Kepenatan yang berbaloiii =.*

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Fuhhh, memang penat sangat! 
Pergi kelmarin saya drive, balik? Dengan tak ada kuasa nak lagi, Angah drive dan all the why out to KL tak sedar yang tidur. Itu tandanya saya memang penat terlampau.

Kelmarin sampai sahaja rumah paklong, tak tunggu apa dah. 
Nampak bunga, nampak pasu, nampak span, nampak baldi, cutter? Tak ada belasah la labu, patah pakai jari pun boleh ... hahaha.. memang slumber yaya. Barang-barang semua dah loading tersusun cantik je, khemah dah 12 terpasang. Pusing belakang ada lagi khemah, kira meja buffet. Kira meja VVIP dan siap dengan dome, mesti kerja Abah. Sebab lori dah Abah bawa dulu. Tinggal mama and other krew masih dalam bas. Although gerak sekali for surelah Dayah sampai dulu.. hehehe. Saya kan mana reti bawa 80-90 -100 or 120km.. more than that normally saya drive. Memang nak kena sekehkan. Hahaha. Tak pernah makan saman. Memang saya sangat suka speed. Entah perangai buruk siapa lah saya ikutkan?  Hehehe. [padahal perangai buruk sendiri.. heee]

Bunga kali ini warna putih, semua putih dapat from abang Seri. Banyak pula tu. 3 kotak orkid and bunga mcm rose tapi bukan rose, cantik tapi saya mesti bengang setiap kali nak arranged dia. Sebab dia lembik lepas tu bunga dia bukan macam bunga lain nak kembang. Tapi kalau kembang, alahaaaii kalah bunga-bunga yang lain. Sebab dia cantik tapi malu. Macam gadis melayu, hahaha. Memang jenuh, sebab kalau kita beli pun, mesti ada some part of the flowers tu akan rosak. So gubah dan pilih. Sampai sana pun dah pukul 10 something. Done 2 bouquet, bas sampai. Pergh lapar baiiii. Makanan semua dalam hilux yang saya bawa. Lupa bawa turun, hahaha xcited nak gubah bunga sangat. Hehehe.
Makan. Sambung semula. Saip semua buffet table and VVIP table, bunga masih banyak. Haiyaaa... apa lagi buat for all table. Tak ada dalam package pun. Tapi tak kisahlah, bunga banyak gubah sahajalah. Gubah setiap table with left over flower, 28 + 5 table, ini baru meja tetamu biasa. Rasakan. Habisnya siap mengubah pada jam 3.30 pagi. Haaa.. nak sleep tak kuasa. Abah bangun, dia pergi arrange balik semua meja-meja buffet. Sambung kemas-kemas meja and the arrangement bagai. Nak turunkan pinggan dan cawan memang tak kuasa dah. 1,800 pieces nak bawa turun? Memang cabut semua urat saraf kang, melamine dgn cawan kaca bukan ringgan. Biarlah lelaki-lelaki yang buat esok pagi. Tak kuasa nak bawa turun yang lain.

Jam almost 4 o'clock. Kena kejutkan mama and assistant. Haruslah suruh tiah and baby kejutkan. Kejutkan semua bangun. Lewat sikit, memang bakalan menyusahkan diri dan menyesal pun tak guna. Sebab orang sini makan pukul 10 pagi so by 9 kena pastikan dah siap.

Kami-kami yang belum tidur, ini buat keputusan mandi terus lebih baik. Mandi di awal jam 4 pagi, perghh sejukkk baiiii. Nak masuk rumah mak long, terjengkol kepala dekat dapur. Aikk mak long pun tak tidur lagi.

"aihhh, terkejut aku. Hampa ni" hehehe. Memang terkejut la orang tua itu. Dia duduk sibuk kemas rumah.
"Aku dok mengemaslahh, bersepah. Esok nak kenduri, malu orghang maii" mak long dah bebel. Comel je maklong ni. Dah jenuh kami tawaf rumah, nasib baik ada orang. Tiahlah punya pasal, katanya pintu kunci. Padahal dak pun. Cisss, penat je menawaf.

Selesai mandi, keluar dan jeng jeng jeng. Takkan nak tidur kan? Dah pukul 5 something. Tolong pula mama and bibik potong bahan2 moi sup. Mama pula suruh Dayah buat breakfast. Ni lemah ni. Rasakan, sekali.

"Mama.. siapa buat nasi goreng ni" kecoh giler budak ni, mahu juga kena sumbat bawang mulut tu. Makan je lah kan banyak mulut. Sebab saya dah taw, sure ramai nganga makan nasi goreng tu. Hahahaa. nasiblah ek. Abah beli cili api kampung, segengam je pun saya blend dengan nasi satu tong kot. Bukan sikit tu, satu tong nasi anggaran dalm 5kg++ la. Banyakkan? Tapi nak buat macam mana, pedaassss. Hehehe. Sorry adik-adik. Saja nak uji perut kalian di pagi hari ;P hehehe.

Baik sahaja lepas breakfast, maka bermula journey to khemah hehehe. Angkat barang ek. Bukan ringan-ringan. Tinggal pinggan, cawan kaca, air sirap tropika sahaja. Bahagi-bahagi kerja, naik atas pulak tengok lauk. Dok usha jam dalam masa yang sama. Berdebar-debar je. Ayam percik 1st trip dah masak. Kurma besar, Gulai rebung dan sup kaki lembu tengah dok mendidih. Tengok jam lagi. Uishhh dah nak pukul 9 pagi. Ais batu tak sampai-sampai. Apa lagi memang saya bising la. Dah la tak familiar dekat sini mana pulak nak cari ais. Panggil Abah, sekali Abah kata dah order nanti lori ais sampai. Hehehe. Abah lagi cekap kot. Tepuk dahi sendiri. Kata Abah sebelum pukul 10 pagi dia orang sampai. Menawaf Dayah ni dari khemah ke khemah lain. Pusingan U. Tempat masak dekat level 2. Naik turun tangga nak angkat lauk. Memang memang boleh kurus kalau hari-hari macam tu. Dengan sebutir nasi pun tak jamah, aiyaq pun seteguk dak. Sampailah pukul dekat pukul 4 petang, baru makan. Masa itu memang dah ponat den. Masing-masing memang dah penat sangat. Mana taknya, tetamu mai serentak, dan waktu itu memang-memang kecoh kejap kita orang. Abah dan mama balik homestay mandi dan rehat. Tinggal kita orang ni ha. Tak sampai seminit lauk habis. Tak sampai seminit jelatah habis, lauk tak apa lagi memang dalam periuk cedok je la kan. Tak mau serve lauk sejuk memang sentiasa di panas. Jelatah pula memang buat kendian. Buat habis buat habis. Pergh, waktu tu rasa ini yang makan hulk ke apa? Sebesan buat habis. Rupanya depa mai serentak. Fuhh, budak-budak yang jaga bawah masing muka dah tampak penatnya. Beratur orang nak ambil makan. Jammed kejap. Mujurlah paklong ada order sampingan. Moi Sup utara. Nasi pun masa inilah nak habis. Rupanya bukan habis orang semua serbu nasi minyak. Nasi minyak habis kelam kabut depa dok tanya nasi minyak. Tepuk dahi. Nasi putih tak mau makan lah pulak. Lepas ini kena bagi suggestion dekat Abah, kalau order come from pahang kena make sure 100% cooked Nasi Minyak. Memang tak laku or else kena bagi cadangan 90% Nasi Minyak 10% sahaja Nasi putih. Kalau di KL pula ramai yang ambil nasi putih berbanding flavored rice. Terbalikkan. Tapi itulah observation saya selama setahun ini.

Orang bandar lebih gemar order lauk-lauk kampung dan di luar bandar, ordernya pasti lauk "kawin" trend yang berbeza. Seronok pulak study trend makanan. Macam boleh tukar kerjaya. Hehehe. Buat study pasal makan. Hahaha.

Lepas habis majlis, berkemas-kemas pula kami. Kelmarin dengan dua biji lori, hari ini cuma sebiji lori Abah yang hampir sama besar trelar. Pernah try bawa, tapi bawa kedepan dan reverse sahajalah. Tak berani beb. Panjang sangat tak pandai nak agak ruang. Kalau lori merah Abah tu memang dah selamat Dayah bawa, hantar lembu lagi tu. Hahaha. Memang nak sengaja tempah bahayakan. Kalau tiba-tiba ada Polis kan naya. Huhuhu. Lepas ini saya nak ambil lesen lorilah. Macam satu keperluan pula, senang kalau Abah minta tolong nanti. Nak harapkan Abg. Ally, alamat lama lagilah. Kenalah, buat sementara tunggu dia besar. Nak cari driver? Macam susah sangat. Sebab kerja multitasking tak ramai yang minat. Kebanyakkan pekerja sekarang terlalu demand dan mahu kerja mudah. Kalau ada siapa-siapa yang rakan / sedara mara ke perlukan pekerjaan dengan lesen memandu kenderaan berat boleh contact saya ya. Kerjanya memang multitask. Bukan setakat bawa lori tapi kena buat benda lain termasuk electrical work. Tak tahu tak apa akan di ajar. Haaa.. siap buat iklan free dekat sini. But serious, kesian tengok Abah, dialah bos, dialah driver. Sampai bilakan dia nak bawa lori. Sesekali biarlah dia mengurus sahaja. Tapi yang saya tak gemar ini, kalau bagi orang pegang sure terabai maintenancenya. Sebab pekerja selalu menganggap itu bos punya tak payah kisah. Rosak dia yang bayar. Haisshh sikap yang harus di buang semua pekerja. Apa sahaja amanah di pegang harus di jaga seperti hak sendiri. Kerana itu di namakan amanah. Kena ingatkan diri kerja itu amanah.

Dah ke pemandu lori dan Amanah pula Dayah ni kan. Hehehe. Selalu melalut. Ok la.. terlalu panjang berjela-jela entri penat saya ni sampai korang yang baca pun penat samakan? hehehe. .. jumpa lagi nanti.

D_Y_H
Best hari ini saya tinggal kerja yang berlonggok-longgok di kepala dan melepak makan ais krim sedap sambil membaca di taman botani. Best! Hilang sekejap tekanan kerja. Puas sgt bila tolong makayah sendiri, walau penatnyaaa.. tuhan sahaja yang tahu. Sampai sekarang bahu terasa terlalu sakit bila di gerakkan. 

0 comments: