Menyesal sungguh

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Memang menyesal. Tapi bagus juga, end up makan sikit sahaja. Ceritanya begini, seharian hari ini ke hulu ke hilir.  Kononya mahu mencari sedikit kelengkapan hari raya. Sekali, tidak seperti yang di jangka. Memang tak ada mood langsung nak raya. Semuanya hambar. Sangat-sangat hambar. 

Seisi rumah, bagai tidak kisah dengan hari raya yang bakal menjelma. Sebab itulah juga, Dayah konongnya mahu siap sedia biar sedikit, tapi tetap sama. Perasaan saya juga hambar. Tak ada perasaan langsung mahu membeli. Korang pula macam mana? Mesti persiapan serba meriahkan. 

Di sebabkan menonong berjalan ke sana ke sini, sampai terasa beli sahajalah juadah berbuka. Membelilah saya tadi di Bazaar Ramadhan Bangi. Pusing satu bazaar, tak ada satu yang menarik kecuali air heeee... menarik sungguh warna-warnanya. 

Beli jugalah, Ayam masak beriyani. Balik, berbuka dan ahhhh menyesal. Dengan pedas, tak rasa apa. Adoyai, salah membeli rupanya. Salahkan diri sendirilah. Kerana pertama membeli dan kedua malas masak. Memang tobat tak mau dah. 

D_Y_H
Mood hilang ohh.... kembalilah wahai mood.

0 comments: