Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, mari kita sama-sama doakan PALESTIN.

Hope for free, Hope for live in peaceful and PALESTIN FREE FOREVER.




Ya Allah,
Moga mereka lebih tabah menghadapi hari-hari akan datang.
Moga mereka tenang melalui segala perit jerih ini.
Moga mereka di berikan kepanjangan akal untuk terus berjuang.

[Kadang-kadang saya rasa lelah, tapi saya harus bangkit. Lelah hanya musuh yang melemahkan diri. Harus terus kuat dan bangkit dari lelah ini. Jika niat itu baik, InsyaAllah ada petunjuk positifnya. Degilkah saya?]

D_Y_H
Weekend ini bakal "PENUH" lagi. Agenda yang tak sudah-sudah. Pameran buku?? erk... kapan mahu pergi?
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

I love this song. Come enjoy this lovely song with me.



D_Y_H
Mengharap esok lebih baik
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Lihat sahaja title, tahulah kalian Dayah mahu berkongsi resipi. Agak jarang-jarang saya berkongsi resipikan. Tahu sikit-sikit tu bolehlah. Saya tak teror masak. Masuk dapur?? Sangatlah jarang-jarang, masuk pun sebab pintu rumah di dapur. So kenalah masuk lalu dapur. See, pelikan rumah saya? Ini semua kerja Abah saya. Dalam rumah kami tu berapa banyak pintu da. Tapi bagus jugalah, mudah anak-anak dia nak menyorok bila bukan mahram datang bertandang. 

Ok back to what I suppose to share with you guys. Auntie-auntie, kakak-kakak kat luar sana pastinya lebih pakar dalam bab makanan ni kan. Dayah ni jenis main hentam je labu. Tengok and buat. Bak kata orang eksperimen la. I love to do this. What ever thing saya nampak depan mata, i'll try to utilised it

So last week, I've been given task by Abah. Well, he has the power kan. Mengarahlah si Abah ni, Si buat ini .. ini .. ini dan ini.. pergh banyak giler kot. Sampai tidak sempat kami tidur. We work in  team (Dayah, Chef Tiah & Chef Aten dua-dua pemalas piang nak update blog.. ish ish ish). Tapi si Aten macam biasa dia baby besar, so need very good sleep. If not dia bakal "mengamuk" http://www.emocutez.com

So, little bit kelam kelibut la kami-kami ni. Dayah sure lebih gedik di dapur hahaha. Mengarah apa yang patut. Tension je makcik dua orang ni. Ate, ada aq kesah!http://www.emocutez.com

So let talk about the recipe. Its easy! Seriously easy. Even adik-adik yang bersekolah menengah or rendah can do. Bagaimana? Mari kita mencuba. 

Bahan A:

1 Ekor Ayam (bersihkan buang apa yang patut, lemak yang penting sila buang ya)
4 Helai Daun Pandan (di potong 1-1.5 inci)
3 / 4 Batang Serai (Di ketuk-ketuk)
Badam ( di bakar / di goreng)
Lada Hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak (untuk grease)

Bahan B:

1 Biji Bawang Besar ( Bawang holand pun boleh, saya guna yang biasa .. merah tu - di potong dadu nipis)
4/5 Ulas Bawang Putih (Di ketuk-ketuk dan di potong besar-besar.. jangan hancur ya)
1-2 sudu besar Tepung Jagung (campur sedikit air panas sampai larut)
1-2 sudu besar Lada Hitam
Minyak masak secukupnya
300-400ml air masak (tabiat saya masak mesti nak guna air masak, napa ntah)
150ml Sos Tiram

Cara memasaknya:

Bahan A

1. Bersihkan ayam, kemudian masukan Daun Pandan & Serai tadi ke dalam perut ayam. 
2. Selepas selesai, ambil helaikan Daun Pandan yang tidak di potong-potong kecil untuk mengikat kedua-dua kaki ayam supaya rapat. 
3. Greasekan loyang dengan minyak masak. 
4. Garam dan Lada Hitam tadi di tabur di atas ayam sehingga rata. Sebelah depan dan belakang ya.
5. Kemudian, bakar dalam ketuhar 30 minute + 30 minute dengan suhu 250c. Kenapa 30 + 30? Selepas 30 minute pertama, ayam perlu di balikkan dan bakar lagi 30 minit.

Bahan B

Sambil-sambil dok menunggu Ayam di bakar, mohlah kita buat Black Paper sos. Sangat mudah. 

1. Panaskan sedikit Minyak.
2. Yakin Minyak dah suam-suam kepanasan, masukkan Bawang Besar & Bawang Putih. Tumis sampai naik wangi dan kekuningan.
3. Tuangkan air, biarkan mendidih sedikit. Kemudian masukkan Sos Tiram, Lada Hitam. Gaul rata. 
4. Biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan tepung jagung yang sudah larut dengan air tadi. Masukkan garam secukupnya. Masak sehingga kuah pekat. 

Badam tadi, perlu di bakar selepas keluarkan ayam. Masukkan badam tadi dalam masa 2-3 minit. Setelah selesai, Hidang ayam dan tuangkan Black Paper Sos tadi di atas  Ayam dan kemudian barulah Badam di letak di atas ayam.

Dan inilah hasil masakan kita, taaaaraaaaaaaaa...... Selamat Mencuba http://www.emocutez.com


D_Y_H
Saya sedang berfikir cara lain untuk ayam ini. Kalau selalu buat benda yang sama pasti saya bosan. Should we try lemon pulak? Let me fine, kaedahnya. Perlu Mix and Match.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Seperti biasa, perkara pertama apabila saya masuk office. Saya akan cek email inbox. While waiting clean up table, do what ever I can. Tak suka table bersepah, buat semak kepala. 

DONE, downloading all mail. My eye suddenly, catch something. Make me speechless. Tahu tak apa?

My client yang scolding me, say sorry. I'm really speechless http://www.emocutez.com. Tak sangka langsung dia akan mohon maaf and then I meet my boss this morning to discussed material for meeting. 1st thing he ask, "you read dato' email?" and he smile at me. 

Yes I did, senyum. Dalam hati sudah lega. Alhamdulillah. 
"Good! now client appreciate all hard work you has put" my boss suka kata your hard work, erkk?? Sometimes, I do didn't agree with him. But most of times, he is teaching me dengan penuh sabar. Huhuhu. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Most of the time, I'm trying to put myself at his place. Setiap kali dia marah, I'll think back. Pernahlah dia main marah, tapi saya cuba fikir secara positif. Alhamdulillah, its work. 

Point saya, kita kena positive dalam day to day life. What ever we're facing, we have to think, "why" .. "what is the impact" .. and so and so..

D_Y_H
Sekurangnya hari ini, saya lebih bersemangat. Alhamdulillah, bukan hari-hari bumi di simbah matahari, ada kalanya mendung, ada masanya hujan. Dan kita kena sentiasa memohon maaf dan memaafkan. Kita bukan manusia sempurna tapi kita mampu menghampiri kesempurnaan. http://www.emocutez.com
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

[Pemberitahuan: Watak A1, A2, A3 di tukar kepada Daa, Duu, Dee. Saya dalam episod sebelum ini mewakili Dee]

Daa Dee berjanji bertemu untuk sekian kalinya. Agak lama mereka tidak muncul, sampai GB pun dah mulai riuh mulutnya. Bertutur macam burung berkicau. GB! GB!, menggeleng Daa Dee. Sikap GB yang sangat prihatin itu di senangi mereka. Iyalah, bukan senang nak jumpa orang yang tidak pentingkan untung di zaman materialistik ini. Balik! Balik! GB mengomel,

"Hari ini buat lebih sikit ya"
"Eh, apasal you lama tak nampak"
"Kak Dee, mana Kak Duu? I lama tak nampak dia"
"Kak Dee, bila you nak datang"

Kadang-kadang GB yang prihatin ini teman naik stepper, tapi kejap sahajalah lepas tu dia pancit. He He He. Lawak sungguh. Lepas itu, dia surrender dan kata, 

"Ok la I lupa I belum makan, tak ada tenaga" hahaha. Boleh pulak dia bagi jawapan selamatkan diri macam itu. GB! GB!

Itu cerita GB, hari ini kami (Dee & Daa) pergi ke gym seperti di janjikan. Walaupun, kami hampir membatalkannya. Dek kerana, masing-masing terlalu exhausted. Tapi kami decide kena juga pergi. Tidak apa tidak workout, ada lagi kemudahan lain di sediakan. Kami berkeputusan untuk bersauna sahaja. Merehatkan diri ala-ala Korean.

Bezanya, kami tidak bawa telur untuk di masak dan makan di saan. Tidak bawa juice untuk minum. Cuma pakai apa yang patut dan duduk, sambil menikmati udara panas. Nikmatnya! Adalah dalam 40 minit juga kami bersantai di dalam bilik bakar lemak itu. Keluar terus mencari air. Kehausan! Kena segelas, terus mandi. 

Selesai mandi dan berpakaian, Dee punggah locker dan menyimpan semula semua perkakasan yang di bawa. Rakan-rakan gym lalu lalang, di lemparkan senyuman. Ramah sungguh dia orang ni. Masing-masing bau peluh! Baju basah dengan peluh tok sah cakap. Lencun! Pun ada.

Sedang sibuk-sibuk mengemas dan bersiap, Daa pun selesai. Daa biasanya mandi lebih lama. Dee pula, dia jenis tak berlama dalam bilik air. Selesai apa yang patut terus keluar. 

"Eh, dah siap" Kelam kabut Daa mahu mencapai pakaian.
"It's ok, take your time" Dee rasa serba salah. Tak pasal Daa kelam kabut. 

"Hi" Siapa pula yang tegur ni. Dua-dua menoleh dan senyuman di lemparkan. 
"Hi" Dua-dua membalas. 
"Baru join?" Tanya si teman baru. Dua-dua menggeleng. 
"Dah dekat 3 bulan juga" Si teman baru senyum dengan mulut "o" 
"You know, when I started my weight is 115kg. 6 month ago and now I'm 85kg" Melopong Dee & Daa. Amazing! Inspired!
"So, I just want to tell you IT IS POSSIBLE" dengan senyuman si teman baru terus menyalur kata-kata semangat. Dee tak lepas peluang. Perasaan meluap-luap untuk mencungkil rahsia si teman baru. 
"What you do?" Dee sangat eager pun mengetahuinya. Daa juga tidak sabar menunggu, sambil tangan dia sibuk melilit tudung. 2 in 1! 
"I do cycling and angkat berat sikit" Dalam hati Dee, ehh aku pun.
"But.. but.. I joint cycling class. Mula-mula I even cannot finished the class. But now, I have more energy. I even can go for 2 class" Wow! Cycling class sememangnya nampak heavy. Dengan muzik yang betul-betul bisa memecahkan gegendang telinga dan bisa membuatkan jantung bekerja lebih pantas dari biasa.
"You should try it, you can" si teman baru terus-terus membakar semangat yang baru di suntik.

Daa yang lama diam mulai sibuk bertanya juga, 
"How frequent you coming?"
" 5 times a week" OMG! Sangat berdisplin. Kami cuma 3 kali sahaja seminggu. Dalam kepala sudah ligat memikir strategi.
"IT IS POSSIBLE, I know you also can achieve"
"and you know what, I've 20kg to go and important to jaga your makan. If after you workout you eat, habislah penat you" OMG! Daa & Dee sangat-sangat gembira. Selepas si teman baru berlalu. Kedua-duanya sibuk memandang sesama sendiri. 
 
"We also can do it"

D_Y_H
Yeah, nothing is impossible. 
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Being charged of having bad attitude. Allahuakhbar. Benar-benar menyesakkan, walau siapa pun membacanya. Let me copy, 


Even if u are off on sat

I do not expect this kind of answer from u We are not government servants and even govt servant that I know answers Work related phone calls And u are in private sector

Even your boss answers even on a Sunday

Pls ask tham to assign some one else if this is the attitude u have
This is what I get this morning. My greatess apologies, for make him so up sad. I didn't mean. Tapi siapa yang mahu mendengar, I did say sorry to his staff. I did call him back. Tapi salah saya, sebab tulis begini, 
My apologies, since you can't reach me on Saturday. My phone is off and we're off on Saturday
Sepatutnya saya kena cakap, my batery is out. Mistake. Mistake. Mistake.  Mesej dari beliau benar-benar buat saya berfikir. Dah kena, baru nak fikirkan? Banyak sungguh salah saya. Thankful juga pada subordinate beliau yang reply to back up.

Bukan client sahaja tak dapat contact saya on Saturday, even my closed friend sendiri tidak dapat hubungi. Mesej dia pun Sunday malam baru saya received. Ufff.. sedih betulla.

D_Y_H
Pengajaran berharga buat saya. I've to learn a lot, lower down my tone in writing.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Berjalan sambil bibir berlagu:

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab hujan,
Nanti jawab angin tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Lihat dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.


Comelkan budak-budak ini menyanyi. Tiba-tiba sahaja ternyanyikan lagu ni. Persoalan timbul tiba-tiba, tapi pokok yang bergoyang ini tak boleh tanya pada angin sebab awan tak kandung air dan langit sentiasa cerah makanya panas. Hermm? (Berfikir)

Adakalanya, sukar mentafsir sesuatu tetapi Allah tentu ada sebabnya. Macam chipsmore. Tidak mahu membuat andaian apatah lagi telahan. Kelak nanti makan diri. Makan nasi lagi kenyang (hahaha ;P).

Tidak habis berfikir. Tak habis menafsir. Lets see. 

D_Y_H
Ingatkan diri - tanyalah pada Allah, DIA sentiasa mendengar kerana DIA lebih mengetahui.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah di Labuan.
Bukan bercuti, bertandang ke mari kerana tuntutan kerja.
Semalam kami aci redah cari "Anjung Ketam".

Dayah menjadi tukang bertanya.
Dari brother guard sampai adik kedai makan.
Last2 "Anjung Bakar" yang kami temui?? Erkk.. serupa tapi tak sama.

Anjung Ketam tu tak jauh dalam 200 +/- meter dari Anjung Bakar. Entah kenapa tidak perasan, terlepas. Mujurlah makanan boleh tahan. Simple and tasty. Tapi mahal! Not reasonable pada saya. Lepas tu, kawan-kawan saya ni order air Milo & Tea ais.

PUCAT giler!
Milo kedekut!
TEA pun kedekut?

Gali pun gali. Milo itu adalah ovaltine. Ayoo, pakcik. Lain kali dalam menu kena tukar ovaltine ais. Kesian pelanggan tertipu. Excited mau minum air di idam, sekali bukan da. Situasi bagi tea pulak, mungkin serbuk teh dia habis agaknya atau pun saya rasa yang buat air tu tak pernah buat Air Tea. Warnanya sikit lagi, menyerupai susu. 

Buat pembancuh air sekalian, jangan kedekut sangat ya. Kepuasan pelanggan itu, haruslah jadi keutamaan. Tak rugi pun, malahan silap-silap pelanggan akan datang semula ke kedai kerana rasa minuman yang menepati citarasa. Awak juga yang untung, ya lah. Pelanggan puji dan bos sure senang hati. Silap-silap gaji pun up. 

D_Y_H
Saya dah mahu pulang. Yeah. Double happy cause exit meeting postponed. Yeah. Suka sangat. Tak la saya rasa saya berlari tak cukup nafas. InsyaAllah saya akan siapkan secepat mungkin.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Saya dapat replied yang buat saya ketawa besar. Adoilah, Prof. Buat saya rindu jua dengan beliau. Terkenang saat bersama Prof. Susah senang bersama.

Salam,
Kalau rindu cakap je rindu.... tak yah nak pusing!!! ha..ha. Miss you too. 


Saya pun rindu, coloteh beliau. Pantang jumpa, ada sahaja cerita itu ini. Nak taw pasai apa, 

Walau kita punya banyak couple, teman still paling setia. Walau kita tak punya harta banyak, teman still paling berharga. Sayang awak!! Kirim ke semua teman awak...dan lihat brapa banyak teman yang sayang awak!!!!!!!!!!!!!   frenz never break............ (,")(",) Laughing
 
LOLIPOP
berkata kpda COKLAT, "kita ni manis kan ?" COKLAT m'jawab "awak ingat kita ni dah cukup MANIS," tgk org yg baca msg ni..lg MANIS..tgk 2,dia senyum-senyum,,,MANIS nya..............forwardlah jika anda ,menghargai senyuman seorg sahabat ..
BouquetBlow KissChocolate Valentine


Saya forwardkan email ini, dan katakan beliau teman saya yang manis. Tapi beliau memang manis pun^^

Dan saya juga mahu katakan, ANDA JUGA TEMAN SAYA YANG MANIS. Teruskan membaca moga-moga yang baik di buat pedoman dan yang kurang manafaat di perbaiki manakala yang buruk di jadikan sempadan.

Pesanan buat diri Dayah dan semua, biar manis senyuman jangan manis dalam masakan dan minuman.  No No No. BAHAYA!

D_Y_H
Esok pulang semula, very tight segala. Mudah-mudahan saya dapat laluinya dengan tenang.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Scary man!
Baca sini.

She still young, 25 years old. Petikan dari artikel tersebut yang saya copy and paste. Her doctor say,

"“Based on her symptoms and her low white blood cell count, it’s reasonable to conclude that overwork led to a weakened immune system, which makes her more vulnerable to infections,”said Dr Wang Guisong, an expert in the neurosurgery department at Renji Hospital"

and she also wrote in her "microblog",
"“Whenever there’s a chance to take a break, a fever comes. My body, I am at a loss whether I should praise you for being understanding or just the opposite.”"

Sudah tiba ajalnya. Buat kita yang masih hidup, balance your life and bosses please please please be consider. Too much of workload may cause you losing a very good staff.

Reminder to myself also, kerja kerja jugakan kesihatan mental dan fizikal nak kena perhatikan. Bila terlalu letih kita perlu rehat. Word, PLANNING here important. Macam Dayah sekarang, I put myself  in learning stage. Where still lots of thing nak di perbaiki. Staffing planning, work planning, bla. bla.. bla.. Teguran dari bos saya kutip satu-satu untuk perbaiki. Although dia penat bebel, hahaha.

Well everyday, we're learning and trying our best to give the best in what ever we do. What should we do, when reach the limit?

a) Don't accept work. Yes, you have to say no. Postponed it. Takkan nak tolak teruskan. Source for help.
b) Take a breath. Very deep and think. Can I do? If no again source for help.
c) Tell you boss, I can't! He / She surely want help you or at very least, give you solution. How to handle it.

D_Y_H
Saya nak ke Melaka lagi tomorrow. Hoyehh, nak rehat minda dari hetic. Plus nak cari bahan for next gubahan. Psss, saya ada big job middle year ni. Can't wait to do it. Theme dah fikir, cuma bahan belum cari.
Assalammualikum wbt & Salam Sejahtera,

ALERGIC SUNGGUH!
Dayah memang SERAM, SEJUK, CACING LOMPAT-LOMPAT DLM PERUT bagai bila angka 15 menghampiri.

Oitss. Jangan fikir spekulasi di sini ya. hahaha. Hang sapa! ;P
15th April - another 2 month to go & yet today I haven't decided whether to take it or not??

Saya mahu rasa tenang ketika mentelaah, seperti ini http://www.emocutez.com tenang sungguh rasanya.

April bulan kebusian saya. Penuh sepanjang minggu sehingga hujung bulan. Mahu tak penat. Next week, akan singgah ke Labuan. Yeah, COKLAT! Melting dah Dayah sekarang ni, hahahaha.

D_Y_H
I'm so sleepy^^
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Sungguh saya PENAT gila!
Mau nap sebentar boleh?
(padahal dah tidur 3jam.. hahaha)

Hari ini tamat working in Kemaman. BEST! Cause di bawa makan ke tempat paling favorite di sini. GOOD. It was good.

1) Makan stuffed crab - Tong Juan Seafood Restaurant (Saya tak sure namanya. Rasa betul.. muhahaha.. teruk betulkan.. no pic taken. Segan aihh =.= semua gen Y)

Tapi saya cilok dari Mr. Google.. mari layan.


2) Nasi Briyani Mydin - emm ok la.
3) Nasi Berani Pak Dollah - yang ni best.
4) Kedai Makan panas kakak gelang besaq (hahaha.. Dayah lupa tgk nama kedai.. kuang kuang) - Kita orang sibuk dok tengok tokei dia .. masyaAllah, meriah benar dengan emas.

Pak Din, dok kata
"kalau duduk KL ni, mahu kena ragut"

Sumpah tak tipu, besar giler kot gelang dia. Cincin penuh 4 jari. Fuyooo makcik! Mungkin ini cara makcik ini memberi kepuasan pada dirinya. Tapikan, bahaya. Makanya nasihat saya pada kaum wanita, bersederhana dalam berhias. Jangan kelak membawa padah dan bahaya pada diri sendiri.

Kopok leko sahaja saya tak jumpa lagi. Hahahaha, nama je dok terengganu. Tapi batang hidung pun Dayah tak nampak. Pergi and balik keje orang bawa. Layan. Hari ini final day. Fuh! Mula-mula pening cari finding (hahaha ko memang la Dayah! hehehe.. siapa biasa dengan kerja saya tahulah) now sedikit lega. Ada juga. Idea pun datang mencurah.

Ok la sekian, nak kemas2 luggage. Hahaha. Baru nak kemas. Now dah 7.16am. Nak masuk dalam beg sajo.

Update: Yeahh.. dapat juga makan kat Hi Peng Kedai Kopi. Sedap! Kopi dia. Nasi Lemak dia pun terbaiklah beb! Just nice. Rasa semua ada. Recommended to go.

D_Y_H
Ni datang kerja ke makan da? hahaha. Sampai kena reject bila client ajak makan. Ayo, kapan kerjaku mau siap kalau semua kedai dia ajak. Hahahaha. Ok cau. Siapa mai Kemaman boleh la singgah kedai2 tersebut ya walau details saya tak lengkap.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hi semua.
I feel very down to earth.

http://www.emocutez.com 

 Why? Let me keep all the story. Bercerita dengan Kakak. Mengharap boleh heal. Tetapi tetap lekat di hati. Bagai kesalahan sangat berat di lakukan. Terbang segala semangat dan di gam sebagai pencetus "budaya". Cetusan budaya yang langsung tak salah berlangsung dalam kehidupan seharian seorang "saya" yang hidup berlandaskan adat, agama dan budaya. 

Terima sahaja? Tidak mungkin. Sakit hati bila di tuduh sedemikian. Jika selama ini boleh berdiam diri, mendengar dan perbaiki. Tapi kali ini lebih berat tuduhannya. Saya bukan yang pertama disini. Ada yang terdahulu. Dari dahulu, "kami" berkomunikasi sesama sendiri mengikut "cara" kami. Persoalan lubuk hati saya, kenapa saya yang di persalahkan? Dari dahulu kami selesa dengan "cara" kami. 
Salah saya mungkin menyebarkan "cara" saya. Bukan niat untuk menyebar apatah lagi menghasut. Teguran lain saya bisa terima dengan lapang dada. Tapi tuduhan yang satu ini. Amat berat untuk saya cerna. Rasa terpulau dan terikat dalam kelompok sendiri. Dilema sungguh saya di buatnya. 

Apa lagi, saya cuba mengelak menggunakan tuturan "cara" saya. Ikut rentak yang di mahukan. Setiap kali bertutur dengannya kelihatan banyak buruk dari baiknya. Buat semangat makin luntur untuk terus setia. Tapi pantang berundur sampai tiba masanya. InsyaAllah, cuba perbaiki kelemahan yang nyata. Moga-moga Allah membantu. 

D_Y_H
Kecil hati kerana tuduhan.