Menangislah

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Picture: Google
*****************************************************
Menangislah andai itu bisa menghapus lara dihatimu teman. 
Andai tiada tempat bagimu mencurah rasa, luahkan pada penciptamu.

DIA tidak sekali-kali lelah mendengar.
Adukan apa sahaja pada DIA.

Manusia kadang-kadang bukan pendengar yang baik.
Banyak mencela dari ikhlas mendengar.

Bergantunglah pada DIA.
Kerana cuma DIA pencipta yang memahami dirimu.

Menangislah teman.
Kerana diri ini juga, kadang-kadang tidak mampu meminjam bahu.

Menangislah teman.
Kerana diri ini juga, manusia seperti kalian ada kurangnya.

Menangislah teman, 
Menangislah semahu hatimu.
Menangislah.

*****************************************************

Kenapa menangis itu baik? Pernah terfikir kenapa? Atau kita menangis tanpa sebab? Mustahil, kerana kita kebiasaanya menangis bersebab.
  • Menangis mengurangkan ledak rasa 
  • Mengurangkan tekanan
  • Salah satu kaedah komunikasi, ekspresi rasa kita
  • Tujukan rasa sayang, contohnya bayi / kanak-kanak menangis apabila di tinggal ibu (tanpa ibu mungkin dia berasa tidak selamat. Kekasih menangis apabila di tinggalkan (mungkin iya / tidak)
  • Menangis mengurangkan sakit hati, percaya selepas menangis perasan kita kembali sedikit tenang. 
  • Menangis juga menunjukkan perasaan kita yang dalam sama ada marah atau bahagia
  • Menangis melepaskan rasa kecewa
  • Menangis membersihkan mata. Kotoran dikeluarka
  •  Ia mengurangkan tekanan darah. Sejak anda lega tekanan, tahap tekanan darah anda turun 
  • Menangis juga boleh menunjukkan sakit. Apabila anda berada dalam kesakitan anda menangis
  •  Menangis boleh meluahkan apa kata-kata tidak boleh di luahkan

D_Y_H
Kadang-kadang kita juga tewas dengan perasaan.

0 comments: