Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Picture: GOOGLE
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke -54 buat semua warga negara Malaysia tak kira di mana jua anda berapa. Hayatilah erti merdeka. Sebagai anak yang lahir selepas Malaysia bebas dari segala kesusahan, pastinya Dayah tak merasa betapa perit dan payahnya mencapai kemerdekaan. Walau kini, telinga saya di momokkan dengan pelbagai cerita politik yang mengatakan semua sejarah Malaysia telah di tipu. Aduhai sedihnya, katanya lagi agenda politik. Tapi kenapa kini? Selepas 54 tahun? Kenapa tidak dahulu? Tidakkah orang-orang yang sudah lama dalam bidang sejarah boleh memperbetulkannya? Apakah tugas mereka, jika tidak?

Walau apapun, sejarah itu tetap sejarah. Baik mana buruk mana sesuatu sejarah itu, kita harus sedar kini kita bebas berjalan di bumi Malaysia. Dapat hirup lagi udara segar tanpa ada yang sekat. Tanpa ada rasa ragu dan takut.

In what reason, I hope for better Malaysia and wishing that we can sustain our independence, Amin. Buang pandangan politik masing-masing, just think what we want? and for me, tak ada parti politik yang bersih dan adil secara total. Ok, actually I hate politic.

HAPPY INDEPENDENCE DAY MALAYSIAN. 

D_Y_H
Don't ask me about politic.. especially party mana hang sokong? Lagi hangpa tanya lagi cheq meluat. Asal cheq boleh bebas dengan Islam cara hidupku dan membawa kereta tanpa halangan walau kemana sahaja, cheq rasa syok dah heeee^^  (tp cheq tak la buta sangat bab politik ni. Cuma mati kutu kalau nak jawab, sungguh aihhh. so please don't ask me)
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

SELAMAT HARI RAYA semua, buat readers sekalian korang memang best^^ dan pesanan ringkas Dayah tahun ni, DRIVE SAFELY and EAT WISELY ;P

Picture: GOOGLE
Jangan lupa pesan Rasulullah s.a.w:-

Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir - At-Tabrani

Lupa nak habaq, mohon maaf na, andai kata ada tulisan saya yang mencuit hati atau mencarik-carik hati kalian, sungguh tak maksud nak buat lagu tu. Semuanya lahir dari hati turun ke post blog.. heeeee.. ok babai

D_Y_H
Menanti 5 petang, lepas tu baru boleh shut down "PC-KEJE" and turn-on "RAYA-MOOD" hoyehh.. I want to buy new tudung da.. beli apa utk diri sendiri? Nando lg.. beringat-beringat berbelanja kawan-kawan dan saya juga. Jangan lepas raya tak ada duit sudahlah ya.
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Memang menyesal. Tapi bagus juga, end up makan sikit sahaja. Ceritanya begini, seharian hari ini ke hulu ke hilir.  Kononya mahu mencari sedikit kelengkapan hari raya. Sekali, tidak seperti yang di jangka. Memang tak ada mood langsung nak raya. Semuanya hambar. Sangat-sangat hambar. 

Seisi rumah, bagai tidak kisah dengan hari raya yang bakal menjelma. Sebab itulah juga, Dayah konongnya mahu siap sedia biar sedikit, tapi tetap sama. Perasaan saya juga hambar. Tak ada perasaan langsung mahu membeli. Korang pula macam mana? Mesti persiapan serba meriahkan. 

Di sebabkan menonong berjalan ke sana ke sini, sampai terasa beli sahajalah juadah berbuka. Membelilah saya tadi di Bazaar Ramadhan Bangi. Pusing satu bazaar, tak ada satu yang menarik kecuali air heeee... menarik sungguh warna-warnanya. 

Beli jugalah, Ayam masak beriyani. Balik, berbuka dan ahhhh menyesal. Dengan pedas, tak rasa apa. Adoyai, salah membeli rupanya. Salahkan diri sendirilah. Kerana pertama membeli dan kedua malas masak. Memang tobat tak mau dah. 

D_Y_H
Mood hilang ohh.... kembalilah wahai mood.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Fuh [lap peluh], just done calculate project cost with Abah. Kira kos - [direct cost + indirect cost]. Project sum jadi times 2 from last 2yrs awarded! DANGGG! Tepuk dahi. Not sure what to do? In reality, costing wise has increase tremendously. Tak bohong punya.

Everything has increase and to recruit people also cost us a lots! Why? Because you need to train them, in order to make them ready there are cost incur also. Tak sikt tak banyak But still do killing our time. 

Time=$$.
Oh, I realize now actually all company facing the same problem. RECRUITMENT TALENTED EMPLOYEE. Yes exactly. Too demanding! Not expert yet too much of expectation. Terasa tak kita yang makan gaji macam tu? Well lifestyle pun dah berubah, so everything need to be change also. Without money nowadays memang boleh mendatang kemurungan pada diri [percaya atau tidak] 

So sebagai majikan apa tugas mereka? Kenahlah charge seadanya, make sure tak rugi. Macam tadi, kira punya kira for about few months, we're losing abot RM3k a month! Walaweiii. Menangis! Terus Abah moody, masuk bilik. Terpaksa continue discuss dalam bilik dia pulak. Kenalah kira betul2, projected sana projected sini sikit. At least costing next 2 yrs boleh cover our losses. 

Are we failed to project in the 1st place? 

NO! We did not. It is happen because additional work required by Main con. Additional VO pun tak juga cover losses. Yet rugi. Herm. Memang sakit sekejap kepala Dayah tadi. Sudah terlakar beberapa strategi yang perlu. Nego pun tak guna, because biasalah big co, selagi boleh squeezing dia akan squeeze us! Why ya? Adakah lumrah? Mungkin juga. But the most important is planning. 

So, prediction dari awal lagi patut ada. So we take this in our future planning. Memang serabut sekejap tadi Dayah mengira costing. Bila dah done, Abah said, maybe not possible. I try to convince him la. Kenalah cut sikit. So then, tak rugi banyak sangatkan. Ohh, cukup bebelan saya. Penat sudah kira costing. Lepas ni mesti kira balik base on actual expenses, macam mano? Akaun pun makcik ni tak sempat habiskan lagi. Doi doi doi.. I need an assistant la. Tak ada masa nak key-in segala. Dulu ada dah tapi lembab dari kura-kura. Haishh susahnya. Tak apalah, susah2 sekarang senang2 kemudian hari kan. Amin.

D_Y_H
Few days dah I'm really tired. Penat minda, penat badan. Rasa sangat2 flat. Kurusnya tak juga.. hahaha.. ok melalut.. tata peeps ;P have a good ibadah ya.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selamat berpuasa ppl. Hee.. jom gelak sat. Baru tadi Dayah pi google maps, sahaja nak tengok Direction and I found this; 

1) From China to Japan

Hua hua hua dia suruh kita across The Pacific Ocean guna Jet Skii baiiii.. ate.. kereta tarik pakai jet ke baiii?? kahkahkahkah..
 2) From China to USA

Ini lagi best... "Kayak across the Pacific Ocean" walaweiii kremmm tangan sebelum sampai.. ahh sudah.. biar betul google maps ni??? nak bunuh orang kiranya ni. hahahahaha
 3) From China to Taiwan

Ambikk kauu.. dia suruh SWIM ACROSS PACIFIC OCEAN.. hahahahaa.. ate siapa tak taw nak swim lagu mana?? Ayooo.. Google map google map.. hang tak caya try pi dekat google maps. Memang reality baii..


Memang tergelak lah Dayah tadi. Siapalah tukang update si google maps ni?? Takkan la auto updatekan. Tabik springlah kalau sapa follow google maps ni 100%. 

D_Y_H
Ha... siapa kata cheq tak ada sense of humor? :p hehehe..
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Jauh berjalan, jauh terbuka pemikiran kita. Dayah baru pulang dari Jakarta. Tepat jam 10.00 malam touch down, Alhamdulillah. Mood Abah baik, beliau jemput kami berlima. Ini kali kedua Dayah ke sana. Pertamanya kerana kerja. Kali ini sengaja mengalih angin bawa mama shopping. 

Tanah Abang tempat tujuan. Crowdednya dengan manusia. Jalan raya sesak dalam Mall  lagilah sesak. Sampai sesak juga nafas kami berjalan. Sesak lagi mahu memilih. Cantik-cantik dan macam-macam. Yang Dayah mahu kongsikan adalah tentang beberapa perkara:-

1) Rakyatnya lakukan apa sahaja jenis kerja asalkan beroleh wang

Segala jenis pekerjaan Dayah perhatikan di lakukan orang di sana. Bak kata Supir teksi yang kami naiki ke Sedayan City Mall "Apa aja yang tiada di Jakarta ini. Semua ada"

2) Wanita di sana sanggat gigih bekerjaya


All store baik di kaki lima mahupun di kedai-kedai jualan, semua penuh dengan wanita. Macam di Kelantan? Iya mungkin.
3) Kaya budi-bahasa

Budi bahasa mereka sangat baik. Di bandingkan dengan di sini [mungkin saya sahaja tidak bernasib baik, jumpa ramai yang tidak pandai budi bahasa]
4) Jamu tak tinggal-tinggal

Jamu ibarat minuman wajib mereka. KUNING je aihhh, kembang tekak-tekak melihatnya, apatah lagi mahu merasanya ? Ohhh tidaklahhh, campuran kuyit hidup & telur mentah [euuwww.. memang tidaklah Dayah telan.. belum masuk mulut silap-silap ke lantai jadinya karang]
5) Kalau kaya terlalu kaya dan miskin terlalu miskin

Terlalu ketara. Kerana yang kaya memang terlalu kaya dan harga barangnya  lebih mahal dari di Malaysia [bagi sesetengah barang branded. Baik beli di Malaysia]
6) Anak-anak kecil terbiar mengemis tanpa kasut

Kanak-kanak seusia 3-4 tahun sudah mengemis di tepi jalan, dan tidak kurang di negara kita juga kini. Mungkin jumlahnya tidak banyak namun tetap ada. Kenapa ada aktiviti begini? Pihak berwajib banyakkanlah lebih rondaan. Kesian, anak-anak kecil yang tertinggal dari mendapat pelajaran dan membesar dengan baik. 

7) Gerai-gerai bergerak penuhi jalan

Ini memang banyak kelihatan. Jalan sahaja adalah kanak-kanak jual surat khabar, mineral water, kuih-muih. Dan macam-macam lagi. Apa sahaja yang boleh di buat bahan jualan akan di jual. Sungguh independence anak-anak di sana. Tapi ini mungkin buat yang hidupnya kais pagi makan pagi. Kalau yang kaya, memang tampak sombong riak wajahnya. Kalau bercakap mungkin tidak. Cuma kelihatan di wajah. Apa orang putih selalu kata "Don't judge a book by its cover" kan. So itu cuma pandangan mata saya.
8) Demonstrasi Jalanan yang jadi budaya

Budaya mereka di sana, Berhampiran dengan Plaza Indonesia, ada satu bulatan tu. Saya tak ingat sangat namanya. Walau ini kali kedua saya ke sana. Di sana akan ada sahaja, remaja-remaja yang buat demonstrari. Tak kurang juga di depan parlimen. Mungkin juga, Jakarta perlu sedia ruang lain yang tidak menganggu lalulintas untuk terus mengamalkan demonstrasi jalanan ini. Iyalah, tersangkut juga kami di jalan, dek kerana demonstrasi yang di jalankan. Kereta-kereta pendemonstrasi pulak sewenang-wenang di pangkir di tepi jalan. Jalan yang 3 jalan menjadi satu. Kalau mahu di sediakan tempat yang baru pun. Cost juga kan? Di tambah dengan kepadatan Jakarta kini, mungkin agak mustahil? Mungkin. Pandangan peribadi sayalah.
9) Suka makanan jepun

Memang banyak. Antaranya "Hoka-Hoka", ini yang Dayah suka. Memandang saya dah tak makan daging so kena makan ayam je la. Bolehlah. Daging tetap terbaik. Tak apa sekurang-kurangnya, pernah merasakan. Ada satu kedai makan Jepun di Kemang, Jakarta Selatan. Saya mencubanya tahun lepas. Sedap. Di Malaysia? Entah saya kurang mencari, mungkin sebab makanan jepun banyak yang di campur arak. Di sana? Kedai tersebut ada Halal cert di pamer di luar kedai. Jadinya kurang keraguan di hati. Kedai nama apa? Entahlah pulak. Tak ingat langsung.
10) Meniaga dalam "kaunter mati"

Ha.. ini sesuatu yang unik sedikit di sana. Kenapa entah di Tanah Abang tu banyak kedai-kedainya meniaga dalam kaunter mati. Maksud Dayah, kaunternya tak ada pintu nak masuk, mereka akan panjat untuk masuk. Ini saya perhati ketika pintu kedai dibuka. Kalau sewaktu operasi fahamlah saya kenapa. Unik memang.

D_Y_H
Gambar nantikan di next entri ya. Cost perjalanan kami juga minimal. Akan di kongsi di next entry.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Dayah baru dapat forward email from friend, terbaca statement ini:

"Perkahwinan Nabil & Zira juga dirancang dalam suasana penuh keserdahanaan dengan kos anggaran RM150 000"

Walaweiii, RM150,000 di katakan SEDERHANA? Alahaiiii, boleh dapat rumah sebijik baiii. Tak kiralah 1st or 2nd hand. But still you can effort for a house for that cost. Kos nak kawin sekarang memang mahal ek?  Iyerlah agaknya. 

Saya nak try conngak jap, Kos katering paling-paling pun RM8,000 (kalau utk 1,000 orang) Pelamin? Baju Pengantin? Jurukamera? Mungkin RM3,000? (Saya buat tanda soal sebab tak expert.. thee heee heee. Bagi kos katering insyaAllah taw sahaja saya kira heeee. Sebab taw la sikit-sikit harga-harga makan.. hahaha tang makan hang bagi kat Dayah dia taw ;P) Kalau kos di atas mungkin, kos bagi SO-CHEAP CHEAP CHEAP la kot! 

Huishhh, ngeri haihhh kos kawin la ni boleh bayar deposit kereta atau rumah? Awatlah mahai benar? Perlu tak membuat persiapn 3 tahun sebelum.. hahahahaha.. semua kos bayar secara ansuran? Walaweii siapa ajaq hang Dayah? Terfikir la jugakan. Boleh offer perkhidmatan macam ni jugakan? hehehehe. Deposit kawin. Kuang Kuang Kuang.

Alahai, banyak sungguh dah peruntukan kawin kalau banyak tu. Berapa tahun agaknya bekerja untuk mengumpul sebanyak itu kan? Kalau seorang eksekutif? 
Katakan gajinya RM3,000 sebulan. Dia perlukan 50 bulan tanpa berbelanja se-sen pun wang gaji tersebut, ohhh agak mustahil! Katakan menyimpan wang berkahwin RM1,500 selebihnya bayar hutang-hutang dan simpanan lain. Perlukan 100 bulan yerrr... berapa tahun? 8 tahun dan 3 bulan la lebih kurang. Makaihhhh. Tak per kena bijak. 

After a year place in FD RM18,000 setahun, interest dah berapa kan. Not sure now berapa, kena tanya orang keje bank. They will know better. Or else boleh put your money by buying share market. Tell you, kalau banyak duit now is the opportunity. Banyak kot kaunter yang jatuh. So time for beli. Nanti market dah baik semula jual la. Tapi ruginya, your place your money with risk, kalau dia terus jatuh? How? That's why pentingnya, study before beli. Jangan main hentam je. Memang dapat rugi kelaknya. or now, orang sibuk dok membeli emas. Untung banyak juga ni. Cubalah try ya, supaya boleh juga di guna untuk buat Majlis Perkahwinan impian masing-masing or buy your dream property. 

Iyerlah rumah sekarang pun dah mahal sangat! Nak beli rasa memang tak mampu sungguh, yang mampu cuma di luar bandar. Di dalam bandar rasa tak worth nak beli. Terlalu mahal. Nak harap yang muda-muda ni membeli, memang tak la. Bila tengok harga melampaunya mahal. If you we're paid like such RM10,000 above (which is normally those work as engineer mungkin, tapi ini senior level) memang bolehlah bermewah sikit dalam membuat majliskan. 

Tapi perlu ke, bermewah? Sesetengah orang kata perlu mungkin untuk "pride" atau keperluan? Owh tidaklah mungkin! Ini bagi sayalah. Nak rasa mewah boleh, tapi memadai. Cut mungkin dari jumlah tetamu yang hadir. Pendek kan masa, gabungkan majlis di pihak lelaki dan perempuan. Eh ada ke orang buat? Ada, sebab itu saya berani tulis. Lebih jimat dan pastinya persetujuan dan perbincangan kedua-dua pihak. Ini kalau duduk senegerilah. Senang! 

So kawan-kawan yang dok sibuk-sibuk merancang perkahwinan tu silalah berbelanja dengan bijak. Bukan majlis grand yang di cari, penting majlis selamat dan doa tetamu. Tak pernah lagi setakat ini ada orang tempah makan-makan dia buat macam majlis kesyukuran. Haaa.. yang tu sure murah. Siapa nak order? Meh Meh meh, nak try buat sekali. Majlis lebih pendek dan penat sangat. Jemputan pun panggil dalam 200-300 orang sahaja. Ada tak siapa-siapa pernah terfikir macam ni?  

Oh ya berapa agaknya, kos perkahwinan korang ya? Yang sudah la, yang belum mesti ada budgetkan? [Boleh guna pakai untuk simpan dalam proposal,, hua hua hua hua... Dayah dok berangan nak ada pusat sehenti perkahwinan all in one.. tak taw la bila nak jadi. Pasai apa, tak dak siapa pun nak buat pelamin. Kena cari. Yang ada tukang masak ramai sangat. Kalau jadilah nanti, boleh bagi discount :D mahu mahu? Siapa nak kawin dalam 3-4 tahun lagi laaaa ;P

Oh ya, kalau ada siapa-siapa nak buat kenduri kawin ka kenduri apa sahajalah. Bolehlah cuba catering ini, cheq tulung-tulung sama gak. Bila ada masalah. Mana hat mampulah. Singgahlah ya. [belog catering tu pun tak sempat cek nak update. tapi makanan hangpa tok sah risau. bukan Dayahlah masak, kalau dak alamat tak makan tetamu. Tunggu chef busy.. kahkahkahkah]  

D_Y_H
Be clever! Spend your money wisely. INGAT MEMBAZIR AMALAN SYAITAN. 

P/s: Tak taw, berapa pendapatan sebulan or hatta setahun seorang artis? Siapa taw? Average la? Kalau buat tax sure taw kan. Tapi Dayah tak buatlah pulak, cheq dok tengok Internal Control sokmo.. hehehehe Siapa taw? kongsi kongsi. 
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

[Amaran: Ada unsur 18-SX so please young reader don't take advantage, take this as an additional knowledge to you]

Waste? Memang banyak. Terlalu banyak nak makan. Semua yang nampak di mata semua nak TELAN. Sedangkan diri tak berkemampuan menghabiskannya.

So at the end jadi waste, maka penuhlah Mr. Tong Sampah dan untunglah lalat2 dan seangkatan dengannya. Perkara ini juga terjadi pada dayah di rumah. Why? Sebab masak banyak expecting ramai yang makan. Tapi yang muncul cuma beberapa kerat. Sejak itu memang kalau saya masak saya akan catu. Kurang sikit wastenya but it is still a waste. So what I do, re-cook again. So tak waste kan? 

Tapi janganlah sekadar panaskan sahaja, sebaliknya olah jadi satu hidangan yang nampak baru (aka "fresh"). Admit, I'm very good nak orter lauk-lauk jadi benda lain. Masa dkt kampus dulu, apa sahajalah saya main campak-campak je. Ikut hati masak. Janji boleh makan. Sedap tak sedap belakang kira. So kawan-kawan selamat mencampak-campak asal tak jadi waste. 

Another waste yang kita semua buat, lakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. Ah sudah, Dah tahu salah di ulang-ulang salahnya. Sudah tahu boleh dapat tidak di buatnya,so what a waste u make! 

Contohnya, duduk bercakap-cakap tiba-tiba terselit umpatan. Haishh kurang dah pahala situ. So? Kurang-kurang bercerita perkara lagha. Takut nanti penat tahan lapar dan dahaga sahajalah. And I did talking to one of my friend. Cerita dia ini lagi waste. Sangat-sangat rugi. Tak tahu nak buat reaksi apa, cuma sangat-sangat terkejut. Cerita dia begini, 

Kawan Dayah ni talking to one of his friend (kira baiklah selalu sharing knowledge). So he ceritalah tentang kawan dia yang berpuasa katanya. 

Abbreviation: KD (kawan Dayah) L (lelaki dan bukan seorang Islam);

KD - Dah kenyang?
L - Tak sempat makan lol, my secretary will make sandwich for me.
KD - U must be rush in the meeting right?
L - Sure got la [with big smile]
KD - Oh, wonder did not have enough time to eat
L - tak puas lor [with sad face]

KD suspicious. Meeting apa ke bendanya tak puas pulak ni. Start asking, then only know meeting means "make love" terkedu seketika dia di situ dan tambah pening kepala she is MUSLIMAH.

KD - Dia tak puasa la ya
L - Dia puasa! [Dengan sungguh yakin]
KD - Tak faham?
L - She is not eating or drinking anything maaa
KD - She is not fasting my dear friend. Fasting doesn't mean you are fasting yourself from eating and drinking but it your attitude and everything you have to take care and mindful. 

KD dah start explaining dan bebelan. Paling sedih, She is still studying in one of Islamic Uni. Okay, doesn't mean if you were studying there you have to behave? At least know what is your religious teach you, what to dos and don'ts. I know some wasn't at all, just pretending. Sedih sungguh. Betul-betul kerugian besar. 

Allah beri akal tapi kenapa tak di gunakan sepenuhnya? Berfikirlah teman. Hidup mati kita cuma Allah sahaja yang ketahui. Kita hidup di muka bumi Allah ini pun kerana ihsan dariNya. Kita bukan siapa-siapa. Mudah-mudahan, dia sedar sebelum terlewat. 

"Ya Allah, jauhkan kami dari perbuatan mungkar. Jadikan hati-hati kami sentiasa dambakan kasih sayangMu lebih dari manusia"

D_Y_H
Indeed very sad. Entry ini, pada asal cuma mahu menulis tentang waste makanan sahaja. Moga jadi pengajaran buat kita semua. Perhatikan adik-adik kita hatta anak-anak kita sekalipun. Cinta dunia membutakan ramai yang celik.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Just know it, that Kak Ma dah selamat melahirkan. Alhamdulillah. Baru lagi rasanya minggu lepas dengar bebelan dia "bilalah anak ummi ni nak keluar ni? selesa sungguh dalam perut ummi ni".

Sepuluh bulan tu, baby berada selesa dalam perut ummi dia (patutnya due July, rupanya baby nak tunggu ramadhan. Pandai dia pilih masakan^^. Clever)

Perkenalkan, say Salam to me Nur Adriana Asmawi. Moga jadi muslimah yang membanggakan ummi dan abah di dunia dan akhirat ya sayang.
Comel sungguh, pipi labuh, rambut lebat. Kak Ma ini kawan Dayah waktu di kampus, sama-sama satu meja bulat berbincang dan kadang-kadang bertegang urat juga menegakkan masing-masing punya pendapat. Dan dari Kak Ma juga Dayah banyak dapat tips tentang Ovarian Cyst. Kalau ada kawan-kawan yang mengikut blog Dayah pasti selalu dengar nama Kak Ma kan. Pernah dahulu, ada rasa risau dalam hati beliau. Adakah rezekinya memiliki cahaya mata? Alhamdulillah, rahsia Allah tak siapa ketahui. SubhanaAllah. 

CONGRATULATION KAK MA and HUSBAND.

D_Y_H
I'm happy for her. Rahsia Allah tak siapa yang tahu.

P/s: Picture credit to Kak Sue (ambil dari facebook heee..) Itu pun sebab pelik awat diam je Kakma ni. Rupanya dah selamat bersalin Adriana. Dan tak sabar nak tanya perkembangan KakMa, ada tidak apa yang di bayangkan. Atau cuma igauan cuma? Kena sabar^^
Assalammualaikum wbt & Sejahtera,

Surprisingly I really love to watch Zee.channel. [sila gelak. hahaha. rupa tak ada langsung hindustan ke mamak jauh sekali la kan] 

Sid, watak utama. Hensem bai! Gagal exam, terus rasa dunia dia gelap. Lari duduk dengan Aish. Comel sungguh rumah Aish, terus feeling nak ada penthouse [hahahaha, berangan tinggi ;P]. Makpak kaya, ada satu soalan aisha masa dia orang mula jumpa;

Question: What you do?
Answer: Me? .. [smiling] .. I spend my dad money...

hahaha. bagus ada anak macam ni. Memang lumrah anak-anak zaman la pun. Makpak yang pulun lebih, anak2? habiskan pandai nak bagi tambah? In your dream dad! [sedih dak? baik bela anak ayam da.. hahaha... opsss.  bukan semua la macam ni.]

Aisha, heroin la kan. Kalut ada masanya. Tak reti nak luahkan perasaan sendiri, tulis dalam artikel. Nasib Sid baca, kalau tak? melepas. Sungguh-sungguh dia nak jadi writer. Selit artikel dia pada important doc bos dia. Baru datang ke kota besar. Sangat pengemas dan Sid seorang penyepah. Sid tak pandai goreng telur, ohh this part memang cutelah. Sampai tunggu Aish balik, baru dia makan. 

Alo-Alo ... comelnya burung2 kat belakang tu (PICTURE: GOOGLE)

Coolkan.. Love this part.. so enjoy (PICTURE: GOOGLE)

Alahaiiii.. cute aihh dia tidoq dengan camera (PICTURE: GOOGLE)
Ohh.. this so damm cool. Aish said, In 10 minute my birthday (sambil pandang jam) and I never being alone during my birthday. Terus Sid suruh Aish pejam mata for 10 min. Ingat dia nak pergi beli kek. Sekali dia ambil roti dan sapu with butter & strawberry and put candle on it. Seriously cool.

I enjoy watching this movie. For those nak tgk bolehlah cari-cari kat net, if ada ya. Kalau dak mungkin ada ulangan kot kat [dah kata Astro, ulang-ulang sampai muntah tengok channel TV. BOSAN. Walau Dayah ni bukan hantu TV. Tapi taw jugalah, apa dak nya la ni. TV depan mata. Sambil key-in account sambil layan TV]

D_Y_H
Apa da nama si Sid? Ingat lepas Shah Rukh Khan tak dah pelakon Bollywood yang bakal saya suka lakonannya.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Jangan kau membuang masa
Kerana masa itu berharga
Jangan kau setia menanti
Kerana ia sia-sia sahaja

Kenapa perlu berharap?
Sedang itu bukan kepastian
Teruskan bebas
Terbang bebas di angkasa

Jangan lelah
Teruskan mencari
Kerana pengharapan cuma sia-sia.
Usah di tanya, usah di mengerti
Kerana DIA lebih mengetahui
Masa bernilai tak mungkin berpatah kembali
Tinggalkan sia-sia
Terbanglah bebas meneroka bumi tuhan.

Tanya dirimu
Adakah ini berbaloi?
Jika ia, sampai bila?
Adakah ini nikmat?
Jika ia, apa rasanya? Bahagia? atau lebih derita?

Picture: GOOGLE
TERBANGLAH
TERBANGLAH SETINGGI AWAN
CARILAH DAN TERUS MENCARI
MOGA KETEMU YANG DI REDHAI ALLAH

D_Y_H
Nak masak apa hari ni ya? Mahu scare resepi mudah-mudah, entah bila nak di buatnya?? Resipi ada dalam kepala gambaq original sahaja asyik lupa nak snap. Sebab makan je di ingat.. hahahaha.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

MasyaAllah.. MasyaAllah.. MasyaAllah.. I'm really inspire. Umur masih kecil tapi ingatan mereka melebihi usia, kita yang dewas belum tentu mampu. I'm touch watching the whole video and cry too.

Dapat merasa kesukaran mereka, Nabiollah and Djami. Tak lupa juga Rifdha yang cerdik.

<iframe width="560" height="349" src="http://www.youtube.com/embed/zpO-a8AIz7M" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Sorry guys, tak dapat nak share the whole documentary, dah kena claimed copyright. So, those want to see. Kena wait  HBO Documentaries announcement. Dayah dah melihatnya, keseluruh rancangannya. Sempatlah sebelum kena tarik from youtube. Oh maybe you guys can Google and find it out yourself. Ada masa nanti, Dayah try cari ya.

Lebih membanggakan, Documentary ini di buat oleh seorang bukan Islam.  Dayah sangat suka bacaan Nabiollah. Saat dia tutup mata, nampak kesungguhan dia menghafaz. Seolah, dengan menutup mata, ayat-ayat Al-quran terbaris di matanya untuk di lagukan. MasyaAllah.

Batas bahasa juga bukan penghalang mereka bersatu kerana Al-Quran. SubhanaAllah. Penyatuan umat Islam itu yang perlu kita lihat kini. Kita umat Nabi Muhammad yang beruntung kerana segalanya telah tersedia. Tinggal kita untuk amalkan. Pilihan ada di depan mata, pilih permata atau kaca? 

Ramai sudah menari bertempik gembira kerana kelalaian kita, mudah-mudahan generasi mendatang akan dapat pendidikan Islam sewajarnya. InsyaAllah. 

D_Y_H
Ingin menghafaz seperti mereka juga.
Assalammualaikum wbt &amp; Salam Sejahtera, 

Baru across BHarian. Terbaca "New York benarkan kahwin sejenis". Sweat! Apa nak jadi dunia la ni. Mengikut petikan berita,

"New York menjadi negeri ke enam membenarkan perkahwinan sejenis dijangka menimbulkan perasan bangga terhadap pasangan sejenis yang mencari golongan profesional yang menawarkan servis berkaitan perkahwinan."

Dan negara apakah yang membenarkan, perkahwinan sejenis ini?

Banyak sangat dah ohhh. Based on wikipedia.com, since 2001, about ten country allowing same sex marriage. Negaranya?

Argentina, Belgium, Canada, Iceland, Netherlands, Norway, Portugal, South Africa, Spain, Sweden and for some city Mexico: Mexico City United States: CT, DC, IA, MA, NH, NY, VT, Coquille, Suquamish. Fuh, SWEAT! Apa nak jadi dunia ni. Tak kurang ada negara yang recognize tapi tapi legalize sahaja lagi (in future la kot!) Aruba (Netherlands only), Curaçao (Netherlands only), Israel, Mexico: all states (Mexico City only), Sint Maarten (Netherlands only), United States: CA (conditional), MD

Dan saya teringat insiden di lift office beberapa minggu lalu. Kebetulan lewat betul saya pulang, ingatkan tak ada dah orang nak berkeliaran (mungkin ada untuk tingkat 1 la - pssst, siapa yang seoffice dengan saya tahulah apa ada dekat tingkat 1. Fuh! Sweat!)

Dah hampir 12.30 pagi seingat saya. Kunci office segala, butang turun ke bawah saya tekan. Dayah dengan Kakak LF.  Mujur dia ada. Kadang-kadang ada juga rasa seram, bila pagi-pagi di sana. Tapi saya bolayan je selalu.

Elok pintu lift terbuka, ada dua mahkluk tuhan keluar dari lift. Terkejut juga saya. Cuma ada dua office sahaja di situ. Office saya dan production house, tapi dua-dua dah CLOSED. Pelik ni! Berkata dalam hati,

- Mana pulak dua orang ini nak pergi.
- Baru lagi kat sini agaknya.

Melulu sahaja mereka berdua keluar terus, berjalan ke arah production house dan langsung ke lorong kecil yang kononnya menghala jalan keluar. Yang sebenarnya jalan mati. Jalan kedapan temu dinding, alahai. Boleh tembus kot bang oii. Masuk balik dengan kalutnya sambil kata,

- Allah salah tingkat [Islam rupanya. tadi tak tahu. sebab keliru dengan pakaianya]


Apa taknya naik lift tak tekan butang. Ayoooooooooo. Hang sembang apalah sampai lupa tekan tingkat. Hahahaha. Kakak LF mulalah membebel,

- Lift ni you need to press till red light came out. Kalau tak memang tak bergeraklah. [Kakak senyum, saya perhati keduanya dari ekor mata]
- Ha'a la sibuk dok bersembang sampai lupa tekan butang, ingat lift ni tahu. [hua hua hua hua.. hang ingat lift ni cerdik nak baca fikiran awk? hahahahaha]

Lawak sungguh. Pastu depa dok sibuk sembang sesama sendiri dengan tangan tergapai di awangan. Macam nak menari pun ada. Gelak-gelak tersipu ayu. Hehehe. Mata saya ni bertambah curious. Elok sampai G, memang tak sabar dah mat dua orang ni. Laju je melulu keluar, saya yang baik hati [angkat bakul ;P] press je la open door, karang ada pulak yang tersepit [memang tak gentlemanlah mat dua orang ni]

Sekali dia melintas je, makkkkaihhhh seksanya. Pakaian memang failed lah. Baju ketat Okey dia mungkin nak tayang bodynya yang ketul2 dan tend tu. Whatever! Seluar masa di sekali perhati sopan dah. Lebuar labuh. Sekali masa keluar lift baru perasan dia pakai seluar lust dari Thailand yang perempuan selalu pakai tu, apa ke namanya??? Selalunya warna hitam.

Nak taw apa yang seksanya? Tak pernah jumpa weeiii fesyen tu perempuan pakai, dari pinggan  belahnya sampai bawah lutut. wahhhhhh.. Bila jalan memang terbukalah aurat tu. uffhhhhh seksa mata! Jatuh rahang gelak. Terbayang kalau perempuan pakai macam tu? Walaweii memang mengundang BAHAYA. Ini lelaki pakai? hua hua hua hua, tak seksi baiiiiii. Seksa mata gue. Dengan langkah lemah gemalai, alahai. Ayu manis, kalau hang perempuan tak apa baiiii. Ini? Allah Allah Allah.

Mungkin lupa auratnya dari mana ke mana. Tak pasal dapat tengok tayangan free. Kakak LF lagilah gelak sampai sepet-sepet matanya [dah memang sepet pun, CUTE!]

- Dayah Dayah Dayah you tengok [sambil menjuih pada mereka] I &amp; you pun tak pakai macam tu. Seksi you [gelak tak leh tahan dah]

Adoilah. Sampai masuk kereta saya gelak. Dan kepala ni memang tak stop thinking. Apa ke bendalah dia buat tengah-tengah malam dekat office area?? Fikiran saya ke tingkat satu. MasyaAllah. Mungkin ya mungkin tak. I still remember my boss said,

- Kalau you masuk 1st floor you selamat, but I tak selamat loh [lepas tu dia gelak besar]

Mulanya tak faham, lama pikiaq.... ohhhhhhh.. walaweiii.. dulu bawah now dah ada atas pulak??? Tak dak siapa taw ke? Betul ke? Tapi bila lama-lama perhati, yang berhenti di tingkat satu memang sangat-sangat hensem, jambu2, badan? semua jenis yang tahap jaga sangat2, mean pergi gym selalu. Metroseksual la kiranya. Ish seram aihhh.

Dan Rasulullah s.a.w pernah berpesan dahulu,

”Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.” Riwayat Bukhari

Jelas bukan. Kalau ada kawan-kawan kita atau ahli keluarga yang berhampiran sebegini, bawa-bawalah berbincang dan tegur cara yang baik. Kalau kita tak bantu siapalah lagi? Jangan ada sikap pentingkan diri, apa orang kata "kubur masing-masing" ha, yakin sangat ke kubur nanti masing-masing? Di Malaysia mungkinlah, kalau buatnya meninggal di negara orang. Siapa yang tahu kan.

D_Y_H
Ohhhh mai mai. Sudah lewat mahu ke office dulu.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Rupanya banyak silap kita antara sedar dan tidak. Yang sudah sedar di perbaiki. Yang tidak sedar, masih belum  lagi terlambat  Apa nak buat? Entahlah, dah cuba sebaik mungkin mahu cepat. Dilema sungguh. Susun aturlah macam mana tetap akan mengundang resah di hati. Resah dengan semuanyalah. Tersepit di tengah dan pasti jadi orang yang bersalah dalam segala hal. Ku titip semangat ini buat diri.

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Petikan: Muhasabah Cinta, Edcoustic.

D_Y_H
Belum rebah, cuma resah. Mudahan masa akan "heal" resah hati. Amin.
Sabar saya masih lagi menebal. Takut menipis. InsyaAllah doanya tidak. 
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

[Amaran: Cuma luahan hati saya, kerana saya tak pandai nak pendam lama-lama. Takut laharnya membakar diri.]

Semangat saya untuk terus dalam bidang ini hampir sifar. Lemaunya saya rasa. Perlu ke saya beralih angin? Mungkinkah sudah limit saya disini? Rungutan dalam hati tidaklah sebanyak mana. Cuma semangat makin merundum. Dari pertama kali saya jejak ke sini, saya mohon untuk di beri "training" sampai kesudah. Habuk pun tak ada. Bila ada desakan jr, barulah ada. [sigh]

Saya patut sedar lama dah. Berapa ramai bising di telinga tapi saya masih di sini. Walau tidak di beri apa-apa training, namun saya masih bertahan dan alhamdulillah pengalaman yang saya kutip dari 2  Manager cukup bererti, mereka mengajar saya tak perlu "training". On job sudah memadai. Betul. Tapi comparison perlu juga? 

Pernah satu ketika, saya salahkan diri bila ada seorang sr pergi. Tidak ada langsung alasan yang di beri. Terkapai saya seketika, ingat boleh berkongsi ilmu, idea? Tapi belum sempat. Saya mencari dimana silap saya, saya salahkan diri saya. Murung? Itu bukan saya, tapi saya mencari. Mereka tahu tapi mereka diam. [sigh] Akhirnya, saya ketahui methodology yang tak kena. Fikir lagi. Tak habis fikir. Mungkin ada silap pada procedures? Program? Test check? Sampling? Reporting? Yang mana? Tak kanlah meeting? Knowing committee sekarang, they won't accept easy work. Kalau boleh se "details" mungkin. Beza sungguh, report yang dulu just finding, now need explanation. Why Why and why. Serta prove sekali. Susahnya hati setiap kali buat finding, ramai yang akan effect kalau ia serious.

Yang tahu diamkan. Saya bukan singa, jauh sekali harimau. Terbuka menerima semua pendapat kerana saya juga manusia. Bisa membuat kesalahan. Saya terkilan kerana setiap kali melepaskan mereka pergi tanpa saya ada. Bukan mahu mereka jadi seperti saya dahulu. Dahulu cerita dahulu. Kini cerita kini. Sebaik mungkin saya cuba menerangkan apa yang patut, ingatkan apa yang harus. Tapi apabila berdepan situasi mungkin ia berbeza. Itulah pengalaman, deal with it. Bukan mudah kerana ada yang tersungkur sebelum berjuang.

Tahun ini sekali lagi saya selak training calender IIA. Tengok harga, gulp! Memang murah sangat!!! Kalau ACCA murah sikit. Kenapa ya? Memanglah training tak pernah yang kurang dari sehari. Berfikir lagi saya, kalau pergi training ada ke masa saya nanti? Kalau sudah 2-3 hari? Ahhh, masa itu kita yang rancang bukan? Pandai-pandailah kita mengatur, tak gitu. Untuk buat CIA? Berfikir seratus kali, perlu ke? Macam sukar? Sukar ke? Ada siapa-siapa pernah ambil exam CIA? (CIA=Chartered Internal Audit) Juling mata saya kejap tengok fees. Mahalnya! Compare to ACCA & MIA. Itu juga harga yang perlu saya bayar untuk nilai masa hadapan. Tapi saya tak mahu terus terikat di sini, itu sudah tekad. Cuma saya masih beri waktu terus menimba sebanyak mungkin yang boleh saya kutip.

Kenapa ya, tiba-tiba semangat saya hampir sifar? Saya rindu nak pergi fieldwork. Saya rindu nak tengok site. Saya bosan kena marah. Betul. Saya bosan nak ber "argue".  Saya bosan terkejar-kejar. 

Herm... Dayah rasa .... Dayah kena tukar sikit cara kerja saya. Betul tak? Saya tak boleh mengalah sebelum matlamat tercapai. Penat-penat saya berjuang sendiri selama ini, kenapa harus saya mengalah. Penting untuk saya lebih banyak mengali. Chiayok!! 

D_Y_H
Saya tak boleh mengalah. Doakan saya terus cekal ya. Saya harap saya dapat ubah mana yang salah. Mungkin CIA di perlukan? Mungkin.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Terdetik hati Dayah menulis entri ini, mungkin ada yang akan berasa hati. Maafkan saya. Tugas kita sesama Islam menegur sama-sama kita. Kalau bukan kita siapa lagi kan?

Apa yang pakai dan buang? Bukan lampin pakai buang. Sejak-sejak di perkenalkan pun semua tahu dah. Sudah jadi trend sejak dulu bagi ibu-ibukan. Dan sekarang, mungkin kilang pakai buang kena fikir semula. Mahal sangat belanjannya, ramai dah bertukar ke cloth diapers. Betul tak? Percayalah. Barang makin buat kita makin kreatif dalam berbelanja, semua kerana mahu merasa semuanya dalam kos yang rendah dan kita menjadi makin kreatif berbelanja.
Tapi ini bukan isu lampin pakai buang ya. Yang Dayah mahu perkatakan ini tentang tudung. Iya tentang kain yang menutup aurat kita. Apa hukum kita menutup aurat? WAJIB. Semua orang tahu. Kenapa tidak tahu, sebab hati kita buta. Kita tahu tapi buat-buat tidak tahu. Dayah juga kadang-kadang tersentap dengan teguran demi teguran, kita pakai tudung tapi kita lupa macam mana cara pemakaiannya. Kena cantikkan lagi supaya mengikut sunnah. 

Sedih melihat teman-teman yang senang-senang menganggap tudung ibarat kain lampin pakai buang. Ini bukan percaturan sahabat. Ini hukum. Kalau wajib maka wajiblah ia.

Trend kini, tudung macam-macam fesyen, tak salah berfesyen tapi perlu sangat memilih supaya kita tidak difitnah dan dari sepatutnya dapat pahala jadi dosa. Pengusaha pun kena ambil peduli, benda yang sah-sah tidak boleh tidak kena. Janganlah di fesyenkan. Jangan cari untung dunia sahaja, UNTUNG AKHIRAT yang perlu di kumpul. Bila mata dibuta dengan $$$ kita memang tak nampak, jadi orang sekeliling tegurlah. Jangan pulak di ikut sama. 

Ada satu, pusat pakai muslimah yang cukup terkenal. Tapi di jualnya anak tudung yang ada "sup bunjut" kata sayalah. Kenapa ya? Saya rasa fesyenlah ini. Habisnya, ia menjadi trend bukan kerana niat sebenar. Bukan tak ada sekeliling saya yang serupa, penat dah haihhh tegur. Tapi tak boleh putus asa, kena tegur dan terus tegur. (macam diri baik? tidak, yang mana tahu kita perbetulan. Saya juga manusia, ada buat silap)

Fikir sebaiknya sahabat. Jangan lalai dan jadi mangsa fesyen. Orang pakai kita pakai. Orang buka kita buka. Maruah kita bukan untuk di perjudikan. Belajar berubah sahabat, perlahan-lahan iya. Bukan dari dah baik jadi tak baik, maksud saya dari dah elok-elok bertudung terus hilang tudung di kepala. Siapalah manusia? Tak perlu malu dengan manusia, MALU PADA ALLAH LEBIH PENTING. 

D_Y_H
Terasa lama pula saya diamkan? Ada la dekat seminggu? Iyer tak? Mungkin. Entry jadi draft.. hihihi.. bila ntah nak di habiskan? Entahlah Cik Dayah ni. Busy beb! Bulan puasa lebih busy dan stamina diri makin merundum [sigh] 
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Pernah dengar lagu ni? Mesti ramai yang tidakkan. Erra Fazira mungkin terkenal dengan lakonannya tapi tidak nyanyian. For me, she was fine while singing. Penuh penghayatan, kata pun pelakon.

Kenapa saya suka dengar lagu ni ya, tidak pernah ada satu baitnya berkait rapat dengan diri, cuma saya suka. Mungkin kerana dalam hidup seharian kita tak pernah ada masa sendiri, bak bait liriknya "Kini berteman sepi, Kini aku sendiri, Suka dan duka, Dalam meniti gelombang, Kembara panjang" iya pentas dunia yang banyak madu dan hempedu.

Siapa yang tak pernah terluka dan rasa sangat gembira. Pasti ada saat kita rasa punya rasa begitukan. Kita tempuh jua, walau perit walau jerih. Itulah pentas dunia sementara. Chill bebeh :)))

D_Y_H

Makin sensitif pulak perut saya ni. Alahai perutku sayang. Demand sungguh :))) (taw penjangaan rapi perlu.. hermmm jagalah pemakanan, pesanan khidmat masyarakat dari saya ya.. yerlah bulan puasa ni semua nak telan. Mujur pinggan dan mangkuk tak boleh makan, kalau tak harus lincin dengan meja-meja makan sekali :))) ;P)
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,
*****************************************************************

Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call
And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

*****************************************************************
D_Y_H
Praying for Palestion.
I'm really falls for these song (perasan tak Dayah lately, banyak je lagu yang di falls for.. hahahaha) Baru sangat dengar. Sudah mengulangnya lebih dari sepuluh kali. 
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Salam Jumaat kalian semua. Selamat menempuh puasa ke-5. Apa agaknya perasaan kalian semua mengharung puasa kali ini ya? Dayah rasa sedikit berlainan, sukar untuk di tulis biar hati berbicara. Pendeknya hati saya lebih tenang dari sebelum ini. Syukur, Alhamdulillah. 

Dan teman karib saya mengirim saya satu email yang menarik untuk kita semua cerna. Dan wajib kita amalkan, jadikan ia dinding diri dan pendakap waktu tidurmu ya teman. 

************************************************************************
Siapa "lelaki kacak" itu....
Hadis yang Menarik

Rasulullah s.a.w bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah s.a.w bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan sehari-hari.ia stroke...

************************************************************************

Kalian ingat tak Ustazah/Ustaz selalu berpesan pada kita dekat sekolah dulu, ganjaran membaca Al-Quran pada bulan puasa? Masih ingat? Setiap amal yang kita lakukan akan di gandakan. 

Apa tunggu lagi, inilah peluang keemasan, peluang bukan datang selalu. Sekali setahun dan belum tentu Allah beri kita peluang hirup lagi udara ramadhan tahun akan datang kan? Siapa kita untuk tahu tarikh expired kita di dunia? Betulkan. 

Setiap saat adalah peluang
Tinggal sesaat tak boleh ulang dah, ingat tu!

Iya manusia lupa, maka kita kena ingatkan. Tak kena tak ingat dah kena tak ingat juga? Tak taw nak kata apa dah. Buruk mana pun, baik mana pun kita tapi kita tetap sama hamba disisiNya. 

D_Y_H
Xcited mengurus aktiviti bersama untuk group. Jangan ada yang cerewet sudahlah. Dan mudah-mudahan semuanya di permudahkan. Amin.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Selamat berpuasa kawan-kawan.
Moga bertambah amal kita semua.
Moga bertambah rezeki kita dalam bulan mulia ini.

Ada yang meniaga? Rasanya ramai, masa inilah nak cari duit lebihkan. Selamat berniaga juga. Hujung minggu mungkin nak meniaga kambing bakar.. ngeee^^ InsyaAllah. Mujur sempena bulan puasa ini, kami pulang awal. 9-5pm sahaja waktu kerja kami. Sempatlah pulang nak masak 1-2 lauk, kalau rajin ;P hehehe.

Dan saya suka lagu ini, harapan ramadhan (semua kita berharap perkara yang sama, moga di permudahkan).


D_Y_H
Masa untuk bekerja, selamat bekerja kawan-kawan. Kerja pun ibadat.

P/s: Idea saya makin mengecil. Nak tulis panjang-panjang bagai tak mampu.