Sharing: Ovarian Cyst - Jangan takut hadapinya

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Dah lama rasanya, Dayah tak update tentang Ovarian Cyst (OC). Dari saya tak tahu apa-apa tentang OC dulu, sekarang bit by bit dah tahu. Walau pengalaman saya tak sama dengan sahabat-sahabat yang singgah ke sini. Tapi sakit itu tetap sama dan tentunya meninggalkan trauma dalam diri sesetengah individu.

Saya tak pernah di beri makan ubat hormon, macam banyak kes-kes sahabat kerana tidak sempat tahu lebih awal. Bila dah tahap kritikal baru Dayah sedar. Itulah akibatnya kalau suka ignore sakit. That is me. Saya memang tak suka layan sakit. Saya redha, itu telah tersurat. Saya masih berkehidupan seperti sebelumnya. It is almost 2 year. Saya tak pernah terasa lain, kecuali di awal pembedahan. Merasalah bagaimana rasanya di belah perut. Merasalah berpantang walau saya culas menjaga makan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehingga tamat 45 hari tempoh hospitalization leave. Tempoh yang lama tapi cukup buat saya rasa terlalu bosannya hidup tanpa perlu bekerja. Tobat tak mahu sakit lagi. Tapi rahsia Allah tak siapa yang tahu.

Jadi pesan saya pada diri sendiri, kalau sakit kata sakit jangan ignore. Although sometimes, I'm still tend to that also.. huhuhu. tak serik-serik. Panjang pulak bebelan saya kali ini, yang sebenarnya, Dayah nak share tentang seorang sahabat yang baru sahaja drop by ke entry Ovarian Cyst dan meninggalkan komen di bawah:-
Assalamualaikum
sya terjumpa N3 dayah ni sbb td tgh search pasal cyst..sya skrg tgh di diagnosis dermoid cyst kat ovari sblh kanan sya..latest size 3.6x2.4cm mmbesar sbyk 1cm dlm ms 2 mgu jer..mula2 Dr bg sya provera ubat hormon tuk hentikan bleeding yg non stop almost 3 month..tp sya stop sbb tak thn dgn side effect yg trk..headache..jumpa kali ke2 dia suruh ambil duphaston pula tp i tak ambil sbb nak try ubat herba pulak..now i tgh try minum air rebusan dr HPA..harap2 cyst ni akan mengecut sblm jumpa Dr balik..sbb i sgt takut bila Dr ckp kalo smpi 5cm akan buat surgery..i kena jarum pun nk pengsan dah ni kan pulak kena bedah huhuhu...rasa lega sgt bila dapat bercerita kat org yg mengalami bnda yg sma dgn kita..lega sedikit bila bc msg2 punya pnglaman.. :D 
Saya juga turut merasa kelegaan yang Hana rasakan. Sekurang-kurangnya membaca pengalaman-pengalaman yang lain membantu mengurangkan tekanan emosi yang Hana rasa dan mungkin sahabat yang lain juga, mudah-mudahan.

Dermoid Cyst, sama seperti yang seperti yang Dayah alami dahulu. Nasihat saya, Hana jaga pemakanan ada sesetengah makan yang membantu tumbesaran Cyst. Banyakkan makan sayur hijau terumatamanya Sawi dan Peria Katak. Macam Dayah sendiri sekarang, alhamdulillah sudah setahun setengah saya tinggalkan Daging Merah. Saya memang tak makan daging langsung. Saya pernah terbaca yang Daging merah akan membantu pembesaran cyst, sejauh mana benarnya? Dayah kurang pasti. Tapi yang pasti saya rasa lebih selesa.Ada juga orang kata makan daging buat daging kita tambah pejal, betul ke? Dayah memang tak tahu. Nantilah iya, Dayah cari fakta yang tentang daging dan share dengan semua. 

Buat Hana juga, positif dalam terima dugaan ini. Mudah-mudahan, Cyst Hana akan cepat mengecil, Amin. 

D_Y_H
Makin membesar dengan besar tanggungjawab. Adakala rebah dalam sabar.

0 comments: