Defini C.I.N.T.A

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Maksud cinta? Auww J.I.W.A.N.G hahaha. Sekali sekala kan. Kenapa tiba-tiba CINTA? Sebab saya sedang membaca senaskah karya yang best. Bukan semata-mata cinta, bahasanya mudah dan terselit banyak cerita Rasulullah yang di olah dengan caranya yang begitu mudah. Merujuk kepada muka surat 293 dan 294, Awak Suka Saya tak? (ASST):-

"Cinta bagi saya... saya mentai seseorang kalau ia boleh menghapirkan saya kepada Allah. Cinta itu terlalu suci bagi saya. Cinta ialah memelihara dan menjaga kesucian wanita yang saya suka. Saya tidak akan menyentuhnya selagi dia belum sah menjadi isteri saya. Cinta saya ialah membelai dan menyayangi dia sepenuh hati. Saya tidak akan menyakitinya, apa lagi melukakan hatinya. Saya akan setianya. Saya mahu memandangnya dengan penuh kasih sayang. Dia hanya untuk saya dan saya untuk dia. Matanya hanya memandang saya, bukan lelaki lain. Hantinya hanya untuk saya bukan untuk orang lain."

"Cinta bukan berpegangan tangan, bercumbuan... itu nafsu. Cinta bukan sentiasa berjumpa dan bertepu sampai larut malam membawa ke pagi. Itu juga nafsu. Terlalu banyak nak dijelaskan menyenai cinta. Berbilion manusia di dunia, maka berbilion la rasa cinta dan takrif masing-masing. Bagi saya senang saja,  semua cinta ada maknanya tersendiri dan eksklusif untuk setiap orang. Ia tak sama antara satu sama lain. Tidak mengapa, memang Allah cinptakan kita berbeza, sedangkan cap ibu jari pun berbeza. Asalkan cinta itu tidak melanggar batas syariat, maka bercintalah. Saya tidak mahu cemarkan kesucian cinta saya. Saya mahu bercinta dengan Intan dengan cara yang beradap, bermaruah dan terpelihara. Kalau cintakan seseorang pasti awk akan jaga maruah dan kesucian dirinya. Awak takkan menyentuh apa lagi merosakkannya. Kemudian dia ditinggalkan. Itu bukan cinta, itu nafsu"

D_Y_H
Banyak tentang kuda yang saya mula belajar.
Ramai yang bercinta tapi semuanya nafsu. Percayalah, renung pada diri sendiri jangan pandang jauh sangat.

0 comments: