Padang broom ke brown, konfius den...

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Hari opening sangat-sangat letih baiiii. Apa taknya buat opening, seawal 5 pagi dah start itu ini jalan sana sini, jumpa itu jumpa ini. Lari sana lari sini, sampai masuk cold room bersuhu -23 darjah calcius.. perghh! Gila baii. Sejuk giler kot! Punya nak sangat masuk, sanggup tu pilih item chill and frozen. Memang benar-benar Frozen! Keluaq cold room terus sejuk kaki tangan. Beku ais sat kaki. Basah kot kasut keje di buatnya. Hari ini disebabkan Branch Manager nak fly tomorrow terpaksa rush all work. Perghhh, saya tgk xy dah sangat letih. Kesian pula. Lynn memang dah demam dari 2nd day. Hari ini tambah demam pula si kawan. Risau memang risaulah, terfikir tiba-tiba mak dia tanya apa den nak jawab. Mesti di rindu sangat kat mak dia ini kan. 

Sebab dia penat sangat, Lynn tak join makan malam. Dayah berusaha cari Padang Broom. Nora yang bagi cadangan. Semalam ke Bayan Lepas. Hari ini memang tak lalu nak kesana. Walau nak merasa Char Kueh Teow. Tak apalah, tiba-tiba teringat Char Kueh Teow OSman.. perghh sedap! Dekat sini kata Nora, Sani Char Kueh Teow paling terbaik. Tak mencuba pun lagi. Tak berkesempatan. Thank you Nora, at least dapat juga ke 3 lokasi yang di cadang.

Lucunya, masa kami sibuk mencari di manakah padang Broom. Kami berhenti bertanya pada seorang hawker. Lama kot pakcik itu diam. Rupanya orang sini panggil padang brown. Eh betul ke? Ke pakcik tu sorang sahaja yang pelik? Apa-apalah kan. Rupanya padang broom tu cuma di sebalik jalan sana sahaja. Tidaklah jauh mana pun. Dayah ini memang tak tahu menahu dekat mana mahu di cari kedai makan. Balik-balik nampak nasi kandar. Muak. Mujurlah jumpa.

Satay Celop! Sedaaap!

Ini Wei Wei .. mula-mula ingat dia pendiam. Sekali mulut tak reti berhenti, nak tidur pun dia boleh bercakap. Dan paling kelakar, buat pertama kalinya dalam sejarah client mengurat auditor. Kekeke. Boleh tahan juga ini. Berani betul budak tu kan. Kami anggap gurauan sahaja.

Ini pula XY. Sama sahaja dengan WeiWei banyak mulut. Kalau tak dengar dia bercakap rasa kosong pula office tu. 

Poori yang sedap! Near Vistana Hotel, Kayu Nasi Kandar. Nak habaq mai, beratoq orang beli nasi kandar dia. Baru nak pendek que dia tambah lagi. Penyedapnya mungkin cili kering serbuk. Memang lain dari yang lain.

Pulang kami di lewat malam. Naik Ferry sat.

3 dara pinggitan, Lynn, XY and WeiWei

Nice kan?
Semalam dah exit meeting dengan Manager, tapi tak complete so today kena buat another round of meeting. Akhirnya kami pulang juga. 5 hari di Penang yang packed dengan kerja. Jalan-jalan cari makan sahajalah kami. Benda lain tak sempat nak buat. Dan sebelum pulang barulah kami taw, sepanjang Penang Road itu ada orang jual-jual jeruk, kuih tambun. Sabar sahajalah. Padahal kami tinggal sangat berdekatan.

Lupa pula nak habaq, kami menginap di Hutton Lodge. Tempatnya classic dan selesa. Harganya pun reasonable and compliment with breakfast. Dan kami sangat suka breakfastnya. Walau di ulang beratus kali. Bread with Strawberry jam and butter, 1 slice cake, coffee/tea and orange. Okay la kan.

Nak outstation lagi ke sini, agaknya bila? Tahun depan pula kita ya. Dayah suka jalan pulang kami. Saya memilih untuk menaiki ferry untuk pulang.

Tenang sahaja pemandangan dari laut.

D_Y_H
Makin berdebar-debar, harinya makin tiba.

0 comments: