Pakai dan buang sudah menjadi trend

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Terdetik hati Dayah menulis entri ini, mungkin ada yang akan berasa hati. Maafkan saya. Tugas kita sesama Islam menegur sama-sama kita. Kalau bukan kita siapa lagi kan?

Apa yang pakai dan buang? Bukan lampin pakai buang. Sejak-sejak di perkenalkan pun semua tahu dah. Sudah jadi trend sejak dulu bagi ibu-ibukan. Dan sekarang, mungkin kilang pakai buang kena fikir semula. Mahal sangat belanjannya, ramai dah bertukar ke cloth diapers. Betul tak? Percayalah. Barang makin buat kita makin kreatif dalam berbelanja, semua kerana mahu merasa semuanya dalam kos yang rendah dan kita menjadi makin kreatif berbelanja.
Tapi ini bukan isu lampin pakai buang ya. Yang Dayah mahu perkatakan ini tentang tudung. Iya tentang kain yang menutup aurat kita. Apa hukum kita menutup aurat? WAJIB. Semua orang tahu. Kenapa tidak tahu, sebab hati kita buta. Kita tahu tapi buat-buat tidak tahu. Dayah juga kadang-kadang tersentap dengan teguran demi teguran, kita pakai tudung tapi kita lupa macam mana cara pemakaiannya. Kena cantikkan lagi supaya mengikut sunnah. 

Sedih melihat teman-teman yang senang-senang menganggap tudung ibarat kain lampin pakai buang. Ini bukan percaturan sahabat. Ini hukum. Kalau wajib maka wajiblah ia.

Trend kini, tudung macam-macam fesyen, tak salah berfesyen tapi perlu sangat memilih supaya kita tidak difitnah dan dari sepatutnya dapat pahala jadi dosa. Pengusaha pun kena ambil peduli, benda yang sah-sah tidak boleh tidak kena. Janganlah di fesyenkan. Jangan cari untung dunia sahaja, UNTUNG AKHIRAT yang perlu di kumpul. Bila mata dibuta dengan $$$ kita memang tak nampak, jadi orang sekeliling tegurlah. Jangan pulak di ikut sama. 

Ada satu, pusat pakai muslimah yang cukup terkenal. Tapi di jualnya anak tudung yang ada "sup bunjut" kata sayalah. Kenapa ya? Saya rasa fesyenlah ini. Habisnya, ia menjadi trend bukan kerana niat sebenar. Bukan tak ada sekeliling saya yang serupa, penat dah haihhh tegur. Tapi tak boleh putus asa, kena tegur dan terus tegur. (macam diri baik? tidak, yang mana tahu kita perbetulan. Saya juga manusia, ada buat silap)

Fikir sebaiknya sahabat. Jangan lalai dan jadi mangsa fesyen. Orang pakai kita pakai. Orang buka kita buka. Maruah kita bukan untuk di perjudikan. Belajar berubah sahabat, perlahan-lahan iya. Bukan dari dah baik jadi tak baik, maksud saya dari dah elok-elok bertudung terus hilang tudung di kepala. Siapalah manusia? Tak perlu malu dengan manusia, MALU PADA ALLAH LEBIH PENTING. 

D_Y_H
Terasa lama pula saya diamkan? Ada la dekat seminggu? Iyer tak? Mungkin. Entry jadi draft.. hihihi.. bila ntah nak di habiskan? Entahlah Cik Dayah ni. Busy beb! Bulan puasa lebih busy dan stamina diri makin merundum [sigh] 

0 comments: