Saya rasa kecil tapi masih gemuk

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Tiba-tiba "saya kecil", oh agak mustahil. Terlalu mustahil. Tapi tidak mustahil ia terjadi. Hehehe. What I need is to believe in myself, I can do it. Which I can't now. Macamlah susah sangat. Dayah dah sampai stage ini, 


Yes, I reach this stage. Sudah lama dan terlalu lama. Obesiti. Ramai yang obesiti di Malaysia, kerana? 

1- Makanan dekat Malaysia terlalu makmur
2- Senang sangat nak dapatkannya, 24 hours.
3- Iklan bersepah-sepah tentang makan. Nafsu makan meningkat.
4- Kurang kawalan kendiri dalam diri.
5- Makan. Makan. Makan sampai lupa diri.

Tapi jangan salahkan faktor. Benar. Salahkan diri sendiri, kerana anda / saya tidak akan gemuk kalau anda / saya amalkan cara hidup yang sihat. Makanlah banyak mana pun kalau pandai seimbangkan ia. Perkara yang saya gagal laksanakan, walau saya sudah lama kenalpasti:-

1-Kurangkan makanan berprotein tinggi
2- Senaman. 
3- Tidur yang cukup, bukan asal nice example 4 hours a day. Tidur orang dewasa antara 6 ke 8 jam sehari.
4- Minum air masak secukupnya
5- Balance life. Cukup rehat, cukup bersuka-ria, cukup kerja, dan cukup ibadah. 


Dan saya kadang-kadang saya geram juga dengan orang yang perasan begini? Siapa setuju? ;P hahaha. Sudah-sudahlah rasa diri anda gemuk, yang penting rasa sihat dan paling penting kira BMI anda. 


Macam mana nak mengira BMI? Macam ini yang kawan-kawan:-

Body Mass Inderx (BMI) = Berat or Weight (Kg) / [Tinggi or Height (m) X  Tinggi or Height (m)]

Contohnya= Berat 75kg dan Tinggi 1.65m

               =      75
                 [1.65x1.65]
               = 27.5482

Dari hasil pengiraan di atas, di mana kategorinya? Sila rujuk di bawah:-
  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5–24.9
  • Overweight = 25–29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater

Ini bermakna, anda overweight. Jadinya? Kena terus berusaha untuk dapatkan berat yang normal. Selamat mengira dan selamat menjalani kehidupan yang sihat. 

Dan saya sedang bermimpi untuk mendapat semula backward weight yang saya hilang selama 18 tahun yang lalu. Saya mula menjadi sangat obesiti seawal usia 9 tahun ke atas. Bayangkan berapa lama sudah saya berhadapan dengan diri yang obesiti dan saya tak pernah terasa dengan ejekan, sebab dah immune.. hehehe. Semua itu cuma gurauan bagi saya. Jadi matlamat saya kini, saya mahu kecil. Mahu kecil. Kerana tahap obesiti saya melampau. 

Dan hari ini, saya rasa kekurangan 1cm. Mungkin kerana kurang mengambil makan malam yang terlalu lewat dan rajin minum air kosong dan tidur lebih awal (dari 1 pagi ke atas dan semalam 12.00mlm). Saya mahu cuba perlahan-lahan tidak mahu drastik seperti biasa, kerana ia tidak akan terjadi dan selalu GAGAL melaksanakan misi. Dan yang penting saya mahu kecilkan cyst. Walau sizenya tidak membimbangkan tapi saya perlu kecilkan ia. Kerana size is the matter of losing ovary / twisted ovary / ovari akan pecah dan bila-bila ia akan menganggu evolusi ovari. Banyak buruk dari baiknya. Saya perlu risau tentang ini. Sangat perlu. Dan ini adalah REMINDER buat diri saya sendiri. 

GAMBAR: Sumber GOOGLE

D_Y_H
Setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur, saya sudah mula mengambil segelas air kosong. Dan makan breakfast. Try to skip lunch, sometimes.

0 comments: