Berjalan dan mengenal: Jakarta Central

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Jauh berjalan, jauh terbuka pemikiran kita. Dayah baru pulang dari Jakarta. Tepat jam 10.00 malam touch down, Alhamdulillah. Mood Abah baik, beliau jemput kami berlima. Ini kali kedua Dayah ke sana. Pertamanya kerana kerja. Kali ini sengaja mengalih angin bawa mama shopping. 

Tanah Abang tempat tujuan. Crowdednya dengan manusia. Jalan raya sesak dalam Mall  lagilah sesak. Sampai sesak juga nafas kami berjalan. Sesak lagi mahu memilih. Cantik-cantik dan macam-macam. Yang Dayah mahu kongsikan adalah tentang beberapa perkara:-

1) Rakyatnya lakukan apa sahaja jenis kerja asalkan beroleh wang

Segala jenis pekerjaan Dayah perhatikan di lakukan orang di sana. Bak kata Supir teksi yang kami naiki ke Sedayan City Mall "Apa aja yang tiada di Jakarta ini. Semua ada"

2) Wanita di sana sanggat gigih bekerjaya


All store baik di kaki lima mahupun di kedai-kedai jualan, semua penuh dengan wanita. Macam di Kelantan? Iya mungkin.
3) Kaya budi-bahasa

Budi bahasa mereka sangat baik. Di bandingkan dengan di sini [mungkin saya sahaja tidak bernasib baik, jumpa ramai yang tidak pandai budi bahasa]
4) Jamu tak tinggal-tinggal

Jamu ibarat minuman wajib mereka. KUNING je aihhh, kembang tekak-tekak melihatnya, apatah lagi mahu merasanya ? Ohhh tidaklahhh, campuran kuyit hidup & telur mentah [euuwww.. memang tidaklah Dayah telan.. belum masuk mulut silap-silap ke lantai jadinya karang]
5) Kalau kaya terlalu kaya dan miskin terlalu miskin

Terlalu ketara. Kerana yang kaya memang terlalu kaya dan harga barangnya  lebih mahal dari di Malaysia [bagi sesetengah barang branded. Baik beli di Malaysia]
6) Anak-anak kecil terbiar mengemis tanpa kasut

Kanak-kanak seusia 3-4 tahun sudah mengemis di tepi jalan, dan tidak kurang di negara kita juga kini. Mungkin jumlahnya tidak banyak namun tetap ada. Kenapa ada aktiviti begini? Pihak berwajib banyakkanlah lebih rondaan. Kesian, anak-anak kecil yang tertinggal dari mendapat pelajaran dan membesar dengan baik. 

7) Gerai-gerai bergerak penuhi jalan

Ini memang banyak kelihatan. Jalan sahaja adalah kanak-kanak jual surat khabar, mineral water, kuih-muih. Dan macam-macam lagi. Apa sahaja yang boleh di buat bahan jualan akan di jual. Sungguh independence anak-anak di sana. Tapi ini mungkin buat yang hidupnya kais pagi makan pagi. Kalau yang kaya, memang tampak sombong riak wajahnya. Kalau bercakap mungkin tidak. Cuma kelihatan di wajah. Apa orang putih selalu kata "Don't judge a book by its cover" kan. So itu cuma pandangan mata saya.
8) Demonstrasi Jalanan yang jadi budaya

Budaya mereka di sana, Berhampiran dengan Plaza Indonesia, ada satu bulatan tu. Saya tak ingat sangat namanya. Walau ini kali kedua saya ke sana. Di sana akan ada sahaja, remaja-remaja yang buat demonstrari. Tak kurang juga di depan parlimen. Mungkin juga, Jakarta perlu sedia ruang lain yang tidak menganggu lalulintas untuk terus mengamalkan demonstrasi jalanan ini. Iyalah, tersangkut juga kami di jalan, dek kerana demonstrasi yang di jalankan. Kereta-kereta pendemonstrasi pulak sewenang-wenang di pangkir di tepi jalan. Jalan yang 3 jalan menjadi satu. Kalau mahu di sediakan tempat yang baru pun. Cost juga kan? Di tambah dengan kepadatan Jakarta kini, mungkin agak mustahil? Mungkin. Pandangan peribadi sayalah.
9) Suka makanan jepun

Memang banyak. Antaranya "Hoka-Hoka", ini yang Dayah suka. Memandang saya dah tak makan daging so kena makan ayam je la. Bolehlah. Daging tetap terbaik. Tak apa sekurang-kurangnya, pernah merasakan. Ada satu kedai makan Jepun di Kemang, Jakarta Selatan. Saya mencubanya tahun lepas. Sedap. Di Malaysia? Entah saya kurang mencari, mungkin sebab makanan jepun banyak yang di campur arak. Di sana? Kedai tersebut ada Halal cert di pamer di luar kedai. Jadinya kurang keraguan di hati. Kedai nama apa? Entahlah pulak. Tak ingat langsung.
10) Meniaga dalam "kaunter mati"

Ha.. ini sesuatu yang unik sedikit di sana. Kenapa entah di Tanah Abang tu banyak kedai-kedainya meniaga dalam kaunter mati. Maksud Dayah, kaunternya tak ada pintu nak masuk, mereka akan panjat untuk masuk. Ini saya perhati ketika pintu kedai dibuka. Kalau sewaktu operasi fahamlah saya kenapa. Unik memang.

D_Y_H
Gambar nantikan di next entri ya. Cost perjalanan kami juga minimal. Akan di kongsi di next entry.

0 comments: