Slider

Friday, December 30, 2011

Boleh saya senyum sampai langit cerah @____@^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

What else I can say, 
I'm happy for today. 
Alhamdulillah. 

It is a long journey.... macam kabur dengan masa depan sendiri... 
Walau dah besar panjang pun. Hehehe.. 
Bertambah besar dan besar. Hahahaha. 
Bila entah nak kecil? 

Dayah oi... 
Kerja makin hari makin banyak...
Hutang kerja dengan Abah memang tak berusik. 
Haishh.. paling regretted!

Tahu tak? Bila dah seharian di office balik memang saya tak langsung pandang benda lain, walau saya tersangat perlu lakukan ia. That what I feel for the whole of this month! Teruk betul. Paling-paling pun cuma novel yang Dayah ambil dan habiskan. I hope next month which is in 2 more days, angin tak betul ini boleh berubah. I want start and end with something good. 

January a such short month! and lots of reporting nak siapkan. Wish me luck! and I think I should find a material for another P paper! I think I gonna take audit paper lah. Still not sure what to take la... no idea.. blurrr.. look detail of Costing paper... makkkaihhhh.. ini memang jawabnya rebus 1000 buah buku costing pun tak tawlah membantu ke tak. Susah! See belum start dah mengeluh! What a negative thinking la kan. No no no. Tak baik. 

My boss always remind me, 

"Dayah .... know your limits"

Yes boss and I know your limit too bosss..... (cari pasallah humban file yang mmg sah2 tak tahu apa lepas tu join boss attend meeting!) Positif bila kena marah dengan boss. Hehehe. Tapi sebelum itu membebel dulu la. Hahaha. Geram kadang-kadanglah. Tapi sedar diri, dah salah mengaku salahlah kan. 

Dan hari ini saya nak senyum sampai langit cerah............................. gembira taw... awak taw tak saya gembira sangat-sangat! Thanks boss! 


My hope for everyday!

D_Y_H
Ahh nak senyum sahaja... walau ahboss minta paperwork by 4pm! Dang...... makan dulu... sikit lagi nak habis... positif. positif.. positif....

Wednesday, December 28, 2011

Berteman tisu

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

[Sungguh! Entry suka-suka di waktu di uji sedikit sakit. Moga cepatlah beralih virus ini]

Alo alo alo...
Hang pasai apa?
Sob Sob Sob...
Bukan sedih aihhh.. hidung beraiyaq... mata pun beraiyaq sama..
Haishh kena virus!
Dushhh...

This morning, meeting duduk pula dekat dengan orang demam.
Hah... rasakan. 2 Malam lepas dah sok sek sok sek.. pagi dia kebah.
Ni dah beraiyaq.. hayoo.. suam-suam dah suhu badan ini.
Terkejut dengar boss punya announcement ke Dayah?
Hahaha.. tidaklah .. serabut adalah.

"Dayah we have to start next week" the moment he said next week. Bulat mata Dayah terus.
"Just kick-off meeting" aisehh. Kick-off ke.. kingkong ke.. sama je ahboss...
Deliverable by Feb'12. Ahbos! Dammm! Berapa banyak reporting bulan February da.
Juling-juling2.

Hopefully cepatlah baik. Fan pun buka 1 je ni. Tak sanggup buka habis.
Sudahlah malam ni, sejuknya makaihh sampai tulang rasanya.
Hidung pun dah merah-merah.. macam hapa je.. euuwww..

D_Y_H
ohh image google! Oh, semalam kawan saya pesan minum air suam banyak-banyak. Ha, tips tu. Tapi hari ini dah 2 gelas air sejuk saya minum.. hahahaha.. sorry awak. Mungkir janji.. kekekeke. haaa.. masa inilah teringin nak drink jambu batu. Ya Allah.. ketegaq!

Saya rindu awak, awak rindu saya tak?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

[AH_M: Cerita itu cerita Ah_M ... bab ke berapa sudah? herm.. masih sedikit. Belum di sambung. Putus-putus idea yang muncul. Ah_M yang kelam-kabut dan banyak buat salah itu susah nak bayang. Tapi manusia itu wujud. Deeb tak perfect pun. Tapi dia perahsia. Ah, lumrah. Psst. Lelaki sebenarnya perahsia!]

DON'T COPY PLEASE! It's MINE!


**********************************************************************

Bab: RAHSIA, saya rindu awak taw!

Ah_M: Awak...
          Awak...
          Awak...

Tarik nafas, bayang wajah dia dalam-dalam...

Ah_M: ahh peritnya.

Ah_M: Awak...
          Kenapa saya tak boleh bayang wajah awak pun?

Deeb: Awak ini kelakarlah, awak mana pernah tengok muka saya secara dekat.

Hahahaha. Sama-sama gelak.  

Deeb: Kenapa perit? Awak bayang muka siapa tadi? 

Ah_M: Hehehe. Idaman saya. Hehehe.

Deeb: Ciss. Bukan saya la tu kan?

Hahaha. Sama-sama gelak.

Ah_M: Awak, esok ada kuliah subuh nak ikut?

Deeb: Hahahaha.. buat lawak ek. Awak beribu batu jauh. Kuliah subuh mana awak nak jumpa saya?

Ah_M: Dalam mimpi saya, selamat malam penyelamat.

*********************************************************

Hehehe. Nak sambung menulis tapi malas! Hahaha..

D_Y_H
Naifnya! Deeb masih cuba berahsia. Sampai kapan pun Ah_M takkan tahu siapa Deeb. Kenal cuma waktu terdesak itu dan mereka terpisah lautan kerana tuntutan kerjaya.

Hanya kerana aku seorang wanita

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Picture: Google
Huh!
Seriousnya topik. Wanita memang penting, semua setuju dan yakin tidak ada siapa pun tidak setuju dengan saya. Kecuali dia tidak percaya kenapa Allah atau tuhan mencipta wanita. Kenapa wanita penting?

1) Wanita adalah IBU. Tanpa ibu siapa kalian? Dari IBUlah lahirnya wanita dan juga lelaki. Cuma manusia yang suka melawan hukum tuhan sahaja yang bisa mengandung? Benar, pernah berlaku. Tapi proses kelahirannya tidak sama seperti jikalau dia seorang wanita. Itulah kelebihan ciptaan Allah. 
2) Wanita adalah NADI. Pernah dengan saya pepatah yang bunyinya begini, disebalik kejayaan seorang lelaki itu berdirinya seorang wanita. Percayalah! Kalau tidak isterinya pun pasti ibunya. Sokongan dan dorongan wanita inilah pengerak kepada kejayaan seorang lelaki itu. 


3) Wanita adalah BUNGA hati. Wah! Tapi kita bukan tumbuhan seperti bunga tetapi wanita ibarat bunga. Harumnya, bisa memikat si jejaka. Cantiknya, cairlah hati yang melihatnya. Tapi ada juga bunga yang tak cantik? Macam mana tu? Ha, tak cantik tak bermakna tak berfungsi. Ada, contohnya Bunga Tahi ayam (eh cantiklah Dayah? erkk) khasiatnya boleh merawat sakit kepala, kencing manis dan darah tingga serta asma. Bagaimana? baca di sini

Saya menulis bukan kerana hari ini hari Wanita. Cuma mahu berkongsi, jangan hanya dia atau hatta saya sendiri seorang wanita, kalian memandangnya lemah. Oh tidak!! Kami bukan golongan lemah. 

Lembut kami ada kerasnya. 
Lembut kami ada degilnya.
Lembut kami ada batasnya. 

Dan hanya kerana aku seorang wanita, bimbinglah kami dengan bijaksana dan Rasulullah s.a.w pernah berpesan,

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik" Dari Abu Hurairah r.a.

D_Y_H
Pagi meeting.. petang meeting... kerja hari ini meeting je la.. babaii...

Wordless Wednesday (4): LIFE

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Source: Tumblr
D_Y_H
L.I.F.E - LIVING - in way of - ISLAM - FINANCE - life with - ECONOMIC- way.

[my hope]

Tuesday, December 27, 2011

Syahdunya

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hati saya Syahdu waktu ini.
Sudah acap kali saya ulang video ini dan ternyata.. jiwa merintih hiba..


Semalam saya bersembang dengan seorang teman.
Tanya dia, apa awak nak buat kalau Rasulullah s.a.w. ada sekarang?
Katanya, saya nak ikut Rasulullah s.a.w berperang.

Hehehe. Dah agak itu jawapan dia. Saya pun nak ikut juga. Tapi saya setuju dengan video itu lebih.
Lalang tak? Hehehe.

D_Y_H
Enjoy the video ya.
Sweat! Tapi lega. Kalaulah makin bertambah.. makin peninglah mengurus kewangan!
Behave Dayah! Behave!
Planned it well!

Monday, December 26, 2011

Just listen to preview Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

I just listening to preview Album Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun. His voice makin matang! Indeed dulu kena beliau melalui UNIC. Now cuma mengikuti beliau melalui twitter sahaja. Kematangan lahir dengan banyaknya usia dan pengalaman kita. Betul tak?

I just listen, dah melonjak mahu membeli. Buat koleksi. Sedap! Dan Dayah yakin lepas ini mulut kita lebih terkumat kamit dengan zikir dari lagu-lagu yang menghayalkan minda kita, betul tak? Cuba dengar ini, Dayah yakin ramai lagi yang akan setuju dengan pandangan saya. 


Ha... macam mana kawan-kawan. Tertarik tak? Moga kita mendidik jiwa kita lebih baik. Hari-hari berzikir kepadanya untuk kebaikan kita juga. Nampaknya esok saya akan mencarinya. Harap-harap tidak susah untuk mendapatkannya. InsyaAllah.

D_Y_H
Hari inikan saya dah tak malu nak jogging dekat luar. hahaha. Pemalu taw saya ni.. ahahaha. Tapi.... suku jalan dah berjalan.. tak apa.. tak apa.. perlahan2 lama2... menjadilah.. bayangkan baby dan datin dah 400 meter ke depan... Dayah.. haaaa.. jauh kena tinggal. Hehehe.. depa tu 60kg lebih kurus dari saya taw.. berat tak saya? Beratkan. Tgk semangat biggest loser tambah semangat. Tambah berfikir kalaulah Allah tak beri masa lama lagi buat saya kesian pula orang yang mahu menguruskan jenazah saya nanti. Jadi untuk hidup lebih sihat dan berbakti kenalah saya rajin. Yer kata Datin, Kak Long hang kena rajin. RAJIN! Baiklah baby! InsyaAllah. Sokongan kalian sgt berharga.

Very significant FINDING

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Significant yang saya maksudkan not in term of $$ no no no. Definitely NOT! Big NO. But significant for life. Yooo.. lama dah kot FINDING ini saya taw. Tapi tak taw pasai apa, I still take a RISK continue with what I do? 

I just have no idea, why I kept this to be happen to me for quite about 2 decade! Yooo! Lama kot. 20 years bebeh. Macamlah saya tua sangat kan. But almost 3 decade dah kot.Tiba-tiba macam malas nak sebut dah. Dah jelak dan muak. Hasilnya tak juga ada.

Tapikan tak boleh mengalahkan? Cuba harus cuba. Tegas harus tegas. Lagu mana nak buat itu? Haishh susah susah pikiaq rasa nak humban dalam kawah. Biaq masak. Satu benda dok kusut dalam kepala ini pasai 2 pilihan paper. Hadussss.. macam susah je semuanya. Tiba2 rasa macam budak form 4 bengap otak gua! Hayoooo.

Oh, FINDING yang satu tu dah lama REPEAT entah bila nak RESOLVED ntah? Kalau masuk audit committee meeting ni, sure dah kena sound siap dapat Warning letter. Hahaha. Ruginya diri sendiri baiii. Oh, I heard someone hate this word ;P hehehe. I just love it. Tapi betullah, dalam hidup ini pun memang akan jumpa FINDING. Bukan FINDING NEMO okay!

Finding setiap individu itu berbeza-beza. Ada yang suka FINDING itu ada yang benci FINDING itu. But what else you can do. FINDING is still a FINDING until you find an action to resolve it. I'm not taking about audit finding here. It's about your life FINDING. Day to day FINDING. Well, hidup tak lepas dari PENEMUAN! Sama ada ia baik atau tak baik, you have to accept the fact. If wrong then prove it. IT IS WRONG.

And my significant FINDING? Not wrong, the fact is I need to find tune to resolve this. Malas pun ada tapikan, sikap yang Allah bencikan. Sebabnya ada hadith Rasulullah s.a.w dari riwayat muslim,

"Orang mukmin yang lebih kuat disisi Allah dan lebih di kasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); 

oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; 

dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” 

Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” 

Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan"

Jadi tak mo malas-malas sangat. Buruk padahnya. Hasilnya 2 decade tanpa satu pun perubahan. Haishh.  Dan tak mo ada "kalau-kalau" syaitan akan bersorak gembira. Melonjak-lonjak, lepas itu FINDING itu sampai bila tak berkesudahan. 

D_Y_H
Oh my..my.. my... hungrytooooo baiiiyaaaa..  

After 51 days

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Picture: Google. Thanks


Yeah, it is 51 days... according to Luna Calender.

Tak taw nak kata apa dah.. speechless.

Eh... 1500ml untuk malam ini.

Mari cuba menghabiskan.

Oh air.. sedapnya.. [terapi minda.. heeee.. ucapnya berkali2.. insyaAllah sengalanya mampu]

D_Y_H
Oh tak faham tak apa... saya perlu lebih banyak air untuk process menyah..., nyah.. nyah.. hahahaha.. macam best layan Diva.. tiba-tiba rasa nak jadi DIVA.. kelasss kau Dayah! hahaha...

Saturday, December 24, 2011

We are family - mengimbas kenangan gegelung besar

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Picture : All from Google

Nampak sahaja Kajol masuk gegelung gergasi tu, terus teringat saat pertama dan kedua ketika gegelung itu saya pernah lalui. Dan kedua-duanya memberikan impak besar dalam hidup saya. Tak boleh benci gegelung itu, tapi harus berterima kasih dengan gegelung gergasi itu. Kalau kita rasa ada kita malang, cuba perhati keliling malangkah kita?Ada lagi susah .. sukar... teruskan kehidupan supaya kerana hidup kita singkat.

Saya pinjam kata-kata Maya, 

"Saya cuma ada masa silam, tapi awak ada seluruh masa hadapan dengan mereka"

It's really touch story for me. 





Cute!


Dayah sangat suka lakonana Kajol dari dahulu lagi, dah lama tinggalkan cerita-cerita hindustan hee ni. Sejak muncul artis-artis baru, kurang rasa untuk menonton tambah dengan nilai timur yang makin di tinggalkan. Semuanya nak barat sahaja. Bosankan. Biarlah orang barat nak jadi barat. Kita yang timur ini kenapa lupa diri? Kalau dah rambut itu hitam nak di karatkan dengan pewarna yang bukan bahan semula jadi dan untuk jangka panjang akan merosakakan rambut nak buat apa? Lepas itu, saya kadang-kadang keliru. Eh dia ni, kejap hitam, kejap biru, kejap merah, esok karat pula? Kreatif!

Sikap pelindung seorang Ibu jelas dalam watak Kajol. Emosi juga saya menonton cerita ini. Tes tes tes. Di sahkan kena Kanser Servik. Siapa pun yang berada pada tempat Maya (Kajol dalam cerita ini) pasti terlalu sedih. Anak-anak yang masih kecil dan pastinya sangat perlukan ibu mereka. Mula-mula dia dapat tahu dan dia sendiri menghadap berita itu memang buat saya sedih sangat. Sebab dia dah berpisah dengan suaminya dan sudah pun mempunyai kekasih. Terus terbayang-bayang dunia ini sendiri tidak ada siapa-siapa. [ohh drama queen la hang ni dayah! hahaha]

Dan nilai timur itu masih wujud, bila Maya memberi gelang, rantai kepada Shreya. Hadiah untuk anaknya Aaliya bila berkahwin nanti. Dan Maya sentiasa sayang dan cintakan suami dia Aman, cincin perkahwinannya dia beri pada Aaliya. Cincin itu cantik!

Oh yes, this moment!
Dan cerita ini ajar kita hidup ini kita tak boleh tamak dan hidup kita tak selamanya. Sampai masa kita akan pergi jua. Sentiasa bersedia dan hadapi dengan tenang dan ceria.



Cantikkan Kajol! Cantik dia lain dari Karena. Karena nampak cantik dan manja, tipikal mixed blood face. Itu kata Dayah la. Mixed blood selalu cantik. Dan Kajol cantiknya local. Dia manis, tegas, dan saya suka senyuman lebar dia. Dan dia jenis pendam. Haaaa.. saya bukan ahli nujum ... hehehe cuma pendapat. Siapa setuju dengan saya? I love to see Kajol more on screen. Dengarnya ada new film, Kajol berlakon dengan Shah Rukh Khan.. ohhhh I love to see them.

D_Y_H
Cerita ini benar-benar buat saya emosi.

Kuih kuih kuih

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

[Amaran: Cuma omelan kosong seorang yang patah kakinya. ]

Otak saya ligat dok fikir nak buat kuih?
Hahahahaha.. serius saya paling failed!
Fail!
Di ulang fail buat kuih-kuih ini.

Hang bagilah kuih apa pun memang tak reti baiii.
Haish rindu pula pada UMS.
Seriously, I miss UMS!
Kalau duduk sana, waktu patah kaki macam ini saya tetap tak patah kaki.

Dengan SAA saya akan laju sahaja ke ODEC. Yeah, that my fav place.
Suka perhatikan matahari jatuh. Cantik sangat.
Suka perhatikan air laut.
Suka perhatikan ketam-ketam kecil celah-celah batu.
Ahh.. indahnya.


Hermm, yah ... just wait for the sunshine.
Gelap je dekat luar ini.
Hermm, kuih apa yang senang?
Macam nak buat je.
Nak buat kek macam malas.
Sejak jadi scone hari itu terbantut kejap. hahahaha.
Tak putus asa lagi.
Dayah tengah nak belajar formula yang betul.
Itulah susahnya saya ini, suka try2..

Kuih apa yang sedap ek?
Nak ajak baby dgn Datin keluarlah...
Tak buat kuih beli kuih pun jadilah.. heeeeee

D_Y_H
Kuih.. kuih kuih...

Saturday yang patah kaki

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Patah kaki ku.
Tak bisa bergerak kiri mahu kanan.
Cukup culas berfikir.

Tengok LI macam-macam di rancang di kotak fikiran tapi tak boleh di tunaikan.
Haishhh. Sabar. Sabar. Sabar.
Tiba-tiba rindu gym
Hayoo.. beberapa hari nak pergi tertungak-tunggak.
Makin kosong saya rasa.
Macam ayam masak merah tak bercili.

D_Y_H
Buku2 masih bersusun dari 3-nov sampailah laaaa.. diam tak berkutik. Haish.

Friday, December 23, 2011

Bahagia sampai anak cucu?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Semoga berbahagia ke anak cucu.

Itu antara petikan ucapan selamat pengantin baru dan kita acap kali ucapkan samaada dalam bentuk tulisan mahupun pertuturan. Betul tak?

Sangat jarang kita jumpa, orang ucapkan begini.

Semoga berbahagia sehingga ke syurga abadi. 

Picture: Google
Cuba cari pernah terima/beri? Mungkin pernah tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Kenapa? Sebab terlalu kebiasaan dan mungkin kotak fikiran kita hanya terfikir sampai situ. Dayah tertanya-tanya juga, adakah di sana nanti dia tidak akan bersama dengan suami/isterinya yang sama ketika di dunia fana ini? Dan tidak mahukah bersama dengannya lagi? 

Persoalan yang pelik saya yang selalu saya fikirkan. Tapi tidak salah, kalau itu kemahuan kalian kenapa tidak doakan. Titipkan tiap hari moga si dia menjadi pendamping anda di syurga nanti, Amin. Moga-moga di makbulkan. Seorang ustazah saya kenali dan ikuti cerita hariannya, selalu berharap yang si suami adalah suaminya di sana nanti. Jadi saya rasa fikiran saya tidak salah. Dan bukan kerana ustazah itu sahaja, tetapi kerana jika perasaan kalian kuat mengata sedemikian Teruskan titipkan kata-kata tersebut, Amin. Moga berbahagia sehingga ke syurga.

Eh, Dayah... heee heee heeee... tak ada kena mengena antara hidup atau pun mati ya. Jauh sekali terpalit cerita ini dengan Dayah ek. Saya menulis kerana bertanya dan kebetulan sempat saya sembang dengan kawan saya yang ingat rock la sangat rupanya. Makaihh malu den. Ilmu penuh di dada. Sudahlah Dayah dok sibuk ber "den" .. "den" last last dia tanya hang orang nogori ke? Hah! Nganga. Hehehe tak pun. Dia pun punya fikiran yang sama seperti saya. Dan siap suggest, lepas ini jangan lupa bagi ucapan yang lebih baik kerana cakap itukan doa. Baik. Saya praktikkan pun. Hehehe.

Kadang-kadang benda kecil pun kita nak jadikan issue kan? Bukan apa, Islam itu kan the way of life. Kena tidak di amalkan. Dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara. Aishh, saya rasa bahagia menulis saat ini.

Oh yaa.....
Buat bakal pengantin...

SEMOGA BERBAHAGIA SAMPAI SYURGA, AMIN. 

D_Y_H
Eh, bahagianya saya hari ini. Walaupun 2 kali kena serang dengan boss hahaha. Alah, dah kebal kata orang lama. Kekekeke. Next week sahaja peluang saya ada. Agaknya berhasil tak? Haishh semua orang dah mula bising. Saya taw saya lembap! Haaa.. ambik kau. Memang itu yang patut saya dapat. Lembap! Suka tangguh. Now... yooo beb its my 4th yrs! Babai.... 

Bahagianya ..........

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Bahagiaanyaaaaa.... and It is Friday!

Source: Tumblr

May Allah blessing us.
Selamat Menunaikan Solat Jumaat buat semua muslimim.

D_Y_H
Pagi-pagi angin salju telah mula menampar pipi. Kalaulah semuanya indah... ohh bahagaianya.

Thursday, December 22, 2011

Ahaaiii.. Mee Rebus D haiii senangnya dalam hati^^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Tengok tajuk pun tahu, saya senang hati. Hehehe. Apa taknya, hilang kempunan mahu mee rebus. Tahu kenapa? Sebab saya berjaya memasaknya dalam tempoh sejam. Yeahh.

Mula-mula jejak pintu rumah memang kecewa sangat-sangat kot. Geram, nak marah. Arghhh! Stress terus dah lah, dari office tadi terus sahaja ke NSK. Laju-laju beli barang yang di katakan tidak ada. Sekali balik, hampeh punya Tiah. Hambikk kau, geram punya pasal memang kena bebellah. Dia pula keluar. Haa.. memang sahaja cari pasal. Mujur ada Datin dengan baby. Dia oranglah mangsa, kerah tenaga dia orang pergi ambil barang. Lepas satu satu. Ada juga barang yang tak ada. Arghhh! Geram lagi. Apa lagi nampak abang baru dah siap mandi dan hensem.. hahaha.. kembang hidung dia yang sedia kembang tu. kekekeke. Apa lagi suruh dia pergi beli. Main tarik talik jugalah dia. Puas pujuk barulah dia mahu. Thanks abang. Kalau tak, memang tak menjadilah. 

Godek-godek.. ketung ketang sorang-sorang, tak lama lepas tu. Angah and Sri Mai... apa lagi. Kerja celur mencelur, goreng mengoreng itulah yang di minta bantu. Bahan lain saya dah sediakan. Dan akhirnya... taraaaaa....


Hohoho.... jadi juga akhirnya..
Sengih sampai telingalah. Hehehe.. suka suka suka. 
Alhamdulillah. Kelmarin tidak tercapai hajat mahu berpulut, ikan masin or ikan kembung dengan kepala parut. Mujurlah hari ini dapat. Mama and Abah baru sahaja pulang, hoyehhh.. Dah boleh request .. kuang kuang kuang. Baby tadi dah request dengan mama, laksa. holoh holoh.. nama pun baby. Sure esok lusa mama buat.

D_Y_H
ohh senangnya dalam hati......

Craving for Mee Rebus!!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Gambar: Google

Teringin sangat kot!
Ayoo............ terus inbox tiah sediakan 16 bahan untuk di masak apabila pulang nanti...
Haaaaa... Dayah memang unpredictable.
Tiba-tiba sahaja craving....
ohhh my stomach dah kok krek kok krekkkkk..

D_Y_H
Babai...... kalau rajin esok saya share apakah terjadi mee rebus... atau saya yang di rebus? hahahahaha... kalau mommy ada boleh je request.. haishh sibuk nak bercuti sokmo .. kan dah kena berdikari.. 

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday (3): Apa ada cantik dan kedudukan?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Picture: Tumblr
D_Y_H
Mulakan hari dengan bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah. Moga terus menjadi amalan.

Tuesday, December 20, 2011

Kelebihan membayar zakat sebelum 31/12/XX

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,


Tunaikan tanggungjawab kalian ya.
Rukun Islam ke-3. Menunaikan Zakat.
10 hari lagi.

Jangan lupa tunaikan.
Tapikan kawan-kawan, kalau kita bayaran secara bulanan lebih mudah.
Dan kewangan kita lebih terancang.
Tak percaya cuba laksanakan.
Saya sudah.

Jadi matlamat 2012, yang kalian boleh letak "Bayar Zakat secara konsisten setiap bulan" dan kenapa perlu bayar zakar sebelum 31/12/2011? Tahu tak kenapa? 

Pasti ramai yang tahu bukan? Bagi yang tidak tahu, meh Dayah nak habaq mai. Bila kita bayar Zakat pendapatan 2011 pada tahun 2011, kita akan dabat 100% rebate untuk untuk cukai pendapatan. UNTUNG BERGANDA-GANDA. Buat apa bayar cukai banyak-banyak. Betul tak? Baik bayar zakat. Kenapa? Kerana Zakat membersihkan harta sekaligus membersihkan hati. Dan mengingatkan kita pada yang kurang berkemampuan.

Ada seseorang pernah berkata pada saya, 

Bayaq buat apa dekat pusat zakat itu? How sure are you they salurkan pada orang-orang yang betul?

Garu kepala saya kejap, haish macam-macam manusia ini dengan perangsaka. Kerana manusialah manusia rosak. Namanya Fardhu, bayarlah. Kenapa perlu di risau? Itu amanah pusat zakat untuk menyalurkannya ia kepada golongan yang wajib menerimanya. Kalau ia bocor? Tanggungjawab, mereka mengkajinya kenapa, kerana itu amanah dan tanggungkawab mereka mentadbirnya dengan penuh jujur. Kalau mereka terlepas di dunia dan PASTInya di akhirat mereka tak akan terlepas. 

Alangkah indahnya dunia tanpa prasangka. Bagi saya mudah, bayar pada pusat zakat kerana bayarannya mudah. Setiap bulan saya hanya perlu transfer dan beberapa hari kemudian resit pembayaran akan di hantar. Dan saya juga boleh melihat ke arah mana duit zakat di salurkan. Panjang pula bebelan saya ini kan? Hehehe. 

D_Y_H
Selamat berzakat kawan-kawan. Jangan buat-buat lupa ya^^

Hi beautiful!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hi beautiful,
Jangan la pandang belakang mahu pun kiri atau pun kanan.
Awaklah yang cantik ^^

Morning to all,
My wish for today is to complete all my outstanding work.

Yesterday, my boss said apa taw.. "dah la banyak keje"  ahah, baru dia realize agaknya. Yes, I do have lots of work to do. Itu pun nak suruh siapkan within a month. Tak jatuh rahang di buatnya. Kalau saya mmg free tak pe ahboss, bagilah banyak mana pun work. InsyaAllah, I will do within the period. Di sebabkan tak mahu di persalahkan atau di persoalkan, saya kata dekat dia "I do have listed co. files to review. That my priority 1st. Then other 3 branches. Then only I can give my full concentration to drafting sop" 

Fuh, macam lega bila terus terang macam itu. Memang tak puas hatilah orang tua tu. hahaha. I said, "I just being realistic" wohh macam tak caya. Selamba sebatlah, kalau tidak karang macam-macam bunyi pula. Hahaha. Tak apalah, sana dah berkokok sini dah berkokok. So, speed up work. Speed up work. Speed up work.

And hari ini saya nampak semuanya cantik. Hehehe.
Dan kalian juga semua cantik sangat. Tak caya cuba pandang cermin. 
Cantiknya!
Diri kita anugerah illahi yang tak terhingga cantiknya!
Hargai kecantikan yang kalian ada. 
Jangan merungut taw. 
Jangan lebih-lebih dalam mencantikan diri!
Kerana, kecantikan luaran cuma pinjaman sementara yang akan tanggal.
Dan yang tinggal cuma roh. 
Bersederhana dalam bercantik.

Dan suka saya berpesan pada diri dan awak..awak semua, pesan Rasulullah s.a.w dalam hadith Bukhari, 

"Apabila kamu melihat seseorang di kurniakan dengan kelebihan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan"


Picture: GOOGLE

Yah, I agreed! Be happy continue completing work. Yeah babe, awak.. awak pun taw. Tak mo stress. stress. Hadap, tarik nafas perlahan-lahan. Bismillah dan teruskan bekerja. Oh, sudah hampir 6.30 pagi. Bersiap dahulu ya. Mahu segera ke client office. 

Psst: Guys! Don't forget to tell your mom or your sister or your wife or your fiance or your "special" friend that there are soooooooo beautifuuuuuuul today!

D_Y_H
Cantiknya awak. Awaklah, yang sedang membaca ini. Bersyukur, alhamdulillah.

Monday, December 19, 2011

Sakit kepala yang menjadi-jadi

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hari ini dah tak moody dah. Dah kembali kepada mood bekerja sepenuhnya. Pagi-pagi lagi bangun sahaja (celik mata) ohh, ada meeting. Terus teringat attendance list lupa print. Ah, sudah! Nasib baik bawa balik 7 column. Ah, manualkan sahaja. 



I'm totally agreed! Allah sentiasa ada sebab di sebalik setiap kejadian. Acap kali bertanya-tanya pun belum tentu jawapannya hadir. Sampai satu tahap, tidak perlu bertanya lagi. Kebijaksaan kurniaan illahi buat kita selesaikan ia segera dan kadang-kadang "kebodohan" manusia juga buat ia tertangguh tanpa selesai dan menyesal sendiri. 

Dan sakit kepala ini tak ada kaitan dengan sebarang kebijaksanaan mahupun kebodohan siapa-siapa hatta diri sendiri pun. Sakit yang di cari sendiri, kalau tidurnya tidak nyenyak janganlah bermimpi rehatnya cukup. Tak gitu. Mata lelap tapi kotak fikiran tidak pernah berhenti berfikir. Terus bekerja dan membuatkan diri tidak bermaya keesokkannya. Dan esoknya masih sama, kebijaksanaan yang di kurnia tidak di guna sebaiknya. Haish. Can, I call this day is black. 

I'm blank. Adakah masih mamai? Tapi sudah tengah hari. 

D_Y_H
Haaishhh, rupanya ubat sakit kepala adalah minuman sejuk. Lega sedikit gelegak di kepala. Tapi masakan sampai sehari suntuk nak mengadap air sejuk yang tak berkhasiat ni!!!

Sunday, December 18, 2011

Saya ingat saya sorang je moody

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Saya ingat saya sorang je moody tak kena gaya. Rasa nak hempuk semua benda ada depan mata. Nak kata kawan baik nak datang, tak juga. Cuma moody sungguh. Ada sahaja yang tak puas hati. Itulah kalau hati tak tenang, banyak hutang. Hutang kerja, hutang wang ringgit, hutang mengaji. Serba serbi hutang, alihnya hidup pun moody. Hehehe.Itu belum kira hutang dengan Allah. Allah. Allah. Allah. Rasa nak sepak diri laju-laju. 

Haishh, moody sungguhkan. 
Tapikan, hari ini saya pun jumpa orang yang sama moody. Mula2 ingat belum masanya dia senyum, iyerlah belum masuk dewan. Rupa tak rupa pengantin, macam tetamu datang. Tapi kenapa pakcik tu senyum sampai telinga? 

Oh dialah pengantin. Saya buat tak kisah sahaja, sebab maklum keluarga pengantin sudah tiba. Hidangan di meja VIP masih belum saya selesaikan. Terkecoh-kocoh masuk semula ke dewan isi bubur, isi kuih-kuih dan perhatikan meja VIP lengkap ke tidak. Jalan ke depan ke belakang. 

Tak lama, pengantin pun duduk di meja beradap. Alah, muka dia tak manis pun. Tegang sahaja. Tak lama lepas tu, menunduk. Aihh, kenapa ni? Panic sekejap. Saya pun sibuk sama nak tahu kenapa. Tetamu mungkin tak ramai sedar. Rupanya kena serang asthma. Mungkin sebab itu dia moody. 

Lain pula dengan saya ini, tak ada asthma pun nak moody juga ke Dayah? Hahahaha. Bukan begitu, saya moody sebab lapar. Kekekeke.

D_Y_H
Memang lapar sangat kot. Babai. Nak pergi cari makan. Dapur rumah lupa di asapkan lagi. Heeee

Saya ada impian, awak pun kan?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 


Saya ada impian dan awk pun samakan. 
Dan semua manusia punya impian. 
Moga impian awak semua tercapai. 

Impian saya? Sukar untuk di capai tetapi tidak mustahil untuk di capai. 
Impian saya? Impian yang sama seperti orang lain impikan.
Impian saya? Cuma saya rasa ia terlalu berat di capai
Impian saya? Kalau tidak di dunia biarlah di sana nanti.

Itu impian saya jua. Kata orang macam putus asa. Tidak. Bukan berputus asa, cuma realistik dalam kehidupan. Andai itu bukan takdir dunia, biarlah harapan itu ada di sana yang kekal abadi. Takdir manusia sudah tentu berbeza-beza. Dek kerana cemuih dengan itu dan ini, kadang-kadang impian saya cicirkan saya dan tidak lalu berusaha hatta memikirkannya sekali pun.

Tapikan awak, jangan jadi macam saya. Teruskan kalau impian itu murni. Saya sedang cari semangat menguatkan diri supaya saya dapat mimpikan itu realiti. Kadang-kadang bercakap lebih mudah dari menunaikan. Itu realiti kehidupan. Dan kerana marah kan sesuatu juga buat kita jadi culas meneruskan impian. Kerana rasa itu cuma sia-sia. 

Awak jangan terpengaruh dengan kata saya. Sebab saya realistik. Saya tahu kemampuan saya tahap itu. Saya tak mampu kejar impian yang satu ini. Kerana saya tidak cukup senjata dan bagai rebah menyembah bumi tatkala mula berimpian itu. Mungkin juga impian itu salah.

D_Y_H
Impian yang perlu dilupakan bukan impian tapi angan-angan kosong. Baik lupakan. Positifkan diri, berfikir semula relevan atau tidak punya impian tersebut? Tiba teringat Prof. Rindu sangatlah dekat prof rock, bangga dapat anak didiknya.

Wednesday, December 14, 2011

Sedikit kecewa tapi berhasil

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Wake up in the morning, saw the clock. OMG, I'm late. Damm! Kek tak buat lagi. Itulah kalutnya saya, walau di buka mata tapi malas kemalasan. Tapi kerana sudah berjanji maka terpaksalah paksa diri untuk segera bangun, berkemas dan mengabdi diri dahulu. Kemudian baru boleh bermula tugasan lain.

Mujur kedai dah buka. Cari telur dahulu. Bahan lain semua ada, kecuali 6 biji telur. Kalau terlalu awal saya bangkit mesti lagi parah kena tunggu kedai. Cari segala kelengkapan baking. Mana pula penyukat! Ah, waktu inilah dia nak main sembunyi-sembunyi. Kata orang jangan buat kerja dalam keadaan malas dan marah-marah nanti hasilnya tidak baik. Tenang. Tenang. Tenang. 

Tak jumpa. Tak apa. Guna sudu pun jadilah, maka bermula process Vanilla Walnut Cupcakes saya. Walau akhirnya turn ke seakan-akan Scone! Arghh! Kecewa betul. Merawat kecewa dengan krim dan kitkat yang sedia dalam kepala. Masa menyukat tepung sudah di ramal bakal berkesudahan begini. Tapi tetap di teruskan. Haishh salah siapa? Sendiri jawaplah kan. Salah diri sendiri. Tak mengapa, next time saya akan olah resipi tersebut. Dek kerana saya belum mahir dengan ramuan kek sebenar memang ada sahaja up and down rasanya. Tak macam mama, pejam mata pun kek dia tetap sedap. Bayangkan dah berbelas tahun dia tak buat kek pelangi, masih bila mama buat dengan kelembapan dan rasa yang masih sama. Dulu kalau mama nak hijau mesti dia blend daun pandan. Sekarang tak payahlah kan, anak-anak semua jenis pewarna makanan pun ada. hehehe. Maklumlah, mai sahaja cuti sekolah kalau tak ada kenduri kawin memang tak sah. Oleh itu tempahan katering abah tak kurang sibuknya juga. Setiap minggu kek yang terhidang mesti berbeza-beza. Ini pula hasil cupcake resipi baru yang saya tidak oleh sedikit pun,

Less than 1 hours cupcakes.. memang kelam kabut betul Dayah rasa. Semua gara-gara lambat

The Foods
 





Dan di atas ini semuanya adalah rakan-rakan sekerja Dayah dari 4 department yang berlainan. 

D_Y_H
Ohh damm malasss.. 

Tuesday, December 13, 2011

Selamat Ulang Tahun Datin^^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

It's Datin Birthday, today!
13-December-1995.
Mama kata dia keluar lambat sehari. 

See how she's growing from very plummpy baby to very thin girl now (not really thin, but much better in size if compare with me la ;P hahaha)



Aina or lebih kami panggil dengan nama Datin. Why Datin? A lots of story behind, biar kami sahaja yang tahu. Hehehe. Next year dah nak SPM sama-sama dengan Abang. So All the best my dear. I promise you if you could good result than it is a token  for you to another step. Kalau result teruk than, sendiri mau ingat pilihan pun kurang. Which one you want? Ada pilihan atau tidak ada pilihan? Well, all in your hand. 

If you really want to be an Accountant, insyaAllah I'll guide you. Easy dan jangan ambil masa lama macam aku. My journey is still far. But you, if start doing it dengan tabah dan sabar in 6 to 8 years will get your CA. Nampak jauh tapi sebenarnya tak. Start from now. 

D_Y_H
I'm so damm sleepy right now. Wanna have some nap before continue baking cuppies cakes. Flavor baru yang belum pernah di buat. Hopefully turn well. Ohhh.. dammm sleepy. 

Datin, seronok tak kena mandi kunyit? Kekekekeke... itu kawan-kawan hang punya kerja. Kami tak terlibat ;P hahahaha

Lega tapi bimbang

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Lega tak terkata. 
Tapi bimbang tetap menyelubungi diri. 
Syukur sangat topic yang di aim masuk. 
Cuma kurang yakin, mungkin kerana serba serbi last minute. 
Terima seadanya. 

Masih teringat cerita seorang Lecture yang mengulang beberapa kali sehingga naik give up dan berserah dan ternyata usaha berserahnya itu membuah hasil. Cerita beliau motivasi pada diri sendiri, jangan mudah mengalah.

Esok dan hari-hari seterusnya pastinya lebih banyak tugasan tertunggak menanti untuk di lunaskan. Berat pula rasa nak galas semua tanggungjawab yang ada. Mengah dan sesak. Tapi kurusnya tidak jua. Hahahaha. 

D_Y_H
Terlalu berat dah mata ini. Perlu tenaga untuk esok hari.

Monday, December 12, 2011

Terasa TEPU macam TEBU

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

TEPU macam TEBU.
Bagus kalau TEBU ada manisnya.
Yang Dayah rasa kini, ada pahitnya.
TEPU sungguh kotak minda.

Berhenti menyambung Ah_M, susah rupanya mengarang tanpa hati.
Harus mencari Jiwa.

Akan berjuang beberapa jam lagi.
Redha sebelum perjuangan tamat?
Tidak mungkin.
Masih ada beberapa jam, minit dan saat untuk kalih minda
Supaya lebih stabil.

Iya minda saya kurang stabil
Sehingga buat kali pertama pergi
Bersama kurung biru.

Ahh, biru tandanya aman, nyaman dan baik-baik selalu.
Harapnya keputusannya juga biru.
Putih itu tandanya suci.
Tanda fikiran suci tanpa di kotori anasir lain.

Dan menanti esok?
Dengan penuh debaran.

D_Y_H
Menyesak minda dengan pelbagai perkara dan paling di banggakan PER sudah mulai di tulis cuma ada sedikit kesilapan yang perlu di betulkan segera. Dan membetulakn PER_M, oh sungguh tak sabar memegang status baru. Ternyata tidak muddah tetapi tidak mustahil.

Saturday, December 10, 2011

Bila mood rajin itu kembali.. macam tora datang lagi^^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hari ini berjaya buat PER tapi sebenarnya tak aci. Sebab tak record yang sebenarnya. Haishh, tipu betul la. Iye. Iye tengok makaihh senangnya mengisi benda alah ini. Sekali. MasyaAllah salah isi dong. Aduh. Tepuk dahi dah beberapa kali. Ada ingatan di situ jikalau terdapat penipuan akan di kenakan tindakan displin. Oh my my! Saya yang terburu-buru record achievement tanpa melihat objective yang belum di isi. Haisshhh. Kena geledah juga web ACCA ni kang. Balik-balik received internal error. Bilalah nak baik. Kembalilah ke asal. Dah berdebar-debar ini. Record time done. Tapi the details not yet. Hadoii. Risaunya. 

Petang tadi, angin taufan mana yang melanda diri Dayah, entahlah. Aktiviti mengemas rumah yang dah lama di tinggalkan di mulakan semula. Zaman sekolah menengah dulu memang tak ada bibik. Ada kejap tak ada kejap. Makanya Dayah memang suka sangat kemas laman rumah. Cabut segala jenis rumput-rumput, huh jangan harap rumput itu nak bersenang-senang lenang nak hidup. Dan saya gemar cuci longkang rumah. Haishh apa ke hobinya si Dayah ini. Tapi bila mama balik dari kedai sahaja mesti dia komplen ini kotor ini tak bersih :( (pembulikan mama ni ;P hehehe). Padahal dari tingkat atas sekali ke bawah rumah di cuci calit bersih. Longkang atas rumah memang tak ada langsung lumut. Saya memang alah tengok benda hijau itu. Tapi setelah ada bibik, memang tak kuasa nak layan itu kerja bibik. Pernah tegur pernah suruh. Nampaknya tak ada seorang pun bibik yang cermat. Dan bukan Dayah untuk menegur semua itu. Memang tak kuasa. Bibik patut tahu, dinding yang selalu terdedah pada air memang akan cepat naik lumut. Dia cuci tapi masih ada kesan. Dan ada pula yang buat dek sahaja sampai kena tegur baru jalan.

Terbaru, sampai dah naik rumput. Haishh, apa lagi kerja lama yang memang terlalu lama yang saya tak buat saya buat. Keluar dari pagar rumah. Bukan tingkat bawah, tapi tingkat atas sekali. Mujur saya ini tak ada rasa gayat. Dah jadi rumput carpet. Haishh, kata bibik. Saya takut. Logik. Tak apalah bibik, saya berani. Salah sendirilah sebab ada bibik semua pun bibik yang kena buat. That my bad attitude. Dah ada orang buat memang saya tak sentuh dah. Naik atas rumah pun boleh bilang dengan jari. Sebulan mungkin sekali sekala. Now, often. Hari ini sahaja sudah masuk kali ke-5. See, bagus bibik tak ada. Tapi kesian pula dengan mama. Yerlah kalau kita orang sibuk memang tak kuasalah nak naik ke atas. Saya pula jenis suka cuci tapi tak suka melipat. Satu lagi sikap no no no. Kalaulah ada mesin melipat mahu saya beli. Dan pe'el mama ini pula. Dia suka benar basuh tangan. Dulu, back 2 years ago. Dia merungut kata mesin basuh rosaklah penat cuci tanganlah. Bila dah beli cuci tangan juga pilihan beliau. Mama siapalah ini. (dan pagi ini sahaja, mama buat kejutan. Balik sahaja dari menghantar rombongan. Dia boleh naik atas terus cuci baju? Walawei. Terkejut. Dan tak ada sehelai pun baju tinggal dalam mesin dan semua dah lipat. Dayah cuma ingat mama kata, bangun long sembahyang dan pagi-pagi dah bau sangat enak. Bling bling dah mata ini. Kekeke)

Dek kerana hari ini terlebih rajin. Maka tercabutlah segala rumput dan tumbuhan meliar. Tujuan asal cuma mahu mencuci garaj kereta sahaja, sekali ternampak musuh ketat (rumput meliar) apa lagi cabut. Dengan tanah2 dan akar2 sekali saya cabut. Lepas itu, ada satu tahap kemas pokok bunga mama dan saya cantas daun langsir dia. Kak Angah larang dan kata habislah kau long balik mama nanti sure dia bising. Susah payah dia bela. Lepas itu Abah pula tegur, Siapa punya kerja buang daun langsir mama kau ini. Kak Ngah dah tunjuk direct pada saya. Hehehe. Sengih macam kerang busuk sahajalah. Dah terlanjur tangan. Saya memang semak tengok daun serabai itu. Memang kena cantas laa. Konfem mama bising 7 hari 7 malam. Huhuhu.. Kena sedia kapas banyak-banyak ini. Hehehe. Rumah saya adalah juga pokok2 lain. Semua kerja mama. Bukan anak2nya. Walaupun rumah kami terlebih penduduk wanita. Tapi segalanya hasil kudrat mama. Dulu, rumah tak ada langsung pokok bunga dan pada suatu petang. Sedang Dayah sibuk duduk mencuci sampah dalam longkang, makcik along sebelah rumah tegur.

Hai Long cuci longkang. Acik tengok rumah kau ini sekuntum bunga pun tak ada. Orang dulu selalu kata, kalau rumah tak ada tanam bunga maknanya tak adalah anak perempuan dalam rumah ini.

Susah betul nak cerna kata-kata makcik itu. Dan esoknya, dek kerana di sekolah saya sedang sibuk dengan aktiviti taman angkat. Maka berangkatlah saya pulang dengan ros jepun. Tumbuhan yang paling senang tumbuh dan cantik. Maka bermulalah aktiviti menanam ros jepun. Keliling rumah saya tanam. Dan petua melebatkan ros jepun senang sahaja, air siang ikan itu siram. Lebatlah ia nanti dan subur tumbuhnya. heeee. Sejak itulah, saya pun cakap dengan mama.

Kan dulu mama suka tanam orked, macam rumah lama. Lawa. Apa kata mama tanam orked. Tanam ya mama. 

Hehehe. Padahal, saya terkenang kata makcik sebelah rumah. Logik juga katanya, selepas tinggal di asrama memang saya tak pandang langsung bunga-bunga. Semalam saya terfikir untuk mulakan semula projek bunga. Wink. Wink. Wink. Port dah nampak. Tinggal mahu beli serba sedikit kelengkapan. Oh ya, saya belum lupa aktiviti bercakap dengan pokok yang saya tanam. Dan semalam, walaupun pokok meliar itu saya tak tanam. Saya cakap dengan dia,

Awak saya kena tebas awak taw. Jangan marah ya. Sikit sahaja, tak sakit. Awak tumbuh di tempat yang salah, saya terpaksa buang awak.

Dan sebaik sahaja saya cakap. Berkerumun semut merah yang besar dan gatal menyerang. Geram betul. Terus ridset saya hala. Last sekali suruh Aten dan Seri yang buat. Dia tak kena pun. Saya cantas2 sikit. Dah tak berani nak kacau dia lagi. Lepas dah selamat sebeban pokok meliar itu baru saya berani cabut left over daun-daun. Lega. Dan aktiviti mengemas semalam saya tak sendirian, semua adik-adik saya turun padang. Hehehe. Bagus. Siap bergambar di lorong Jakarta. Hahaha. Ini istilah yang Seri beri. Tak pernah Dayah lihat lorong belakang rumah di senja hari. Cantik dan serupa lorongan di Jakarta. Oh I missed Jakarta. Rasa nak terjah Jakarta lagi.

D_Y_H
Kebas otak berfikir. Rehat sekejap. 

Thursday, December 8, 2011

Malasssssssssnyaaaaaaaaa

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Malas. Malas. Malas.
Lama tidak bersenang-senang begini.
Nak membaca tersangatlah malas.
Terlalu malas.
Terasa mahu baring di langit.

Tanpa gangguan
Tanpa bising
Tanpa suara
Tanpa siapa-siapa.
Cuma diri sendiri
Menilik diri dan rehat tanpa gangguan
Tapi tak mungkin.
Kalau ia berlaku pun pastinya 7x7 perlu di tempah

Argh!
Apa tunggu lagi.
Harinya makin hampir
Dada belum ketat
Hati masih rapuh
Jiwa belum kental
Dan kotal ilmu masih terasa kosongnya!

D_Y_H
Apalah saya rapikkan ini?? Lagi saya berdebar-debar menanti hari lagi saya rasa terlalu malas! Dan benda "bodoh" saya lakukan lagi, berjimba sorang2 hahahaaha.. ok merepek. Bubaiiii.. saya mahu rajin sekarang tata.. moga di permudahkan segala urusan. Amin.

Tuesday, December 6, 2011

Kalaulah hidup ini hari-hari manis macam madu

Assalmmualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Gambar : GOOGLE
 Alahai manisnya madu, tapi kalau bermadu?
Pastinya Indah jua kalau kena gayanya [cakap orang tidak ada pengalaman.. hehehe.. jgn marah ek]

Bayangkan kalau hidup kita ini hari-hari manis macam madu. Manis yang saya maksudkan di sini sentiasa ceria, gembira dan tenang tanpa rasa sedikit pun pahit. Bagaimana agaknya kan. Tenanglah dunia kalau manusia semua merasa perkara yang sama. 

Alangkah manisnya........
Hidup tanpa gelisah di hati
Hidup tanpa rusuh di jiwa
Hidup tanpa dendam di sanubari
Hidup tanpa sekelumit amarah

Andai hidup itu seperti itu. Aduhai, aman dan senang lenang kita di dunia. Tapi ia tidak mungkin terlaksana kerana kita sentiasa ada kekurangan yang membuat diri kita sering berfikir yang macam-macam dan bukan-bukan. Perkara mudah kita ambil terlalu berat manakala perkara berat kita ambil ia terlalu mudah. Macam mana itu? 

Sudah cetek benarkah permikiran kita? Sudah pastinya tidak, silapnya kerana akal di beri hanya mampu di letak di pangkal lutut tidak di guna sebaiknya. Membuat sesuatu dengan terburu-buru.

D_Y_H
Hidup biar di hurung lebah kerana manafaatnya jangan kerna lalat kerana bau busuknya.

Padang broom ke brown, konfius den...

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hari opening sangat-sangat letih baiiii. Apa taknya buat opening, seawal 5 pagi dah start itu ini jalan sana sini, jumpa itu jumpa ini. Lari sana lari sini, sampai masuk cold room bersuhu -23 darjah calcius.. perghh! Gila baii. Sejuk giler kot! Punya nak sangat masuk, sanggup tu pilih item chill and frozen. Memang benar-benar Frozen! Keluaq cold room terus sejuk kaki tangan. Beku ais sat kaki. Basah kot kasut keje di buatnya. Hari ini disebabkan Branch Manager nak fly tomorrow terpaksa rush all work. Perghhh, saya tgk xy dah sangat letih. Kesian pula. Lynn memang dah demam dari 2nd day. Hari ini tambah demam pula si kawan. Risau memang risaulah, terfikir tiba-tiba mak dia tanya apa den nak jawab. Mesti di rindu sangat kat mak dia ini kan. 

Sebab dia penat sangat, Lynn tak join makan malam. Dayah berusaha cari Padang Broom. Nora yang bagi cadangan. Semalam ke Bayan Lepas. Hari ini memang tak lalu nak kesana. Walau nak merasa Char Kueh Teow. Tak apalah, tiba-tiba teringat Char Kueh Teow OSman.. perghh sedap! Dekat sini kata Nora, Sani Char Kueh Teow paling terbaik. Tak mencuba pun lagi. Tak berkesempatan. Thank you Nora, at least dapat juga ke 3 lokasi yang di cadang.

Lucunya, masa kami sibuk mencari di manakah padang Broom. Kami berhenti bertanya pada seorang hawker. Lama kot pakcik itu diam. Rupanya orang sini panggil padang brown. Eh betul ke? Ke pakcik tu sorang sahaja yang pelik? Apa-apalah kan. Rupanya padang broom tu cuma di sebalik jalan sana sahaja. Tidaklah jauh mana pun. Dayah ini memang tak tahu menahu dekat mana mahu di cari kedai makan. Balik-balik nampak nasi kandar. Muak. Mujurlah jumpa.

Satay Celop! Sedaaap!

Ini Wei Wei .. mula-mula ingat dia pendiam. Sekali mulut tak reti berhenti, nak tidur pun dia boleh bercakap. Dan paling kelakar, buat pertama kalinya dalam sejarah client mengurat auditor. Kekeke. Boleh tahan juga ini. Berani betul budak tu kan. Kami anggap gurauan sahaja.

Ini pula XY. Sama sahaja dengan WeiWei banyak mulut. Kalau tak dengar dia bercakap rasa kosong pula office tu. 

Poori yang sedap! Near Vistana Hotel, Kayu Nasi Kandar. Nak habaq mai, beratoq orang beli nasi kandar dia. Baru nak pendek que dia tambah lagi. Penyedapnya mungkin cili kering serbuk. Memang lain dari yang lain.

Pulang kami di lewat malam. Naik Ferry sat.

3 dara pinggitan, Lynn, XY and WeiWei

Nice kan?
Semalam dah exit meeting dengan Manager, tapi tak complete so today kena buat another round of meeting. Akhirnya kami pulang juga. 5 hari di Penang yang packed dengan kerja. Jalan-jalan cari makan sahajalah kami. Benda lain tak sempat nak buat. Dan sebelum pulang barulah kami taw, sepanjang Penang Road itu ada orang jual-jual jeruk, kuih tambun. Sabar sahajalah. Padahal kami tinggal sangat berdekatan.

Lupa pula nak habaq, kami menginap di Hutton Lodge. Tempatnya classic dan selesa. Harganya pun reasonable and compliment with breakfast. Dan kami sangat suka breakfastnya. Walau di ulang beratus kali. Bread with Strawberry jam and butter, 1 slice cake, coffee/tea and orange. Okay la kan.

Nak outstation lagi ke sini, agaknya bila? Tahun depan pula kita ya. Dayah suka jalan pulang kami. Saya memilih untuk menaiki ferry untuk pulang.

Tenang sahaja pemandangan dari laut.

D_Y_H
Makin berdebar-debar, harinya makin tiba.

Sunday, December 4, 2011

Kepenatan yang berbaloiii =.*

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Fuhhh, memang penat sangat! 
Pergi kelmarin saya drive, balik? Dengan tak ada kuasa nak lagi, Angah drive dan all the why out to KL tak sedar yang tidur. Itu tandanya saya memang penat terlampau.

Kelmarin sampai sahaja rumah paklong, tak tunggu apa dah. 
Nampak bunga, nampak pasu, nampak span, nampak baldi, cutter? Tak ada belasah la labu, patah pakai jari pun boleh ... hahaha.. memang slumber yaya. Barang-barang semua dah loading tersusun cantik je, khemah dah 12 terpasang. Pusing belakang ada lagi khemah, kira meja buffet. Kira meja VVIP dan siap dengan dome, mesti kerja Abah. Sebab lori dah Abah bawa dulu. Tinggal mama and other krew masih dalam bas. Although gerak sekali for surelah Dayah sampai dulu.. hehehe. Saya kan mana reti bawa 80-90 -100 or 120km.. more than that normally saya drive. Memang nak kena sekehkan. Hahaha. Tak pernah makan saman. Memang saya sangat suka speed. Entah perangai buruk siapa lah saya ikutkan?  Hehehe. [padahal perangai buruk sendiri.. heee]

Bunga kali ini warna putih, semua putih dapat from abang Seri. Banyak pula tu. 3 kotak orkid and bunga mcm rose tapi bukan rose, cantik tapi saya mesti bengang setiap kali nak arranged dia. Sebab dia lembik lepas tu bunga dia bukan macam bunga lain nak kembang. Tapi kalau kembang, alahaaaii kalah bunga-bunga yang lain. Sebab dia cantik tapi malu. Macam gadis melayu, hahaha. Memang jenuh, sebab kalau kita beli pun, mesti ada some part of the flowers tu akan rosak. So gubah dan pilih. Sampai sana pun dah pukul 10 something. Done 2 bouquet, bas sampai. Pergh lapar baiiii. Makanan semua dalam hilux yang saya bawa. Lupa bawa turun, hahaha xcited nak gubah bunga sangat. Hehehe.
Makan. Sambung semula. Saip semua buffet table and VVIP table, bunga masih banyak. Haiyaaa... apa lagi buat for all table. Tak ada dalam package pun. Tapi tak kisahlah, bunga banyak gubah sahajalah. Gubah setiap table with left over flower, 28 + 5 table, ini baru meja tetamu biasa. Rasakan. Habisnya siap mengubah pada jam 3.30 pagi. Haaa.. nak sleep tak kuasa. Abah bangun, dia pergi arrange balik semua meja-meja buffet. Sambung kemas-kemas meja and the arrangement bagai. Nak turunkan pinggan dan cawan memang tak kuasa dah. 1,800 pieces nak bawa turun? Memang cabut semua urat saraf kang, melamine dgn cawan kaca bukan ringgan. Biarlah lelaki-lelaki yang buat esok pagi. Tak kuasa nak bawa turun yang lain.

Jam almost 4 o'clock. Kena kejutkan mama and assistant. Haruslah suruh tiah and baby kejutkan. Kejutkan semua bangun. Lewat sikit, memang bakalan menyusahkan diri dan menyesal pun tak guna. Sebab orang sini makan pukul 10 pagi so by 9 kena pastikan dah siap.

Kami-kami yang belum tidur, ini buat keputusan mandi terus lebih baik. Mandi di awal jam 4 pagi, perghh sejukkk baiiii. Nak masuk rumah mak long, terjengkol kepala dekat dapur. Aikk mak long pun tak tidur lagi.

"aihhh, terkejut aku. Hampa ni" hehehe. Memang terkejut la orang tua itu. Dia duduk sibuk kemas rumah.
"Aku dok mengemaslahh, bersepah. Esok nak kenduri, malu orghang maii" mak long dah bebel. Comel je maklong ni. Dah jenuh kami tawaf rumah, nasib baik ada orang. Tiahlah punya pasal, katanya pintu kunci. Padahal dak pun. Cisss, penat je menawaf.

Selesai mandi, keluar dan jeng jeng jeng. Takkan nak tidur kan? Dah pukul 5 something. Tolong pula mama and bibik potong bahan2 moi sup. Mama pula suruh Dayah buat breakfast. Ni lemah ni. Rasakan, sekali.

"Mama.. siapa buat nasi goreng ni" kecoh giler budak ni, mahu juga kena sumbat bawang mulut tu. Makan je lah kan banyak mulut. Sebab saya dah taw, sure ramai nganga makan nasi goreng tu. Hahahaa. nasiblah ek. Abah beli cili api kampung, segengam je pun saya blend dengan nasi satu tong kot. Bukan sikit tu, satu tong nasi anggaran dalm 5kg++ la. Banyakkan? Tapi nak buat macam mana, pedaassss. Hehehe. Sorry adik-adik. Saja nak uji perut kalian di pagi hari ;P hehehe.

Baik sahaja lepas breakfast, maka bermula journey to khemah hehehe. Angkat barang ek. Bukan ringan-ringan. Tinggal pinggan, cawan kaca, air sirap tropika sahaja. Bahagi-bahagi kerja, naik atas pulak tengok lauk. Dok usha jam dalam masa yang sama. Berdebar-debar je. Ayam percik 1st trip dah masak. Kurma besar, Gulai rebung dan sup kaki lembu tengah dok mendidih. Tengok jam lagi. Uishhh dah nak pukul 9 pagi. Ais batu tak sampai-sampai. Apa lagi memang saya bising la. Dah la tak familiar dekat sini mana pulak nak cari ais. Panggil Abah, sekali Abah kata dah order nanti lori ais sampai. Hehehe. Abah lagi cekap kot. Tepuk dahi sendiri. Kata Abah sebelum pukul 10 pagi dia orang sampai. Menawaf Dayah ni dari khemah ke khemah lain. Pusingan U. Tempat masak dekat level 2. Naik turun tangga nak angkat lauk. Memang memang boleh kurus kalau hari-hari macam tu. Dengan sebutir nasi pun tak jamah, aiyaq pun seteguk dak. Sampailah pukul dekat pukul 4 petang, baru makan. Masa itu memang dah ponat den. Masing-masing memang dah penat sangat. Mana taknya, tetamu mai serentak, dan waktu itu memang-memang kecoh kejap kita orang. Abah dan mama balik homestay mandi dan rehat. Tinggal kita orang ni ha. Tak sampai seminit lauk habis. Tak sampai seminit jelatah habis, lauk tak apa lagi memang dalam periuk cedok je la kan. Tak mau serve lauk sejuk memang sentiasa di panas. Jelatah pula memang buat kendian. Buat habis buat habis. Pergh, waktu tu rasa ini yang makan hulk ke apa? Sebesan buat habis. Rupanya depa mai serentak. Fuhh, budak-budak yang jaga bawah masing muka dah tampak penatnya. Beratur orang nak ambil makan. Jammed kejap. Mujurlah paklong ada order sampingan. Moi Sup utara. Nasi pun masa inilah nak habis. Rupanya bukan habis orang semua serbu nasi minyak. Nasi minyak habis kelam kabut depa dok tanya nasi minyak. Tepuk dahi. Nasi putih tak mau makan lah pulak. Lepas ini kena bagi suggestion dekat Abah, kalau order come from pahang kena make sure 100% cooked Nasi Minyak. Memang tak laku or else kena bagi cadangan 90% Nasi Minyak 10% sahaja Nasi putih. Kalau di KL pula ramai yang ambil nasi putih berbanding flavored rice. Terbalikkan. Tapi itulah observation saya selama setahun ini.

Orang bandar lebih gemar order lauk-lauk kampung dan di luar bandar, ordernya pasti lauk "kawin" trend yang berbeza. Seronok pulak study trend makanan. Macam boleh tukar kerjaya. Hehehe. Buat study pasal makan. Hahaha.

Lepas habis majlis, berkemas-kemas pula kami. Kelmarin dengan dua biji lori, hari ini cuma sebiji lori Abah yang hampir sama besar trelar. Pernah try bawa, tapi bawa kedepan dan reverse sahajalah. Tak berani beb. Panjang sangat tak pandai nak agak ruang. Kalau lori merah Abah tu memang dah selamat Dayah bawa, hantar lembu lagi tu. Hahaha. Memang nak sengaja tempah bahayakan. Kalau tiba-tiba ada Polis kan naya. Huhuhu. Lepas ini saya nak ambil lesen lorilah. Macam satu keperluan pula, senang kalau Abah minta tolong nanti. Nak harapkan Abg. Ally, alamat lama lagilah. Kenalah, buat sementara tunggu dia besar. Nak cari driver? Macam susah sangat. Sebab kerja multitasking tak ramai yang minat. Kebanyakkan pekerja sekarang terlalu demand dan mahu kerja mudah. Kalau ada siapa-siapa yang rakan / sedara mara ke perlukan pekerjaan dengan lesen memandu kenderaan berat boleh contact saya ya. Kerjanya memang multitask. Bukan setakat bawa lori tapi kena buat benda lain termasuk electrical work. Tak tahu tak apa akan di ajar. Haaa.. siap buat iklan free dekat sini. But serious, kesian tengok Abah, dialah bos, dialah driver. Sampai bilakan dia nak bawa lori. Sesekali biarlah dia mengurus sahaja. Tapi yang saya tak gemar ini, kalau bagi orang pegang sure terabai maintenancenya. Sebab pekerja selalu menganggap itu bos punya tak payah kisah. Rosak dia yang bayar. Haisshh sikap yang harus di buang semua pekerja. Apa sahaja amanah di pegang harus di jaga seperti hak sendiri. Kerana itu di namakan amanah. Kena ingatkan diri kerja itu amanah.

Dah ke pemandu lori dan Amanah pula Dayah ni kan. Hehehe. Selalu melalut. Ok la.. terlalu panjang berjela-jela entri penat saya ni sampai korang yang baca pun penat samakan? hehehe. .. jumpa lagi nanti.

D_Y_H
Best hari ini saya tinggal kerja yang berlonggok-longgok di kepala dan melepak makan ais krim sedap sambil membaca di taman botani. Best! Hilang sekejap tekanan kerja. Puas sgt bila tolong makayah sendiri, walau penatnyaaa.. tuhan sahaja yang tahu. Sampai sekarang bahu terasa terlalu sakit bila di gerakkan. 

Friday, December 2, 2011

Preview Ombak Rindu

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

I just back from watching Ombak Rindu dalam versi filem. Memang lainlah dari Novel. Kenapa lain? Banyak scene dalam Novel pastinya tidak ada di dallam filem yang begitu pendek ceritanya. Tetapi ceritanya masih sama. Ada lah juga pelik sikit sebab intro tak sama pun dengan Novel dan ending juga bit difference. Watak Salleh pun tak wujud dalam filem ini, dalam novel ada. (cop! Salleh kan nama adik si Haris? Rasanya betul.. almaklumlah dah bertahun2 tinggalkan novel ni) dan kenapa tiba-tiba Izzah bertudung? Erkk, dalam novel rasanya tak bertudung.

Dan Wafiah, sahabat Haris tu pun wataknya sikit sangat. Kan?

Dayah memang layan cerita nilah!
Dan yang Dayah suka pastinya lagunya.


Tuhan tolong lembutkan hati dia..
Untuk terimaku seadanya..
Kernaku tak sanggup..
Kernaku tak mampu .. 
Hidup tanpa dia di sisiku..

and Chorus

Malam .. 
Kau bawalah rindu.. 
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian..
Selalu perasaannya....

Hujan bawa airmataku yang mengalir..
membasuh lukaku..
Agar dia tahu aku terseksa
tanpa cinta dia di hatiku..

Hanya mampu berserah...
Moga cahaya tiba.. nannti.. 

Tuhan tolong lembutkan hati dia...

Oh yeahh, Dayah tengah karaoke sorang-sorang. Mula dengar tak berapa, dah tengok filem terus suka dan terus suka. Hahaha. Oh ya, lirik lagu tu tak full, Dayah taip sambil nyanyi.. so sure ada silap mana-mana. 

Anywhere, I enjoy watching this movie. Maybe sebab saya suka novelnya, bit frust sebab lain sikit dari Novel but then, it is a film what we can expect. Tak kan depa nak humban semua scene novel masuk kan. Haruslah di olak sebaik mungkin supaya masih tidak lari dari cerita asal. Memang tak lari. Dan masih menarik perhatian saya untuk di tonton. Lokasi pengambaran menarik-narik belaka. Pastinya di Langkawi? Betul tak. Villa haris yang tepi laut tu, walaweeiiiii jatuh cinta terus. Rumah idaman tu. Atas bukit ada buaian some more... ohhh mannn.. nak satu! Bukan mudah. Mestinya mahal. [Oh dreaming!]

Gambar: Kosmo - Scene pertemuan semula Haris dan Izzah setelah di gantung tak bertali.
Suka tengok Maya pakai tudung, mudah-mudahan dia kekal bertudung. Amin. Tampak sangat cantik. 

Cantikkan?  - Scene kena gantung tak bertali.

Dan ini, waktu Haris balik kerja dan letih terus tertidur tanpa minum petang. Nice view.
Ya lahh, talking about house yang Izzah duduk ni tak sama dengan Novel, whereas novel Izzah di kurung di kondo. Bukan villa. Pandangan mengadap hills tak silap saya. Yang ini mengadap laut, yerlah di tenagah-tengah KL mana ada lautkan. Dan Izzah pakai kereta apa ntah Atos ek? Salah kot, whereas dalam novel dia bawa kancil. Tak silap. So here and there ada perbezaan. Bukan 100 peratus follow the novel. Tapi penceritaan yang sama.

Dan semua pelakon memang terbaikkkklah. I likeeee. 

D_Y_H
Saya dah sleepy. Dah dekat pukul 4 pagi, haruslah rehat untuk tenaga esok hari dengan tugasan yang masih menimbun. Buat yang belum membaca novel ini, boleh terus menonton supaya tak banyak mulut masa menonton nanti (macam Dayah, ada sahaja nak di cakapnya. Mujur sebelah fatin, dia pun layan je la agaknya ;P hahaha)