Kelebihan membayar zakat sebelum 31/12/XX

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Tunaikan tanggungjawab kalian ya.
Rukun Islam ke-3. Menunaikan Zakat.
10 hari lagi.

Jangan lupa tunaikan.
Tapikan kawan-kawan, kalau kita bayaran secara bulanan lebih mudah.
Dan kewangan kita lebih terancang.
Tak percaya cuba laksanakan.
Saya sudah.

Jadi matlamat 2012, yang kalian boleh letak "Bayar Zakat secara konsisten setiap bulan" dan kenapa perlu bayar zakar sebelum 31/12/2011? Tahu tak kenapa? 

Pasti ramai yang tahu bukan? Bagi yang tidak tahu, meh Dayah nak habaq mai. Bila kita bayar Zakat pendapatan 2011 pada tahun 2011, kita akan dabat 100% rebate untuk untuk cukai pendapatan. UNTUNG BERGANDA-GANDA. Buat apa bayar cukai banyak-banyak. Betul tak? Baik bayar zakat. Kenapa? Kerana Zakat membersihkan harta sekaligus membersihkan hati. Dan mengingatkan kita pada yang kurang berkemampuan.

Ada seseorang pernah berkata pada saya, 

Bayaq buat apa dekat pusat zakat itu? How sure are you they salurkan pada orang-orang yang betul?

Garu kepala saya kejap, haish macam-macam manusia ini dengan perangsaka. Kerana manusialah manusia rosak. Namanya Fardhu, bayarlah. Kenapa perlu di risau? Itu amanah pusat zakat untuk menyalurkannya ia kepada golongan yang wajib menerimanya. Kalau ia bocor? Tanggungjawab, mereka mengkajinya kenapa, kerana itu amanah dan tanggungkawab mereka mentadbirnya dengan penuh jujur. Kalau mereka terlepas di dunia dan PASTInya di akhirat mereka tak akan terlepas. 

Alangkah indahnya dunia tanpa prasangka. Bagi saya mudah, bayar pada pusat zakat kerana bayarannya mudah. Setiap bulan saya hanya perlu transfer dan beberapa hari kemudian resit pembayaran akan di hantar. Dan saya juga boleh melihat ke arah mana duit zakat di salurkan. Panjang pula bebelan saya ini kan? Hehehe. 

D_Y_H
Selamat berzakat kawan-kawan. Jangan buat-buat lupa ya^^

3 comments:

ui2u said...

Test

ui2u said...

Does it mean we have to contribute to two channels; income tax and zakat every month? then will get the rebate next year after zakat receipts submission to LHDN? right?

ui2u said...

Test