Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

I'm fall in love!
Addicted to watch him!
Addicted to know what next!

Dan sesungguhnya....... Dayah nak tahu next next next.

Sampailah.....












Ke episode ke 16 (final)
She choose the right person.....
It is such a long time, I did not watch any movie continuously like I do yesterday!
Lupa semua kerja yang Dayah bawa pulang! Pedulik! Hahaha.
All I want just to complete it!
Kalau tak mahu ada tak tenang duduk.
Hero dia biasa-biasa sahaja, tapi kalau dia senyum sangat MANIS!
Heroin dia biasa-biasa sahaja, tapi bila dia senyum memang MANIS!

Credit picture to Mr. Google

and most important... I really love this song! Indeed!



This version from Godongbaek (suaminya - dlm movie)



and this version from Jisu (isterinya - dlm movie) ...... and impress rupanya both of them can sing .. and they are really good singer! Thumb up!


Its very classical song, which really I love to hear.
Inspire? Maybe.
Originally of this song was pre-recorded somewhere in 1938. Lama sungguh! Ramai yang menyanyikan lagu ini version Celion Dion pun ada.

D_Y_H
I fall for you lah Godongbaek... karektor dia sangat baik dan innocent sangat! Paling suka dia senyum. Fuh!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Bukan sekali lagi, entah ke berapa kali.
People come and go.
We have to accept it.
What I can do?

Well life must go on.
Every one have their own way, ideas, and ambitious.
Not to forget their target!

You can't stop people but you can persuade them.

But.... remember,
Allah never lets you alone.
HE will always HERE.
Pray to Allah.

Credit to tumblr: Kanzeki.tumblr.com
Jangan kita hidup dengan kehidupan lampau, sebaliknya belajar untuk berubah dari kehidupan lampau supaya kehidupan esok lebih bererti. Gunakan akal yang cetek itu untuk di kembang-kembang, sendiri mungkin tidak dapat menyelesaikan, apa kata cari kawan-kawan atau kepala-kepala lain untuk fikirkan bersama. Kerana hidup kita tidak pernah sendiri, dunia ini ramai manusianya.

D_Y_H
Kepala macam langgau, banyak sangat di fikirkan.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Picture credit to TheIdealMuslimah.tumblr. : Setiap orang punya cita-cita. Usah toleh ke belakang andai anda inginkan ia jadi nyata. Berjalan dan terus berusaha.

Sungguh Dayah rindu saat sibuk dahulu. Membonceng motorsikal ke sana ke mari. Kini semua tidak sama lagi. Yang ada cuma Dayah yang sangat busy dengan kerjayanya. Apa yang saya cari? Walau dahulu saya sibuk ke hulu dan hilir tapi saya enjoy. Sekarang? Mungkin kerana motor? Iya mungkin. Kereta tak best ke? Laut mungkin? Mungkin dahulu laut tempat saya meluah rasa. Kini? Jauh sangat.

Apa yang saya mahu? Dapatkah sudah? 

1 cuma saya dapat kini. Lain belum! BELUM! Oh saya tidak sama sekali putus asa. Paling penting saat ini, saya rindu untuk kembali membelek buku. Yes, I will take December sitting. InsyaAllah, will do as best as I can. Mudah-mudahan saya lulus. Penat lalui kegagalan? Iya. Tapi ia tidak bermakna ia harus berhenti di situ. Saya mulakan dan wajib saya habiskan.  

Dan paling penting ada janji perlu saya tunaikan. Dan impian yang terpaksa saya korbankan. Allah ada rancanganNya saya pasti. 

Dan quote dari Filem Syurga Cinta, 

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi

Moga pelangi itu muncul lagi. 
D_Y_H
Saya penat berlari, mahu berjalan kini. Bila tenaga saya kembali saya akan berlari kembali.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Picture: Google

Dayah bersetuju dengan beliau. Cantik mana pun fizikal kita jikalau dalaman kita buruk, penuh hasad dengki, makanya buruklah orang itu.

Semua lelaki suka melihat perempuan cantik tak terkecuali wanita suka memandang lelaki tampan. Tetapi di kualiti apa yang ada pada seorang yang cantik/tampan? Halus kulitnya? Mancung hidungnya? Bujur sirih wajahnya? Mungkil bibirnya? Bening matanya? 

Jika anda cantik/tampan pada fizikal itu bonus. Jika anda cantik/tampan fizikal dan dalaman anda sempurna. Percayalah setiap manusia itu cantik dengan pembawaan dirinya. Jaga tingkahlaku, kata-kata, dan sentiasa manis senyumanya, cukup untuk buat anda kelihatan cantik, tanpa perlu berbelanja mahal untuk sekotak meka up. 

Dan suka Dayah dengan hadith Rasullullah s.a.w ini, 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”

 
(Bukhari)


D_Y_H
Time for work! Walau lemau. Chiayokkkkk buat diri saya dan semua!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Dayah tak puas hati bila Abah suruh baca Surah Ar-Rad Ayat 31 berulang-ulang. Selalu dengar Abah recite surah ini berulang. Sambil duduk pun dia baca. Kata Abah ada kaitannya surah ini dengan Kisah Nabi Musa yang mahu melihat Allah. Dalam Surah Al-A'raf ayat 143 yang bermaksud,

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)

Dayah sangat-sangat ingin tahu. Makanya saya mencari tafsir, yang bermaksud,

"Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat." 

Dan Dayah juga menjumpai bahawa ayat ini antara doa yang boleh di guna untuk dicintai. Jika mahu di cinta, amalkan ayat ini.
D_Y_H
Moga cinta kepadaNya makin utuh dari hari ke hari dan DIA permudahkan segala urusan sementara di muka bumi ini.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

[Amaran: Entah berapa kali entry kosong saya 2 minggu kebelakangan ini. Sila berpindah ke entri lain]

Ketahuilah bahawa saya sangat STRESSSS ketika ini.
Iya saya memang pandai handle STRESS. 
Jarang gagal. Tapi kali ini saya kalah.

Boleh saya lupa buat minute for tomorrow meeting!
Ya Allah, tahap melampau sungguh!
Buka minute, actually DONE!
Boss saya yang reject sebab nak susunlah hapalah. Adoyai, Apa nak buat? Nak susuh macam mana? Melintang? menegak? Huh! STOP COMPLAINT! Bukan selesai pun masalah.

D_Y_H
mahu muntah!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

[Amaran: Ini cuma ocehan kosong saya. Mahu saya tulis rasa gembira saya setelah lama tidak melaksanakan tanggungjawab yang satu ini]

Alhamdulillah, saya sudah mampu mengurut kembali. Syukur, tiada gusar dalam hati lagi. Tapi masih tidak seperti dahulu. Kalau dahulu almost everyday, after maghrib dok urut mamaabah. Selepas sahaja saya ke Matrikulasi itu tidak saya praktikkan. Sangat sukar untuk memujuk saya mengurut semula. Macam-macam alasan saya bagi, ada ketika sampai saya kata, 
- Jangan nanti berangin satu badan eh.

Kejam tak? Nak mengelak punya pasal. Haish jahatlah. Perasaan takut mana entah telah merasuk diri saya ini. Sampai satu hari, Abah pernah kata.
- Dulu ada anak Abah ni selalu urut kaki Abah ni sambil mengaji.

Huhuhu. Sardis betul. Lama dah Abah cakap tu. Dayah tetap buat dek. Muka selamba. Malah sibuk mahu mencari mesin urut. Tapi di halang, katanya tidak baik untuk kesihatan kerana getaran elektrik yang ada. Turutkan sahaja. Kalau di kira jari hampir 10 tahun, Dayah berdegil dengan andaian gila saya. Huh! 

Berkat itu lebih penting. Dari saya pentingkan tangan yang sakit. MamaAbah bukan makin hari makin muda. Kita semua makin di mamah usia. Kenapa tidak gunakan masa yang di anugerahkan sebaiknya?

Masih ingat suasana dulu, balik sahaja MamaAbah dari kedai (lama), lepas maghrib semua anak-anak berkumpul masuk bilik duduk ramai-ramai atas katil sambil tengok TV. Sambil tu, tangan penuh dengan minyak urutlah Abah dulu lepas tu Mama pula. Dari mana Dayah tahu mengurut? Siapa pun dalam dunia pandai mengurut. Tapi la ni, memang tak pandai dah. Hari pertama cuba mengurut balik rasa tangan tak betul2 menyentuh anggota. 

Perlahan-lahan Dayah akan cuba membuang semua anasir negatif dalam minda saya. Saya akan cuba. Selagi mereka ada, ini bakti kecil yang mampu saya curahkan. Berbanding bakti seluruh usia yang tak mampu saya balas ke atas keduanya.

D_Y_H
Orang lain saya urut main-main boleh. Urut sungguh2 cuma untuk mereka berdua sahaja.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

[Amaran: Omelan kosong saya lagi. Kalian boleh memilih entri lain yang bermanafaat]

Demmmmmm. 
Kalut dah kotak fikiran ini.
Dayah ada new scope of work!
Mampu tak saya lakukan??? 

Banyaknya keje? Tamak. Tamak. Tamak.
Oh sesungguhnya tidak sama sekali!
Kalau di beri pilihan Dayah memang tak mahu langsung.
Tapi tanggungjawab, okay no complaint! 

I have to find recipe. 
Gilerlah! Bukan sikit!
Kena korban masa rehat lagi. 
Tak pa tak pa. 
Moga pengorbanan ini manis hujungnya. 
Moga Allah permudahkan segalaNya. 

Apa kebendanya kaskas? Adas? Boleh tak saya hentam ikut cara Dayah sendiri? I love to try. Tapi ini tak boleh cuba-cuba. Harus tarik nafas panjang-panjang. Fikir dengan betul-betul. How to do it. Lebih susah hati dari nak prepare report to Audit Committee! Demmmm. 


Picture from google: Don't wait until too late!

D_Y_H
Nak balik!!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Quote I really wanna share with you today, just think about it.

From Tumblr: Life's A mistery, originally from Leilockheart.tumblr.com: Tidak ada sakit tanpa UBAT! Kecuali MATI.

Source: IslamicThinking.tumblr: Do as best as you can to pass!

Tidak alasan bagi saya untuk tidak menyelesaikan sesuatu. Jangan mudah putus asa. Kembali kepada ajaran agama, kita pasti jumpa jalan keluar. Dan soalan saya, ada soalan exam yang tidak pernah tidak ada jawapan?

Tidakkan! Semua persoalan punya jawapannya. Teruskan mencari. Dunia ini luas. Biar penat kita mencari dan mencari, tapi apabila terjumpa jawapannya saat itulah paling INDAH dan MANIS.

D_Y_H
Moga bahagia selalu milik kalian semua.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Happy Father's Day!
Wishing to Abah? No. Didn't say anything to him.
Cuma berbincang pasal keje sahaja dengan Abah.
Nak beli hadiah? Tak beli apa pun.
Sebab dah belikan beberapa minggu lepas.

Kalau beli sure Abah pakai baju tu ulang2. Hahaha. Abah siapalah ni. My Abah memang terkenal dengan sikap kedekut! Cakap ikut sedap mulut dia je. Siapa tak tahan, nasib! boleh angkat kaki. Direct Okay. Dia nak marah dia marah je.

Pekerja dia tahulah macam mana bos dia ni. But but but, I really admire him. Don't tell me you don't admire your dad? Ya mungkin ada, tapi mungkin tidak ramai. Kegigihan dia mencari rezeki dan membina syarikat beliau memang tidak boleh saya nafikan sedikit pun. Ilmu dia, tok sah cakap. Bab matematik paling saya salute! Tapi kedekut ok! Dulu masa kecik2, Abah tak akan ajar. Dia akan suruh Dayah selesaikan sendiri. Sampai saya give up, baru dia akan tolong. Dia cuma perhati sahaja.

Approach Abah sangat berbeza. Dia memang didik anak-anaknya dengan cara independent. Tapi mama pula sedikit manjakan anak-anak. See berbezanya dua watak ibuayah yang Dayah ada. Garang Abah? Huh! Tok sah cakap. Garang oh! Pernah merasa kena pukul, itu lah siapa suruh degil sangatkan.

But now? Abah is still being himself. Dia tak cepat melatah dan bukan senang nak bodek, tak makan langsung. Payah oh. Unless he really wiling to give you la. But, kena give him back. Win Win situation. Otak business Abah saya ni.

Dan setiap kali jumpa, mak-mak sedara belah Abah or any tok-tok sedara belah Abah, selalu Dayah dengar cerita Abah before he joined army. Amazed me! I so want to be like him. Dengan bermula berbasikal ke motorsikal dia mula berniaga, aktiviti berniaga beliau bermula selepas habis sekolah. Now, alhamdulillah banyak jugalah kereta Abah ada. Tapi jangan di tanya mana kereta mewah beliau. Dia tak suka bermewah. Kereta semua dia pakai for business. Bijak tak bijak, lori dia pun modify sendiri jadi dapur bergerak. No other helps. He did it himself, yah of coz la, dia arah staff dia buat itu dan ini.

Hidup beliau cukup dengan baju bundle. Kasut RM10 ringgit pun dia tak pernah kisah nak pakai. Kalau kita belikan sesuatu dia akan pakai sampai benar-benar lusuh dan tak boleh pakai. Dan saya teringat zaman Abah masih dalam Army. Beg sekolah yang koyak dia akan jahitkan. No new beg. That my Abah.

Kalau cerita pasal Abah memang tak habis. Dayah memang admire him forever. Walau Abah sangat fussy! Bab makanlah, maybe because beliau di kelilingi orang-orang pandai masak. Sudah acap kali dia komplen,

"hang masak tak sedap!" ohh sakit hati!
"Mak hang masak, macam ni (jari tunjuk bagus)" oh yeahhh, dia suka cakap macam tu belakang mama. Hahaha. Abah. Abah. Bila depan, dia katalah mama hang masak tak sedap pun. Kahkahkah. Suka benar cari pasai. That my Abah. Cakap banyak bukan dialah. Nak tunjuk mesra lebih2 bukan dia. Orang mesti kata, Abah hang sombong. Lantak pi. That my Abah.

That My Abah with his only son! Anak Abah ni.

Doa saya, moga Abah terus di kurniakan Illahi kesihatan dan kecerdasan minda untuk terus bekerjaya dan mendidik anak-anaknya dengan cara beliau yang tersendiri. Walau kadang-kadang geram dengan his approach. But its work! Harap Abah tak serik didik anak-anak degil beliau, ngeee. Harap Abah terus ciayok! Success always Abah. I do admire you! Walau Abah tak mengaji tinggi sangat, tapi ilmu Abah kongsi tak ada kat sekolah. Cikgu pun tak ajaq! That my Abah. Mujur Abah tak jadi cikgu dulu. Kalau tak sure Abah ajar anak murid dia kan? Tapi now walau dia tak dapat nak teruskan belajar jadi cikgu, tapi Abah jadi cikgu buat semua pekerja dia. All ilmu di turunkan PERCUMA! Good Abah. I adore you, more and more. Kalaulah Abah baca ni, =.= malu ohh! hahaha berangan.

Abah dahlah benci internet ni. Kata beliau, banyak buruk dari baiknya. Oh, he is soooo oldies ;P ohhh tekak Abah pun Melayu ;P masak orang puteh mula dia kata, hang pa ni tekak orang puteh. What? Ish Abah ni. Kita kena try semua. Tapi masak Arab tak apa dia suka.

ohh that my Abah again! Abah memang suka sembelih lembu. Setiap korban, Abah orang kuat kami. Dia beli dia sendiri yang sembelih. Abah saya hebatkan! Sangat! Memang dari dahulu lagi dia gemar sangat bab menyembelih. Dari zaman Army lagi. Ada tak lelaki yang berani macam Abah? My Abang Ali, brave like him also. Dia pun boleh lapah lembu sorang. Kagum betul saya dengan mereka berdua ni.

And also to all Abah, Baba, Walid, Ayah, Daddy, Papa, Dad, and Father, HAPPY FATHER"S DAY. All of you is GREAT!

and last .. my wish and always (C&P) from tumblr.


D_Y_H
Abah terus berusaha ya, ciayokkk along taw Abah tak pernah putus asa. I'll always be at your side. I'll keep my promise, InsyaAllah. Dah lama Abah tunggukan.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Picture credit to iamsuperjamie.tumblr: PUSH!

Jiwa tua itu makin di mamah usia
Jiwa tua itu makin di palu waktu
Jiwa tua itu makin di asak dunia
Jiwa tua itu makin di omok makin teguh jiwanya

Suatu masa nanti jiwa tua itu juga bakal milikku
Suatu masa nanti jiwa tua itu juga akan pergi
Siapa yang tinggal untuk aku harap?
Siapa yang tinggal memberi seribu makna kehidupan?
Siapa yang tinggal untuk mengajarku?


Pintaku cuma, Ya Allah jangan kami pergi tanpa Iman di hati.
Semarakanlah Iman dalam hati.

D_Y_H
Moga hati-hati kami sentiasa mengingatiMu. Berat dan payah, ujian ini sungguh pahit di telan dan pastinya manis hujungnya. Mohon jiwaku sekental jiwa tua itu.
Assalmmualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Marah sgt!
Geram sgt!
Rasa nak telan orang saat ni!

Short handed!
Dayah kena keluar dari masalah ini.
Penat! Penat! Penat! 

Allah kurniakan saya akal untuk berfikir waras dan saya harus berfikir secara waras. 

D_Y_H
Geram aiihhh. Mahu gula2! Mahu redakan marah.
Assalammualikum wbt & Salam Sejahtera, 

Sabtu baru-baru, Dayah serta keluarga memenuhi jemputan Pakcik Mail. Banyak kali juga pakcik pesan, mai jangan tak mai. Dari Majlis di Kelantan lagi di suruhnya pergi. Cuma Majlis di sana, Dayah tidak berkesempatan langsung untuk singgah. Mujur juga minggu ini ada kelapangan. Tak baikkan menghanpakan orang.

Dayah pun jarang-jarang dapat penuhi tuntuan majlis-majlis begini. Selalunya awal-awal lagi, Dayah akan memberitahu mungkin atau tidak. Kerana, 

Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.” - at-tabrani (Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Sebagai seorang Islam adalah wajib bagi kita memenuhi udangan. Alhamdulillah kali ini dapat juga Dayah penuhi permintaan pakcik sekeluarga. 

Bertolak agak lewat, 11.30pagi dari rumah. Jauh naaaa laaaa. Cheq kena bawa keta seorang, kheta ketat. Lapan orang sekali. Layan. Tapi memang boleh naik lapan orang pun. Semua pi kecuali Abah dan Ali la. Abah sibuk dengan construction work dia. Memang tak la dia boleh pi kan, sat lagi pi sibuk pulak client call, payah. Ali? Budak ni awai lagi dah balik Kelantan. Nasib hang la labu. Padan muka siapa suruh balik awai, dan dan call kata "sampai hati tak ajak aq" ish budak ni. Hari tu suruh balik awai punya bising nak balik awai, Naaaa rasakan ;P
Dayah kepala Dayah ingat dekat giler. Budget 1-2 hour can reach there la. Sekali ambik kau dah sampai Ipoh tak lagi, sampai sg perak dak lagi.. sampai kuala kangsar pun dakk aiiii.. aishhh lama bebenar rasanya dah tekan minyak ni. Segala jenis kenderaan dah di potongnya. Lapaq punya pasai. Sekali nampak signboard Bukit Gantang, perut terus melompat nak makan. Yeahhhh my nasi lemak. Muahahaha. Macam mana nak kurus? hang habaq mai??? Ngeee. 

My favorite place setiap kali balik kg. Sanggup tu tunggu sampai Bukit gantang baru berhenti, gara-gara nasi lemak ikan masin dia yang memang di yakini sedappppp. Dan dan dan, paling menyedihkan sepanjang perjalanan Dayah nampak aktiviti manusia yang rakus. Makin hari makin hilanglah bukit yang dahulu indah dan jadi pasak bumi. Sedihkan. 

Makin lama mungkin pemadangan ini akan lenyap dari Muka Bumi dan esok apa yang tinggal buat anak cucu kita? Bukit buatan? Manusia bijak mencipta tapi tidak pandai mengekalkan keaslian.
Jam 2.30pm sampai juga kami di tempat yang di tuju. Fuhhh. Dalam 3 jam baru sampai. Sampai-sampai haruslah cari pakcik Mail dan makcik dulu. Pengantin serba Unggu. Majlis di Dewan terbuka. Dewan Arena. Ramainya orang. Lapaq oiii, cari makan dulu la. Bedai apa yang patut. Masa makanan di hidang, walaweiii bau Gulai Ikan talang nenas. Lama benar tak pekena. Rindu pulak pada tok. Tok Dah kalau buat gulai ikan talang ni memang terangkat, sebab pakai cili giling. Dan Tok Yam pulak kalau masak Kari Siam dia perghh tak angkat punggung dah, tambah nasi tambah ikan pekasam jawabnya Dayah. Oh rindunya.

Hidangan yang di hidangkan.

Tak lepas baiii.. nak juga ambik gambaq.

Tu dia. Ala-ala princess dah dua orang kembaq ni.

With Pakcik Mail and Makcik. Angah stunning with purple. Pengantin lelaki tak perlu di perkenalkan, ramai yang mengenali beliaukan. Pertemuan di Masjid menyatu dua hati. Alhamdulillah.

Kidnap angah gambar sat, hehehehe.. bukan dari kami sampai jenuh dok tengok depa bergambar. Sentiasa senyum sahaja angah. Sure lenguh pipi.

Depa ni memang. Pantang jumpa kamera mulalah hantu gambar terus.

ehhhh.. Hana Montana yang cute pandang kamera .. yoshh. Sian kat dia, hangat na cheq. Tengah hari rangbang, haruslah teriak si Hana ni. Kipas-kipas dia diam sat. Panas teriak balik.

Chef tiah ni memang, Suka naa ngan anak orang. Semua budak kecik dia nak kebas.

Oh yeah, dapat tangkap Ally Iskandar dan Cik Tunang beliau. Vavava seronok depa nooohh.. mujuq dia pun sampai masa orang semua dah nak balik. hehehe. Bolehlah kami catch him kan.

Angah sedang makan. Cantikkan dia. Cantik sungguh. Nak taw, pukul berapa baru depa makan? 4.00 petang yer tuan-tuan puan-puan. Sure lapaq giler dua mempelai ni. Waktu ni tetamu sudah tinggal less than 5%.

Fuh lama giler baru dapat makan. Kesian pengantin kan. Masa zaman-zaman korang kawin tak la selewat ni kan makan? Apa pun tabik spring kat Fedtri & Angah, cool je depa layan tetamu dan paling penting senyum tak pernah lekang dari bibir mereka berdua. 

Datin la dia kata, 
"Kalau aku kawin tak mau la aq sanding lama-lama ni"
"Buat ringkas2 sudah"

Fuyooo Datin advance adik Dayah ni. SPM pun belum lagi dia boleh pikiaq. Deeiiii.. 

D_Y_H
Fuyooo dah jam 3 pagi ohh. Mahu siapkan kerja. Ok tata.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Picture:blisfuldeen.thumblr: Tidak setiap masa laluan kehidupan kita bakal lurus. Harus terima dan berusaha keluar dari laluan berliku itu.
Tepu otak berfikir. 
Kelu lidah berkata-kata.
Kejang kaki berjalan.

Namun hidup harus terus berlangsung seadanya. Allah maha mengetahui yang di langgit dan di bumi. KUAT kata itu yang harus ditiup selalu. KUAT SEMUA. 

Dan sekali lagi saya ingat diri yang Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan. Terus KUAT. Jangan tersungkur sebelum habis berjuang.

Allah lindung.
Allah kasih.
Allah lihat. 

D_Y_H
Harap esok lebih cerah. [Mahu demam]
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Picture from thumblr.

Bukan manusialah kalau tidak pernah merasa puas
Bukan manusialah kalau tidak pernah berbuat salah
Bukan manusialah kalau tidak pernah merasa marah
Bukan manusialah kalau tidak pernah alpa.

Dan bukan manusialah kalau tidak pernah tidak merasa cukup a.k.a PUAS. Di ruang yang bulat ini, kita sama-sam kongsi udara dan kehidupan. 

Jangan tamak
Jangan takbur
Jangan tidak pernah bersyukur
Jangan sombong

SOMBONG? Dayah sungguh sombong, saat ini. Balik rumah duduk diam-diam tak campur orang. Hakikat yang memang saya. Sedangkan itu salah. Saya tak reti nak bergaul dengan mereka, kerana mereka terlalu tinggi nilai diri. Sedangkan saya masih mencari identiti diri. Manusia tak pernah puas mencarikan? 

Itulah saya. Dan manusia tidak pernah puas berkata-kata mungkin akan diam apabila mulut (tubuh) di jemput Illahi. Mahu berubah. Mungkin perlu mencari suasana yang lebih baik supaya diri tidak terus berdosa? Terjaga minda saya apabila terbaca hadith ini, 
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari iman.” 
Huraian
Sombong! Memang tidak seharusnya kita sebagai hamba Allah SWT memiliki sifat sombong di hadapan Allah SWT kerana kita adalah ciptaan-Nya. Sungguh tidak ada apa-apa kehebatan pun pada kita jika hendak dibandingkan dengan kebesaran Allah SWT. Cukuplah seseorang itu dikatakan sombong jika menolak kebenaran dan suka merendahkan orang lain. Cerita tentang kesombongan, takbur, selalu membanggakan diri adalah sebuah kisah yang lebih tua jika dibandingkan dengan permulaan kehidupan manusia di muka bumi ini. Ia berlaku ketika Iblis enggan bersujud pada makhluk bernama Adam disebabkan rasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik. Allah melihat tingkah dan sikap Iblis ini dengan firman-Nya: "Hai Iblis, apakah yang menghalang mu untuk bersujud kepada yang telah Ku ciptakan. Apakah kamu menyombongkan diri (takbur) atau kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?" Iblis terus menjawab: “Ya Allah, aku (memang) lebih baik jika dibandingkan dengan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam, Engkau ciptakan dari tanah. Mendengar jawapan Iblis yang sombong, Allah berfirman. "Keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".
  (Sumber: Jabatan Agama Islam Malaysia)

D_Y_H
I miss her. Indeed, only Him know. Hati berbisik, belum masanya lagi tapi akal berkata cepat-cepat sebelum terlambat. Hakikat yang pasti, belum dapat ku gengam sepenuhnya. Ada sahaja yang menghalang, InsyaAllah hidup perlu cekal dan tabah. Bangkitkan diri dari terus liat dan malas.
Assalammualikum wbt & Salam Sejahtera, 

Bangun pagi pukul berapa? Lambat atau cepat?

Siapa kejutkan? Bangun sendiri? Ke kena simbah ngan air segayung... heee? Di kejutkan dengan ketukan pintu (sampai nak roboh dah pintu tu.. hehehe)?  Mak jerit, bangun. bangun. bangun?

Oh ini bukan isu yang mahu Dayah tulis! Isu sebenarnya, BERAPA KALI ANDA SEDAR!!

Berapa kali?
Hari-hari sedar diri?
Sebulan sekali?
Setahun sekali?
Kena tegur baru sedar, lepas tu lupa balik? 

Dayah? Entah berapa kali sedar dan tidur dan sedar semula dan tidur semula. Selagi tak betul-betul terjadi, selagi itu tidak sedar-sedar diri. Contohnya; Dah berapa tahun saya gagal menurunkan berat badan? [SIGHHHHHH] http://www.emocutez.com yang ini sungguh mendukacitakan. Turun sat, berhenti sat. Tarik nafas ... tarik nafas dan terus tinggalkan. Salah siapa? SENDIRI definitely! 

Sedar bukan tak sedar. Bangun bukan tak bangun. Tapi, apa? Iya USAHA yang tidak berterusan dan SEMANGAT je lebih. Huh! Mengalah cepatkan. Timbang-timbang. Turun dan naik dan turun lagi dan naik lagi. Okay enough! I really need to do something about my weight. Tadi baru Abah call,

Jangan makan ayam!
Badan tu dah gemuk!
Semalam 100kg!
Esok-esok ntah 160kg! 
vavavava.. Abah memang kasi Dayah cuak kebebeh. Hati saya tak pernah sedetik pun tenang berbadan begini. Jangan suruh saya makan ubat! Apa pun jua makanan kesihatan ia tidak mungkin membantu. Berapa banyak ubat telah saya telan!!! Cukup. Cukup. Cukuplah saya menyeksa diri. Kaedah terbaik cuma senaman. Paling di yakini. Dan penjagaan makanan. Yerp. Tapi ini yang teramat sukar saya lakukan. Semua makanan nampak begitu menarik di mata saya. Campaklah saya di mana pun, saya tahu mana mahu mencari. SIGHHHHHHH http://www.emocutez.com. Susahkan. Yang satu ini sangat sukar untuk saya displinkan.

Ayam? Dah lah dengki, setiap kali makan mesti naik bintik merah. Kenapa ntah. Tapi makan ayam kampung baik je. Adakah ini bermakna petunjuk. Iya Dayah wake up la! Penat taw, dah la berat. Kaki itu penat nak bawa awk ke hulu ke hilir. Nasib dia tak punya suara berbicara. Kalau tidak pasti, insaf. CUKUP! Datin pun dah puas bebel, sampai kadang-kadang terguris hati saya. Tapi tetap DEGIL. Huishh. Wake up Dayah wake up! Datin jommmmm teman I jogginghttp://www.emocutez.com

Dan dan dan saya penat. Lawan. Penat dengar bebelan. Penat kena marah. Penat kena keji, yang ini langsung saya tak kisah dah lali. Katalah gemuk macam mana pun memang dah lut. Itulah orang kata DEGIL. Yang betul-betul menjadi kerisauan adalah kesihatan. Nak buat gym dalam rumah, boleh?? Bila-bila masa boleh buat. Tak payah susah drive jauh. Tak payah susah-susah fikir parking. Tak payah susah susah fikir aurat. Herm, ada bagi setahun lagi gym. Jangann membazir Dayah! Jangan! Jangan! Jangan! 

Perlu tak saya fikir duduk jauh dari Malaysia yang kaya makanan ni? Hahahaha, idea gila. Tapi mana tahu? Oh cukup gila saya rasakan. Bagaimana dengan semua di sini. Mesti kamu kamu kamu rindu saya kan? Hahaha perasan. Yerlah abang mesti missed my ayam. Baby? mesti missed me, babykan my best adik ;P. Datin and mama? mesti missed nak gaduh kan. Fatin? mesti missed my bebelan kan? Angah and Sri? mesti missed me sbb tak ada orang teman travel kan? Tiah? OMG you mesti hilang kawan bergendang kat dapur kan?  Abah? sure missed orang yang suka tambah stock buah dalam peti ais kan? 

Hahaha.. apa yang saya karutkan! Yang penting setiap saat saya rindukan semua. Walaupun Dayah sangat degil dan suka pamerkan reaksi sebaliknya. Saya perlu agresif dalam usaha mengurangkan berat badan kan? Ke main-main, oh cannot!!!!! I may look smaller than before tapi anda semua tertipu my weight is increase!!! Gila! Lepas timbang rasa nak campak timbang ke bawah pun ada. Apa tak, hari-hari pun dia nak timbang, rosak scale agaknya, hahahaha. 

So? Baik. Baik. Baik. Saya kena terus berusaha. Kawan-kawan doakan saya berjaya ya. Kadang-kadang patah juga semangat bila timbang tu naik. Perlu tak saya tak timbang? Cannot! Timbang sebelah mata je kot!  Herm.. USAHA USAHA USAHA

D_Y_H
Ciayokkkkkkkkkkkkkkkk
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hari kedua kami di isi dengan Island Hoping. Kalau bercuti tidak sah kalau tidak ke Pulau. Lagi-lagi, Dayah selalu melihat gambaran laut di Thailand yang sangat biru airnya dan tidak tercemar. Memang sesuatu yang saya sangat nanti-nanti. Berkomunikasi dengan Alam juga terapi minda yang bagus pada saya. Melalui Alam saya temui kedamaian. Kurniaan Ilahi yang tidak ternilai. Allah yang maha mencipta segalaNya. 

Seawal 530 pagi lagi kami sudah bersiap-siap dan sarapan pagi. Tapau dari kedai favorite kami. Di kedai-kedai convenient seperti 7E atau Family Mart sangatlah sukar mendapatkan makanan halal. Kerana itu kami memilih untuk membungkus di malam harinya. Selain kami kena menghantar semula motor yang di sewa, sambil menanti di ambil untuk ke jeti. 

Menaiki ferry ke setiap pulau. Di janjikan 3 pulau, walau bagaimanapun hanya dua pulau sahaja dapat kami kunjungi dek kerana cuaca yang tidak menentu. Hujan. Pulau Pertama yang kami singgah Maya Island. Takjub Dayah dengan kebiruan air lautnya. Tapikan. Saya lebih suka Manukan, Sapi Island di Sabah atau pun Pulau Redang, Terengganu. Hidupan coralnya lebih perbagai. Di sini balik-balik ikan warna itu sahaja yang Dayah nampak, kenapa eh? Malu yer ikan-ikan lain mahu muncul. Di Sabah mahupun di Terengganu, saya temui tapak sulaiman tapi tidak di sini. Ikan todak kecil pun boleh di lihat tapi tidak di sini. Kenapa ek?


Jarak pandangan agak jauh. Pulau ini cantik dengan laut membiru.
Kami naik ferry ya, bukan bot di bawah. Itu cuma transit bot. Pengalaman pertama menaiki bot kayu, selalunya saya naik bot yang di buat dari Fiberglass. Best sungguh. Kagum dengan orang yang mengetam kayu sehingga jadi bot sebesar itu.

Baru sampai ke darat.

Langit nampak gelap kan?
Ada nampak ikan-ikan? Itulah ikan sejenis yang saya nampak sepanjang di Pulau Maya. Ikan lain mungkin takut dan lari.. hehehe...

Birukan. Baby sangat excited.
Destinasi kedua kami adalah Phi Phi Island. Ada aktiviti Monkey feeding. Dayah dah malas nak turun. Kerana nak habiskan masa melepak mengadap laut. Dayah bawa buku untuk di bawa, sunbath gitu. Hehehe. Ala-ala naik cruise.

Berhampiran lokasi Ferry di berhenti.

Ikan-ikan ini berebut, Dayah bagi dia orang makan roti empat segi. Beli 3 peket 50Baht. Mahai.

Inilah ikan yang saya nampak sepanjang Island hoping. Ikan jenis lain kurang kelihatan. Mungkin spesis ini yang gemar muncul, hat lain. Mungkin pemalu.

Sedalam mungkin 20 meter. Syoknya dia.

Mereka baru pulang dari Monkey feeding. Kemana? Ntahlah. Mungkin berhampiran.

Birukan. Sangat suka.

Suasana ini mungkin kita boleh lihat di Langkawi. Hampir sama.
Sampai di Phi Phi Island. Saya tidak turun. Mengeringkan baju lebih baik. Pelikkan? Hehehe. Saja tidak mahu membazir. Kerana mata saya dah nampak kedai-kedai menjual barang. Baik saya reserve untuk shopping di Patong sahaja. Dan masa inilah saya boleh gunakan sunbath lagi. Mujur juga saya tidak turun, tidak sampai 30 minit hujan turun dengan lebat sekali. Mujur baju saya sudah kering. Kalau tidak mahu mengigil. Selepas 1 jam, ferry bergerak pulang. Perjalanan mengambil masa hampir / kurang 2 jam. Agak jauh. Sedangkan boleh sahaja cepat, itu pun kalau kami menaiki speed boat. So moral of story, next time silalah ambil speed boat. Penat.

D_Y_H
Mungkin tahun depan ke laut lagi. Baru merancang. Harapnya dapat membeli tiket murah lagi.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Bila ke negara orang, Dayah suka memerhati dan sedikit sebanyak hati pasti membuat perbandingan dengan Malaysia. Thailand antara negara Asia yang popular menjadi pilihan pelancong, tidak terkecuali pelancong dari negara kita. Betul tak? Mungkin hiburan yang banyak di sana. 

Dayah? Selain syurga shopping. hehehe. Mana-mana wanita pun pasti shopping dalam list utama. Hahaha. Ke saya je? Saya pengemar LAUT. Sangat best. Dengan laut saya temui kedamaian. Walau kadang-kadang rasa takut pada dasarnya. Yang dalamnya tidak tahu berapa jauh dan pasti gelap dan kaya dengan sumber. Phuket negeri bertuah sebab di kelilingi lautan dan di anugerahkan dengan pulau-pulau yang pada pemerhatian Dayah masih di jaga. Lautnya masih biru. Walaupun cuaca hujan dan ombak yang sangat mengerunkan saya pada waktu-waktu tertentu. Terbayang air naik pada paras tak sepatutnya?! Dayah berfikir untuk memandu naik ke bukit sahaja. Bandar Patong di kelilingi bukit.Untuk memudahkan perjalanan kami, bermotosikal kami. Sewanya berpatutan pada saya 2,000 baht atau hampir RM20 sehari. 

Sewa motor lebih murah dari naik TUKTUK. Saya terfikir pasti ramai memilih menaiki motor dari TUKTUK. Apa jadi dengan pendapatan pengusaha TUKTUK? Realitinya, banyak TUKTUK yang tersadai menanti penumpang. Even matsalih pun pilih untuk menyewa motor dari menaiki kenderaan awam tidak pun naik sahaja local teksi which is cost you around 350 baht to Phuket town from Patong. Sebagai pelancong bijak, mana pilihan anda? Saya akan pilih motor selain boleh di pakai bila-bila masa, kemana-mana sahaja Tapi buatnya tidak pandai memandu motor? Sewa kereta pun ada. Harganya? Kurang pasti. Kerana Dayah lebih berminat menaiki motor. Rasa kehidupan kampus kembali. Sungguh saya rindu saat menaiki motor. Lepas RINDU.

Ini Bai and Sri. Perjalanan kami ke Bandar Phuket. Ikut sahaja signboard dan hati. Makcik ni, "Kau jalan dulu la Long, aku follow belakang" Yeahh dia memang macam tu.
Sampai di Bandar Phuket terasa berada di bandar kecil Melaka. Bangunannya tidak mencecah langit. Bandar biasa. Kehidupan biasa. Yang saya perhatikan banyak tempat-tempat hiburan. Bangunan lama. Statute. Pusat kecantikan pastinya banyak disini. Kedai urut juga bersepah sana sini. 

Rata-rata peniaga makanan saya perhatikan Wanita.

Ini kedai baju-baju. Murahlah juga. Tapi CASHIER dia sangat SOMBONG. Layan VIDEO sahaja. Harapkan petugas lain yang tak berapa tahu berkomunikasi. Strategi yang salah tokey dia ni. Jangan di biarkan staff yang suka buang masa melayan video di kaunter baik di gunakan kelebihan dia melayan pelanggan.


Perjalanan balik kami berhujan. Terpaksalah singgah ke 7E. Puas Dayah pusing-pusing cari rain coat tak ada. Tanya kaunter, "Execuse me, do you have rain coat?" Laju je dia geleng. Aik. Baru tadi tanya matsalih tepi jalan, mana dia beli rain coat. Katanya 7E. Tak puas hati saya. Bertanya pada cashier seorang lagi, tak faham juga. Saya tunjuk luar, hujan dan kata need rain coat to cover. Terus dia angguk-anguk kata yeah.
Hujan. Terimbaulah waktu belajar, lepas kelas balik dalam hujan. Tak tunggu dah. Lewat kot. Mana nak kejar waktu. Selalu kelas habis elok-elok sebelum maghrib. Dayah memang tak akan tunggu, biar basah asal sampai rumah cepat. 

Sampai ke Patong hujan lebat. Selebat-lebatnya. Bagus betul baju hujan ni. Tak lut air langsung. Dayah dari dulu memang bawa motor laju. Kereta pun. Tertinggallah adik saya yang sopan santun tu di belakang. Puas juga tanya baby, 

"Adik, angah mana?" Tanya dia sebab dia boleh toleh belakang. Pandang saya terhad. Hujan lebat. Jawapan, entah. Kenalah perlahan sikit. Tunggu sampai nampak bayang dia. Karang sesat pulak budak ni. Tak banyak yang boleh saya perhatikan dalam keadaan hujan. Tapi dalam hujan-hujan itu, masih ada juga yang menaiki motor seramai 3 orang (semua dewasa). Bahaya sungguh. Helmet yang saya pakai tidak ada langsung ciri-ciri keselamatan seperti di negara, wajib mendapatkan pengesahan selamat di guna. Dulu, kalau nak beli helmet saya memang cerewet, kena cari yang ada SIRIM. Kalau tidak tak mahulah saya beli. Tentunya helmet di negara kita lebih selesa. Tapi harus di puji, kerajaan setempat di sana merata-rata meletak signboard penggunaan helmet. Cuma mungkin, mereka laju sangat bawa motor tak sempat baca. 

Ingat tak iklan tembikai? Yang pecah akibat pemanduan tanpa helmet? Ingatkan, kalau di siarkan di Thailand mesti dia orang patuhkan? Mungkin. 

D_Y_H
Cukup dulu. Nanti saya sambung dengan pemandang biru laut pula. Yang ingin saya katakan, tak perlu susah hati ke negara orang. Bekalkan diri dengan sedikit info, pasti kita boleh survive. Kalau boleh study bahasa mereka sedikit. Jangan takut untuk mencuba. Ia sesuatu yang mengujakan.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Boleh bilang jari saya bercuti sepanjang tempoh bekerja. Dek kerana tiket sudah di beli setahun yang lalu. Saya lalu kan diri untuk pergi, walaupun susahnya hati. Memikir bos yang bakal cuti, next ACM yang dekat, last stage sop dan 2 file yang belum habis review. Sampai pukul 3 pagi saya selesaikan mana yang patut. Terkilan tak mampu nak habiskan 2 file. Sungguh tak boleh hadap. Tepu otak segala.

Tepat jam 530 pagi terus ke airport. Sampai terus masuk menunggu. Paling tak best, dengan duit pun tak tukar lagi. Dan inter-bank langsung tak boleh. Haish. Seri & Bai, berlari cari ATM yang mahu bekerjasama. While Dayah check docs at counter. DONE! 630 am checking immigration and body screening. Duit dapat tapi tak tukar lagi???! Dalam hati, tak apalah CIMB kan ada.

Landed tepat 745am waktu tempatan. 1 hour late from our time. Laju kami mencari teksi. Mata saya ligat melihat Money changes. Ada, tapi Bai tahan Dayah. Ishh, budak ni. Sekali, jumpa Latif, dia bagi offer 1,500 baht per head for Island hoping. Memang favorite kami pun. Tak sah kalau tak pergi laut. Oh ya, destinasi kami adalah Phuket. Dayah memang tak buat apa-apa research langsung. Even packing barang pun 30 minute before ke airport. Hahaha. Busy kalah menteri kan. Hehehe.

Naik teksi, nak sembang ngan brother teksi tu. Sekali sepatah haram pun dia tak faham, haiilahhh Labu. Diam je la. Mata melilau tengok tempat orang. Sembang-sembang dengan adik-adik mana hala tuju kami? Persoalan sungguh. Main redah. Kata putus, pergi hotel dulu. Tak boleh check-in lagi Terlalu awal. FINE. Tapi toke tempat menginap kami sangat TIPTOP. RECOMMENDED to GO. INDEED bagus. Mesra sangat. Kami nak mai lagi. Nak duduk sini lagi. Kami tinggal di RUEN BUATHONG BOUTIQUE GUEST HOUSE

Bagi budget hotel, ini sangat-sangat berbaloi-baloi. 5 STAR saya bagi. Selain kemudahan yang lengkap. TV semua channel ada. Siap ada peti sejuk, mini bar, bilik semua ada water heater. Siap FREE WIFI. Di tambah dengan layan terbaik dari TUAN RUMAH. Buat yang mahu ke sana saya sangat-sangat menyokong memilihnya. Tuan rumah siap offer, kalau kami suka bilik yang kami duduk next time boleh request. Wahhh.

Lepas tinggalkan bagasi, kami bergegas mencari makan. Kawan saya kata senang cari, tapi saya tak rasa pun! Naik TUKTUK sekali kena KETUK. Seketut je pun jalan opsss geram punya pasai, orang kedah suka guna bahasa ni. Kena charge 200 baht. RM20. Mahaiiii na.

Tapi ini bukan TUKTUK yang KETUK kami tu la. Macam di India juga, tapi namanya saya kurang pasti.

Tuan Rumah tulah tukang tahan. Katanya 150 baht je. Tapi si pemandu TUKTUK tetap berdegil, dek kerana malas nak fikir. Iyer iyer je la. Dia bawa kami berhenti depan Masjid. Bagus Tuan Rumah tu. Dia tahu that the only area yang HALAL to find food.

Inilah kedainya. Sangat-sangat di cadang.

Kedai ini terletak betul-betul berhadapan dengan Masjid Nurul Huda. Masjid terbesar di Patong yang Dayah nampak. Saya sangat suka semua food dia. Nasi dia memang best. Fried chicken dia sangat terbaik.

Dan cuaca tidak berapa baik. Hujan. Hujan. dan Hujan. Angin tepi laut. Fuh. Sangat2. Hebat. Ombak nampak sangat ganas.


Tapi nampak tak uncle tu? Relax giler dia duduk tepi laut yang sangat-sangat ombak dia, masyaAllah. Seriau. Walau hujan kami tetap meneruskan perjalanan, tanpa pedulikan cuaca. Belasah je. Mujur balik tak demam. Syukur, Alhamdulillah.

D_Y_H
Nanti Dayah sambung lagi ya.