Bila mood rajin itu kembali.. macam tora datang lagi^^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hari ini berjaya buat PER tapi sebenarnya tak aci. Sebab tak record yang sebenarnya. Haishh, tipu betul la. Iye. Iye tengok makaihh senangnya mengisi benda alah ini. Sekali. MasyaAllah salah isi dong. Aduh. Tepuk dahi dah beberapa kali. Ada ingatan di situ jikalau terdapat penipuan akan di kenakan tindakan displin. Oh my my! Saya yang terburu-buru record achievement tanpa melihat objective yang belum di isi. Haisshhh. Kena geledah juga web ACCA ni kang. Balik-balik received internal error. Bilalah nak baik. Kembalilah ke asal. Dah berdebar-debar ini. Record time done. Tapi the details not yet. Hadoii. Risaunya. 

Petang tadi, angin taufan mana yang melanda diri Dayah, entahlah. Aktiviti mengemas rumah yang dah lama di tinggalkan di mulakan semula. Zaman sekolah menengah dulu memang tak ada bibik. Ada kejap tak ada kejap. Makanya Dayah memang suka sangat kemas laman rumah. Cabut segala jenis rumput-rumput, huh jangan harap rumput itu nak bersenang-senang lenang nak hidup. Dan saya gemar cuci longkang rumah. Haishh apa ke hobinya si Dayah ini. Tapi bila mama balik dari kedai sahaja mesti dia komplen ini kotor ini tak bersih :( (pembulikan mama ni ;P hehehe). Padahal dari tingkat atas sekali ke bawah rumah di cuci calit bersih. Longkang atas rumah memang tak ada langsung lumut. Saya memang alah tengok benda hijau itu. Tapi setelah ada bibik, memang tak kuasa nak layan itu kerja bibik. Pernah tegur pernah suruh. Nampaknya tak ada seorang pun bibik yang cermat. Dan bukan Dayah untuk menegur semua itu. Memang tak kuasa. Bibik patut tahu, dinding yang selalu terdedah pada air memang akan cepat naik lumut. Dia cuci tapi masih ada kesan. Dan ada pula yang buat dek sahaja sampai kena tegur baru jalan.

Terbaru, sampai dah naik rumput. Haishh, apa lagi kerja lama yang memang terlalu lama yang saya tak buat saya buat. Keluar dari pagar rumah. Bukan tingkat bawah, tapi tingkat atas sekali. Mujur saya ini tak ada rasa gayat. Dah jadi rumput carpet. Haishh, kata bibik. Saya takut. Logik. Tak apalah bibik, saya berani. Salah sendirilah sebab ada bibik semua pun bibik yang kena buat. That my bad attitude. Dah ada orang buat memang saya tak sentuh dah. Naik atas rumah pun boleh bilang dengan jari. Sebulan mungkin sekali sekala. Now, often. Hari ini sahaja sudah masuk kali ke-5. See, bagus bibik tak ada. Tapi kesian pula dengan mama. Yerlah kalau kita orang sibuk memang tak kuasalah nak naik ke atas. Saya pula jenis suka cuci tapi tak suka melipat. Satu lagi sikap no no no. Kalaulah ada mesin melipat mahu saya beli. Dan pe'el mama ini pula. Dia suka benar basuh tangan. Dulu, back 2 years ago. Dia merungut kata mesin basuh rosaklah penat cuci tanganlah. Bila dah beli cuci tangan juga pilihan beliau. Mama siapalah ini. (dan pagi ini sahaja, mama buat kejutan. Balik sahaja dari menghantar rombongan. Dia boleh naik atas terus cuci baju? Walawei. Terkejut. Dan tak ada sehelai pun baju tinggal dalam mesin dan semua dah lipat. Dayah cuma ingat mama kata, bangun long sembahyang dan pagi-pagi dah bau sangat enak. Bling bling dah mata ini. Kekeke)

Dek kerana hari ini terlebih rajin. Maka tercabutlah segala rumput dan tumbuhan meliar. Tujuan asal cuma mahu mencuci garaj kereta sahaja, sekali ternampak musuh ketat (rumput meliar) apa lagi cabut. Dengan tanah2 dan akar2 sekali saya cabut. Lepas itu, ada satu tahap kemas pokok bunga mama dan saya cantas daun langsir dia. Kak Angah larang dan kata habislah kau long balik mama nanti sure dia bising. Susah payah dia bela. Lepas itu Abah pula tegur, Siapa punya kerja buang daun langsir mama kau ini. Kak Ngah dah tunjuk direct pada saya. Hehehe. Sengih macam kerang busuk sahajalah. Dah terlanjur tangan. Saya memang semak tengok daun serabai itu. Memang kena cantas laa. Konfem mama bising 7 hari 7 malam. Huhuhu.. Kena sedia kapas banyak-banyak ini. Hehehe. Rumah saya adalah juga pokok2 lain. Semua kerja mama. Bukan anak2nya. Walaupun rumah kami terlebih penduduk wanita. Tapi segalanya hasil kudrat mama. Dulu, rumah tak ada langsung pokok bunga dan pada suatu petang. Sedang Dayah sibuk duduk mencuci sampah dalam longkang, makcik along sebelah rumah tegur.

Hai Long cuci longkang. Acik tengok rumah kau ini sekuntum bunga pun tak ada. Orang dulu selalu kata, kalau rumah tak ada tanam bunga maknanya tak adalah anak perempuan dalam rumah ini.

Susah betul nak cerna kata-kata makcik itu. Dan esoknya, dek kerana di sekolah saya sedang sibuk dengan aktiviti taman angkat. Maka berangkatlah saya pulang dengan ros jepun. Tumbuhan yang paling senang tumbuh dan cantik. Maka bermulalah aktiviti menanam ros jepun. Keliling rumah saya tanam. Dan petua melebatkan ros jepun senang sahaja, air siang ikan itu siram. Lebatlah ia nanti dan subur tumbuhnya. heeee. Sejak itulah, saya pun cakap dengan mama.

Kan dulu mama suka tanam orked, macam rumah lama. Lawa. Apa kata mama tanam orked. Tanam ya mama. 

Hehehe. Padahal, saya terkenang kata makcik sebelah rumah. Logik juga katanya, selepas tinggal di asrama memang saya tak pandang langsung bunga-bunga. Semalam saya terfikir untuk mulakan semula projek bunga. Wink. Wink. Wink. Port dah nampak. Tinggal mahu beli serba sedikit kelengkapan. Oh ya, saya belum lupa aktiviti bercakap dengan pokok yang saya tanam. Dan semalam, walaupun pokok meliar itu saya tak tanam. Saya cakap dengan dia,

Awak saya kena tebas awak taw. Jangan marah ya. Sikit sahaja, tak sakit. Awak tumbuh di tempat yang salah, saya terpaksa buang awak.

Dan sebaik sahaja saya cakap. Berkerumun semut merah yang besar dan gatal menyerang. Geram betul. Terus ridset saya hala. Last sekali suruh Aten dan Seri yang buat. Dia tak kena pun. Saya cantas2 sikit. Dah tak berani nak kacau dia lagi. Lepas dah selamat sebeban pokok meliar itu baru saya berani cabut left over daun-daun. Lega. Dan aktiviti mengemas semalam saya tak sendirian, semua adik-adik saya turun padang. Hehehe. Bagus. Siap bergambar di lorong Jakarta. Hahaha. Ini istilah yang Seri beri. Tak pernah Dayah lihat lorong belakang rumah di senja hari. Cantik dan serupa lorongan di Jakarta. Oh I missed Jakarta. Rasa nak terjah Jakarta lagi.

D_Y_H
Kebas otak berfikir. Rehat sekejap. 

0 comments: