Hampir sifar

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

[Amaran: Cuma luahan hati saya, kerana saya tak pandai nak pendam lama-lama. Takut laharnya membakar diri.]

Semangat saya untuk terus dalam bidang ini hampir sifar. Lemaunya saya rasa. Perlu ke saya beralih angin? Mungkinkah sudah limit saya disini? Rungutan dalam hati tidaklah sebanyak mana. Cuma semangat makin merundum. Dari pertama kali saya jejak ke sini, saya mohon untuk di beri "training" sampai kesudah. Habuk pun tak ada. Bila ada desakan jr, barulah ada. [sigh]

Saya patut sedar lama dah. Berapa ramai bising di telinga tapi saya masih di sini. Walau tidak di beri apa-apa training, namun saya masih bertahan dan alhamdulillah pengalaman yang saya kutip dari 2  Manager cukup bererti, mereka mengajar saya tak perlu "training". On job sudah memadai. Betul. Tapi comparison perlu juga? 

Pernah satu ketika, saya salahkan diri bila ada seorang sr pergi. Tidak ada langsung alasan yang di beri. Terkapai saya seketika, ingat boleh berkongsi ilmu, idea? Tapi belum sempat. Saya mencari dimana silap saya, saya salahkan diri saya. Murung? Itu bukan saya, tapi saya mencari. Mereka tahu tapi mereka diam. [sigh] Akhirnya, saya ketahui methodology yang tak kena. Fikir lagi. Tak habis fikir. Mungkin ada silap pada procedures? Program? Test check? Sampling? Reporting? Yang mana? Tak kanlah meeting? Knowing committee sekarang, they won't accept easy work. Kalau boleh se "details" mungkin. Beza sungguh, report yang dulu just finding, now need explanation. Why Why and why. Serta prove sekali. Susahnya hati setiap kali buat finding, ramai yang akan effect kalau ia serious.

Yang tahu diamkan. Saya bukan singa, jauh sekali harimau. Terbuka menerima semua pendapat kerana saya juga manusia. Bisa membuat kesalahan. Saya terkilan kerana setiap kali melepaskan mereka pergi tanpa saya ada. Bukan mahu mereka jadi seperti saya dahulu. Dahulu cerita dahulu. Kini cerita kini. Sebaik mungkin saya cuba menerangkan apa yang patut, ingatkan apa yang harus. Tapi apabila berdepan situasi mungkin ia berbeza. Itulah pengalaman, deal with it. Bukan mudah kerana ada yang tersungkur sebelum berjuang.

Tahun ini sekali lagi saya selak training calender IIA. Tengok harga, gulp! Memang murah sangat!!! Kalau ACCA murah sikit. Kenapa ya? Memanglah training tak pernah yang kurang dari sehari. Berfikir lagi saya, kalau pergi training ada ke masa saya nanti? Kalau sudah 2-3 hari? Ahhh, masa itu kita yang rancang bukan? Pandai-pandailah kita mengatur, tak gitu. Untuk buat CIA? Berfikir seratus kali, perlu ke? Macam sukar? Sukar ke? Ada siapa-siapa pernah ambil exam CIA? (CIA=Chartered Internal Audit) Juling mata saya kejap tengok fees. Mahalnya! Compare to ACCA & MIA. Itu juga harga yang perlu saya bayar untuk nilai masa hadapan. Tapi saya tak mahu terus terikat di sini, itu sudah tekad. Cuma saya masih beri waktu terus menimba sebanyak mungkin yang boleh saya kutip.

Kenapa ya, tiba-tiba semangat saya hampir sifar? Saya rindu nak pergi fieldwork. Saya rindu nak tengok site. Saya bosan kena marah. Betul. Saya bosan nak ber "argue".  Saya bosan terkejar-kejar. 

Herm... Dayah rasa .... Dayah kena tukar sikit cara kerja saya. Betul tak? Saya tak boleh mengalah sebelum matlamat tercapai. Penat-penat saya berjuang sendiri selama ini, kenapa harus saya mengalah. Penting untuk saya lebih banyak mengali. Chiayok!! 

D_Y_H
Saya tak boleh mengalah. Doakan saya terus cekal ya. Saya harap saya dapat ubah mana yang salah. Mungkin CIA di perlukan? Mungkin.

0 comments: