Bahagia sampai anak cucu?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Semoga berbahagia ke anak cucu.

Itu antara petikan ucapan selamat pengantin baru dan kita acap kali ucapkan samaada dalam bentuk tulisan mahupun pertuturan. Betul tak?

Sangat jarang kita jumpa, orang ucapkan begini.

Semoga berbahagia sehingga ke syurga abadi. 

Picture: Google
Cuba cari pernah terima/beri? Mungkin pernah tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Kenapa? Sebab terlalu kebiasaan dan mungkin kotak fikiran kita hanya terfikir sampai situ. Dayah tertanya-tanya juga, adakah di sana nanti dia tidak akan bersama dengan suami/isterinya yang sama ketika di dunia fana ini? Dan tidak mahukah bersama dengannya lagi? 

Persoalan yang pelik saya yang selalu saya fikirkan. Tapi tidak salah, kalau itu kemahuan kalian kenapa tidak doakan. Titipkan tiap hari moga si dia menjadi pendamping anda di syurga nanti, Amin. Moga-moga di makbulkan. Seorang ustazah saya kenali dan ikuti cerita hariannya, selalu berharap yang si suami adalah suaminya di sana nanti. Jadi saya rasa fikiran saya tidak salah. Dan bukan kerana ustazah itu sahaja, tetapi kerana jika perasaan kalian kuat mengata sedemikian Teruskan titipkan kata-kata tersebut, Amin. Moga berbahagia sehingga ke syurga.

Eh, Dayah... heee heee heeee... tak ada kena mengena antara hidup atau pun mati ya. Jauh sekali terpalit cerita ini dengan Dayah ek. Saya menulis kerana bertanya dan kebetulan sempat saya sembang dengan kawan saya yang ingat rock la sangat rupanya. Makaihh malu den. Ilmu penuh di dada. Sudahlah Dayah dok sibuk ber "den" .. "den" last last dia tanya hang orang nogori ke? Hah! Nganga. Hehehe tak pun. Dia pun punya fikiran yang sama seperti saya. Dan siap suggest, lepas ini jangan lupa bagi ucapan yang lebih baik kerana cakap itukan doa. Baik. Saya praktikkan pun. Hehehe.

Kadang-kadang benda kecil pun kita nak jadikan issue kan? Bukan apa, Islam itu kan the way of life. Kena tidak di amalkan. Dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara. Aishh, saya rasa bahagia menulis saat ini.

Oh yaa.....
Buat bakal pengantin...

SEMOGA BERBAHAGIA SAMPAI SYURGA, AMIN. 

D_Y_H
Eh, bahagianya saya hari ini. Walaupun 2 kali kena serang dengan boss hahaha. Alah, dah kebal kata orang lama. Kekekeke. Next week sahaja peluang saya ada. Agaknya berhasil tak? Haishh semua orang dah mula bising. Saya taw saya lembap! Haaa.. ambik kau. Memang itu yang patut saya dapat. Lembap! Suka tangguh. Now... yooo beb its my 4th yrs! Babai.... 

0 comments: