We are family - mengimbas kenangan gegelung besar

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Picture : All from Google

Nampak sahaja Kajol masuk gegelung gergasi tu, terus teringat saat pertama dan kedua ketika gegelung itu saya pernah lalui. Dan kedua-duanya memberikan impak besar dalam hidup saya. Tak boleh benci gegelung itu, tapi harus berterima kasih dengan gegelung gergasi itu. Kalau kita rasa ada kita malang, cuba perhati keliling malangkah kita?Ada lagi susah .. sukar... teruskan kehidupan supaya kerana hidup kita singkat.

Saya pinjam kata-kata Maya, 

"Saya cuma ada masa silam, tapi awak ada seluruh masa hadapan dengan mereka"

It's really touch story for me. 





Cute!


Dayah sangat suka lakonana Kajol dari dahulu lagi, dah lama tinggalkan cerita-cerita hindustan hee ni. Sejak muncul artis-artis baru, kurang rasa untuk menonton tambah dengan nilai timur yang makin di tinggalkan. Semuanya nak barat sahaja. Bosankan. Biarlah orang barat nak jadi barat. Kita yang timur ini kenapa lupa diri? Kalau dah rambut itu hitam nak di karatkan dengan pewarna yang bukan bahan semula jadi dan untuk jangka panjang akan merosakakan rambut nak buat apa? Lepas itu, saya kadang-kadang keliru. Eh dia ni, kejap hitam, kejap biru, kejap merah, esok karat pula? Kreatif!

Sikap pelindung seorang Ibu jelas dalam watak Kajol. Emosi juga saya menonton cerita ini. Tes tes tes. Di sahkan kena Kanser Servik. Siapa pun yang berada pada tempat Maya (Kajol dalam cerita ini) pasti terlalu sedih. Anak-anak yang masih kecil dan pastinya sangat perlukan ibu mereka. Mula-mula dia dapat tahu dan dia sendiri menghadap berita itu memang buat saya sedih sangat. Sebab dia dah berpisah dengan suaminya dan sudah pun mempunyai kekasih. Terus terbayang-bayang dunia ini sendiri tidak ada siapa-siapa. [ohh drama queen la hang ni dayah! hahaha]

Dan nilai timur itu masih wujud, bila Maya memberi gelang, rantai kepada Shreya. Hadiah untuk anaknya Aaliya bila berkahwin nanti. Dan Maya sentiasa sayang dan cintakan suami dia Aman, cincin perkahwinannya dia beri pada Aaliya. Cincin itu cantik!

Oh yes, this moment!
Dan cerita ini ajar kita hidup ini kita tak boleh tamak dan hidup kita tak selamanya. Sampai masa kita akan pergi jua. Sentiasa bersedia dan hadapi dengan tenang dan ceria.



Cantikkan Kajol! Cantik dia lain dari Karena. Karena nampak cantik dan manja, tipikal mixed blood face. Itu kata Dayah la. Mixed blood selalu cantik. Dan Kajol cantiknya local. Dia manis, tegas, dan saya suka senyuman lebar dia. Dan dia jenis pendam. Haaaa.. saya bukan ahli nujum ... hehehe cuma pendapat. Siapa setuju dengan saya? I love to see Kajol more on screen. Dengarnya ada new film, Kajol berlakon dengan Shah Rukh Khan.. ohhhh I love to see them.

D_Y_H
Cerita ini benar-benar buat saya emosi.

3 comments:

mamaijat said...

.....salam,Dayah...
so touching kan....
gitulah 'Maya' sinonim 'mamaijat'
..tapi sebahagian ajer...
**serupa tapi x sama...

MaryaYusof said...

Suke jgk cite hindi ni tp tgk jgk sape pelakonnye.... pernah tgk cerita My Name Is Khan? Lakonan Kajol & Shahrukh Khan..mmg best ;) Di Peru ni pun byk filem hindi... filem melayu je xsmp sini lg :(

Dayah said...

Salam,

Mamaijat, haaa'a mama touching sgt.
Hope mama terus tabah dengan ujianNYA. Keep your smile and terus berjuang^^

Marya, hehehe.. suka layan dulu2 now.. tak dah. kecuali pelakon dia best or storyline best. Kalau tak memang ubah channellah jawabnya. Cerita My name is Khan tu mcm familiar tapi tak surelah dah pernah tgk x.. hehehehe..

Tak pe Marya skrg ni cerita melayu tekat net dah banyak. online je boleh tgk :D Dayah yang dok Malaysia ini pun tak tertengok. Usah di tanyalah cerita melayu apa mmg saya x lah tgk.. hehehehe..