Sharing: Hukum pemakain Inai Bercorak

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Semalam Dayah terbaca satu link tentang pemakaian inai bercorak-corak. Ada yang kata haram. Sampai saya sendiri membacanya juga keliru. Almaklumlah, ramai benar yang suka berkongsi-kongsi pandangan dan pendapat. Tapi akhirnya judgement kita juga mungkin salah, jadi? Pada siapa harus kita rujuk? Tentulah yang lebih arif. Mencari dan terus mencari itulah tugas kita sebagai khalifah.

Namun pada asalnya kenapa perlu memakai Inai? Supaya nampak cantik? Supaya kelihatan lain dari yang lain? Tentunya saya rasa, kerana orang cuma pakai Inai pada hari pernikahan. Orang pakai inai tahulah kita baru berkahwin ni. Dan pakai inai juga adalah untuk tujuan kesihatan. Sejauh mana kebenarannya? Saya kurang tahu. Dan ada satu hadith yang Dayah baca,

Dari Ibnu Sirin r. A katanya:.”Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a:”Adakah Rasulullah s.a.w mencelup rambut baginda?” jawab Anas:”Baginda tidak kelihatan beruban, kecuali di janggutnya nampak beberapa helai rambut putih.” Kata Ibnu Sirin:”Aku betanya pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup rambutnya?” Jawab Anas:”Ada. Dengan inai.” 

(Muslim) 
Sebahagian daripada perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut atau janggut yang telah beruban. Tetapi dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam? Orang yang telah tua, ubannya telah merata sama ada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mewarnakannya dengan warna hitam. 
Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya Abu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda: "Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim). 
Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari) Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan: Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan) 
Katam adalah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai sejenis pokok berdaun yang mengeluarkan warna merah. Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.  
Dan dari portal rasmi fatwa Malaysia pula, hukum pemakaian inai bercorak adalah seperti berikut:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang. 
 
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Jelas? Harap-harap membantu. Barulah jelas. Mencari dan terus mencari ilmu. 


D_Y_H
Hari ini Sabtu esok pula Ahad dan Isnin kembali lagi. Moga saya makin bijak mengatur waktu. InsyaAllah dan doakan ya.

0 comments: