Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Yes I am, bagi hat tak suka memang sampai bila tak akan falling in love. Tak pa aihh tak salah pun. Lama dah tunggu-tunggu ini, akhirnya. Memang berjayalah CT menjatuhkan cinta saya pada lagu ini. Catchy beb!

Baik dengar rakaman mahupun dia nyanyi life, nak sama macam record seperti biasa. Good CT. Syarikat rakaman CT dah berubah rupanya, now under What's Up Entertainment start from 2011. No more Siti Nurhaliza Production, I guest? Maybe. 

Jom dengar sikit, kot-kot ada yang bakal falling in love. 


Anak tiri dia pun ada dalam video ini. Tak silap orang kuat What's Up Entertainment dan terbaca yang lagu-lagu english CT record di Australia, betul ke tidak? Dayah tak pasti, I'm not anymore fanatic giler macam dulu (hahaha pengakuan ;P) Dah berusia agaknya, hahaha. Alasan apakah. Tapi tetap minat beliau. Dari satu tapak dia naik. Bukan ke bawah, tapi makin ke atas. Semangat bekerja macam ini yang patut kita contohi. 

Dan bila makin naik, makin banyaklah mulut dan yang memerhati. Sabarlah CT. Orang tak akan puas mengata, dah kata mulut manusia, kalau mulut tempayan boleh juga kita tutup.. tutup. Selagi dia bernyawa selagi tu ada sahaja yang tidak di puasnya, tunggu dia mati jelah. Adat hidup orang popular, apa sahaja di buat jadi perhatian. Mahu tak mahu kena terimalah. Kalau tak mahu lenyap terus dari mukabumi, siapa pun tak heran dah. So harung je la ya, wahai public figure dan jangan lupa jaga tingkah laku kerana jadi perhatian dan ikutan. Kalau yang baik di ikut tak apa. Kalau yang jahat di ikuti? Siapa nak jawab? Jawablah kemudian hari nanti.

Ulang berapa kali dah ni. Hehehe. Can't wait for other song. 

D_Y_H
Dengaq naa.. cheq nak terus menyanyi.. heeee.. jangan hujan sudahlah sat lagi ada yang harimau tak boleh mengaum... moga-moga Malaysia layak ke peringkat seterusnya, Amin.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Received message from MAXIS, "RM0. New- Get pregnancy tips via your mobile. RM0.10/SMS. Dial *100#>  Content"

Nak tergelak pun ada. Alahai Maxis, I do understand your range of client is too many. Kalaulah yang dapat itu masih budak kecil? 

In a weeks macam-macam mesej yang masuk, tapi ini paling high ranking nak gelak. 

To Maxis, 

I don't think, I've give any updates on my marital status? Am I? Kalau iya bila masanya? I'm still single and this topic was totally wouldn't give me any benefit. What would I do, I will forward this message to my friend who is married and this will definitely good for them.

D_Y_H
Sms pun boleh dapat tips, tapi kena bayar RM0.10 per SMS berapa patah? Less than 200 words maybe (i'm not sure) if you just go and Google? Its will be definitely free and thousand of words you can get. So people choose, again use your money wisely^^ sorry Maxis, tang ni tak maulah bazir duit. 
Assammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

I end up do nothing, why?

1- Yesterday bring back office work, alih-alih. File terkedang atas kerusi tak sentuh pun. Huh! 
2- Gym? Alasan yang banyak sangat. Bila la nak pergi ni!! 
3- Kurus? Lagilah jauh menyimpang. I keep gaining my weight! how? 
4- Bila saya stress saya banyak makan! Yes I am. Stress tak layan tapi nafsu makan, layannnnn. Adoi. 
5- Complaint a lot dalam hati. Serius! 
6- Study? Don't ask me, I didn't start. Ayo. December Dayah! Tak pikiar paper apa nak ambil pun.
7- Kereta? Dah jadi kereta terbuang. Tak consistent cuci dah. Belemuehhhh. Memang buat Dayah rasa serabut hari-hari tengok dia kotor. Should I vacum? 
8- CA! Too long talking about this, but I didn't send it yet. The reason behind was I need settle all debt 1st. Yes. Penat tengok debts and ter"influence" with my uni colleagues. She complaining how to maintain CPE. Knowing my firm, tak pernah hantar training. So how? Course bukan murah. Again. All about money. I really need to taking care of this seriously. 

and yesterday I read thestar about this article "Local accountants attracted by foreign greener pastures" and important highlight which true and we should think about it:-

1- Should take his word seriously! "graduates left mainly due to the salary disparity. To counter this, he said firms needed assistance from the Government as “a word from the Government is better than a thousand words from practitioners" - Heng Ji Keng, Chief Executive Partner of Baker Tilly Monteiro Heng

2- Betul! "The accountants have to go through about a decade of university education and training, topped off with a scrutinising interview that tests them on the technicalities of the industry before the Finance Ministry issues a licence,” Heng, Chief Exec Partner of Baker Tilly Monteiro Heng 4thn belajar + 3 year exp baru "accountant" + +++ years for license

3- So TRUElah! "A fresh graduate can earn up to RM100,000 per annum in China, around RM85,000 per annum in Singapore while Australian firms pay about RM160,000 per annum. Locally, they would earn about RM30,000 only." RM2,500 sebulan. Hakikatnya ini untuk medium firm. Kalau small firm it will be smaller than that. Study for 4 years, then start work with RM1,600 or close to RM2,000. Then need to pay study loan, ini kalau ingat nak bayar. Start life, nak bagi parent, nak beli kereta, nak beli rumah, nak belanja kawin, nak bercuti juga. Dan keje bagai nak gila, working in audit firm, bila mai tang peak, tell you lambat balik! 

Why is this happen? Nak salahkan boss, mungkin juga. Tapikan, fees charge too client is to small. Tak worth dengan kerja. Orang kita ini selagi murah mungkin dia nak. Please differentiate between professional service and normal service. When we're talking about professional, there's a lots of training and update we need. And it is not free. 

Ok, I should stop complaining. Its time for work and again naik kereta yang tak sempat to clean. Yo. Belemueehhh!

D_Y_H
Bye semua accountant and accountant to be. Don't regret, when we start complaining surely "someone" will look into this issue seriously. Kalau tak susah apa, lets pack works in other country yang hargai your works. We've a lots of choices, everyday I received vacancy from Australia, China, Vietnam, Singapore, UK and sometimes India too. After get your CA, you can think to move, maybe? Think twice before you make decision.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Lagu ini mengingatkan zaman matrikulasi dan uni. Waktu itu, jiwa nak melayan lagu-lagu nasyid sahaja. Semua lagu-lagu nasyid sememangnya di hujung bibir. Antara yang Dayah suka adalah lagu-lagu dari Unic.

Kadang-kadang menjadi perdebatan juga, kerana waktu itu terlalu banyak lagu nasyid mengarah ke Cinta sesama manusia. Sehingga sampai masa Dayah turut hilang minat. Tapi kebanyakkan kumpulan, jiwanya muda mungkin cinta dunia yang di cari agar dapat sama-sama mencari cinta Illahi. Jom kita hayati lagu unic ni.

****************************************
Ku pendamkan perasaan ini...
Ku rahsiakan rasa hati ini...
Melindungkan kasih yang berputik...
Tersembunyi di dasar hati...

Ku pohonkan petunjuk Illahi...
Hadirkanlah insan yang sejati...
Menemani kesepian ini...
Mendamaikan sekeping hati...
 
Oh Tuhanku...
Berikanlah ketenangan abadi...
Untukku menghadapi resahnya hati ini...
Mendambakan kasih insan yang ku sayang...
 
Dihati ini hanya tuhan yang tahu...
Dihati ini aku rindu padamu...
Tulus sanubari menantikan hadirmu...
Hanyalah kau gadis pilihanku...

Kerana batasan...
Adat dan syariah...
Menguji kekuatan...
Keteguhan iman...
Insan yang berkasih...

****************************************

Orang muda kena beringat selalu, selagi belum halal jangan cuba-cuba menentang Adat dan Syariah. Hukum Allah jangan dibuat mainan. Jangan sesekali di lekeh-lekeh. Jangan terlalu menjulang cinta ke langgit sehingga lupa pentadbir agung adalah Allah bukan si pencinta. Cinta setengah mati pun kalau Allah kata tidak maka tidaklah ia.

D_Y_H
Cinta Illahi jua kekal selamanya, jangan terlalu mengikut hati muda. Beringat-ingat kerana Allah tidak pernah leka sesaat pun memerhatikan kita dan menjadi tugas kita mengingatkan sesama kita. Kerana kita manusia sentiasa terlupa dan membuat salah walau sekecil zarah.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, setahun lagi bertambah usia. Mudah-mudahan dapat lebih memberi dari menerima.Tak ada wish list. Cuma berharap dapat selesai tugas tugas yang tertunggak. Masih banyak tugasan yang belum selesai. Mudah-mudahan hutang-hutang dapat di selesaikan segera, tidak kira sesama manusia mahupun Allah. 

AMIN.

D_Y_H
Esok dan hari seterusnya, entah berapa hari harus di hitung. Hanya DIA mengetahui.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah terbaca email lama yang di forward oleh seorang teman. Walaupun saya masih belum berkahwin, tetapi surat ini ada benarnya juga (bukan semuanya la saya setuju, baik di pihak si Isteri mahupun Suami). Jom kita baca, 

*************************************************************************
Dear abang,
ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...

kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setong pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang
*************************************************************************
Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak, nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang x nak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah  dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak.. sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang x yah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang.. nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang x yah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk x pe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun
jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg x nak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu x leh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang
*************************************************************************

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....


Itulah namanya Cinta...

Di baca semula kisah rumahtangga di atas, kadang-kadang wanita tidak reasonable dalam meminta. Dah buat baru nak fikir. Dah salah baru sedar. Mujur Allah maha kaya, dia jadikan seorang suami untuk mendidik dan menegur.  Jangan ambil hati ya. Susah nak komunikasi dari hati ke hati, guna surat pun okay juga. 

D_Y_H
Musim durian dah tiba, semalam Abah beli durian. Banyak pulak tu. Pelik. Sebab Abah tak boleh makan banyak. Gali punya gali, beli buat Puan Besar, >.< sweetlah Abah ni.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Picture: Google
*****************************************************
Menangislah andai itu bisa menghapus lara dihatimu teman. 
Andai tiada tempat bagimu mencurah rasa, luahkan pada penciptamu.

DIA tidak sekali-kali lelah mendengar.
Adukan apa sahaja pada DIA.

Manusia kadang-kadang bukan pendengar yang baik.
Banyak mencela dari ikhlas mendengar.

Bergantunglah pada DIA.
Kerana cuma DIA pencipta yang memahami dirimu.

Menangislah teman.
Kerana diri ini juga, kadang-kadang tidak mampu meminjam bahu.

Menangislah teman.
Kerana diri ini juga, manusia seperti kalian ada kurangnya.

Menangislah teman, 
Menangislah semahu hatimu.
Menangislah.

*****************************************************

Kenapa menangis itu baik? Pernah terfikir kenapa? Atau kita menangis tanpa sebab? Mustahil, kerana kita kebiasaanya menangis bersebab.
  • Menangis mengurangkan ledak rasa 
  • Mengurangkan tekanan
  • Salah satu kaedah komunikasi, ekspresi rasa kita
  • Tujukan rasa sayang, contohnya bayi / kanak-kanak menangis apabila di tinggal ibu (tanpa ibu mungkin dia berasa tidak selamat. Kekasih menangis apabila di tinggalkan (mungkin iya / tidak)
  • Menangis mengurangkan sakit hati, percaya selepas menangis perasan kita kembali sedikit tenang. 
  • Menangis juga menunjukkan perasaan kita yang dalam sama ada marah atau bahagia
  • Menangis melepaskan rasa kecewa
  • Menangis membersihkan mata. Kotoran dikeluarka
  •  Ia mengurangkan tekanan darah. Sejak anda lega tekanan, tahap tekanan darah anda turun 
  • Menangis juga boleh menunjukkan sakit. Apabila anda berada dalam kesakitan anda menangis
  •  Menangis boleh meluahkan apa kata-kata tidak boleh di luahkan

D_Y_H
Kadang-kadang kita juga tewas dengan perasaan.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hutang @ debt?
Bukan syarikat sahaja menanggung hutang tapi kita (individu) pun punya hutang. Contohnya, hutang belajar (PTPTN, MARA, etc), hutang rumah (loan 30-45 tahun), hutang kereta (loan juga 4-9 years maybe), hutang TV? (42 inci lagi), hutang mesin basuh?, hutang sofa?, hutang beli baju?, dan mungkin hutang ahlong! (cannot!) kalau nak senarai jenis-jenis hutang individu ini memang banyak. 

Dan ada golongan yang tidak hiraukan hutang yang di buatnya malah sengaja buat lupa-lupa. Ada duit belanja kot lain dahulu. Bila datang surat saman baru la kalut, bila masa aq buat ni?? Kenapa aq tak bayar??

Makin kita tanggung makin bertambah, kalau betul-betul tak cukup duit nak bayar kita seharusnya rancang. Bayar sikit-sikit. Lama-lama makin kuranglah ia. Dayah sendiri kadang-kadang pun kalau bulan tu kurang sikit, saya bayar juga. Walau sikit. Hutang mesti kita dahulukan. WAJIB seorang Islam pedulikan hutang mereka.

Janganlah kita top-up hutang kita tu. Ada tu tak kisah top-up handphone nak bergayut dengan kekasih, beli make up yang paling baik/kualiti, beli baju nak yang jenama je (kadang-kadang imitate? tak sedar pun), baik lelaki mahupun perempuan beli barang pejagaan diri melebih-lebih. Kadang-kadang haram pakai pun tak, kan?

Dayah ingatkan diri saya juga, berpada-pada dalam berbelanja. Saya akui kadang-kadang nafsu mengawal diri, beli-beli hujung bulan sempit. Dan apa yang selalu Dayah praktikkan, dapat sahaja wang gaji setiap bulan, terus bayar semua hutang-hutang dan sedikit simpanan. Bakinya itulah saya guna untuk tujuan lain. Dan Rasulullah juga telah pesan kepada kita semua,

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” Riwayat al-Baihaqi



Jadi kawan-kawan sekalian beringat-ringatlah ya, apabila berhutang. Tak senang pun hati kita ni. Kota fikiran tak sudah-sudah memikir berapa banyak lagi hutang kita ini. Kalau masih bujang tak apalah gaji kita tu masih berlebih banyak. Tapi kalau sudah berkahwin, percaya atau tidak mesti rasa sempit nak-nak lagi kalau suami seorang yang tanggung segalanya.

D_Y_H
Masa untuk kerja ^____^ tak sabar sungguh menanti Sabtu. Yeahh, nak beli baju. Opsss, bayar cash yer. No no no credit card (nanti tambah hutang lagi!!!)
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Missed giler kat Mr. boyfriend. Ingat lagi tak Mr. Hoka-Hoka? Dah lebih setahun tak jumpa. Memang nak sangat-sangatlah ketemu lagi. Cepatlah masa berlalu pantas. Teringat sangat dah ni. Menahan saja. Tu la jauh sangat. Kalau tak mahu hari-hari jumap Mr. Hoka-Hoka. 

Yeahhh... this coming Saturday, I will meet youlah. Missing it. Dah terbayang keseronokan berganda-gada. Nak nak nak. Tapi.......................................................................












Dah tak boleh, Mr. Mooooo :(
Kena ambil Mr. Chick :))
Tak perlah janji dapat pelahap.... hahahahaha

Ini yang Dayah makan dulu :(( selamat tinggal Mr. Mooooo.... surelah tak leh curi-curi.. mommy ada.. mesti dia marah nanti...


Oh ya... insyaAllah Mommy joint sekali.. senyum lebarlah dia. Kan bagus kalau ada dekat Malaysia juga. Hari-hari boleh jumpa Mr. Hoka-Hoka. Kan kan kan. 

Alamak. Ongkosnya pun belum di tukar. Lohh, gi mana ini orang! Kena wait Thursday or Friday, eh chop. Esok boleh pun boleh kot. Heeee ^___^ 

Tak pergi lama pun. Just 2 days. Hotel dah cancel dan made new booking. Dah melambai-lambai dah Jakarta. Ayooo. Apa nak jadilah si Dayah ni. Kalau bab berjalan bagi kat dia. Tak sabar nak cuba street food. Hari tu tak berkesempatan. Tak sabar nak pergi Plaza Indonesia. Hahaha. Kat sini nak cari pencuci muka. Agak-agak berjaya tak Dayah bawa pulang? Harap-harap masih ada. Kalau tidak kena redhalah pakai yang sekarang.

Parah dah Dayah ni. Baru teringat perbualan dengan Abah pasal road trip to Vietnam. Walaweiii. Kalau jadi bestnya. I don't mind to drive long hours for every precious moment that I will gain. Mudah-mudahan menjadi kenyataan. Kalau boleh pergi Indonesia by car. Mahu sahaja saya  ^_____^ 

Pernah saya kena tegur dengan my boss, 

Boss    - You tak penat ke drive jauh-jauh.
Dayah - No, I enjoy it! (Senyum lebar)
Boss    - I can't tahan la, Drive to far.
              No body replace you? 
Dayah - No, unless I really tired. Then terpaksa angkat tangan lor.

Perjalanan yang jauh, entah berapa minggu. Abah kata 2 weeks (boleh ke nak apply cuti lama tu? Sure kerja menimbun-nimbun. Susah juga makan gajikan. Tak freedom dari segi masa) Tak apa. Kalau ada rezeki mesti Allah permudahkan. Rencana perjalanan tahun hadapan pun sudah ada di awal tahun. Berjalan je kan? Selagi di beri waktu, why not. Makin kita berjalan, makin luas mata kita lihat dunia dan rasa bertuahnya kita berada di Malaysia. Rasa rindu pada tempat sendiri pun pasti ada. 

Kewangan? Rancang awal, insyaAllah okay. Grab ticket murah AirAsia tu. Kemana sahaja kita mampu. Penginapan? Kalau mampu duduklah mana pun anda suka. Kalau perlu budget, cari sahaja di internet. Banyak. Dan banyak pula Dayah bebelkan. 

Dayah memang tak sabar untuk berjumpa Mr. Hoka-Hoka. My mouth melting. Dah terbayang keenakan rasanya. Paling penting ingin benar saya makan nasi padang. 

D_Y_H
Kalau di hitung kerja, memang tak habis-habis. Selesai satu, 1 lagi muncul. Selesai lagi, muncul lagi.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Baca sahaja tajuk, tahulah apa maksud entri Dayahkan. Baca petikan akhbar yang saya C&P dari Aman Palestin.

11 Julai 2011 - Akhbar Israel "Maariv", melaporkan bahawa Amerika Syarikat telah mengenakan tekanan ke atas Israel dan Pihak Berkuasa Palestin, untuk kembali ke meja rundingan ke dua-dua pihak.

Pegawai-pegawai AS bekerja keras mencari satu formula yang membolehkan semula rundingan kembali ke landasan dan memujuk pemimpin Palestin, Abbas untuk tidak pergi ke Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan September bagi mendapatkan undi pengiktirafan sebuah negara Palestin.

Sehingga kini, tidak ada perkembangan baru walaupun AS dan sekutu Eropah bekerja keras ke arah tersebut.

Akhbar itu menambah, "Bagaimanapun, perhubungan sedang dilakukan di Washington antara Duta AS, Dennis Ross dengan Peguam Yitzhak Molcho dan ketua rundingan Palestin, Saeb Erekat. (Sumber: AmanPalestin)

Persoalan saya, kenapa AS sibuk nak panggil depa duduk sekali? Biarkan sahajalah Palestin pergi ke PBB. Tak payah bazir masa, yang pasti serangan demi serangan dan kekejaman demi kekejaman tak kurang sekatan demi sekatan dah Israel lakukan ke atas mereka.

Agaknya rundingan ini bakal berjaya mencari formula? Berapa banyak agaknya, formula yang di pakai satu pun tak menjadi. Israel terus-terus menyerang dan tamak. Bumi Palestin terus-terus di rampasnya. 

D_Y_H
Free for PALESTIN, Amin.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Belajar untuk menjadi sabar. Iya memang itu yang perlu saya lakukan kini. Sabar dalam setiap sudut. Sikap kurang sabar saya kadang-kadang sungguh membawa padah. But I can't pretending!

Indeed its make me suffer a lots.Walau apa pun alasan saya kini, Dayah please belajar bersabar! Please belajar hormat orang lain [Dah macam saya tak tahu langsung erti hormat. Ramai kata saya kurang ajaq. Maaflah kurang ilmu. Saya admit saya insan biasa yang selalu nak buat salah sahaja. Buat baik diam-diam, buat jahat terang-terang :((]

Allah bagi akal berfikir, alhamdulillah Dayah masih tahu menghargai dan mensyukur nikmat ini. Kotak fikiran masih tak jemu mencerna segala input. Saya akan belajar lebih untuk bersabar. Belajar menjadi pendengar dari pembangkang. Patut ambil law agaknya dulukan. [Tapi hangpa jangan risau, dengan sesetengah individu sahaja mulut dalam macam bertih jagung. Kalau di lihat sebenar-benarnya saya nampak pendiam dan sombong. Mama la selalu kata "hang sombong" hehehe. Nak buat lagu mana muka tak manis jauh lagi cantik. Cenge selalu, hehehe. Kena tambah madu dalam senyuman ni]

Picture credit to Google
Senyum lagu tu baru kena Dayah ai. Tapi kan tapi kan. Sebenarnya susah gila nak senyum semula pada sesetengah individu yang memang entah... susahlah. Hati tak bersihkan. Mulut kata maaf tapi tidak di hati. Makanya rawatan hati di perlukan. Marilah rawat hati. Benci orang tak ada kebaikan malah buruk lagi ada. Kita tambah duri dalam hati kita sendiri. MasyaAllah, saya betul2 kena bantu diri berubah. Pelan-pelan, sometimes what "orang" buat benar-benar menyakitkan dan merosakkan.Susah kan.

Tapi saya terfikir kalau dia mati? Dan siapa kita untuk tidak maafkan orang? "BERSIH" kan hati yok, tapi bukan pembersihan yang baik kepada buruk ya. Sebelum satu-satu keputusan di ambil, cuba selami semula. Jangan nanti balik nak salah diri semula.

Jangan mudah terpedaya dengan dunia khayalan ciptaan manusia. Dayah mahu hidup aman dan bebas bergerak tanpa sekatan. Dapat terus bekerjaya menaikkan taraf hidup dan menjadi seorang Islam yang solehah, Amin. Mahu jadi lebih SABAR. Susah betul yang satu ini. Mulut kadang-kadang terlebih bicara. Harus guna plaster apa agaknya?

Ilmu perlu Dayah gali lagi. Banyak lagi kekurangan ilmu yang perlu saya tampung. Dan firman Allah, harus kita renung-renungkan bersama [muhasabah diri  wajib bagi kita setiap hari, kerana kita insan Khilafah, sering alpa. Tak ketuk tak ingat, tak jalan]

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'"

Mari kita berpesan-pesan, sebab kita manusia. Harus selalu saling mengingatkan. 
D_Y_H
Aja! Saya mahu belajar jadi lebih SABAR. 
[Tolong jangan cabar kesabaran tipis saya, please....]
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Sempena DURIAN berlambak di jual di tepi-tepi jalan ini, Dayah antara pembeli yang hangat. Tolong depa bagi sales. [Berfikir esok 9/7/2011, mesti ramai peniaga di KL kehilangan income seharikan. Dugaan. Think rational ppl]

Dan saya yang nak sangat-sangat makan bubur dorian sejak 2-3 tahun lagi. Terpaksa buat sendiri. 2 tahun kebelakangan memang Dayah tak berani nak beli bawa balik. Memandang kesihatan mamaAbah. Diam-diam makan dekat luar. Mana best! Tahun ini, belasahlah labu. Yang penting control. Serbu Ulu Langat cari durian, sekali buah tak guguq lagi da. Penat I taw. Nak juga dorian redah Chow Kit. Hoyeh dapat. Tapi harga.. makaihh depa memang kayalah. Beli dorian je dah dekat RM110++ [HANG GILA DAYAH.. hahahaaha] 

Dalam kepala memang nak makan pulut durian. Oh mama, laksankan lah permintaan hati yang dah lama ni. Pagi-pagi ingat mama dah tanak pulut, sekali hampa. Pujuk hati, suruh la bibik tanah pulut.

Bibik - Ibu, tolong masak pulut.
Dayah - Mahu letak apa along?
Bibik - Nak masak letak santan ya?
Dayah fikir-fikir, macam mana ek. Belasah je la. 

Dayah- belasah je bu, letak je la santan. Pastu kukus ya. 

Elok bibik dah letak pulut, half cooked dah pun. Sekali mama bising kat Dapur. 
Mama - Bik ambil pulut ya.
Bibik - Sudah Kakak, Along dah suruh buat.
Mama dengan lajunya pergi tengok periuk atas dapur. Dalam hati, mesti mama puji ni. hahaha perasan.
Mama - Siapa suruh tanak dengan Santan
Bibik blurr terus. 

Dayah - Along yang suruh.
Mama - Siapa ajaq hang masak pulut lagu ni. Orang nak makan pulut durian, tanak kosong sahaja. Pandai betulah. Kata pandai masak
Dang! Kena perli sekali. Padan muka Dayah.

Hahaha. Moral of the story jangan gelojoh. Tunggu sudahkan. Akhirnya mama suruh tanak kosong. Dayah kena habiskan yang bersantan. Nasib tak banyak. Muak ok, bila ada tanak pulut dengan santan. Oh ya.. jauh benar cerita Cik Dayah ni.. heeee... back to story... I wanna share with you guys resipi Bubur Durian yang saya belasah sendiri di tengah malam buta, kerana terlalu craving. Nak tanya mama, haruslah dia tak mau layan. So berbekal apa je yang ada dalam peti ais. Oh Abah saya so sweet. Dia buka semua durian masuk dalam bekas simpan dalam peti ais. Mula-mula Dayah ingat durian dah hilang. Mulalah bengang. Siap tanya siapa makan. Sebab dengan kulit2 hilang. Tak heran. Sekali Abah yang baik hati telah pack baik2 dalam peti sejuk. So sweet la my Abah. 

Bubur Dorian Cik D kita^^
Bahan-bahannya;
1) Gula Merah / Melaka ( 1 potong dalam 2-3 inci)
2) Santan
3) Kacang hijau (rendam dulu sampai kembang 2 kali ganda dari size asal)
4) Air masak (dlm 2 cawan or kurang)
5) Durian (dengan biji-biji sekali pun okay je)
6) Sedikit garam
7) Gula (optional, sebab dah ada gula merah)
8) Daun pandan (Dayah tak guna pun sebab tak wujud dlm peti ais.. huhu)

Cara masaknya;
1) Masukan air & kacang hijau (air lebih seinci dari kacang), masak sehingga kacang hijau lembut. Lepas sekali dengan gula melaka yang keras mcm batu tu ;P hehehe (gula tambah kalau mahu letak sila tambah waktu ini) dan daun pandan yang di ikat ya.
2) Dah masak kacang hijau tu, masukkan durian (ikut sukalah nak masuk banyak mana) Gaul rata.
3) Dah mesra bahan, masukkan santan. Gaul rata, masukkan garam. Jangan lama sangat nanti pecah santan.
4) Siap untuk di hidang.

Boleh di makan dengan roti bersama teh o panas. Memang TERBAIKKKKKLAH. 

D_Y_H
Banyak lagi saya kena try and error dalam memasak ni. Week betul knowledge dalam bab masak. Tapi makan memang expert... hahaha.. Selamat mencuba kawan-kawan. Jangan takut masuk dapur ya, wahai wanita-wanita di luar sana. Masa bukan alasan. Banyak sahaja menu-menu tapi menyelerakan yang kita boleh buat sambil buat report ;P hahahaha
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hati saya tertanya-tanya, apa khabarnya Palestin, nun jauh di sana tetapi sentiasa dekat di hati. Kekejaman tak berkesudahan. Ada sahaja yang mahu di dengkinya. Ya Allah, berat sungguh dugaan mereka. Sedangkan kita di sini bersenang lenang hidup aman tapi masih merasa diri itu kurang itu dan ini. Sedangkan mereka hari-hari hidup di buru ke bimbangan. Dan tidak kurang yang selalu mengeluh itu tak cukup ini tak cukup. Sedangkan makan dan pakai tidak pernah tidak ada. Baju sentiasa berganti. Makan sentiasa masuk ke mulut.

Apa khabar anak-anak di sana? Dapat mereka kasih ibu? Kasih Ayah? Pergi kah mereka ke sekolah? Atau mereka terdidik dengan peluru dan senjata. Itu pasti. Perjuangan mereka mahu merdeka. Sekatan demi sekatan Israel lakukan. Kejam sungguh mereka.

Bantuan kemanusia Flotilla 2, dilarang memasuki port Greece. Salah apa pula mereka ini? Misi kemanusian yang di bawa. Katanya demi keamanan. Cetek sungguh fikiran kalau keamanan yang di laungkan. Bagaimana keamanan Palestin. Tutup mata dan terus melihat? Begitu ramai musuh Islam di luar sana yang kononnya faham, tapi sebenarnya tidak. Benci sungguh mereka. Sehingga pada suatu hari ada email saya terima mempermainkan issue kematian Osama bin Laden. Ilustrasi yang di katakan sangat pintar. Jauh di lubuk hati, saya yakin orang yang menghantar itu benci kepada Islam.

Tugas kita membetulkan perspektif mereka. Sedar tak sedar, kita cuma lihat dan dengar tapi jarang sekali kita membuka mulut menjawab. Di negara kita sendiri, adakala telinga sakit mendengar tomahan. Bila pendek ilmu, kita mudah terpedaya. Sebab itu penting, kita sebagai umat Islam mencari dan terus mencari ilmu. Kejarlah ilmu kerana kita sebenarnya HAUS AKAN ILMU dan percayalah ILMU TERTINGGI ADALAH MEMAHAMI ILMU ALLAH (iaitu Al-QURAN).

Jika di kaji bait-bait Al-Quran itu, walau kita tidak faham kita tetap tenang. Segusar mana pun kita, tetap TUHAN YANG DI CARI dan terkadang Al-Quran itu yang kita peluk. Tapi kita sering alpa dek kemajuan dunia yang pastinya hancur. Dan ingatlah kawan dan diri saya sendiri, MATI ITU PASTI.

D_Y_H
Andai di beri peluang, ingin sungguh saya jejak ke sana walau sebelah kaki. FREEDOM FOR PALESTIN!!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah memang sensitif dengan word "cyst". Pantang nampak pastinya akan membacanya. Terbaca satu artikel tentang bahaya "polycystic Ovary" which will cause diabetic, obesity, heart disease, high blood pressure, excessive bleeding and more worse uterus cancer.

Dayah search and find about "polycystic Ovary", memang mengerikan melihat image-image. Tak tak gambar dek fikiran Dayah. Dan mula terbayang cyst yang pernah wujud dalam ovari dulu. Itu pun sudah saya gerun ini kan pula image seperti ini, 
Picture credit to google
Terbaca saya dalam satu artikel, common in US 5-15% of teenage and older women having polycystic ovary "PCOD". Bila berlaku PCOD, ada yang mungkin mengalami "non production of egg" which can lead dalam peningkatan hormon lelaki dan mengakibatkan menses yang tidak teratur (terlalu banyak atau sedikit), pembesaran ovari, kemandulan dan pertumbuhan rambut yang tidak normal (pada muka, dada, lower abdomen) dan rasa tidak selesa dalam perut. 
Cara pengesan PCOD yang terbaik setakat ini adalah dengan membuat pemeriksaan darah dan ultrasound (or perhaps CT Scan). Dan PCOD can develop a cyst in one or both ovaries.

Kegemukan / obesiti antara punca yang di kenalpasti. Buat siapa-siapa yang mengalami masalah ketika menses amatlah digalakkan merujuk pakar. Penyakit ini diam-diam menyerang. Mungkin kita rasa, alah period pain sahaja. Irregular ni nanti dah besar sikit okay la. Tak pun kawin nanti okay la (ramai yang berkata sedemikian, kenapa? Entah. I've no idea at all) Yang pastinya pengalaman lalu cukup mengajar saya. Penyakit ini develop dalam diam. Lakukan pemeriksaan berkala itu sebaiknya. 

Ramai yang ambil enteng soal irregular period dan lebih parah ibu-ibu bekerja yang tidak ambil peduli pembesaran anak-anak. "Aq dah bagi duit belanja, pandai-pandailah kau nak" sedih bukan. Bukan semua ibubapa begini. Tapi ada. Buat adik-adik jangan malu, beritahu ibu kalau sangsi. Jangan simpan-simpan, mengikut artikel yang saya baca syndrome ini mungkin berlaku sekitar usia 12-45 tahun. Muda ke kita tua ke kita, mungkin berisiko. 

D_Y_H
Hari ini bercuti tapi saya gusar. Rasa tak tergapai segala kerja yang ada. Rasa menyusahkan ramai. Apa lagi perlu saya buat ya? Banyak lagi perlu saya pelajari.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Weekend kalian bagaimana? Dayah, penuh dengan aktiviti yang sungguh sibuk. Kejap-kejap sahaja berada di rumah. Petang tadi selepas pulang dari Nilai, terus berdesup ke rumah paklong. Jauhnya journey. Dari Nilai ke UK [bayangkan!] 

Dapat bayang tak jauhnya. Bukan United Kingdom ya. Ukay di Malaysia, hehehe. Sedang kami duduk berbincang-bincang, Abah tiba-tiba selit cerita al-kisah Lori. Iyalah Abah saya pemandu lori. Dia memang hebat membawa lori. Tapi tidaklah sehebat pemandu F1. Bawa lori kenalah berhemah. Bukan nak menyelit sana menyelit sini.Cannot tu!

Cerita lori bermula kerana isu parking. Kawasan tersebut tidak ada tempat sesuai untuk di pangkir Lori. Berbincang punya bincang, Paklong kata parking dekat rumah jirannya. Abah mula risau. 

- Lori tu panjang, nanti susah pulak kereta nak lalu.
- Nanti apa pula kata tuan rumah.

Kerisauan Abah memang bertempatlah. Tidak mahu nanti Paklong kemudian hari yang dapat susah. Abah perlukan tempat parking yang panjangnya 20 kaki. Perlukan bekalan air yang dekat, perlukan bekalan elektrik juga.

Picture credit to google
Beginilah lebih kurang rupanya. Dayah masa mula-mula dengar Abah nak lori 20 kaki, pun pelik. Panjang tu. Mana nak parking? Mesti nanti orang keliling bising. Abah kata tak apa, kita parking kat belakang kedai. Sememangnya itu tempat parking lori merah Abah. Dan disitulah kini parking rasmi si putih. 

Nak di jadikan cerita, kerisauan Abah bertempat dek kerana alkisahnya pada suatu petang, pulang dari satu majlis. Ukuran jalannya tidaklah lebar mana. Cukup untuk laluan si putih dan sebuah motor aiskrim. Sedang Abah melaksanakan tugasannya, prakkkkk! Dah parking elok.  Abah turun dari lori, oh terlanggar pokok. Bukan sengaja. Dan terjuih rantingnya. Maaflah ranting, hayatmu tak panjang. Sekali keluar makcik sebelah kedai. 

"Hoii orang tua! Patah pokok aku!!"
"Dah ada Lori Kecil nak beli Lori Besar!!! Dasar orang kaya!"

Sungguh Dayah tak puas hati, bila tahu tentang ini. Apa dalam fikiran makcik tu. Dah ada yang kecil bila di beli yang besar itu tanda, dia perlukan! Bukan beli saja-saja. Ada orang beli lori besar nak buat tayangan???? Orang membazir iyalah. Baik di belinya kereta, ini lori pun dia marah. 

Sudahlah menjerit-jerit dan siap di hamunnya lagi. Itu pun mama yang cerita. Kalau nak Abah story? Herm, tidaklah. Hailah makcik, Dayah tak rasa makcik baca blog picisan ini. Tapi apalah salah Abah saya tu. Ranting pokok yang patah. Bukan sebatang pokok itu tumbang. Saya rimas dengan suasana kadang-kadang. 

Selalu fikir yang bukan-bukan orang kita ini. Tak boleh tengok orang lebih sikit, mulalah dia tak senang duduk. Kalau tak senang duduk berusaha majukan diri, tak apa. Ini membeban diri tambah dosa. Dan sejak-sejak bermula, kisah matrikulasi Dayah tak lagi duduk menyapu di luar rumah belek pokok ros jepun. Kerana kini semua tinggal kenangan. Tak syok dengar orang menjaja kisah orang. Dah tak ada cerita lebih ilmiah ke? Balik-balik orang itu macam ini, orang itu macam itulah. 

Sabarlah Abah. Lori itu rezeki kita. Mudahkan pekerjaan kita. Dek kerana rantingnya yang sedikit patah itu di hamunnya orang. Sungguh dia tak fikir lanjut, atau mungkin perlu saya fikir dia terlalu sayangkan pokok. Dia sakit bila seinci tubuh pokok itu tercantas. Maafkan kami. Bukan sengaja.

D_Y_H
Lelah atau kalah? Patut mungkin saya pilih kalah, sikap manusia buat saya rasa tak serasi. Harus di cari di mana serasi itu. Berubah arah mungkin jawapan. Perlu mencari tapak. Ayuhlah, mencari.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Rumah saya ada dua Chef in the making. Seorang ketegaq sorang lagi kancong. Hahaahaha. Tapi depa memang best! Tiah was good in doing cake. Aten, her expertise so far sambal ikan bilis! Memang mengancam. I hope to see more variety color of food.

Tiah now tengah training dekat Equatorial, mula-mula dekat busher (betul ke aq eja ni tiah?? belasah la) for 6 month, now dah tukar department. Berapa department, entah ler. Kena tanya orang-orang bekerja sana. 

Aten pulak tengah sibuk dengan kuliah dan assignment tak terkecuali dengan kitchennya. Well well well, I hope you can learn more. Can have more signature dish selain sambal Ikan bilis mu http://www.emocutez.com

Siapa taw mana satu Tiah mana satu Aten. Siapa kakak? Siapa adik?
Dapat teka?
Hehehe. Abaikan soalan saya tu.

Tak sabar tunggu dia orang berganding dalam satu dapur.
Agak-agak apa yang jadi?
Akan huru-harakah? Akan senyap tanpa bunyi kah? Mustahil kerana apabila senduk dan kuali bergabung pasti menghasilkan bunyikan. Oh, I really can't wait the day. Mu berdua belajar rajin-rajin. Kalau boleh biar sampai jadi Master Chef! AMIN. 

D_Y_H
Oh. I'm too lazy! I'm too tired! and I feel so empty! ... ok babai nak pi gubah bunga dan pulut kuning. Happy weekend everyone!