Saya ada impian, awak pun kan?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 


Saya ada impian dan awk pun samakan. 
Dan semua manusia punya impian. 
Moga impian awak semua tercapai. 

Impian saya? Sukar untuk di capai tetapi tidak mustahil untuk di capai. 
Impian saya? Impian yang sama seperti orang lain impikan.
Impian saya? Cuma saya rasa ia terlalu berat di capai
Impian saya? Kalau tidak di dunia biarlah di sana nanti.

Itu impian saya jua. Kata orang macam putus asa. Tidak. Bukan berputus asa, cuma realistik dalam kehidupan. Andai itu bukan takdir dunia, biarlah harapan itu ada di sana yang kekal abadi. Takdir manusia sudah tentu berbeza-beza. Dek kerana cemuih dengan itu dan ini, kadang-kadang impian saya cicirkan saya dan tidak lalu berusaha hatta memikirkannya sekali pun.

Tapikan awak, jangan jadi macam saya. Teruskan kalau impian itu murni. Saya sedang cari semangat menguatkan diri supaya saya dapat mimpikan itu realiti. Kadang-kadang bercakap lebih mudah dari menunaikan. Itu realiti kehidupan. Dan kerana marah kan sesuatu juga buat kita jadi culas meneruskan impian. Kerana rasa itu cuma sia-sia. 

Awak jangan terpengaruh dengan kata saya. Sebab saya realistik. Saya tahu kemampuan saya tahap itu. Saya tak mampu kejar impian yang satu ini. Kerana saya tidak cukup senjata dan bagai rebah menyembah bumi tatkala mula berimpian itu. Mungkin juga impian itu salah.

D_Y_H
Impian yang perlu dilupakan bukan impian tapi angan-angan kosong. Baik lupakan. Positifkan diri, berfikir semula relevan atau tidak punya impian tersebut? Tiba teringat Prof. Rindu sangatlah dekat prof rock, bangga dapat anak didiknya.

0 comments: