Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Weeehuuuuuu. Apa habaq? Dayah sihat. Esok insyaAllah Dayah outstation sampailah Saturday. Lainnya kali ini, Dayah kena bekerja sama dengan QS from India. Berdua je dengan beliau. Fuh, cabaran ini.

Saya mahu kerjasama ini jadi satu batu lonjatan buat my carrier enhancement. Saya masih belum sempat submit CA. Huhuhu. Rasa lembap! Sungguh, March hari itu tak sempat. Dua2 busy.

Dayah rindu MELAKA. Dulu setahun bertapa di sana. Saya memang suka sangat dengan negeri Melaka. Rumah-rumah kampungnya sangat cantik, kemas dan bersih. Ini pandangan peribadi. Terutama di Masjid Tanah. Saya rindu LONDANG! Rindu B4! Banyak kenangan manis di sana. Berebut bangun subuh. Pergi kelas 30 minit awal. Study bawah selimut, akhirnya kantoi dengan kawan-kawan. They tot, i'm sleeping! hahaha. Itu rahsia saya study. Selubung satu kepala, sebenarnya dok mengira bawah selimut. kahkahkahkah.

D_Y_H
Ok tata. Baju pun tak kemas lagi. hahaha. Alah baju tidur je kot. Baju kerja dah selamat bergantung.. hehehe.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Apa habaq semua? Dayah alhamdulillah, baik-baik sahaja. Tapi perut saya sedikit lemah. Kalau nak sakit mesti perut kena serang dulu. Haishh, dengki betul jentera-jentera sakit ni. Asyik nak serang perut je. Tak de tempat lain ke? Ish. Sebu perut di buatnya. Tapi bagus juga. Taklah saya berselera nak melahap. Hahaha.


Kali ini, Dayah nak share new comment dari Anon. Siapa pun beliau, saya doakan awk tabah ya. Teruskan berusaha dan teruskan mencari alternatif dan jangan putus berdoa padaNya. Beginilah comment yang di beri (baca sini untuk lebih lanjut):

Anonymous said...
Salam..ingin berkongsi citer pasal cyst nih...sy dah bekawin selama 6 tahun dan belom dikurniakan cahaya mata...sebulan sebelom berkawin saya ada buat laparoskopi utk membuang cyst yg ada...kecik shj...selepas 2 tahun ade balik n buat sekali lagi laparoskopi..setahun lepas tu ada lagi n terus buang ovari sebelah kanan sbb ovari tu dah teruk n cyst besar..sekarang ni pulak ada cyst di ovari kiri n sgt besar...tp sy biakan...dah penat rasanya wat opret..so nanti2la..ehehhe
Buat mereka yang tidak tahu apa itu laparoskopik adalah salah satu cara pembedahan menggunakan "laparoscope". Apa tu Dayah? Huhuhu Dayah pun mula-mula tak tahu. Sikit-sikit tahulah. Saya bukan doktor ya. Cuma seorang yang pernah di bedah. Masa nak di bedah dulu, doc ada cakap. Dia nak tebuk lubang kecil di perut untuk masukkan camera untuk melihat situasi dalaman kita, monitor pada screen. Tapi akhirnya tak jadi, perut di belah sahajalah. Syukur, kesan tu tak nampak. Hilang macam tu. Maybe lemak2 membantu ;P

Buat Anon, mungkin boleh baca entri ini. Seorang sahabat saya nun jauh di Kota Kinabalu, punya cyst juga. Tapi beliau ambil alternatif tidak membuangnya dan tunggu. Dari sebesar 6.4cm mengecil sehingga 4.4cm. Sekarang beliau telah hamil. Kak Ma, pernah cakap dekat Dayah. "Macam tak percaya Dayah, sakit macam kita ini boleh pregnant secepat ini" pendek kata kita kena positif dan terus berusaha. Jangan putus asa.

Dan juga boleh baca entri ini. Seorang sahabat yang sama nasib macam Anon. Sudah berkahwin dan masih menanti di kurniakan zuriat. Tak silap Dayah. She's pregnant dah kot? (Adyan kalau salah, betulkan yer. Lama dah tak dengar khabar. But I do remember someone having same problem dah preggy)

Kena positif, insyaAllah. Rezeki Allah itu akan datang jua nanti. Ingat lagi tak Dayah pernah bercerita tentang seorang Aunty yang tunggu hari? Tak ingat ek, baca sini. Berjumpa pun sekejap. Tapi kata-kata semangat buat saya yang pada waktu itu tidak tahu nasib saya bagaimana. Semua ini rezeki dari Allah. Kita kena berusaha dan teruskan memohon padaNya. Bukan mohon pada makmoh ke tokmoh dan jangan sekali-kali momoh OK! No no no. Jangan di cari Murka Allah.

Tadi mengeledah semula entry Ovarian Cyst dan ada joke yang sedikit menguris hati saya yang di imbas kembali,

"Dayah, you only have one, so your chances only 50%"

Pada beliau mungkin joke, tapi saya terambil ini sebagai serius pada ketika itu. Sensitif benar saat itu. ini, Alhamdulillah. Jauh sekali untuk saya fikirkan tentang ini. Kita bukan tuhan, Allah lebih mengetahui. Cepat atau lambat, kuasa Allah. Dan teringat saya, berita yang saya baca kelmarin tentang pengeluaran KWSP untuk tujuan kesihatan. Siapa kenal Tunku Azizah? Saya suka melihat Tunku, apatah lagi sangat cantik dengan bertudung litup. Tunku sangat aktif dalam usaha membantu pasangan yang kurang bernasib baik mendapatkan anak dengan penubuhan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF). Tunku sendiri mendapatkan rawatan ini. Dan kini, buat mereka yang kurang berkemampuan untuk membuat rawatan ini, KWSP pun dah boleh di keluarkan bagi tujuan ini. Baca sini untuk lebih lanjut. Dayah sungguh kagum dengan Tunku selain itu Tunku juga sangat pandai di dapur.

Update 6-Apr-11

Not Adyan.. hehehe. She also still waiting^^. All the best Adyan. Good Luck in study too. Dayah memang tak ingat sungguh! Siapakah gerangannya. hehehehe.

D_Y_H
Sikap putus asa tidak sama sekali membantu sebaliknya kita duduk di takuk yang lama. Makanya, positifkan diri dan remember "Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan" HE is our creator, DIA lebih tahu.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

[Amaran: Ini cuma bebelan rasa. Tidak beri manafaat pada sesiapa. Cuma omelan untuk kurangkan rasa di hati dan minda. Mudah-mudahan berkurangan. Sila ke Entri lain, jika tidak berminat]
Pagi ini, masuk sahaja pejabat. Sesak nafas jadinya. 

"I HAVE ASKED YOU TO SEE ME"

Besarnya punya tulisan. Sesak. Sesak. Sesak. Tak lupa lagi Dayah  ni. Meet him, Friday morning. Yes, dia selalu tulis review note. Please see me. Macam mana nak jumpa kalau dia pun tak ada. I know he is busy. Salah sayalah, tak reti nak kejar dia. Katanya, in the other company I guess staff is looking for the boss. Not boss looking for you.

Ok, NOTED lagi. Berapa banyak kali NOTED entah. Susahnya. Rasa makin tak sesuai nak hadap kerja. Rasa sesuai melepak tanpa hala. Boleh? Bunyi macam orang hilang arah kan. 

Belum hilang arah, cuma hilang tumpuan. Bila asyik di sergah. Dah betulkan. Ada lagi tak kena. Pantang nampak, ada sahaja. Haishh. Halimunan lah. Senang. I'm not well. Itu pun jadi persoalan. Jangan sakit jadi berjangkit sudah. Jangan luka bertukar nanah sudah.

Ok sudah. Bebelan tak bertempat. Buat manusia lain sama sesak membaca. Banyak lagi hutang kerja yang belum langsai. Buat SABAR hampir ke tahap ZERO dan ada masa tak sanggup nak hadap. Selalu rasa tak cukup tangan tak cukup kaki. Jangan di ungkit! Takut-takut, Allah tarik nikmatNya. Nauzubillah. Cukup sudah cerita dulu. Masih segar. Dan masih beringat. Masih berjaga-jaga. 

Masa di beri tidak di jaga. Bila di ambil baru nak sedar. Itulah manusia. Ampunkan hambaMu ini Ya Rabb! 

D_Y_H
Seems like I've very poor effort!! Makin ke ZERO semangat diri. Ya Rabb! Ingin ku rantai hati agar lebih kuat.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Wohhhooooo.. aktiviti makan2 secara hebat muncul kembali. 
Ya Ampun! Giler betul sesekali dapat makan. Memang puas & terbaik. This time si Angah, sibuk suruh Dayah cook. Ayooooooo. Lama giler kot tak ketung ketang kat dapur. Kerjanya beli.. beli .. beli. Rumah? La ni mogok orang2 rumah nak makan kat rumah. Masing2 carilah makan sendiri. Dayah surelah makan dulu before balik rumah. Semua pakat malas nak berasapkan dapur. Ada pun, kalau ada order la. Kalau tak DIET secara beramai-ramai OKEY! Ok la tu kan. Jimat tenaga. hehehe.

So, Angah secara halus dah suruh Dayah cook. Ayoo, terpujuk jugalah diri ini yang dah lama tak asah bakat di dapur. Assistant ramai ohhh. Si angah and Sri bersihkan udang, sotong, & ikan. Oh ya, Sri baru pulang dari kampung. Makanya Angah telah memesan untuk beli sebanyak yang mungkin. Hantu seafood betul budak ni and best part Datin pun turun padang OK. She help me cutting. Ohmaigod, good.

See Datin?  She also know how to cook, good Datin!

Sotong sumbat! Yummy!
1st time, Dayah buat sumbat kelapa tu. Main hentam sahajalah labu. Ikut sesedap selera sendiri. Saya guna Bawang merah, bawang putih x guna langsung, cili api banyak, serai, kunyit hidup dan udang kering. Blend dengan air yang sedikit dan mixed with kelapa parut. Tambah gula sikit & garam secukup rasa. Lepas tu jadilah. Hehehe. Cubalah buat kawan-kawan yang belum taw. Siapa dah taw, ANDA HEBAT ^^

Ini Tomyam yer namanya kawan-kawan
Sembil-sambil buat sumbat kita buat juga TomYam. Datin help me cutting all the things to in. Mudah sahaja. Serai, lengkuas, bawang merah, buang kobis, tomota, and paste tomyam. Mixed ever things. Pastu masukkan prawn & squid.  Semuanya segar. 

Sour Prawn with Ginger
Sebelah periuk Tomyam pulak, kita masak Sour Prawan with Ginger. Makaihh nama nak ongputih je.. hahahah. Dengan jangut-jangut, depa tak buang. Layan je la. Yang inilah yang paling awal lesap. Sabar je la. Tak sempat, Dayah ni merasa. Kuah-kuahnya pun licin. Lepas tu kita, bakar-bakar yer

Inilah si tukang hidup api. Lepas hidup api kita bakar.. yeaaaa..

See... bakar.. bakar... yeaaaa..
See semangat tak Datin. Dia juga semangat talking to Abah. Yes, everytime we cooked sure Abah orang paling tak sabar tanya. Dah siap ke. Ayo, Abah siapa la ni.

She talking to Abah.
And Abah jugaklah tukang si pemhabis. Belum habis bakar2. Udang-udang kat dalam dah selamat dalam perut dia. Ish ishh ish. Nasib perut makin kecil. Hahahaha
Inilaha buktiknya... banyak giler.....
 Dan si kecik ni, mai rumah. 

 
 
Apa lagi masa untuk mengemukkan dia... serang perut dia.. hahahaha.. K-Fin kalau mai rumah, memang Dayah akan sumbat dia puas. muahahahaha. Habislah gemuk semua budak-budak yang singgah kat rumah ni. Hahahha. Ok la, Dayah dah penat. Nak tutup pc dulu esok keje. Selamat menjamu mata. 

D_Y_H
Lepas ni sure malas lagi masak.. muahahahaa.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Kadang-kadang cuma desiran angin yang mampu setia.
Membawa semua cerita, diam-diam tanpa jemu.
Tidak pandai menceritakan semula pada yang lain.
Tidak pandai mengeluh letih, hanya diam dan setia mendengar, sabar.

Alam lebih memahami.
Alam lebih setia.
Alam lebih tahu.
Alam lebih dewasa.

Pada alam kutitip tiap suka dan duka.
Kerana manusia kadang-kadang terlupa,
Bagaimana mahu memahami?
Bagaimana mahu setia?
Bagaimana mahu ambil tahu?
Bagaimana bertindak dewasa?

D_Y_H
Alam lebih memahami - kerana tidak siapa pernah ambil peduli.
9-Feb-11
Rabak sekeping hati
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

A very quick one.

8.6 magnitude earthquake happen in Japan.
This are the picture, I uploaded from Australian Business Traveller web. Read this.

Picture: Australia Business Traveller


MasyaAllah. Moga semuanya selamat. I read here and there. Macam-macam news. 4 milion house floated. Now warning to pacific area. Praying that, semua mangsa terlibat tabah dan sabar dengan dugaan ini.

From BBC update:
PM said
"PM says no radioactive material has leaked so far from power plants after massive"
"PM tells nation to 'act fast to help family and neighbours' after massive"

Pacific warnings extended to include Hawaii, Australia, New Zealand, and entire coast of Central and South America

Russia evacuates 11,000 people from areas that could be affected by , including Kuril islands and Sakhalin island

PESANAN: Orang2 Sabah and Labuan, please please please don't go near beach. Please. Saya pernah duduk Kota Kinabalu, I know how near beach dgn jalan raya. Sangat2 dekat!

New picture uploaded from REUTERS. Let's pray for them, 200 over confirmed die.

Picture taken from REUTERS

D_Y_H
Dari minggu lepas amaran tsunami dah di keluarkan. Mari kita tadah tangan ramai-ramai, "Ya Allah, mudah-mudahan bencana yang kau beri ini menambah rasa taqwa kami ke atasMu. Semoga Kau berilah kekuatan buat mereka ini tabah menghadapi dugaan yang berat ini" Amin.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Picture: Google
U see?
Tu namanya steeping machine. 
Taw tak susah sangat-sangat nak gunakannya.
Asal naik jatuh.
Asal naik jatuh.
Kau perli aku ke mesin!!! Agagagaga.. berat sangat budak ni.
Kononnya nak bagi berdiri juga atas mesin tu, letaklah level paling high. 
Sekali, hoiiiii mesin ko memanglah! Huawaaaaaaaa... mami berat sangat aq ni!!
GERAM ohh.
Pijak terus down.. down.. x naik-naik. Huaaawaaaaaaa. GIVE UP!

Sekali A2, panjat-panjat. YES BERJAYA!  http://www.emocutez.com
Argghh! Why not me?? http://www.emocutez.com
Sungguh, emosi sungguh!
Sampai Auntie depan cakap "you have to do fast.. fast.. come girl you can do it" OKEH AUNTIE!
I CAN DO IT! Ohh mannnn! Come on babeh!

Sekali dua kali... sampai berapa puluh kali da. Sekali.... yezzzzaaaaaaaa YESSSSSSSS... see see see MALAYSIA... I also can DO IT!! Siapa kata gemuk tak boleh guna stepper! Hoyehhhhhh http://www.emocutez.com

Balik hadiah diri, Nasi + Telor Goreng + simbah curry sikit + Kicap! AYOOOOO! DUSH! http://www.emocutez.com PENAT BAKAR CALORIE! Kau tambah balik! hahahaha

D_Y_H
Pening sudah kepala den ni. Esok ada meeting ohh!. Ok tata. Nak sleep. Selamat berjaya semua. Buat apa punlah ek. PEACE!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

I read this "....fresh graduate, can now take advantage of the "My first House" scheme launched by government"- the Sun, 9 March 2011

Kelayakkannya adalah:-

1) Age below 35 years old
2) Monthly income less than RM3,000

Melayakkan mendapat 100% housing loan price between RM100,000 - RM220,000 and repayment up to 30years.

Comment saya, 
- Fresh graduate! Please take this opportunity! Dari korang pergi dapatkan Kredit Kad! Itu kad hutang! Long term, menyusahkan diri kalau tak pandai manage. End up, boleh muflis!!
- Once you has signed S&P, "WELCOME TO LIABILITY CLUB" muahahaha tapi LIABILITY ini kita boleh revalue dan jual, kalau kredit card? Kalau kereta? Kereta akan berkurang nilainya, kredit card? Makin anda pakai makan menimbun hutang, lepas tu pulak tak reti nak bayar. Bayar pulak minimum payment sahaja. Ate bila nak habis? 
- Rumah banyak terbina! Dan banyak juga tak terjual. So cari yang ini. If find yang tengah develop rata-rata lebih dari nilai RM220k. 
- Kalau rasa rumah makayah dah ada, selesa lagi. Beli sahaja untuk investment. Sewakan. Pasif income ni! Kira sendiri, kalau sebulan disewakan 
RM800 x 12 = ?? minus pinjaman katakan sebulan RM500 = ?? X 12 bulan = pasif income 
[Ini contoh]
- Wanita belum berumahtangga, don't wait nak kahwin baru beli! Ini salah. Ada duit belilah. Weii aq nak belanja kawin tak ada duit! Coii, dah bagi 100% loan nak cakap banyak lagi. INI INVESTMENT taw. Sekurang-kurangnya bila dah kawin, suami tak bagi kerja. Inilah pasif income anda. Sewakan dapat duit. Tak pun duduk sendiri, boleh tolong suami kan? KWSP tu dari di kepuk, baik keluarkan untuk tujuan beli rumah / renovation. Boleh OK! Saya dalam process nak keluarkan, process ok la. Although banyak documentation.

Yang Dayah nak tekankan, BELI PROPERTY = ASSET (you own the house) + LIABILITY (you need pay the Loan). Kalau tak mahu banyak sangat ambil loan. Bayarlah sedikit deposit, sekurang-kurang anda rasa ini rumah aq! Walau hanya bayar deposit. 

Haaaa.. satu lagi. Nak membeli tu, ukur kemampuan diri. Jangan main redah sahaja. BUDGET WITHIN RM220,000. Remember that! 

Kalau beli lebih dari nilai tersebut, terpaksa pulak ada join name. Jumlah gaji haruslah lebih RM3,000 kan? Mana nak layak dapat 100% loan lagi dah? Fikirkan. So must buy within  BUDGET.

D_Y_H
Ok itu sahaha saya nak kongsi. Hehehe. Selamat membeli rumah. Saya nak cari apartment! 2nd pun boleh. Asal affordable untuk di bayar dan kondusi rumah mestilah nak yang masih baik. Nak sgt beli dkt Cyberjaya, Tapi makkkkaihhh harga boleh luruh jantung! Ok tata^^
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dayah dah lepas peluang nak submission membership!

STRESS + GERAM! Waiting for 3 years +++!
Sibuk sana sibuk sini.
END UP.
The form still haven't complete!
AYoooo! Marah dengan diri sendiri.
Then have to wait to another exco meeting! Bila la pulak!!
huhuhu

D_Y_H
See? Huru hara Cik Dayah ni! My boss tak ada seminggu ni. Minggu depan baru boleh kacau dia for comment and signatories.
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Dayah terdetik menulis tentang wanita memilih kerana terbaca shout out dari UmmuHusna. Frankly, sebagai wanita saya rasa SCARY! Baca lebih lanjut di sini, setiap 15 minit berlaku kes penceraian. Tak SCARY? Huh, anda tak ada perasaan.  Shout outnya berbunyi macam ni, 


Sebagai seorang wanita tentu dambakan SECURITY kan. SECURITY bukan saya maksudkan pengawal keselamatan OK! Ishh. Jangan salah faham. Yang saya maksud keselamatan untuk hidup bersama dari sudut fizikal & mental, ilmu keduniaan & akhirat dan material. INGAT: Berkahwin bukan untuk sehari tapi sampai hujung nyawa.

Nak nak lagi kalau anda belum berkahwin. Dah ada tentu issue ini menakutkan?

Pesan saya, JANGAN JADI HAMBA CINTA. Dan pernah Dayah di tegur seorang rakan, ITU DAH TIDAK IKUT SUNNAH. Gulp! Telan air liur saya di buatnya. Kerana kata saya, BAIK TAK PAYAH KAWIN KAN. Saya akui bercakap dalam keadaan tak sedar, main cakap sahaja. Namun jauh di lubuk hati bukan itu yang Dayah mahukan. Cuma masanya belum tiba. Bunyinya keras. Tapi benar. Selagi diri pun saya tak mampu jaga, mana mungkin saya mampu memberi yang terbaik buat insan sekeliling. [Kadang-kadang lihat sekeliling pun saya dah lelah. Ini kan pulak mengatur untuk diri yang serba kekurangan. Sebab itu bila kita membuat satu-satu keputusan fikirkan orang sekeliling. Effect dia pasti ada. Bukan menyalahkan siapa-siapa ya. Takut pula ada yang salah kefahaman. Lebih kepada buat saya lebih berhati-hati.]

Apa-apa pun, to all WOMAN out there. HAPPY WOMAN DAY! YOU ARE SPECIAL! Remember 8-March every year is our day! Tahun ni kali ke 100 tahun dah. Setiap wanita itu ISTIMEWA. So kawan-kawan, hari ni manjakan lah diri. Pilihlah apa sahaja yang anda mahu... winkkk. Dayah pilih untuk senyum sepanjang hari.. hahahaha.. mari kita bersedekah.

Picture: Google - sinonim sungguh warna merah jambu dengan wanita. Dayah tiba-tiba berfikir untuk dapatkan sesuatu berwarna "pink" apa ek? hehehe.. rahsia
D_Y_H
Agak2 apa yang istimewa tahun ni kan?
How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

OHHHHHH... man!
How easy to make money!
So please.. please clicks and make extra income.

Dayah? Dah beberapa bulan join.
Alhamdulilah tak banyak tak sikit jugak la.
Apa lagi. Come come and join.

Macam Nuffnag.
Cumanya ia tidak automatic sharing.
You've to login tu ChurpChurp web.
Register!
Then go your DASHBOARD.
Semua campaign akan berada di situ.
Anda kena alert!
InsyaAllah, ini juga dapat memberi extra pocket monies.
Tak banyak pun at least lepas juga duit top up hand phone.
Betul da beb!

Tak payah fikir2.
Kalau takut iklan tersebut tak halal.
Anda boleh menilai sendiri.
Sebelum suruh orang lain click, korang boleh tgk dulu iklan tersebut.

Boleh share campaign dekat twitter, facebook (2 ini yang kerap di gunakan), YM, messenger, BLOG pun boleh.

Apa tunggu lagi ini peluang buat duit mudah.
Sambil tu, kita pun boleh manafaat sama.

D_Y_H
Selama mencuba!
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Obses pada diri sendiri? Siapa tu? Wanita. Yeap, ramai wanita yang obses pada diri sendiri. Macam Dayah jugalah. Obses sungguh pada makanan. Muahahaaha. Pantang nampak nak ngap! Ayooo.. itu bukan obses diri sendiri la Dayah.. hahaha. Obses la jugak tu. Obses mengemukkan diri! Ok back to topic.
Picture - Google



Why people now a days, terlalu obses pada diri sendiri? 

1- Siapa tak mahu cantik?
2- Siapa tak mahu di puji?
3- Siapa tak suka di pandang?
4- Siapa tak suka jadi bahan cakap2 kan? [Bercakap tentang kecantikan dirinya la kan - yang baik ya]

Itulah wanita! Pantang ada fesyen baru, weiiiiiii aq nak juga! Sanggup hentak-hentak kaki depan boyfriend. Tak kira dah, walau buruk rupanya. Tak kurang juga sanggup ikat perut semata-mata mahu memenuhi nafsu bershopping. Asal barang tersebut jadi miliknya. Hingga lupa, dalam berfesyen pun kita ada batasnya. Jangan sampai jadi bahan fitnah orang. 

Dan ada pulak yang menjawab, 
- alah, dia yang pergi kumpul dosa cakap pasal aq apa hal? 
Dan kenapa pulak kita biarkan orang itu terus bercakap? Terus menabur fitnah? 
- Lumrah hiduplah manusia suka mencari salah orang! 

Dayah teringat satu cerita, kata seorang ibu. 

Ibu: Mana yang menjadi pilihan. Hadiah yang di bungkus atau hadiah yang tidak berbungkus?
Anak: Mestilah yang berbungkus. Baru surprise. Kalau dah nampak bukan hadiah namanya dah itu ibu. 
Ibu: Macam tulah juga aurat kita, nak. Seorang perempuan Islam wajib menutup auratnya. Kalau cacat pembungkusnya. Maka tidak suprise lah kan? Kalau cantik sahaja bungkusannya tentu penerimanya teruja untuk mengetahui isi dalamnya. Begitulah wanita, setiap wanita wajib menjaga auratnya. Kerana itulah hadiah paling bernilai untuk seorang suami.
Anak: Kenapa pulak Ibu?
Ibu: Kalau semuanya dah terdedah, setiap batang tubuh pun dah terlihat bentuknya bukankah sama seperti bertelanjang? 
Anak: Betul juga tu Ibu. Hadiah yang ibu maksudkan tu?
[Ibu senyum]
Ibu: Hadiah yang ibu maksudkan adalah perhiasan yang tercantik di dunia ini adalah wanita solehah yang menjaga pekertinya. Dirinya hanya milik ajnabi. Perhiasannya hanya terlihat pada yang berhak. Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita. Pasti dia ternanti-nanti untuk melihat perhiasan milik wanita tersebut. Sebab itu, wanita yang menjaga tertibnya lebih menjadi pilihan lelaki-lelaki yang baik-baik. 

Satu hadith yang Dayah baca untuk renungan kita bersama:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.” - Riwayat Ibnu Mas’ud

Islam tidak pernah menghalang kita untuk berhias. Tapi harus berpada-pada. Jangan sampai kita jadi bahan FITNAH. Sedar tak sedar, ramai yang terlalu obses pada diri sendiri. Sehingga jadi bahan umpatan orang. Ada yang suka dan ada yang mengata. Yerlah mulut manusia bukan mulut tempayan yang boleh kita tutup. Oleh itu, untuk mengelak diri di fitnah, kita kenalah pandang-pandang sikit. Baju apa aq pakai? Solekan bagaimana aq kenakan? Tudung fesyen macam mana? Warna apa aq sarungkan? Ketat sangat ke ek? Jarang sangat tak? Nampak tak zahir tubuh & rambut aq ni? Semua ini harus di ambil kira. JANGAN SAMPAI, APA YANG KITA PAKAI IBARAT SEE THROUGH! Tak pasal jadi bahan FITNAH. Ada hadith nabi yang bermaksud;

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” - Riwayat Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah
D_Y_H
Penat berfikir kenalah berehat sebentarkan. 


Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Good Morning. 
Saya GERAM.
Berkira sungguh. 
Tiba-tiba meluap rasa marah. 
[Asyik nak marah je kan]

Bukan apa. Saya tak pernah berkira waktu pun, seminit pun tak pernah. Not even telling them. Hari ni saya balik pukul 11malam. Bila kerja lebih waktu tak ada pun record. Bila nak keluar waktu kerja kena record. Tiba-tiba, pagi2 ask me. Pukul berapa awak balik semalam? [Saya ambil time-off, for 2hours] 

Haishhh. Terus rasa tak ada toleransi di situ. Hermmmm. Malas nak cakap byk. Bubai. Selamat bekerja. KERJA ITU AMANAH [Remember! Ingatkan diri saya yang kadang-kadang lupa]

D_Y_H
Sungguh marah. Ok bila saya dah mula buka mulut makna saya pun berkira. Haishh. Dayah! Tak boleh macam ni. Oh, what happen to me? I feel like calling Abah la. Agak-agak sekarang Iran pukul berapa ek? Abah ni pun satu .. syok2 dia jalan diam je. Hayoooo...
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

How r u? Hope everyone was fine^^
Me? Two working days yang horrible! Morning, kena sergah dengan bos. Haishhh. Kuss semangat. What to do. Keputusan yang mungkin salah mungkin betul. I take this as learning stage. Know it not easy to do field work, manage a team, dealt with client, attending meeting and segalanya lah. It just a small group, tapi workload bisa bikin drop. huhuhu. OK STOP DAYAH! hehehehe.. 

Let's begin about D Journey

----------------------------------------------------

D cannot submit application for this round committee meeting!!!!
She sad!
Why cannot submit?

1- Didn't get superior signature and comments. Oh damm!
2- Didn't make Bank Cheque yet! 
3- Of coz, didn't submit yet!
4- Let D reveal that she so busy, till didn't complete the PER! ohhh dammm!

Semua itulah causes. Meeting will be held mid of March. Which is impossible. So 1st mission will be FAILED! Maybe. 

One of team member dah berjaya losing 1.25kg. OMG! Congratulation. Wishing everybody can get better result from time to time also. [Dreaming]

Semalam, our 4th meeting. A1 puasa. Kesian dia nampak pucat. Makan sikit benar. Lurus bentul punya A1! Nak taw apa jadi kat dia.
Hari Orientasi
Trainer: Sehari kena makan 6 meals. Kuantiti adalah sebesar penumpuk each.
[Semua angguk]
Trainer: Faham kan
[Semua angguk]

Gambar: Google
Dalam kepala semua merenca untuk makan sebanyak sebesar penumbuk sahaja.

Kelmarin
A1: Kawan-kawan kalau orang pengsan angkat ek.
A3: Kenapa pulak ni. Nampak tak larat, napa ni?
A1: Orang puasa
A3: Makan apa, buka tadi?
A1: 4 ketul nugget & air tea
A3: Larat ke ni? Tak cukup tu, awak puasa. Kena makan lebih sikit, nanti tak ada tenaga.
A1: Yer lah, kita kan kena makan sepenumbuk je. Orang dah susun dah nugget tu melintang. Awak taw lebih dari penumbuk! Lepas tu orang susun pulak menegak, nasib baik tak lebih. he he he
[Kami gelak. Adoiiiilah Lurus bentul betul la kawan kita orang ni]


Begitulah contohnya. Faham kan.. faham kan??

-----------------------------------------------

D_Y_H
Lets pray for D dan sekarang saya nak jadi halimunan kalau boleh.