Tiba-tiba hangin pulak saya!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Dayah memang sedang angin. Tak ada pun angin-angin sepoi-sepoi bahasa ke apa. Pokok-pokok kat luar tu pun duduk statik sahaja. Tak bergerak. Cuma angin saya dengan seorang "kakak" adoi. Dah, angin lagi dah layak di panggil makcik pun. Ada ke dia kata dekat mama saya,

"Makcik" - Eh, akak buat apa?
Macam tak nampak pula, mama saya duduk sibuk menyapu sampah. Buta ke apa???
"Makcik" - Akak sapu sampah, malam jumaat?
Mama senyum je la, "makcik" apa kes dah la mai rumah orang pukul 10 lebih dah orang menyapu nak di kacaunya. tak faham betullah. 
"Makcik" - Malam Jumaat tak baik menyapu sampah kak.
Ahh sudah, hangin terus saya yang mengambil air dari peti ais. Mengomel sendirilah saya, menyapu pun salah, rumah kotor siapa nanti katanya pengotor. 
"Makcik" - Orang tua-tua dulu la kata tak elok menyapu malam jumaat.

Ishh karut sungguh, terus mulut capul saya ni menyampuk "Tak pernah pula ada dalam Islam macam tu" terus diam "Makcik" tu buka pintu rumah terus keluar. Saya yang hangin dengan dia terus naik atas. Hishhh, sampai la ni duduk rasa angin pula. Adoilah. Pasal menyapu sampah pun boleh rosakkan mood saya. 

Tapi saya sungguh tak faham, apa kaitannya menyapu malam jumaat dengan tak baik?? Tak ada rationalnya langsung. Biadap pula saya. Tapi memang biadap pun. Keluh pun tak guna, mulut dah terlepas kata. Sure mama marah sat lagi dengan Dayah. Biadap kan??? 

D_Y_H
Salah yang tak boleh di sorok. Menadalah telinga nanti. Sabarlah telinga, sendiri yang buat salahkan. Mahu tonton ombak rindu, ibarat hati, minda dan jiwa saya yang sedang berombak ni. Kalut semacam. Tahulah beberapa hari lagi dengan preparation yang bagai rasa zero.

0 comments: