I'm falling in love

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, 

Yes I am, bagi hat tak suka memang sampai bila tak akan falling in love. Tak pa aihh tak salah pun. Lama dah tunggu-tunggu ini, akhirnya. Memang berjayalah CT menjatuhkan cinta saya pada lagu ini. Catchy beb!

Baik dengar rakaman mahupun dia nyanyi life, nak sama macam record seperti biasa. Good CT. Syarikat rakaman CT dah berubah rupanya, now under What's Up Entertainment start from 2011. No more Siti Nurhaliza Production, I guest? Maybe. 

Jom dengar sikit, kot-kot ada yang bakal falling in love. 


Anak tiri dia pun ada dalam video ini. Tak silap orang kuat What's Up Entertainment dan terbaca yang lagu-lagu english CT record di Australia, betul ke tidak? Dayah tak pasti, I'm not anymore fanatic giler macam dulu (hahaha pengakuan ;P) Dah berusia agaknya, hahaha. Alasan apakah. Tapi tetap minat beliau. Dari satu tapak dia naik. Bukan ke bawah, tapi makin ke atas. Semangat bekerja macam ini yang patut kita contohi. 

Dan bila makin naik, makin banyaklah mulut dan yang memerhati. Sabarlah CT. Orang tak akan puas mengata, dah kata mulut manusia, kalau mulut tempayan boleh juga kita tutup.. tutup. Selagi dia bernyawa selagi tu ada sahaja yang tidak di puasnya, tunggu dia mati jelah. Adat hidup orang popular, apa sahaja di buat jadi perhatian. Mahu tak mahu kena terimalah. Kalau tak mahu lenyap terus dari mukabumi, siapa pun tak heran dah. So harung je la ya, wahai public figure dan jangan lupa jaga tingkah laku kerana jadi perhatian dan ikutan. Kalau yang baik di ikut tak apa. Kalau yang jahat di ikuti? Siapa nak jawab? Jawablah kemudian hari nanti.

Ulang berapa kali dah ni. Hehehe. Can't wait for other song. 

D_Y_H
Dengaq naa.. cheq nak terus menyanyi.. heeee.. jangan hujan sudahlah sat lagi ada yang harimau tak boleh mengaum... moga-moga Malaysia layak ke peringkat seterusnya, Amin.

0 comments: