Preview Ombak Rindu

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

I just back from watching Ombak Rindu dalam versi filem. Memang lainlah dari Novel. Kenapa lain? Banyak scene dalam Novel pastinya tidak ada di dallam filem yang begitu pendek ceritanya. Tetapi ceritanya masih sama. Ada lah juga pelik sikit sebab intro tak sama pun dengan Novel dan ending juga bit difference. Watak Salleh pun tak wujud dalam filem ini, dalam novel ada. (cop! Salleh kan nama adik si Haris? Rasanya betul.. almaklumlah dah bertahun2 tinggalkan novel ni) dan kenapa tiba-tiba Izzah bertudung? Erkk, dalam novel rasanya tak bertudung.

Dan Wafiah, sahabat Haris tu pun wataknya sikit sangat. Kan?

Dayah memang layan cerita nilah!
Dan yang Dayah suka pastinya lagunya.


Tuhan tolong lembutkan hati dia..
Untuk terimaku seadanya..
Kernaku tak sanggup..
Kernaku tak mampu .. 
Hidup tanpa dia di sisiku..

and Chorus

Malam .. 
Kau bawalah rindu.. 
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian..
Selalu perasaannya....

Hujan bawa airmataku yang mengalir..
membasuh lukaku..
Agar dia tahu aku terseksa
tanpa cinta dia di hatiku..

Hanya mampu berserah...
Moga cahaya tiba.. nannti.. 

Tuhan tolong lembutkan hati dia...

Oh yeahh, Dayah tengah karaoke sorang-sorang. Mula dengar tak berapa, dah tengok filem terus suka dan terus suka. Hahaha. Oh ya, lirik lagu tu tak full, Dayah taip sambil nyanyi.. so sure ada silap mana-mana. 

Anywhere, I enjoy watching this movie. Maybe sebab saya suka novelnya, bit frust sebab lain sikit dari Novel but then, it is a film what we can expect. Tak kan depa nak humban semua scene novel masuk kan. Haruslah di olak sebaik mungkin supaya masih tidak lari dari cerita asal. Memang tak lari. Dan masih menarik perhatian saya untuk di tonton. Lokasi pengambaran menarik-narik belaka. Pastinya di Langkawi? Betul tak. Villa haris yang tepi laut tu, walaweeiiiii jatuh cinta terus. Rumah idaman tu. Atas bukit ada buaian some more... ohhh mannn.. nak satu! Bukan mudah. Mestinya mahal. [Oh dreaming!]

Gambar: Kosmo - Scene pertemuan semula Haris dan Izzah setelah di gantung tak bertali.
Suka tengok Maya pakai tudung, mudah-mudahan dia kekal bertudung. Amin. Tampak sangat cantik. 

Cantikkan?  - Scene kena gantung tak bertali.

Dan ini, waktu Haris balik kerja dan letih terus tertidur tanpa minum petang. Nice view.
Ya lahh, talking about house yang Izzah duduk ni tak sama dengan Novel, whereas novel Izzah di kurung di kondo. Bukan villa. Pandangan mengadap hills tak silap saya. Yang ini mengadap laut, yerlah di tenagah-tengah KL mana ada lautkan. Dan Izzah pakai kereta apa ntah Atos ek? Salah kot, whereas dalam novel dia bawa kancil. Tak silap. So here and there ada perbezaan. Bukan 100 peratus follow the novel. Tapi penceritaan yang sama.

Dan semua pelakon memang terbaikkkklah. I likeeee. 

D_Y_H
Saya dah sleepy. Dah dekat pukul 4 pagi, haruslah rehat untuk tenaga esok hari dengan tugasan yang masih menimbun. Buat yang belum membaca novel ini, boleh terus menonton supaya tak banyak mulut masa menonton nanti (macam Dayah, ada sahaja nak di cakapnya. Mujur sebelah fatin, dia pun layan je la agaknya ;P hahaha)

2 comments:

mamaijat said...

..yes my dear..mamaijat pun rasa lebih 'feel' baca novel..mmg banyak perbezaan..tapi gitulah kan..macam teater BADAI SEMALAM jugak..adalah beza sana sini...
ha ha ha..ingat kita sorang tukang komen dalam panggung..pot pet pot pet..
tapi still ada babak touching.. terutama ketika pertemuan semula pasangan yg terpisah di 'gantung' tu..dan bila air mata jantan AA keluar..wow!x sedar air mata sdr pun leleh.....

Dayah said...

Salam Mamaijat,

Wahhh mamaijat pun dah watch^^
Yer ker, AA pun touching.. walaweiii.. syabaslah pelakon2 Ombak Rindu. Dayah dok perhati semua pun baik wanita mahupun lelaki dalam wayang tu dok feeling habiss.. keluar wayang .. dok dengar orang sok sek sok sek kata nangislah.. feeling la.. anywhere I really enjoy.. cuma rasa tak puas. mcm nak tonton lagil. Sbb mulut asyik mengomel je. rasa tak khusyuk.. hahaha..