Share: Siapa "lelaki kacak" itu....

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Salam Jumaat kalian semua. Selamat menempuh puasa ke-5. Apa agaknya perasaan kalian semua mengharung puasa kali ini ya? Dayah rasa sedikit berlainan, sukar untuk di tulis biar hati berbicara. Pendeknya hati saya lebih tenang dari sebelum ini. Syukur, Alhamdulillah. 

Dan teman karib saya mengirim saya satu email yang menarik untuk kita semua cerna. Dan wajib kita amalkan, jadikan ia dinding diri dan pendakap waktu tidurmu ya teman. 

************************************************************************
Siapa "lelaki kacak" itu....
Hadis yang Menarik

Rasulullah s.a.w bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah s.a.w bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan sehari-hari.ia stroke...

************************************************************************

Kalian ingat tak Ustazah/Ustaz selalu berpesan pada kita dekat sekolah dulu, ganjaran membaca Al-Quran pada bulan puasa? Masih ingat? Setiap amal yang kita lakukan akan di gandakan. 

Apa tunggu lagi, inilah peluang keemasan, peluang bukan datang selalu. Sekali setahun dan belum tentu Allah beri kita peluang hirup lagi udara ramadhan tahun akan datang kan? Siapa kita untuk tahu tarikh expired kita di dunia? Betulkan. 

Setiap saat adalah peluang
Tinggal sesaat tak boleh ulang dah, ingat tu!

Iya manusia lupa, maka kita kena ingatkan. Tak kena tak ingat dah kena tak ingat juga? Tak taw nak kata apa dah. Buruk mana pun, baik mana pun kita tapi kita tetap sama hamba disisiNya. 

D_Y_H
Xcited mengurus aktiviti bersama untuk group. Jangan ada yang cerewet sudahlah. Dan mudah-mudahan semuanya di permudahkan. Amin.

2 comments:

~ Secantik hati ~ said...

gud entry..syukran..

Dayah said...

Salam Secantik hati,

moga bermanafaat buat semua.