Share: Kenapa hati tak bahagia

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Sepi sendiri: Lihat dunia luar masih ada yang mahu mendengar ceritamu.
Saya sering ingatkan diri, bahawa saya tidak pernah sendiri dalam mengharung hari-hari mendatang (yang entah bila expiry datenya?) dan jangan sesekali merasa diri tak bahagia. Kerana kebahagiaan diri, dir kita yang cari dan membentuknya. Sikap kita juga yang menentukan bahagia kah kita atau tidak bahagia. Jangan salahkan orang keliling, jangan sesekali salah pencipta kita. Muhasabah diri, kenapa kita tidak bahagia? Bahagia adalah sesuatu yang perlu di cari dan di cipta. Ia tidak datang bergolek. 

Dan ada 9 sebab kenapa kalian merasa tidak bahagia, ini saya copy and paste dari email berantai yang diemailkan seorang sahabat. 

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
 
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
 
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
 
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
 
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi... ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
 
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)
 
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari su dut zahir mahupun batin.
 
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
 
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila su dah dapat su sah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan su paya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 

Kesimpulan :- Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"


Telek semula 9 sebab di atas, ada tidak pada diri kita? Iya kita manusia yang sering buat silap. Sebab itu kita di jadikan sebagai Manusia kerana terlalu banyak kekurangan. Hari-hari kita perlu ada ilmu sebagai makanan, baru kita hidup segar. Mari kita perlahan-lahan buang sikap-sikap di atas, agar kita semua boleh merasa bahagia hidup didunia dan paling penting, boleh tidak kita mengecapi bahagia di akhirat nanti? atau derita yang kita kumpul? Tanya diri.

D_Y_H
Rindu saat lalu yang tak mungkin muncul kembali. Saat diri rasa rebah, teringat yang dua kaki ini masih bisa diri, saat terasa diri ini lemah, tidak terasa di mana sakitnya tubuh. Physicalnya diri adalah sihat cuma pengisian rohaninya kurang, kerana itu kita tidak mengecap rasa bahagia. Kalau diri penuh dengan dendam dan hinaan sampai kapan pun kamu tidak berasa bahagia dan kalau terlihat di wajah ia cuma pura-pura. Buanglah segala rasa dendam, kita mungkin tak mampu melupakan tapi kita mampu memaafkan. Ambil Rasulullah s.a.w sebagai contoh, sedang nabi ampunkan umat. Dan Allah juga sentiasa membuka ruang untuk kita bertaubat dan kenapa kita manusia tidak? Apa yang kita ada? Sedangkan Allah lebih berkuasa dari segala di muka bumi.

0 comments: