Hanya kerana aku seorang wanita

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Picture: Google
Huh!
Seriousnya topik. Wanita memang penting, semua setuju dan yakin tidak ada siapa pun tidak setuju dengan saya. Kecuali dia tidak percaya kenapa Allah atau tuhan mencipta wanita. Kenapa wanita penting?

1) Wanita adalah IBU. Tanpa ibu siapa kalian? Dari IBUlah lahirnya wanita dan juga lelaki. Cuma manusia yang suka melawan hukum tuhan sahaja yang bisa mengandung? Benar, pernah berlaku. Tapi proses kelahirannya tidak sama seperti jikalau dia seorang wanita. Itulah kelebihan ciptaan Allah. 
2) Wanita adalah NADI. Pernah dengan saya pepatah yang bunyinya begini, disebalik kejayaan seorang lelaki itu berdirinya seorang wanita. Percayalah! Kalau tidak isterinya pun pasti ibunya. Sokongan dan dorongan wanita inilah pengerak kepada kejayaan seorang lelaki itu. 


3) Wanita adalah BUNGA hati. Wah! Tapi kita bukan tumbuhan seperti bunga tetapi wanita ibarat bunga. Harumnya, bisa memikat si jejaka. Cantiknya, cairlah hati yang melihatnya. Tapi ada juga bunga yang tak cantik? Macam mana tu? Ha, tak cantik tak bermakna tak berfungsi. Ada, contohnya Bunga Tahi ayam (eh cantiklah Dayah? erkk) khasiatnya boleh merawat sakit kepala, kencing manis dan darah tingga serta asma. Bagaimana? baca di sini

Saya menulis bukan kerana hari ini hari Wanita. Cuma mahu berkongsi, jangan hanya dia atau hatta saya sendiri seorang wanita, kalian memandangnya lemah. Oh tidak!! Kami bukan golongan lemah. 

Lembut kami ada kerasnya. 
Lembut kami ada degilnya.
Lembut kami ada batasnya. 

Dan hanya kerana aku seorang wanita, bimbinglah kami dengan bijaksana dan Rasulullah s.a.w pernah berpesan,

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik" Dari Abu Hurairah r.a.

D_Y_H
Pagi meeting.. petang meeting... kerja hari ini meeting je la.. babaii...

0 comments: