Jangan di tipu dek fesyen

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Macam-macam jenis fesyen la ni, sampai tak tahu mana satu nak pilih? Erkk, Dayah pilih ke? Hehehe tentunya tidak, sebab saya amat jarang bershopping. I can count it berapa kali gatai tangan nak membeli belah. Pemalas pianggg.. hahahaha. Most of the time, I'm not in the mood to shop. I would prefer walk and end up with food in hand.. hahahahahahahaaha.. memang tak boleh blahh. 

But nowadays, perasan tak terlalu ramai yang menjadi mangsa fesyen? Nampak cantik di mata tapi hakikatnya melanggar tatacara pemakaian seorang Islam. Iya, Dayah bercakap tentang seorang Islam. Kita khilaf, memang tidak di nafikan. Kita cuma sedar bila kita lakukannya. Lepas itu kita ulang semula. Lumrah! Saya juga tidak terlepas dari perkara sedemikian. Haissshh. Susah benar nak buat benda baikkan? Kenapa kita suka ulang benda yang terang-terang salah?

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

Yang kita rajin, update diri jadi cantik dan terus cantik sampai terlupa anugerah yang Allah beri pada kita sudah cukup cantik. Kita sebenarnya memberi peluang kepada "jin", "syaitan" gelak guling-guling tengok wayang. Kalaulah kita boleh nampak "mereka" bergelak ketawa? Macam mana perasaan kita kan? Mesti geram dan sure nak balas semula supaya "mereka" panas dan menangis melihat kita, tak begitu? Mari kita perbaiki diri kita supaya tidak menjadi mangsa fesyen. Mari, ayuh kawan-kawan. Perhatikan pakaian kita. Kalau perlu di beri kepada yang perlu (yang "jelik2" itulah) berilah. Tapi yang kurang sopan itu mungkin boleh di consider untuk dalam rumah sahaja, kalau tak buruk tak sesuai di pakai jadikan kain lap sahajalah. 

Masih ingat tidak dengan ilustrasi di bawah? Banyak di war-warkan di blog:-

Clik for bigger size.
Dan Dayah search around and jumpa satu lagi ilustrasi yang perlu kita buka mata, mengikut artikel tersebut ilustrasi ini telah di terima dari seorang teman di Israel? Baca lebih lanjut di sini 


Terasa melihat diri sendiri di dalam salah satu ilustrasi di atas? Yang saya pasti, orang yang melukisnya bukan seorang Islam (mungkin) atau seorang observer (mungkin) Setiap watak dalam ilustrasi di atas ada banyak di Malaysia. Betul kan?

Mudah-mudahan kita boleh ambil iktibar. Yang baik jadikan teladan dan yang tak baik jadikan sempadan. Bukan mudah nak buat baik tapi sangat senang nak buat jahat. Dan harus semat dalam diri, diri kita adalah anugerah dan permata yang sangat bernilai. Jangan turunkan nilainya sendiri. Ingat buat diri saya sendiri yang selalu alpa.

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

Moga ini apa yang kita rasai setiap hari. 

D_Y_H
I'm so impress withmyself today, saya boleh siapkan satu tugas saya dengan TV di sebelah saya dalam masa satu jam sahaja, kalau waktu tahap biasa adalah 3 jam minimum. So, maknanya apa? Hahahaha.. perlu kah lepas ni ada TV di sebelah?? Baru terasa produktif? 

2 comments:

Cik Cip Puding said...

perlu kot tv tu sebab terasa cam multitasking gitu kan...

Dayah said...

Salam Azrul,

Hahaha.. tulanya.. rasanya perlu. Tapi kalau kat office now.. memang mimpi hidup semula tak dapatlah kan.