Kalaulah hidup ini hari-hari manis macam madu

Assalmmualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Gambar : GOOGLE
 Alahai manisnya madu, tapi kalau bermadu?
Pastinya Indah jua kalau kena gayanya [cakap orang tidak ada pengalaman.. hehehe.. jgn marah ek]

Bayangkan kalau hidup kita ini hari-hari manis macam madu. Manis yang saya maksudkan di sini sentiasa ceria, gembira dan tenang tanpa rasa sedikit pun pahit. Bagaimana agaknya kan. Tenanglah dunia kalau manusia semua merasa perkara yang sama. 

Alangkah manisnya........
Hidup tanpa gelisah di hati
Hidup tanpa rusuh di jiwa
Hidup tanpa dendam di sanubari
Hidup tanpa sekelumit amarah

Andai hidup itu seperti itu. Aduhai, aman dan senang lenang kita di dunia. Tapi ia tidak mungkin terlaksana kerana kita sentiasa ada kekurangan yang membuat diri kita sering berfikir yang macam-macam dan bukan-bukan. Perkara mudah kita ambil terlalu berat manakala perkara berat kita ambil ia terlalu mudah. Macam mana itu? 

Sudah cetek benarkah permikiran kita? Sudah pastinya tidak, silapnya kerana akal di beri hanya mampu di letak di pangkal lutut tidak di guna sebaiknya. Membuat sesuatu dengan terburu-buru.

D_Y_H
Hidup biar di hurung lebah kerana manafaatnya jangan kerna lalat kerana bau busuknya.

0 comments: