Sedikit kecewa tapi berhasil

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Wake up in the morning, saw the clock. OMG, I'm late. Damm! Kek tak buat lagi. Itulah kalutnya saya, walau di buka mata tapi malas kemalasan. Tapi kerana sudah berjanji maka terpaksalah paksa diri untuk segera bangun, berkemas dan mengabdi diri dahulu. Kemudian baru boleh bermula tugasan lain.

Mujur kedai dah buka. Cari telur dahulu. Bahan lain semua ada, kecuali 6 biji telur. Kalau terlalu awal saya bangkit mesti lagi parah kena tunggu kedai. Cari segala kelengkapan baking. Mana pula penyukat! Ah, waktu inilah dia nak main sembunyi-sembunyi. Kata orang jangan buat kerja dalam keadaan malas dan marah-marah nanti hasilnya tidak baik. Tenang. Tenang. Tenang. 

Tak jumpa. Tak apa. Guna sudu pun jadilah, maka bermula process Vanilla Walnut Cupcakes saya. Walau akhirnya turn ke seakan-akan Scone! Arghh! Kecewa betul. Merawat kecewa dengan krim dan kitkat yang sedia dalam kepala. Masa menyukat tepung sudah di ramal bakal berkesudahan begini. Tapi tetap di teruskan. Haishh salah siapa? Sendiri jawaplah kan. Salah diri sendiri. Tak mengapa, next time saya akan olah resipi tersebut. Dek kerana saya belum mahir dengan ramuan kek sebenar memang ada sahaja up and down rasanya. Tak macam mama, pejam mata pun kek dia tetap sedap. Bayangkan dah berbelas tahun dia tak buat kek pelangi, masih bila mama buat dengan kelembapan dan rasa yang masih sama. Dulu kalau mama nak hijau mesti dia blend daun pandan. Sekarang tak payahlah kan, anak-anak semua jenis pewarna makanan pun ada. hehehe. Maklumlah, mai sahaja cuti sekolah kalau tak ada kenduri kawin memang tak sah. Oleh itu tempahan katering abah tak kurang sibuknya juga. Setiap minggu kek yang terhidang mesti berbeza-beza. Ini pula hasil cupcake resipi baru yang saya tidak oleh sedikit pun,

Less than 1 hours cupcakes.. memang kelam kabut betul Dayah rasa. Semua gara-gara lambat

The Foods
 





Dan di atas ini semuanya adalah rakan-rakan sekerja Dayah dari 4 department yang berlainan. 

D_Y_H
Ohh damm malasss.. 

0 comments: