Indah dunia andai semua manusia berfikiran begini - terima seadanya dan belajar berubah ke arah kebaikan

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Tajuk saya memang panjangkan. He.he.he. Sengaja kerana tidak sempat memikir yang pendek-pendek. He.He.He. Jengah ke rumah mukabuku dan terbaca sesuatu yang menarik minat saya untuk habiskan membacanya. Butang baca lebih lanjut saya tekan. Dan tidak di nafikan, memang ia meninggalkan kesan di hati. Alangkah bahagianya dunia ini andai semua orang dapat berfikir sedemikian, makanya tidak wujudlah kisah rumahtangga yang porak peranda dan tidak akan adalah yang takut berkomitmen. 

Tajuknya: Saya tetap cintakan awak sayangkan awak selamanya (auwww)  

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khodijah, tidaklah setaqwa Aisyah, puntidaklah setabah Fatimah. Isterimu hanyalah seorang wanita akhir zaman yang ingin menjadi solehah. 

Suami yang menikahimu tidaklah sesempurna Rasulullah, tidaklah setabah Ayyub,tidak segagah Musa, bahkan juga bukan setampan Yusuf. Suamimu hanya seorang lelaki akhir zaman yang bercita-cita mendidik diri dan keluarganya menjadi ahli syurga.

Jadi bersyukurlah dengan pasanganmu kerana dia adalah anugerah Allah yang hanya pinjaman untukmu, hargailah dirinya sebelum Allah mengambil semula dia daripadamu..


Romatis, bunyinya. Tapi akan wujudkah golongan ini? Mungkin ada 1 dalam sejuta. Mungkin lebih. 

Source: Google - Berbuailah tinggi dan tinggi, capailah impian setinggi langit. 
D_Y_H
Makin lemah saya rasa. Esok ada meeting, harap cepat baik dan kembali semula tenaga untuk bekerja. 

0 comments: