Kisah tetangga: Lori Kecil vs Lori Besar

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Weekend kalian bagaimana? Dayah, penuh dengan aktiviti yang sungguh sibuk. Kejap-kejap sahaja berada di rumah. Petang tadi selepas pulang dari Nilai, terus berdesup ke rumah paklong. Jauhnya journey. Dari Nilai ke UK [bayangkan!] 

Dapat bayang tak jauhnya. Bukan United Kingdom ya. Ukay di Malaysia, hehehe. Sedang kami duduk berbincang-bincang, Abah tiba-tiba selit cerita al-kisah Lori. Iyalah Abah saya pemandu lori. Dia memang hebat membawa lori. Tapi tidaklah sehebat pemandu F1. Bawa lori kenalah berhemah. Bukan nak menyelit sana menyelit sini.Cannot tu!

Cerita lori bermula kerana isu parking. Kawasan tersebut tidak ada tempat sesuai untuk di pangkir Lori. Berbincang punya bincang, Paklong kata parking dekat rumah jirannya. Abah mula risau. 

- Lori tu panjang, nanti susah pulak kereta nak lalu.
- Nanti apa pula kata tuan rumah.

Kerisauan Abah memang bertempatlah. Tidak mahu nanti Paklong kemudian hari yang dapat susah. Abah perlukan tempat parking yang panjangnya 20 kaki. Perlukan bekalan air yang dekat, perlukan bekalan elektrik juga.

Picture credit to google
Beginilah lebih kurang rupanya. Dayah masa mula-mula dengar Abah nak lori 20 kaki, pun pelik. Panjang tu. Mana nak parking? Mesti nanti orang keliling bising. Abah kata tak apa, kita parking kat belakang kedai. Sememangnya itu tempat parking lori merah Abah. Dan disitulah kini parking rasmi si putih. 

Nak di jadikan cerita, kerisauan Abah bertempat dek kerana alkisahnya pada suatu petang, pulang dari satu majlis. Ukuran jalannya tidaklah lebar mana. Cukup untuk laluan si putih dan sebuah motor aiskrim. Sedang Abah melaksanakan tugasannya, prakkkkk! Dah parking elok.  Abah turun dari lori, oh terlanggar pokok. Bukan sengaja. Dan terjuih rantingnya. Maaflah ranting, hayatmu tak panjang. Sekali keluar makcik sebelah kedai. 

"Hoii orang tua! Patah pokok aku!!"
"Dah ada Lori Kecil nak beli Lori Besar!!! Dasar orang kaya!"

Sungguh Dayah tak puas hati, bila tahu tentang ini. Apa dalam fikiran makcik tu. Dah ada yang kecil bila di beli yang besar itu tanda, dia perlukan! Bukan beli saja-saja. Ada orang beli lori besar nak buat tayangan???? Orang membazir iyalah. Baik di belinya kereta, ini lori pun dia marah. 

Sudahlah menjerit-jerit dan siap di hamunnya lagi. Itu pun mama yang cerita. Kalau nak Abah story? Herm, tidaklah. Hailah makcik, Dayah tak rasa makcik baca blog picisan ini. Tapi apalah salah Abah saya tu. Ranting pokok yang patah. Bukan sebatang pokok itu tumbang. Saya rimas dengan suasana kadang-kadang. 

Selalu fikir yang bukan-bukan orang kita ini. Tak boleh tengok orang lebih sikit, mulalah dia tak senang duduk. Kalau tak senang duduk berusaha majukan diri, tak apa. Ini membeban diri tambah dosa. Dan sejak-sejak bermula, kisah matrikulasi Dayah tak lagi duduk menyapu di luar rumah belek pokok ros jepun. Kerana kini semua tinggal kenangan. Tak syok dengar orang menjaja kisah orang. Dah tak ada cerita lebih ilmiah ke? Balik-balik orang itu macam ini, orang itu macam itulah. 

Sabarlah Abah. Lori itu rezeki kita. Mudahkan pekerjaan kita. Dek kerana rantingnya yang sedikit patah itu di hamunnya orang. Sungguh dia tak fikir lanjut, atau mungkin perlu saya fikir dia terlalu sayangkan pokok. Dia sakit bila seinci tubuh pokok itu tercantas. Maafkan kami. Bukan sengaja.

D_Y_H
Lelah atau kalah? Patut mungkin saya pilih kalah, sikap manusia buat saya rasa tak serasi. Harus di cari di mana serasi itu. Berubah arah mungkin jawapan. Perlu mencari tapak. Ayuhlah, mencari.

3 comments:

Marina Monroe said...

Emm...makcik tak cukup ajaran agama, tak reti bersantun dgn jiran tetangga, tak reti qadaq dan qadar..kesian org mcm tuh

ieda said...

makcik tu tak tau kot yg pokok2 ni kalau patah @ dicantas rantingnya nanti pokok tu makin cantik.

Dayah said...

Salam,

Auntie Nani, wallahualam. Attitude itu mmg buat saya yang muda kurang respect. Tgk pun naik cemuih.

Bukan nak mengata tapi sikit sesetengah orang lama tak padan dengan usia. Sebab itu Dayah jarang bergaul dengan keliling. Ada pun tegur bila terserempak pulang kerja. Mulut pun dah jadi emas. Susah nak buka. Takut-takut ada yang makan hati. Iyalah Dayah ni pun kalau dah bercakap kadang-kadang main sedapnya. huhuhu. baik di jaga percakapan.

Ieda,

Dayah rasa dia terlalu sayangkan ranting tu. Mudah-mudahan pokok itu akan tumbuh lebih cantik dan beria dia lebih hasil. Amin.