Read: Palestin-Israel semeja dan AS orang tengah?

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Baca sahaja tajuk, tahulah apa maksud entri Dayahkan. Baca petikan akhbar yang saya C&P dari Aman Palestin.

11 Julai 2011 - Akhbar Israel "Maariv", melaporkan bahawa Amerika Syarikat telah mengenakan tekanan ke atas Israel dan Pihak Berkuasa Palestin, untuk kembali ke meja rundingan ke dua-dua pihak.

Pegawai-pegawai AS bekerja keras mencari satu formula yang membolehkan semula rundingan kembali ke landasan dan memujuk pemimpin Palestin, Abbas untuk tidak pergi ke Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan September bagi mendapatkan undi pengiktirafan sebuah negara Palestin.

Sehingga kini, tidak ada perkembangan baru walaupun AS dan sekutu Eropah bekerja keras ke arah tersebut.

Akhbar itu menambah, "Bagaimanapun, perhubungan sedang dilakukan di Washington antara Duta AS, Dennis Ross dengan Peguam Yitzhak Molcho dan ketua rundingan Palestin, Saeb Erekat. (Sumber: AmanPalestin)

Persoalan saya, kenapa AS sibuk nak panggil depa duduk sekali? Biarkan sahajalah Palestin pergi ke PBB. Tak payah bazir masa, yang pasti serangan demi serangan dan kekejaman demi kekejaman tak kurang sekatan demi sekatan dah Israel lakukan ke atas mereka.

Agaknya rundingan ini bakal berjaya mencari formula? Berapa banyak agaknya, formula yang di pakai satu pun tak menjadi. Israel terus-terus menyerang dan tamak. Bumi Palestin terus-terus di rampasnya. 

D_Y_H
Free for PALESTIN, Amin.

0 comments: