Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tak mo cakap banyak, just look this picture. I capture this from "STUDENT ACCOUNTANT" publication by ACCA.


Big four being award as best place to work. 1 to 4 sapu habis http://www.emocutez.com I guest correspondence, must be Alumni of Accountancy Student.

Congratulation
Pernah dream for working in big four. Dream sahajalah, at end I choose a medium firm. Heee, more exposure and not specific work can experience.

D_Y_H
Tiba craving for Choc Chip .. ohhhh myyy... http://www.emocutez.com
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

(Picture Credit to: Metthewpoland) - Langit sungguh cerah berharap esok pun jua








Promote 1Malaysia, tapi jangan lupa setiap individu hidup berlandaskan pegangan agama masing-masing. Setiap individu bebas untuk memilih kepercayaan masing-masing. Makanya kita kernalah hormat, betul tak?

Mukaddimah panjang berjelar! hahaha. Akibat rasa MARAH.GERAM.KESAL. dengan sikap kurang prihatin orang sekeliling saya. Bukan semua tapi yang sikit ini cukup tambah rasa diri macam semut. Hampir di pijak tapi kaki depa sempat langkah ke tempat lain. SELAMAT.

Kalau adalah penggubal matapelajaran / silibus mana2 sekolah, koleh, universiti atau mana-mana pihaklah. Saya rasa elok kita wujudkan subjek HALAL EDUCATION.

Sungguh saya sarankan. Bukan sekali malah berkali-kali Dayah berhadapan dengan isu ini. Contohnya tadi,

Nama Restoran "SATU BERHENTI CAFE" (Nama rekaan). Gantung tanglung banyak2 dalam kedai, lalu belakang ada liquor box. Herm... bukan kedai ni kot.. x kan la - monolog Dayah sendiri. Kereta di pandu laju terus masuk pangkir. Baik punya! Depan kedai. Eh, kedai tadi!! takkan la - monolog lagi, hati dah gundah gulana. Dia ni tak tahu ke?

B: Jom kita lunch sini
D: Mana? - Soal bagai orang tak tahu apa
B: SATU BERHENTI CAFE
D: Halal ke? - Takkan lah - monolog lagi
B: Halal ma... kita makan AYAM
D: Are you sure? - Yakin sungguh!
B: Yes - Berjalalan terus laju masuk ke kedai.
..........
A: Macam mana HALAL?
D: Halal bukan hanya NO PORK, NO ALCOHOL but utensil pun you kena ambil kira thus cara pengendalian makanan harus kena dengan syarat, contohnya macam sembelihan ayam.

A angguk-angguk tapi masih jalan. Luar kedai baik terpampang botol arak. Haishhh, terang lagi bersuluh. Muka dah tebal seinci. Tukang masak semua, rupa tak menyakinkan mereka seorang Islam. Rasanya nama mereka bukan nama seorang Islam pun. YAKIN. Mata sibuk mencari mana LOGO HALAL?

Sah dia ni tak tahu apa itu HALAL. Asal kata makan AYAM dah HALAL dah ek? Dia tarik kerusi. Seram dah ni.
Ya Allah. Aku nak blah!

(Picture credit to Matthewpoland) - Kadang-kadang tersepit oleh keadaan tapi Allah beri akal untuk manusia berfikir waras jangan sampai tersesat di jalan lurus. Minta di jauhkan.

Pelayan: Akak kedai ni tak HALAL! - Alhamdulillah.
Terus Dayah jalan keluar. B sibuk tanya bukan HALAL ke? Ehhh mamat ni. Sah sah tak HALAL!

A: Oh, tak HALAL.
D: SENYUM
B: Kita pergi "PERHENTIAN CAFE" lo. HALAL tak?
D: Saya tak tahu. Kalau ada HALAL Cert, yerla. MASIH SENYUM

B & A bercakap bahasa perancis. Dulu masa belajar Dayah tak sempat nak belajar bahasa perancis, jadi terasa bodoh disitu (moralnya, jika di beri peluang jangan lepaskan! Kan dah menyesal!) pendek cerita masuk juga PERHENTIAN CAFE, pelayan angguk kata PORK FREE and sell liquor - HEMMM

D: Ada Halal Cert? - Tanya pelayan
Pelayan: GELENG2
D: Ada kedai yang halal lagi.

Hakikatnya sepanjang deretan kedai yang dah 4 deret semuanya tak halal. Mana pergi, peniaga Islam? Banyak kedai concepts ala-ala kopitiam sekarang, bersepah bagai cendawan tumbuh. Persoalannya HALAL tak? - Hati-hati, wajib bagi kita seorang Islam mencari yang HALAL. Terus datang kesedaran, ramai yang tahu masak, deco pun pandai. Hermm, why not korang buka kedai yang mengikut syarak. Kena dengan caranya, insyaAllah perniagaan itu akan maju dan berkembang.

Itu situasi pertama. Situasi kedua pula, lebih buat saya rasa nak jerit kuat2! Masuk rumah satu pintu, tapi bilik asing, share toilet dan di letaknya saya dan seorang lelaki bukan Islam (kalau Islam pun tak boleh!!!) STRESSS sungguh! Bukan pertama kali tapi kali 3 dah jadi macam ni!

Susah ke nak faham tak boleh macam tu. Kami memang la tak buat apa-apa tapi itu dah boleh mengundang cakap-cakap orang. Tambah sakit jiwa, pintu bilik tak boleh kunci. Minta tukar.

Minta tukar insisting kata, bukan satu bilik ma! HAH! Waktu tu rasa nak marah sangat-sangat. Mujur ada adik tersayang untuk ku adu, luka di hati. Betapa kita satu negara, tapi tak memahami. Malam itu juga start kereta berjalan keluar. Tuhan sahaja yang tahu marahnya diri ini.

Dayah sedar golongan yang pentingkan diri tak ramai. Tapi yang sedikit inilah yang kita kena sama-sama beritahu. Sungguh saya terasa dihina bila kepercayaan saya tidak di anggap penting. Dan paling menyedihkan, apabila satu hari orang atas saya kata,

"They are ok, tak kisah pun (merujuk kepada golongan kecil mcm saya juaga). Kita sahaja selalu tak ada" Demi Tuhan saya tidak menolak niat baik untuk meraikan makan-makan tersebut. Tapi perlukah saya, usung kaki saya ke kedai yang tidak halal? Hati saya berat. Sungguh berat. Jawapan terbaik, menolaklah dengan cara baik.

D_Y_H
Langit hari ini cerah sangat. Burung berterbangan bebas. Sama macam hati saya jadi sangat tenang. Menilik diri lagi. Mana lagi perlu di perbaiki, manusia tak lepas buat silapkan. Bab makan minum jangan di buat main, ia jadi darah daging.
Assalammualaikum wbt & Salah Sejahtera, 

The RED FLAG is going to be stand SOOOOOONhttp://www.emocutez.com http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Caayalahhhhhhh

So all AUDITOR especially External Auditor.. this is for you - I don't know who is doing this clip. She/He must be so pressure hahahahaha


D_Y_H
and I don't know when was my off peak.... huhuhu.. THINKING sometimes  http://www.emocutez.com
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Bersemangat sikit saya nak telan ia. Sebab warna dia cantik! *hohoho sungguh gedik nak juga pilih2 warna ubatkan!* Kalau boleh, nak je cakap ngan doc. Doc... u look more handsome with pink clothes... muahahaha.. pengsan agaknya doc tu. kuang kuang kuang.

Dayah rasa ini adalah ganguan Psikologi. Kalau kanak-kanak tengok pun selera taw. Kalau warna ubat dia color2. Caya tak? Tolonglah percaya. Kalau bagi ubat warna putih je. Confirm, dia tak mo makan. So color sangat memainkan peranan penting. Sama macam makanan, kalau presentation dia cantik, ia pastinya sangat tempting to eat! & I'm the type of person yang sangat teruja tengok makanan with variety of color. 

Warna dia menarik sbb tu Dayah pun semangat nak telan.. hahaha

Kenapa warna memainkan peranan penting? 

1. Sangat POWER! Kerana boleh bagi effect pada mood kita. Caya x? Harus percaya. Color can attract ppl.
2. Warna boleh buat seseorang itu bertukar menjadi seorang yang muram kepada ceria.
3. Warna boleh membuatkan selera seseorang itu bertukar. 
4. Warna juga membantu otak menghafal dengan lebih baik. 
5. Warna juga membantu dalam menyembuhkan penyakit, look into my case. I hate meds! Seriously, I hate to eat them. Tapi di sebabkan ia berwarna, saya telan juga. Anggap ia seperti gula-gula yang sangat sedap. Ia mampu mengubah our MIND kan? See. How color will effect our life. 

Percaya atau tidak ada kajian yang di buat berkaitan warna dan individu? Ada. Antaraya:-

1. Hitam - selalu di kaitkan dengan unhappiness, formality, sexuality, sophisticated. Dalam dlm fashion is often used sebab! ANDA KELIHATAN SLIM kan kan.. so always wear black to look SLIM. Kebanyakan COAT executive berwarna HITAM.
2. Coklat - ini warna alam! Tanah warna apa adik? COKLAT kan? So dia punya kekuatan tersendiri. Kalau dinding di cat warna ini, kita akan rasa dekat dengan Alam. Percaya tak? Pastinya suasananya lebih tenang dan redup. 
3. Merah Jambu (Pink) - My Fav! muahaha.. gegirl sungguh! Ia lebih dekat dengan wanita. Tapi lelaki juga boleh memakai warna PINK. Warna ini akan beri anda rasa selesa dan lembut. Warna ini juga boleh diri di perhatikan. Percayalah. 
4. Unggu (purple) - Ini warna keibuan! Warna yang dekat dengan wanita juga. Ia juga lambang kepada royalty & wealth! Kata orang, wanita yang suka kepada warna ini mempunyai ciri2 keibuan. Adakah wanita yang tak minat x ada ciri2 keibuan? TIDAK ya kawan2. Mitos sahaja.
5. Biru - Ini warna LELAKI! Yap! Cayalah, bila dapat tahu je jantina dalam perut surely beli baju warna BIRU. Kenapa tak warna lain? Most of people will do this. Dan ada kajian mengatakan, mengecatkan bilik warna BIRU akan membuatkan seseorang individu itu LEBIH PRODUCTIVE. Cuba kita tukar warna cat kita nak? Mana tahu akan lebih productive kan. 

Cukup 5 warna dahulu. InsyaAllah akan berkongsi lagi. ^^



Ini budak yang sedang menanti bas (oh van sebenarnya ;p) siap dia bengang ngan pakcik bas. Yang lambat. Sabar la baby! Pakcik tu saja bikin hang panas. Muahahaha.. bertambah kepanasan hang kat dia kan. Dah semalam pakcik tu g ckp "budak ni menyusahkan aq" hahaha.. habislah pakcik tu termasuk dalam LIST "AQ BENCI KO" hahahaha..


D_Y_H
Syukur beransur ok. Dah kurang sakit kepala. Dah kurang likat. Good. Lepas ni kena ckp ngan doc. Please give me meds in PINK color.. muahahahahah http://www.emocutez.com
Assalammualaikum wbt & Salam sejahtera,

Ini bebelan orang hemo.. hemo! http://www.emocutez.com

Sudahlah bat!
Sudahlah sah!
Sudahlah low!

Geram aihhhhh ... nak escape! Dah banyak kali dah ulang kata nak escape.. nak escape.. tapi perginya tidak.. huhuhuhu.. sardiskan bunyinya. Cukup kalau dapat jalan-jalan di suatu tempat yang nyaman lagi Indah.. ohhh di manakah? Saya rindu tempat itu ^^ http://www.emocutez.com


Cantikkan ciptaan Ilahi. I'm speechless masa dapat naik Gunung Titlis. Sebab, ada lagu RASA SAYANG! Dan masa tu 1st baring atas snow.. muahaha.. jakun kejap. Nak ulang balik detik tu, boleh? hehehe.. *apa susah kak oiii.. kumpul duit .. n fly.. n enjoy the moment!kan.. *

Ini yang tiba2 nak cari lelaki kaya! Kuang Kuang Kuang! You support I travel every month ek? hahahaha botakla lelaki kaya itu! Eh... awk belikan saya air ticket, hotel fees, dan yg lain saya bayar la sendiri.. hihihihi.. *sekali sekala berangan jap! sempena mood geram rasa nak telan!*

D_Y_H
Ohhh saya nak STOP bebel. Nak ngadap geram! Sungguh bikin hilang sabar. Selambanya, tak ada feeling! http://www.emocutez.com
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Have you ever ask yourself, worth or not your life now? Yah, I know someone will give me an answer "you should never regret!" But somehow, we're human and there must be an improvement in our day to day life, right? 

Here I want share something, might help you.
  1. What are my natural gifts?
  2. What are my skills and talents?
  3. What do I love to do?
  4. When do I feel the most alive?
  5. What am I passionate about?
  6. What brings me the greatest joy in life?
  7. When do I feel the best about myself?
  8. What are my personal strengths and characteristics?
  9. What have others always said that I am really good at?
  10. How do I most enjoy interacting with other people?
  11. What would I change in the world if I could?
    and...

    me
    1. (tidur kot.. muahahaha.. ermm.. menganalisis secara details)
    2.  (patient while cook *ye la tu* find findings muahaha.. )
    3.  (my work! reading ohhh.. bawak kereta.. laut^^)
    4.  (makanan! sekian)
    5. (doing my work)
    6.  (when I see my lovely ppl happy! enjoy every moment & food I cooked.. perghhh suka sgt)
    7.  (when I do work with patient & they agree with me. Kejayaan terbesar.. rasa dpt bonus setahun!)
    8. (ohhh hoo.. biarlah rahsia *muahaha.. saya bukan Siti Nurhaliza ek)
    9. (ohh then YOU have to tell me? hehehehe)
    10. (anytime, anywhere, any occasions... but please x suka serabut place! Semak kepala)
    11. (No WAR please! ... think positively.. Sunnah & Al-Quran panduan kita kan ^^)

    I enjoy my life.. and sometimes I feel frustrated when your work is not being appreciated. Walaupun dah buat sebaik mungkin, tapi kita kena positif. Kalau tak di hargai bermakna ada salah pada cara kita bekerja kan? So must change!

    D_Y_H
    Saya nak jalan2 atas pasir putih sambil hirup udara segar... tanpa rasa serabut
    Assalammualaikum & Salam Sejahtera,


    May I make this day a SPECIAL & PRECIOUS one?
    by investing and not spending
    by living and not occupying
    by loving and not fearing
    by enjoying and not destroying
    by working and not idling
    by learning and not wasting
    by praying and not yelling



    D_Y_H
    Praying for better, sometimes I do know how to cry & feel hurt
    Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


    Kerusi itu masih kosong
    Belum punya tuan
    Setia menanti di duduki
    Masih utuh walau di mamah mentari
    Menikmati indahnya alam ciptaan Illahi
    Esok harinya pasti
    dan .....


    Langit makin kelam
    Kerusi itu tetap sama...
    Pokok itu telah tumbang... 
    Air itu telah kongtang...
    Ia masih utuh...
    Sedar esok masih ada ...
    Berharap esok masih ada harapan...
    Kerana Tuhan ada jalan buat hambaNya.

    D_Y_H
    Menulis itu terapi minda. Karya lama terperuk bila entah mahu di kongsi? Malulah sebenarnya http://www.emocutez.com hahahaha ;P
    Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

    Good Sunday! InsyaAllah.
    Dayah nak kongsi sedikit tentang Dajjal dengan semua. Video ni Dayah ambil dari cousin yg di copy dari facebook. InsyaAllah berguna untuk renungan kita bersama. 

    video

    Dunia makin menghampiri penghujungnya. Sudah siap sediakah kita? Pernah dahulu, saya berazam saya mahu tinggalkan dunia sebelum hari terakhir itu muncul, kerana takut waktu itu makin sesat saya di muka bumi Allah ini. Makin lama hidup kita di muka bumi, makin banyak kerosakan yang kita lakukan, andai kita tidak mengawal diri menjadi muslimah sejati. Islam bukan sekadar agama tetapi Islam adalah cara hidup. 

    D_Y_H
    Perkongsian untuk merubah diri & sentiasa beringat.
    Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 


    Selamat Tahun Masihi 2011! Moga kalian semua terus mendapat rahmat Illahi dan sentiasa dalam lindunganNya & berjaya dalam apa jua yang sedang di usahakan, Amin.
    Orang sibuk sambut new year, Dayah sibuk menghabiskan Lovin' You. Alhamdulillah Selesai. Cerita yang boleh di katakan hampir menyerupai cerita korea, "princess hours" dan juga beberapa cerita korea lain. Cerita apa, Dayah pun tak ingat. Gaya penulisan macam komik, i like ^^ 

    New Year kali ini tak beri banyak benda baru kot? Benda lama masih banyak belum terlaksana. Mahu Hijrah diri agar jadi lebih baik. Dayah yakin ramai yang mahukan perkara yang samakan? *dan ramai dah tanya Dayah tak mo KURUS ke .. erkkkk .. saya selesa begini http://www.emocutez.com boleh??  http://www.emocutez.com saya cuba yer kawan2 huhuhu awatlah susah benar saya nak displin bila mai bab makan! hangpa campak Dayah kat dunia mana pun.. I know how to survive.. ayokkk*

    Menulis kali ini, ekoran rasa tidak puas hati ke atas sikap individu yang saya kategorikan sebagai "penipu" 

    1. Menipu orang dengan perkara yang tidak dibuatnya
    2. Mereka2kan cerita
    3. Menfaktakan sesuatu yang AUTA

    Bukan nama yang di cari kita di dunia ini. Kenapa perlu menabur penipuan? Kalau anda tak buat tak perlu mengaku itu kerja anda. Ceritakan yang fakta. Politik? Tak perlu kalau ada penipuan sebegini. Komisyen? Berapa sangat yang dapat? Akhirnya orang marah dek rasa tertipu. Tell me, siapa suka di TIPU! Ada??

    Sukar betul mahu cari orang yang jujur dalam dunia ini kan? Ramai yang jaja .. dia itu  & dia ini, tapi hakikat dia tak punya apa #HAMPEH#. Berjaya di atas kudrat orang lain. Kalau tidak ada kemampuan jangan di tongkat langit. 

    Tapi kata orang hidup ini tak boleh selalunya jujur? Itu semua tak benar! Mahu keberkatan, kita harus sehabis daya tidak menjadi manusia munafik. Kerana antara sifat munafik adalah, apabila dia berkata-kata dia tidak bercakap benar. Mahu menjadi munafik? 

    Hasil penat orang lain orang lain yang sibuk nak letak nama. Isunya di sini bukan nama yang di cari. Tapi yang di mahukan kejujuran. Semua manusia tidak sempurna, tapi kita mampu untuk mengubah diri ke arah kesempurnaan kan? *melihat wajahnya sahaja saya sudah jelik! Maaf saya memang senang pamerkan riak wajah tak puas hati. Itulah diri saya. Kalau saya tak suka saya tunjuk. Orang mungkin kata saya sombong.. huhuhu.. wajah saya memang masam macam asam boi... ngeee.. kenapa ek? setiap kali Dayah tgk 1st time..kalau tak suka mesti something goes wrong..*_* sian taw! ko ni Dayah! Ampun tak sengaja pak! Bukan mencari pasal, tapi wajah tu dah tepek sesuatu yang kurang enak.. mesti dia lupa nak cuci muka pagi tadi agaknya?? tapi setiap kali pun pandang rasa muka tak cuci kot?? erkkk*

    Antara fakta peniaga MELAYU itu LAYU:-
    1- Tidak berusaha untuk majukan perniagaan sendiri.
    2- Mengharapkan bantuan (tidak kira kerajaan mahupun orang lain)
    3- Mengambil jalan mudah untuk jadi kaya cepat.
    4- Baru naik sudah cepat membeli ASSET SENDIRI bukan membeli ASSET SYARIKAT (Ingat pemilik dan syarikat adalah ENTITI BERASINGAN!)
    5-  Lupa diri (termasuk gila perempuan! Kelemahan seorang lelaki adalah wanita! Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah. Jom ubah diri supaya kita sentiasa jadi hiasan terindah itu ^^)
    6- Ali babakan perniagaan (ada kemampuan tetapi tidak berani ke hadapan, sanggup berikan kepada orang lain)
    7- Dengki! (Tidak bantu sesama sendiri, asal nampak orang lain naik mulalah dia panas  .. cari cara musnahkan. Adalah lebih baik sama-sama berkongsi idea bagaimana mahu lebih maju. Tapi bukan curi idea ya!)

    Cukup 7 dulu, sebab saya suka angka itu ^^ mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan padangan Dayah. Tidak ada, kalian boleh berikan idea masing-masing. Fakta itu berdasarkan pandangan peribadi. Sepanjang saya bekerja, klien saya majoritinya adalah bukan bangsa Melayu. Tapi ada juga. Antara sebab di atas, syarikat gah boleh hilang dari papan urusniaga.

    Untuk redakan ledakan laha dalam hati Dayah ni.. sekarang time for chill and rock with longgokan buku yang entah berapa bulan saya simpan *ada makan tahun beb! ayo yo yo.. lama gile! Before that wanna find some coffee.. got file to review too http://www.emocutez.com* Jom membaca kawan-kawan! Moga ilmu yang kita kumpul boleh di memberi manafaat buat insan lain. 

    D_Y_H
    Kaki ku lebam! Hampeh punya lubang! Tak pasal2.. saya  yang macho ini termasuk lubang! Dah balik baru rasa sakitnya kaki .. KAKI KU LEBAM sekian! http://www.emocutez.com