Menuntut kasih seorang mama

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Mudah tak nak merai kasih seorang mama @ ibu @ mak @ ummi @ mami? Tak payah pun, ambil sahaja hati mama. Dayah sendiri akui, terlalu degil. Kadang-kadang sebal dengan sikap sendiri. Tak susah pun, tapi tak tahu kenapa, memang bebal betul sikap diri ini. Makin hari makin tua, sikap tak juga seiring usia heee ^^

Walau apa pun asalannya, mama tetap dalam hati. Tempat paling istimewa, tak dak siapa boleh replace. Love you mama. Kalau sehari tak dengar bebelan mama memang rasa tak aman hidup. Memang hobi mama Dayahlah mulut dia jalan seiring dengan kaki tangan diri. Sangat pengemas. Hang sepah sikit je sat lagi mulalah kereta kebal mula start enjin. Hahaha^^ 

Tapi yang buat saya terkilan sangat, dah 2 hari dia sibuk nak balik kg. Tapi di sebabkan, tak cukup korum maka tak boleh nak tunaikan hajatnya yang satu. Rasa sebal dan bengang tak terkata. Ada akai tak mau pakai. Ah sudah. Marah.

Permintaannya sekecil itu pun, Dayah tak boleh nak tunaikan. Rasa sebal dengan diri sendiri. Kakak dan anak jenis apalah saya ni. Laksa yang mama suruh masak pun tak buat lagi, penghabisnya Dayah goreng meggi goreng ajelah, hua hua hua. Jadilah mamak style. Baru stylo. Kekeke. Mama pun belasah je. Esok-esok lusalah merajinkan diri masak lagi. 

Nampaknya, ini kali ke-2 tak berjaya pulang ke kg. Ibarat lupa jalan pulang. Tapi fikir-fikir semula, tak apalah mama dan abah ada di sini. Cuma hati Dayah berfikir, macam mana mak dan ayah pada mama dan abah? Sungguh saya berlaku tak adil pada mereka berdua. Bukan pentingkan diri, tapi memang terasa pentingkan diri. huhuhu. Kami anak-anak tak pulang tak apa, tapi anak tok & wan mesti sedih tak dapat jumpa anak dia kan, hermm kejamnya seorang anak. 

Tadi melawak dengan mama, di sebabkan kaki tangan dia dah tak reti nak duduk diam, 

D- Mama apa kata kita kutip sampah yang banyak kat luar tu. Kita lungguk kat depan sini, sure mama syok.. hahahaha.. 

Mama geram sampai merahlah telinga Dayah kena cubit. Hahaha padan muka. Dah tangan mama tak reti nak diam, tu yang lancang sangat mulut Dayah jadi nye. hua hua hua.. Ampun. Ampun. Ampun. 

D_Y_H
Saya malas. Bubai. Nak gi layan mama sembang. Nak dengar ulang tayang "astro" mama.. hua hua hua. Siaran ulangan kekekee

0 comments: