Saya ingat saya sorang je moody

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Saya ingat saya sorang je moody tak kena gaya. Rasa nak hempuk semua benda ada depan mata. Nak kata kawan baik nak datang, tak juga. Cuma moody sungguh. Ada sahaja yang tak puas hati. Itulah kalau hati tak tenang, banyak hutang. Hutang kerja, hutang wang ringgit, hutang mengaji. Serba serbi hutang, alihnya hidup pun moody. Hehehe.Itu belum kira hutang dengan Allah. Allah. Allah. Allah. Rasa nak sepak diri laju-laju. 

Haishh, moody sungguhkan. 
Tapikan, hari ini saya pun jumpa orang yang sama moody. Mula2 ingat belum masanya dia senyum, iyerlah belum masuk dewan. Rupa tak rupa pengantin, macam tetamu datang. Tapi kenapa pakcik tu senyum sampai telinga? 

Oh dialah pengantin. Saya buat tak kisah sahaja, sebab maklum keluarga pengantin sudah tiba. Hidangan di meja VIP masih belum saya selesaikan. Terkecoh-kocoh masuk semula ke dewan isi bubur, isi kuih-kuih dan perhatikan meja VIP lengkap ke tidak. Jalan ke depan ke belakang. 

Tak lama, pengantin pun duduk di meja beradap. Alah, muka dia tak manis pun. Tegang sahaja. Tak lama lepas tu, menunduk. Aihh, kenapa ni? Panic sekejap. Saya pun sibuk sama nak tahu kenapa. Tetamu mungkin tak ramai sedar. Rupanya kena serang asthma. Mungkin sebab itu dia moody. 

Lain pula dengan saya ini, tak ada asthma pun nak moody juga ke Dayah? Hahahaha. Bukan begitu, saya moody sebab lapar. Kekekeke.

D_Y_H
Memang lapar sangat kot. Babai. Nak pergi cari makan. Dapur rumah lupa di asapkan lagi. Heeee

2 comments:

Marina Monroe said...

Kesiannyer..boleh lelah masa hari perkahwinan..Stress juga boleh buat datangnya lelah..

MaryaYusof said...

Mmg kalau lapar, sakit kepala terus jd moody...lainkali jgn biarkan perut 0 ek...hehehee