Mereka sangat hebat dan saya rebah?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Rupanya banyak silap kita antara sedar dan tidak. Yang sudah sedar di perbaiki. Yang tidak sedar, masih belum  lagi terlambat  Apa nak buat? Entahlah, dah cuba sebaik mungkin mahu cepat. Dilema sungguh. Susun aturlah macam mana tetap akan mengundang resah di hati. Resah dengan semuanyalah. Tersepit di tengah dan pasti jadi orang yang bersalah dalam segala hal. Ku titip semangat ini buat diri.

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Petikan: Muhasabah Cinta, Edcoustic.

D_Y_H
Belum rebah, cuma resah. Mudahan masa akan "heal" resah hati. Amin.
Sabar saya masih lagi menebal. Takut menipis. InsyaAllah doanya tidak. 

0 comments: