Berdiam tak bermakna lupa selamanya

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera

Dayah baru melewati sesawang sosial berkomunikasi sahabat lama dan tertarik dengan posting amaran seorang rakan sebarisan ketika di kampus dahulu. Dan catatan balas seorang teman yang membuatkan saya sedikit emosi. Masih kemas dalam ingatan saya, satu kelompok memandang saya, bagai saya musuh yang punya agenda tersendiri. Tapi mereka silap, kerana mereka belum mengenali siapa saya. Dan akhirnya terjawab. Saya bukan musuh mereka. Tidak pernah terlintas langsung untuk mengikuti mana-mana dakyah luar. Perjuangan saya untuk rakan2 yang lain. Suara saya waktu itu cukup minoriti. Di saat keputusan di laung nama saya yang terakhir. Saya berdebar bercampur pasrah. Alhamdulillah, kemenangan di tangan. Walau pilihan terakhir dari ramai yang bertanding. Saya masih ingat saya merupakan calon no.8. 

Dan sudah di acap ulang, nombor calon itu. Kerana itu juga mungkin, saya bernasib baik. Pilihan pengundi di kampus trendnya berbeza yang saya tahu, 

1. Haruslah rupa ada, baru boleh pancing undi
2. Pengikutnya ramai. Konfirm.
3. Petah kata-katanya dan dapat menarik pengundi

Itu antara 3 ciri yang menjadi pilihan. Dan saya mungkin yang ke-3, mungkin juga. Sepanjang manifesto tidak pernah ada pengikut yang ikut berarak yang ada cuma SAA yang setia mengikut ke mana sahaja dan sesekali di teman rakan serumah (mereka terlalu supportive, ILUVALLOFTHEM). SAA memang sungguh berbakti. Bersamanya juga saya pernah terseret dan di biar sahaja, oleh seorang teman rapat. Sehingga kini mana mungkin saya lupa. Akibatnya kemalangan itu berulang alik ke hospital tiap minggu. Kaki berbalut sepanjang kuliah. Dek kerana kecewa dengan teman itu, saya pulang tanpa sedar kaki berdarah dan terdedah isinya. Sardis memang sardis, tapi itu semua cerita itu yang mendewasakan. Terima kasih teman kerana mengajar saya erti menilai. Dan saya memang makin jauh dari beliau dan makin dingin tanpa penjelasan. Tertanya sampai saat ini, apa salah besar yang saya buat? Dulu memang acap kali saya bertanya-tanya kenapa? kenapa? kenapa? Kini tidak, kerana dia mengejar saya menilai. Saya gembira bertemu teman sepertinya. Rasa marah dulu sudah tidak ada, cuma yang ada kenangan berharga yang mengajar saya erti NILAI sahabat. 

Dan catatan teman yang buat saya beremosi adalah kerana katanya, jangan lupa kan perjuangan bila bergelar alumni. Saya rumuskan catatannya. Saya akui, niat saya cuma berjuang sepanjang tempoh di beri. Selepas itu? Saya sudah tidak lagi bergelar pelajar dan perjuangan saya selepas itu adalah tahun akhir. Selepas tamat? Perjuangan saya adalah kerjaya saya. Yang tinggal tentulah perjuang-juang baru dengan semangat dan ideologi mereka dan saya di sini boleh memberi buah fikiran andai perlu. Setakat hari ini memang tidak pernah ada seorang pun yang pernah menghubungi saya. Jadi? Saya perlu teruskan perjuangan saya kini. Lagipun untuk menjengguk ke sana? Jauh! Walau hati rindu mahu ke sana.

Saya kecewa apabila di label sebagai "tidak bertanggungjawab" sedang isu sebenar saya sendiri tidak ketahui, kerana saya cuma Alumni dan berada agak jauh dari segi geographinya. Tak perlulah saya layan rasa kecewa ini, kerana memang tidak layak untuk saya rasa kecewa. Perjuangan dahulu saya telah selesaikan. Kerana niat saya ketika itu menjadi pemimpin pelajar. Kini? Perjuangan saya adalah kerjaya. Bunyinya seperti pentingkan diri. Tapi IA! Kerana field saya kini tidak sama lagi dengan dahulu. Saya kagum dengan sahabat yang masih mengambil berat dan mengambil langkah terus berjuang dalam bidang pendidikan. Saya memang tak layak, tak dapat nak bayang macam mana saya mengajar?? 

Yang penting kini, perjuangan dan angan-angan saya yang saya sendiri hutang pada diri dan tak berbayar-bayar. Tidak ada siapa mampu tunaikan, hanya diri saya sendiri yang kena berusaha dan jadikan angan2 saya itu satu kenyataan. 

D_Y_H
Tak sudah dengan emosi tadi yang sudah surut kini datang lagi, awatlah semua satu-satu! Hang mai bila hang rasa dah tak ada pilihan lain kan??? Uhhhh marah! Rasa nak makan!! Makan dulu, bubai dan Selamat menempuh Sabtu dan Ahad dengan gembira.

Moga esok saya tak sendiri membina impian.

0 comments: