D Journey EP7 - Kerjanya Malas.Malas.Malas

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

[D Journey adalah cerita tentang seorang DEE yang beresolusi yang entah bila akan di tunaikan. Makan berhari, berbulan dan sudah bertahun. Hanya cebisan-cebisan hidup individu sekeliling yang saya kutip menyelit jadi bahan cerita.. cerita rekaan.. main-main dan suka-suka hehehe.. sukaa LIKE aje.. tak suka tak apa..hehehe^^]

Subuh!
Subuh!
Subuh!

Ishh, langau mana bising-bising ini. Kacau sungguh. Getak hati, mata terpejam tapi jasad sudah terjaga. Automatik tepat 5.30pagi. Itu sudah rutin. Sejak meningkat seumur usia, sewal itu jasad Dee seolah mengajar Dee untuk ingat akan hari kematian bila-bila. Yang degil? Cuma diri yang di selaput dengan KEMALASAN! Sudah. Sudah. Sudah. It's time to wake up

Argggggh. Mengeliat sebebasnya. 
Huarghhh. Menguap seluasnya. Mujur tak masuk lalat. Kalau tak breakfast free! Aeeuww!

Di pagi subuh yang tenang, Dee seperti kebiasaan melunjur kaki bermalasan di atas katil kadang-kadang di lantai. Mana sahaja tempat tidurnya. Senang. Di mana sahaja dia bisa terlena. Kalau penat. Kalau tidak katil empuk itu juga yang di carinya. Mana tak kena gelar PEMALAS. Ambik kau. Acap kali di ulang di telinganya bukannya dengar, di tulikan sahaja. DEGIL la katakan. Hendak apa di tunaikan. Inilah hasilnya. Walaupun bukan semua. Tetapi tetap DEGIL, ya rabbi. Kalau tak riuh suara ibu menjerit keluar anak tekak memang tak sah. 

Selesai mandi, rutinnya seperti biasa, IBU LAPAR! Tersengih macam kerang busuk. Sebelum ke tempat kerja itulah dia. Makan. Makan. Makan. Resolution no.2 SIHAT, bagai di lupakan. Ishh, manusia seorang ini tahu berjanji tunainya? Memang berat. Terlupalah itu, temu janji dengan doktor tak berapa lama lagi. Pasti telinganya panas lagi. Oh, I hate Doktor! Setiap kali kaki melangkah ke ruangan pemeriksaan. Jika tidak terpaksa, tidak mungkin Dee ke sana. Kerana degilnya dia. Lesap segala janji mahu teruskan perjuangan di GYM. Semuanya ada cerita. Malas mahu ungkit. Ada masa, ada peluang dia mahu kesana. Apa khabarnya dia kan? Eh. Siapa dia? Hehehe. Nanti Dee cerita. 

Ya Allah, Dee hang pakai tudung jenis apa ni? 
Dengan warna lagu sarkas! Aduhhh, mari ibu ambilkan yang lain.

Dia buat dah! Dee mengomel dalam hati. Hehehe. Tapi Ibu tetap no. 1, apa sahaja yang tidak kena pasti ibu orang pertama yang menegurnya, walau kadang-kadang bingit di telinga.

Ala, Ibu ini pesen nenek kebayan. Tak nak lah. Tak pasal satu office pandang, Apa tak nya Ibu sediakan tudung beropol-ropol. MasyaAllah, cukuplah dia di kenali dengan Dee SEMPOI, SELAMBA dan kadang-kadang SENGAL. Hahaha. Kejam betul, kawan-kawan di office. Belasahlah, janji depa happy. Sengih sendiri. 

TUkk! Aduhh.
Berangan lagi. Dah jom makan, Ini sayang Ibu lebih ini.

Makan dengan sopan, depan Ibu kena sopan. Ibu selalu tegur, anak dara kena sopan jangan nampak kasar sangat. Tak manis di pandang. Iya, Ibu. Pesanan Ibu sentiasa lekat di jantung, eh tak di hati. Hehehe. Selesai makan, laju-laju ambil kunci. Office, I'm coming!

Semangatlah konon nak ke pejabat, hari Isninlah katanya. Harus semangatnya lebih hangat dari biasa. Pagi-pagi kalau lewat memang tak pakai jumpalah parkir, makanya Dee harus pantas sampai ke pejabat. Almaklumlah, makin sesak bagunan DwiTasik. Dulu siapa pun tak mahu, sejak dah naik berderetnya kedai, penuh parking. Tak suka! Tapi. tapi. tapi. Suka sebenarnya, kedai makan berderet. Eh, makan lagi? Hah sudah, memang tak tertunailah resolusi no.2 SIHAT.

D_Y_H
Nanti kita sambung lagi.

0 comments: