Chef Kangcong - Huh! Mama masak lagi sedap!
Abah - Semua sedap dah, silapnya cuma pakai bihun patutnya mee kuning!
Angah - Mesti tak sedap ni.
Baby - Aku goreng tauhu, mestilah cantik!

Dayah memang sengaja pakai Bihun, sebab tak mahu guna mee kuning. Lebih baik bihun dari mee. Resepi? Hahaha, walau tak sedap tetap nak share ;P 

1 Bungkus Bihun di rendam sampai lembut (dayah curah air panas dan basuh semula dengan air sejuk)
4 Keping tauhu di goreng
2 keping fish cake di goreng
1 bungkus fish ball di goreng
Tomato di potong nipis
Daun Sup & Daun Bawang di racik halus2
Bawang Goreng
Telur rebus di belah 2 atau 6 (ikut suka)
Taugeh (basuh bersih sahaja)
Limau (untuk perahan)

Bahan Kuah.
2 biji Bawang Merah
5 ulang bawang putih
2 inci halia
1 genggam udang kering (basuh bersih ya)
2-3 sudu rempah kari (udang)
5-10 tangkai cili kering (kurangkan kalau tak mahu pedas)

Semua bahan di atas di kisar sehingga lumat. 

3-4 ketul ubi manis / kentang (ikut mana suka, Dayah guna Ubi Manis) di rebus dan di kisar lumat
1 Tangkai daun bawang yang di potong panjang2
Udang basah (ikut suka nak letak banyak mana)
Sponge Tauhu (tak mahu letak pun tak apa)
2-3 Asam keping
Garam secukupnya

Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk, minyak secukupnya untuk menumis bahan kuah. Panas minyak tumis bahan kuah sehingga naik bau dan cili masak. Kemudian masukkan ubi yang di kisar lumat. Masak pekat.
2. Tambah sedikit air dan masukkan udang dan tauhu sponge. 
3. Masukkan garam dan gula (jika perlu) 
4. Masak pekat dan masukkan daun bawang yang di potong2 panjang tadi. Dan boleh sedia untuk di makan.

Selamat Mencuba. Dayah memang suka masak main belasah. Hehehehe. Janji boleh makan. Hehehe. Ada tak Chef yang nak marah saya? huhuhu. Saya masak dari hati, boleh? Kekekeke.

D_Y_H
Oklah, dah janji dengan baby nak keluar berpoya-poya sekejap! Sebelum itu mehh layan gambaq Datin yang tengah Usha siapa entah??? Jeng Jeng Jeng. Adakah DATO'????? Mungkin?

Milik siapakah Dato' itu?? hahahaha ...

Friday, October 14, 2011

Mengisi kekosongan jawatan - syarat WAJIB seorang Islam

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Selamat hari Jumaat!
Buat kaum Adam, selamat menunaikan ibadah solat Jumaat, moga dapat pergi ke masjid lebih awal dan penuhkan saf depan, offkan hp onkan kalam Al-Quran. Kalau on hp sat lagi sibuk dok nak berfb dan twittwit. Eleh jangan ngelat. Ramai yang berbuat demikian. Kan. Kan. Kan. Alasan, nak update tajuk khutbah jumaat. huh! lepas sembahyang la update. Bolehkan? 

Sempena hari agung iaitu Jumaat. Penghulu segala hari ini. Dayah nak kongsikan jawatan kosong yang semua orang boleh isi kekosongan. Benefit tok sah cakap memang TERBAIKKKKKKKKKK. Di jamin tempat lain tak mungkin kalian dapat. Ingatan buat diri saya sendiri!! Yo, Dayah! 

So meh layan iklan kerja kosong. Jangan lupa isi kekosongan itu ya, wahai kawan-kawan sekalian.

Sumber: Facebook.com
Masjid manalah sungguh bagus. Patut di laksanakan di semua masjid-masjid di Malaysia. 

D_Y_H
Selamat berjumaat semua!

Wednesday, October 12, 2011

Sharing: Tentang Seorang Ayah

Assalammulaikum wbt & Salam Sejahtera, 

I've something to share about seorang ayah, saya tak ubah ceritanya. Cuma saya tambah dan highlight in red and blue,

Tentang ayah

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH? Dua-dua saya risau setiap kali outstation. Saya akan call kedua2nya selalunya mama dulu lepas tu telefon Abah. That is what I always do masa kat UMS dulu. Nak exam je sure akan call both of them. Mesti kena cakap dgn both of them.

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian? So true! Mama selalu memebel kata abah selalu tanya mama, apa anak dia buat. Dia tak mungkin tanya direct semuanya mesti melalui mama. Haishh abah ni!

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka.... Abah akan  suruh anak-anaknya berdikari tapi mama suka manjakan anak-anak. Abah semua tak boleh, buatlah sendiri. Betulkan?

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi. Betul! semua boleh tapi dia tak pernah beli. Sebab dia pastu tak mahu anaknya lalai. Benar sangat. Dia akan kata, BOLEH. Lepas itu senyum.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu.. Sangat benar! Abahlah yang akan cepat-cepat start enjin. Cepat-cepat nak bawa anak dia pergi klinik. Kan Cik Aten?

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu... Betul! Abahkan lebih tahu. Dia lebih dahulu makan garam. Tapi anak, apa dia tahu. Janji kehendaknya di penuhi dahulu, nasihat yang tua buat tak endah. Ibarat tak punya Abah!!

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya" Mungkin ini yang Abah rasa, tapi putrinya lebih senang nak cepat-cepat angkat kaki. Meluat dengar Abah membebel, menanah telinga dengar Abah menegur. Lebih senang keluar dan berkasih-sayang dengan kekasih hati dari terus semai rasa hormat dan cinta pada kedua ibubapa.

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah. Walau Abah tak pernah paksa. Tapi tahu Abah mengharap anak-anaknya berjaya.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan... Kadang-kadang tak tahu mana Abah cari. Sedangkan tahu dia juga kesempitan duit meneruskan tugas hariannya. Tapi dia tidak pernah gagal mencari dan memberi. Kerana Abahkan lilin. Biar bakar dirinya asal anak isterinya hidup bahagia. Terimbas saat pembedahan, Abah muncul cuma sekali sekali tapi semua bil hospital Abah yang selesaikan! Dulu masa belajar asal kata Abah nak pergi sana, nak pergi sini. Walau jauh, Abah akan tetap jumpa di airport dan bagi duit yang siap di tukar (ohhh touch!)

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti. I will always remember this moment, where Abah sanggup terbang ke KK untuk konvokesyen dan dialah yang pegang kamera nak rakam setiap saat anak sulungnya ini menerima segulung ijazah. Ohh Abah! Walau dia tak cakap, I know he feel PROUD! Thanks Abah, I will never have someone like you, accept you. Lelaki pertama dalam hati selamanya. No body can replace you Abah! Biar semua orang buang Abah, I will be alway be with you!

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal.

D_Y_H
Saya memang lebih rapat dengan Abah dari Mama. Saya memang suka lebihkan Abah dari Mama. Mama selalu jelous sebab anak sulungnya selalu lebihkan Abah. Tapi saya memang akan lebihkan abah. Sorry Mama. 6 lagi anak mama sure akan take care dan utamakan Mama. Tapi Abah? Tak peduli pun, even dia juga anak sulung. Manusia juga buat silap dan manusia juga di beri ruang oleh Allah untuk berubah dan memohon maaf.

Tuesday, October 11, 2011

Went I feel down?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Down? 

Yes ?

No?

No?

Yes?

Yes?

No?

No?

Jawapannya middle. Boleh?
Heeee.. tentulah tak boleh. Apa rasa saya sebenarnya? Bit down, just because the way I'm being shoot. Tak patut. Tapi siapa saya? Benda nak jadi akan tetap jadi. Salah atau tidak, itulah hakikat yang kena di lihat semula. Benar? Salah? Kalau benar kena take step to improve. Kalau salah? Tak boleh ignore kena take some effort to avoid it to be happen. 

Banyak lagi saya kena belajar. Kadang-kadang rasa berat sangat. Tapi that life. Mana ada orang lahir2 terus tahu semua benda? If ada mungkin 1 dalam 1,000,000,000,000. Ada ke? Mungkin. 

Tolonglah. Jangan buat saya keliru!
D_Y_H
Satu masa dia pernah jadi sahabat yang setia mendengar tapi kini tidak. Kenapa? Mungkin kerana ini, Allah cuma pinjamkan dia seketika dan tiba masanya dia pastinya pergi jua. 

Dan saya sedang keliru, bilanya saya naik? Tak ada apa2 pun? Surat? No? but why ada such thing? Ayoo, konpius dah ni. Biaq pilahkan. Janji kerja den siap sudah. Ni dok bersusun lagu nak jadi KL tower, tengok pun ngeri. File depa dok pakat bagi. Dayah ni masa nak tengok pun tak ada, haishhhh. Lemau!


Saturday, October 8, 2011

Bila Dayah rajin.. maka berasaplah dapur ;P

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Those knowing me, tahulah betapa pemalasnya manusia satu orang ni! hahahaha. Sungguh aaihhh. Bila mai mood nak masak, maka ke dapurlah kita. Bermula dengan pergi tengok tempat catering, ke tesco semenyih kami kononnya nak cari both MPKJ. Sekali tak ada, nampaknya Iklan di suratkhabar telah menipu angah. ish ish ish sungguh un-ethical. Kalau dah di iklankan, kenapa tidak di bukanya? Kami anggap tak ada rezekilah.

Masuk-masuk tesco, kedai pertama yang menarik perhatian Dayah tentulah kedai buku.. heeee. grab! 1 buah. Jalan. Hoyehhh. Now tengah nak habis.. hehehe. Saya memang hantu membaca kalau dah suka. Tak makan pun tak apa. Nak jadi cerita, saya kembali semula ke kereta. Eh mana depa ni? Naik pusing2 cari. Tak nampak pun. Pergi ke kereta semula. Eh, still tak adaa? Tak apa, call la. Lol! Mana nak jumpa depa dok sibuk beli cili hidup. Kata Abah lebih murah dari NSK. Aikk? Sampai sini dia sempat nak memborong? Ahh sudah, kami cuma naik sang kancil. Muat ke tak ni?? Naiklah juga Dayah ni. Cari-cari dia orang, tak jumpa. Alihnya Dayah belilah apa yang patut dan makanya terhasillah menu-menu petang di bawah:-

Adatlah, orang "rajin" macam dayah ni. Simple2 sajolah. Sejak2 tahu mcm mana nak buat mushroom sendiri ni. Memang nak je selalu buat .. tapi .. tapi .. tapi.. tak berapa nak rajin nak pergi beli barang.. nak masuk dapur. So easy, masak ini sebenarnya senang. Provided you want to try it. If not benda senang pun kita rasa susah bebenar, yer tidak? Yer kan ajer la (hahahaha ;P)
Apa Dayah masak? Saya cuma membuat mushroom soup dan garlic bread and suruh angah cook pasta. Dan Dayah pun dah taw masak pasta sauce. Hoyehhhh, senang je baiiiii. punyalah dulu-dulu rasa makaihh susah bebenar. Tapi senang sahaja rupanya. Baikkklahhh saya akan explore lagi. Saya memang suka makan, masak? hahaha. bila mood mai.. okay! heeee.

Process 1 for Mushroom Soup - Bahannya pun senang. Cendawan Butang yang fresh, onion, garlic, fresh milk, black paper, salt, parsley serbuk je, isi ayam and tepung gandum. Dayah cook semua bahan sekali except susu, itu saya blend bila bahan semua dah pekat. Lepas blend masak sampai pekat dan tutup api.. pastu makannnnnn yeah.. Nanti rajin saya share resipi lengkap. Kombinasi dari beberapa resipi dan Dayah tukar ikut dan sayalah. Sukatan pun ikut dan saya, hehehehe.

Bahan for garlic butter. Ate, lupa beli. So, buatlah ikut dan juga.. muahahaha. Bahannya, parsley serbuk, lada hitam, garlic yang dah dicincang halus dan butter. Masak sampai butter cair dengan api perlahan pastu sapu jelah atas roti. heee.. punyalah malas nak bakar roti kekeke. Selamat mencuba.

This is done by Angah

Okeh, inilah hasil garlic bread malas saya^^ Jadilahkan. I loikkeee. Rasa garlic yang mild and ranggup!

Angah cook also.

Inilah hasilnya, mushroom soup with garlic bread. Yummmy! Sungguh sedap! Ehh angkat bakul. hahahaha. Belasahlah labu. Janji boleh terima dek tekak. Layan je.
Itulah hasil kerajinan saya di petang Sabtu. Ok, calooo bebeh. 

D_Y_H
Tonight ada majlis tahlil kat rumah. Saya kagum dengan bibik. Antara banyak-banyak bibik, setakat ini dia paling soft spoken dan very nice person. Nice.

Sharing: Hukum pemakain Inai Bercorak

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Semalam Dayah terbaca satu link tentang pemakaian inai bercorak-corak. Ada yang kata haram. Sampai saya sendiri membacanya juga keliru. Almaklumlah, ramai benar yang suka berkongsi-kongsi pandangan dan pendapat. Tapi akhirnya judgement kita juga mungkin salah, jadi? Pada siapa harus kita rujuk? Tentulah yang lebih arif. Mencari dan terus mencari itulah tugas kita sebagai khalifah.

Namun pada asalnya kenapa perlu memakai Inai? Supaya nampak cantik? Supaya kelihatan lain dari yang lain? Tentunya saya rasa, kerana orang cuma pakai Inai pada hari pernikahan. Orang pakai inai tahulah kita baru berkahwin ni. Dan pakai inai juga adalah untuk tujuan kesihatan. Sejauh mana kebenarannya? Saya kurang tahu. Dan ada satu hadith yang Dayah baca,

Dari Ibnu Sirin r. A katanya:.”Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a:”Adakah Rasulullah s.a.w mencelup rambut baginda?” jawab Anas:”Baginda tidak kelihatan beruban, kecuali di janggutnya nampak beberapa helai rambut putih.” Kata Ibnu Sirin:”Aku betanya pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup rambutnya?” Jawab Anas:”Ada. Dengan inai.” 

(Muslim) 
Sebahagian daripada perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut atau janggut yang telah beruban. Tetapi dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam? Orang yang telah tua, ubannya telah merata sama ada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mewarnakannya dengan warna hitam. 
Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya Abu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda: "Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim). 
Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari) Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan: Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan) 
Katam adalah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai sejenis pokok berdaun yang mengeluarkan warna merah. Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.  
Dan dari portal rasmi fatwa Malaysia pula, hukum pemakaian inai bercorak adalah seperti berikut:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang. 
 
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Jelas? Harap-harap membantu. Barulah jelas. Mencari dan terus mencari ilmu. 


D_Y_H
Hari ini Sabtu esok pula Ahad dan Isnin kembali lagi. Moga saya makin bijak mengatur waktu. InsyaAllah dan doakan ya.

Thursday, October 6, 2011

Step one, CHECKED!

Assalammualikum wbt & Salam Sejahtera,

[AMARAN: Bebelan bila saya penat! Heee. Bacalah. Tak mahu baca pun tak apa]

There's a lot of things inside my mind.

But 1st thing 1st, my condolence to the whole family - Steve Jobs. Kehilangan besar bagi dunia IT. He dies because of Cancer. Previously, he already stepped down as CEO of apple. Rest in peace. 

Back to topic.
I've done my 1st step! $$$$
Yep. First step. Submit and waiting the process and signing.
In progress to step 2 and the rest the another.

D_Y_H
May Allah help me to achieve it. Amin. Slowly but effective, I hope so and I just received another complaint from my boss, "you're too ganghooo" ya ya ya. I am. Behind that, only me know and I don't know how to tell him? Another weakness I need to resolve. Tak boleh tengok orang lain rasa stress sikit then I will feel guilty and take all responsibility. At end, siapa susah? Diri sendiri la. Lepas tu dia pandang Dayah .. Dayah pandang dia. Good la sangat! Need to do something! Faster pun susah, lembab lagi susah!

Tuesday, October 4, 2011

This is why I ADORE HIM MORE! Tun Mahathir.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejatera,

Come across to BenAshari blog, terlihat interview Tun Mahathir bersama BBC. Here, please watch. 


He is very strong indeed! Ini pemimpin yang di cari. Talk with fact. What I recall and make me respect him event more,

BBC: Did you feel confident the people still listen to your message?


TUN M: Why... (laugh) I wouldn't able to say.


BBC: In Malaysia, people....


TUN M: Why should people worried about me?


BBC: Malaysia people say and am I talking about the Prime Minister, Leader of the Opposition, and it is time for you to be quite.


TUN M: Why should I be quite?

You mean to say, when their doing something wrong to my country, and I should not to say anything? 

I would be irresponsible, if I were to do that. 

PROUD of you TUN! Dan dengan lantangnya beliau bercakap tentang Yahudi secara terus-terang! Really proud of him. Don't scared.


D_Y_H
Fact is fact. Don't try to change it.

Looking for next .. next.. next..

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

[AMARAN: DO READ IF YOU WANT. AS DAYAH CUMA MEMBEBEL KOSONG SAHAJA. BEBELAN TAK BERILMIAH. SAYA RELA KALIAN TIDAK MEMBACA KERANA, SUDAH ACAP KALI DAN ADA BEBERAPA INPUT BARU PERTAMA KALI SAYA REVEAL.  MAAF YA. SUDAH JADI LUAHAN HATI. SEBAB RASA BERAT BILA DI SIMPAN-SIMPAN]

I'm really looking for my next next next..................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

Sila isi kekosongan di atas (hahahaha).

What am I looking for?
1) Better life
2) Travelling


Yep! Ini yang saya mahukan. When I tell you Better life, sangat luas. Yang pertama tentunya better way of life as Muslimah. Trying to be better from day to day, doakan ya.

Well manage my monies. Use monies wisely!! Dgr tu Dayah wisely! Damm teruk! Nama sahaja di kerumuni "accountant" but but but I'm not really counting! hahaha. Admit, one of my weakness, kena lebih banyak compliance dgn diri sendiri.. keh keh keh. Baru teringat just now, my boss kata peluang nak dapat new job cerah dan ada work kat UK (wahhhhhhh mata dah blink blink blink and he smiling.. hoyehhhh sukanya!!!!!) Kalau yer? Saya kena stay lagi kan? hahaha. Gila tamak! 

Well manage my study life! Allah Allah Allah. 4 papers lagi bai!! Susah benar nak habiskan! Semua paper saya rasa susah. Senanglah senanglah senanglah. Nak ckp senang banyak kali supaya saya rasa senang. Doakan saya terus tabah menghabiskannya. Amin. 

Well manage my time! Yes, I feel so gangho! Ini ayat my boss! Itu nak habiskan ini nak habiskan! Ayoolahh mana satu nak habiskan? Do it one by one. Exactly. I need more exposure! Saya tak dapat imagine 3++ yrs vs 15++ yrs experiences, service bertukar tangan. Memang saya rasa lain sangat pada awalnya. Selalu je kena scolded. Selalu je dengar complaint. Selalu je dengar orang kata belakang. Tapi itulah beban yang saya kena galas. Tanggungjawab yang perlu saya pikul dengan jangan complaint tapi face it. Am I wrong here? 

Orang tak duduk tempat saya, dia tak tahu. Tapi saya tak duduk tempat orang, jadi saya tak tahu. So? Kenalah salah seorang mengalah. Saya pilih untuk mengaku salah dan akhirnya semuanya give up, tinggal saya sendiri. Dan terus di salahkan? Am I wrong here again? Kenapa tak pilih untuk pergi? Because I have patient doing my work. Salah bukan selamanya salah. Salah tak beerti selamanya ulang benda yang salah. Sebab saya minat. Tapi lama-lama saya tahu saya tak boleh teruskan niat saya. Saya kena berundur bila masanya memaksa. Sedih. Tapi that life. Keberkatan itu lebih penting. I don't want see more people suffering just because of me. Dah banyak sangat saya buat dosa dengan orang. Teruknya. Feel very guilty. Especially my promises of 3 years. Saya mungkir. Walau dia tak pernah sekali pun menuntut. Sekali pun TIDAK! I adore him more and more! He's just being so nice to me. THANKS A LOT!  I DO RESPECT AND LOVE YOU WITHOUT REASON! (mestilah! Gilalah kalau tak suka. DOSA tu!)

More guilty I feel, sebab tak siapkan banyak kerja! Sangat guilty! But I really need time. Tapi saya cuma ada 24 jam sehari di mana saya juga perlu tidur. Perlu masa rehat sedikit. Here, time management sangat penting kan! As how we deliver our service. Yes, it is how you deal with your time management. Which is now, I'm trying be myself balik. I want to come early to office! 

Dulu-dulu tabiat saya sampai sebelum orang lain sampai but now? Macam hampeh! I'm always sharp! Or late few minutes? JANJI MELAYU sungguh! I don't want to repeat this again! I must start to change it from now! Early than other. Less sleep ( I do! 3 jam je pun selalu tidur) Which is not good sebab itu badan saya susah turun! HATE! Makan ikut dan mulut! HATE! Mcm mana? Susah sangat nak turunkan berat badan. I've complaining this many times, but yet nothing change me? This has been delay so many years? Even masa lepas operate, I was hoping to losing at least 20kg BUT NOTHING CHANGE! Ohhh DAMMMMM.

I'm looking forward my next year travelling. OH YES, TICKET dah beli. Now time for simpan sikit2 looking for place and price. Mana mana mana? Heeeee... nanti next year korang akan taw^^ let me kept for myself dulu ya. Ada tempat yang saya rasa nak tinggal di sana dan mungkin mencari sesuatu yang missing dalam hidup saya di sana, tapi KAPAN? Bila semuanya kembali normal? Iya mungkin atau ia cuma angan-angan dan sampai bila saya tak jumpa kehilangan yang satu itu? Mungkin ia, well manusia merancang tetapi yang menentukan Allah. Moga di permudahkan. 

D_Y_H
Saya letih. Saya nak tidur. Saya berhenti seketika membebel. Saya lapar. Saya saya saya.. ahh bye.