Dapur rumah berasap lagi dengan Bihun Udanglah pulak^^

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hai semua^^
Happy Weekend!
Bila masak je, mesti Dayah nak update kan!!
hahahaha. Jangan rasa serik nak singgah ya. Heeee.
Makanan dan Dayah memang sukar mahu di pisahkan. Ha ha ha ha ha ha
Kedengaran lucu. Tapi itulah hakikat yang membuatkan badan saya makin hari makin sihat! 

Mahu di jadikan cerita, adalah seorang kawan ini kononnya mahu "beraya" habis raya dah weii. Hobi benar kawan sorang ni. Bila di jemput open house memang tak pernahnya muncul. Katanya, "malu". Ayoo. Tak apalah. Ziarah menziarahi itu pun amalan mulia. Jemput. Jemput. 

Sekali call tak angkat da. Cett! Hampagas punya kawan. Lantaklah labu, perut dah lapaq! Ajak baby pekena Maulana dulu. Kejut dia, tunggu dia setengah jam, minah ni bersiap. Ishh adik sapa lah ni? Hahaha. Hang ni slowlah baby, penat tunggu dari atas rumah turun bawah, start kereta sampai tunggu dalam kereta. Ambik. Siap je minah tu, pederas ke Maulana. Pekena roti canai satu! 

Deiii.. mamak pulak bikin panas. Order minum dulu. Ehh, mamak! ambiklah order makan sekali! Ayoo. Kalau perut dah lapar, memang kawalan diri mulut susah nak shut up! Memang order pandang meja je lah. Nasib hang mamak. Siapa suruh ambik order satu2. Padahal, punyalah nala punya besaq. Sekali? Eh, Dayah takkan la ni lapaq lagi? ?? Hahaha tak aaaiihh. Heeee. Cuma saya tak mahu dah order dekat mamak yang tak pakai baju hijau. Sebab dia baru, makanya memory dia pun baru.

Dengan baby je. Orang lain sombong tak mau join. Tak pa. hahahaha selamat duit aq! kahkahkahkah
Lepas itu, memang dah rancangan nak pi pasar. Maka pergilah kami, membeli apa yang patut sehingga berasaplah dapur rumah lagi sekali dengan ini, 

Ohhhh.. Mee Udang pertama kali Dayah... waaaalahhhh.. walaupun di komplen.. ana tak kesah! hehehehe

Macam biasalah rumah saya ni ramai judges. Elok pulak si Chef Kangcong pulang ke pangkal jalan. Memang dia mengomen sahajalah. Baikklah saya noted segala komen kalian. Akan di perbaiki di masa hadapan. 

Chef Kangcong - Huh! Mama masak lagi sedap!
Abah - Semua sedap dah, silapnya cuma pakai bihun patutnya mee kuning!
Angah - Mesti tak sedap ni.
Baby - Aku goreng tauhu, mestilah cantik!

Dayah memang sengaja pakai Bihun, sebab tak mahu guna mee kuning. Lebih baik bihun dari mee. Resepi? Hahaha, walau tak sedap tetap nak share ;P 

1 Bungkus Bihun di rendam sampai lembut (dayah curah air panas dan basuh semula dengan air sejuk)
4 Keping tauhu di goreng
2 keping fish cake di goreng
1 bungkus fish ball di goreng
Tomato di potong nipis
Daun Sup & Daun Bawang di racik halus2
Bawang Goreng
Telur rebus di belah 2 atau 6 (ikut suka)
Taugeh (basuh bersih sahaja)
Limau (untuk perahan)

Bahan Kuah.
2 biji Bawang Merah
5 ulang bawang putih
2 inci halia
1 genggam udang kering (basuh bersih ya)
2-3 sudu rempah kari (udang)
5-10 tangkai cili kering (kurangkan kalau tak mahu pedas)

Semua bahan di atas di kisar sehingga lumat. 

3-4 ketul ubi manis / kentang (ikut mana suka, Dayah guna Ubi Manis) di rebus dan di kisar lumat
1 Tangkai daun bawang yang di potong panjang2
Udang basah (ikut suka nak letak banyak mana)
Sponge Tauhu (tak mahu letak pun tak apa)
2-3 Asam keping
Garam secukupnya

Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk, minyak secukupnya untuk menumis bahan kuah. Panas minyak tumis bahan kuah sehingga naik bau dan cili masak. Kemudian masukkan ubi yang di kisar lumat. Masak pekat.
2. Tambah sedikit air dan masukkan udang dan tauhu sponge. 
3. Masukkan garam dan gula (jika perlu) 
4. Masak pekat dan masukkan daun bawang yang di potong2 panjang tadi. Dan boleh sedia untuk di makan.

Selamat Mencuba. Dayah memang suka masak main belasah. Hehehehe. Janji boleh makan. Hehehe. Ada tak Chef yang nak marah saya? huhuhu. Saya masak dari hati, boleh? Kekekeke.

D_Y_H
Oklah, dah janji dengan baby nak keluar berpoya-poya sekejap! Sebelum itu mehh layan gambaq Datin yang tengah Usha siapa entah??? Jeng Jeng Jeng. Adakah DATO'????? Mungkin?

Milik siapakah Dato' itu?? hahahaha ...

0 comments: