Mengecilkan Cyst

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Rupanya, entri paling popular dalam semua tulisan saya adalah Share Ovarian Cyst - Jawapan untuk mengecilkan cyst.

Ramai rupanya yang mencari jawapan mengecilkan cyst.  Review sebanyak 155 review untuk entry di atas sahaja dan paling banyak refer adalah Ovarian Cyst sebanyak 245 review. Walaupun bagi blogger popular apalah sangat jumlah kecil ini. Namun bagi saya ia sangat bernilai. Kerana dalam pada yang sama saya dapat berkongsi rasa dengan yang lain.

Makin ramai yang mengalami masalah yang sama agaknya? Kerana Ovarian Cyst juga banyak kemudahan yang saya tak boleh dapat perolehi kini. Contohnya, bayaran Insurance yang lebih mahal. Not entitle for Insurance. Sedih? Geram ada. Kerana saya pernah ada record tersebut, pihak Insuran memang tidak akan menawarkan Insuran terutama kesihatan. Pernah seorang pegawai Insuran telefon saya berkali-kali sehingga kali ke 4 mungkin, bercakap punya bercakap. At last, tanya 

"akak pernah di bedah?" Agen
"Pernah." saya
"Kenapa ya kak" Agen
"Ovarian cyst" saya

"Oh, kalau macam itu akak tidak layak" kesian dia punyalah berusaha nak dapat bercakap juga dengan saya, akhirnya mengucap kata maaf. Dan pernah juga di telefon seorang lagi agen, kali ini seorang lelaki. Punyalah panjang lebar dia bercakap, lepas saya dah beritahu. Dia kata, 

"kenapa akak tak cakap awal" nadanya sedikit keras. Fahamlah saya dia ada rasa marah, kerana dia tidak dapat menjual insurancenya. Point Noted. Walau dia tidak lafazkan. Pihak insurance tidak mahu mengambil risk bagi penyakit tersebut berulang sebab itu rasanya bagi individu yang sudah "berpenyakit" tidak layak untuk mengambil insurance. 

Makanya, nasihat saya kepada semua. Sebelum terlambat, baiklah buat Insurance siang-siang. Jangan tunggu malam baru nak menanti cahaya matahari. Memang lama lagilah jawabnya. 

Bagi mereka yang sudah mengenal pasti, anda punya Cyst. Cara mudah untuk mengecilkan, senang. Dengan penjagaan makanan. Saya sendiri yang di amalkan kini, tidak lagi mengambil daging merah. Alhamdulillah berjaya. Cuma untuk hidup dengan peria memang saya langsung tak mampu laksanakan. Akan berusaha untuk mencubanya. 

Setakat, 5 bulan yang lepas. Kemungkinan ia ada semula mungkin 50%. Tunggu next check up. Kerana, kemungkinan besar waktu itu saya bersih. Kalau ada maknanya telahan doktor 100% benar. Kalau salah dia juga benar. Menunggu hari di periksa semula. Kalau ia berlaku semula dalam hidup saya, saya berharap saya boleh tabah terima ketentuanNya. Andai ia berlaku.

D_Y_H
Serabut dengan sepahan kerja. Tadi rasa sangat-sangat serabut. Bila menyusunnya semula. Baru rasa kelegaan. Now, masa untuk berehat seketika sebelum menyambungnya semula. Harap segalanya kembali tenang. Doa.

0 comments: